Monday, December 31, 2007

aktiviti patut bila cuti


kiut kan budak 3 beradik nih?


haih..budak budak nih


wanita melayu terakhir..ahaks!


lihatlah..mateh mmg sorg yg penyayang


kak na + kak tun


mereka lagik


kak tun + danial

Thursday, December 27, 2007

pelik tapi benar (eh?)

perkara perkara di bawah adalah yg pelik tetapi benar. dan ada jugak yg memang tak pelik tapi mmg benar. kesimpulannya mmg benar2 belakee

1] for the first time ever i addicted to japanese drama. tapi bukan yg melo-drama (ade ke istilah nih?) atau drama chenta chenta. tetapi adalah drama pasal budak sekolah. almaklumlah, dvd provider adalah chegu sekolah. tp yg lebih nyata aku suka sbb ada shun oguri yg macho, ko-ol, hensem, kelakar owh, mmg jejaka idaman aku. dlm masa beberapa hari ari tuh, 2 dvd dah aku abiskan which is memakan masa lebih dari 10jam untuk satu dvd. hanazakari no kimitachi e dan satu lagi ape tah. see, i am able menyebut japanese dengan lancar sekali. gambate!!!!!

2] untuk tahun 2007, aku tidak berjaya menunaikan sembahyang sunat raya waima untuk satu rakaat pun. dehh.. takpe 2008, panjang umur ada la rezeki aku

3] eidul-adha kali ini adalah sessi hanizan berjumpa+menziarah+dan beramah mesra dengan keluarga biras2 dan ipar duai nya. wahhhh hebat bunyiknya. tak la, dah aku diusung oleh mak bapak aku ke umah besan besannya.(di ulangi besan besan) so, menjadilah ayu hanizan untuk seketika, dengan senyuman indah mesra.. hahahhah

4] ye, untuk sesi cuti kali ini jua, hanizan terpaksa menjadik tukang masak terjun di sebabkan mem besar yang sebok melayan tetamu dan jugak tuan rumah sendirik (bapak aku la...dia kan sebok sokmo)

5] dan..mulai saat ini atau selewat lewatnya esok atau minggu depan, job hunting akan bermula semula. dun ask me why (sebab ada certain benda, alasan atau sebab bukan perkara utama)

6] sekarang ini..waktu 630 keluar rumah kelihatan seperti agak sunyi dan ini sedikit sebanyak membuatkan daku merasa amat cuak. just imagine ketika train di taman jaya pun keadaan luar masih gelap, apetah lagi di datuk keramat. oleh itu, kawan kawan, silalah mendoakan keselamatan saya, selamat pergi dan selamat sampai. thank you!

7] 'kalau padi, katakan padi, tidak hamba tertampi tampi, kalau sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti nanti'. yes, i'm serious when i'm saying that!

Monday, December 17, 2007

ada macam macam benda yang nak di cakap

jarang jarang aku buleh cakap banyak benda dalam satu masa. eh, ye ke?

1] ari sabtu pagi(sebenarnya dari khamis lagi) perut rasa tak best, sengal2, ngilu n cucuk2..tak senang duduk jadik nya. tp still g keje (huh! gile pekerja cemerlang)

2] ptg nya attended party CIMB. walau pun tekak dah loya2, perut mmg dah teruk giler rasa, kepala dah pening, aku pegi jugak sbb tau bos aku mmg takkan pegi, so sapa nak represent ofis? lagi pulak dah janji ngan zaid nak bwk dia. tak makan ape2 pun, minum coke jek. rugi tul, food mmg sedap (kata zaid). tp yg bestnya, aku menang lucky draw. hahahah. dpt ipod shuffle. wuhuuuuu...mmg dah nak jadik rezekikan? n phua chu kang rockkkkkk!

3] maghribnya badan dah panas gile, muka dah bengkak bengkil. ika ingat aku kena belasah ptg nya. series! aku sendiri terkejut tgk muka aku. pengsan gua mlm tu okehhhhh

4] mlm tadi ada org analisiskan my birth date. hahahah. mcm kena jek semuanya. aku seorg yg suka lead, suka pendam perasaan, sensitif and romantik..hahahhahah. untung tau sapa dapat aku. wakakakaka

5] hardy mirza menang asian idol!!!!! tak pueh hati aku. npe dia leh menang. ye, dia menang sebab org sms dia la kannnnnn. tp kenapa la dia. kalau jac kalah ngan mike takpe jugak, skali ngan dia..haih..

6] walau pun hari nih isnin, tp mcm agak bersemangat nak dtg keje ari nih sbb minggu ni keje dua hari jek. esok last day keje. guess what? kerabat kerabat ku including bapak ku yg terchenta dah tak nyabor2 tgu aku balik..siap call tanya lagi..(tidakkah pelik bila mak bapak @ adik beradik hanizan zakaria meng'contact' nya? apetah lagi bila tanya bila nak balik?) haih.. ingat jugak diorg kat aku..

7] ptg semalam ada live miss earth 2007 ..bila mc tanya soklan 'mcm mana nak describe alam semulajadi pada budak buta..' miss india jawap .. '..i will express with emotion. laut yg biru dengan kedamaian, sunset yg merah dengan bahang kasih sayang, dan kehijauan bumi dengan ketenangan..' wuhuuuuuuuuu. ROMANTIK!

8] i think i'm lonely because i'm not getting the attention from the ONE person i needed and wanted most.

okeh.. dah kul 8. nak pura2 berlakon bekerja untuk dua hari..then nak bercuti untuk seminggu. happi working people..n salam aidil adha ..

Friday, December 14, 2007

pagi pagi membebel

i thought :

1] once account unit aku balanced, approved n submit to unit sebelah, kepala otak aku buleh lega. sekali kena import ogos punya account ke sistem satu lagi. then, tak balanced pulak dah. seharian pulak otak aku bekerja untuk balanced kan on that day jugak jugak.

2] once the delegation of work among staff settled, work flow jadik ok..rupa rupanya tak. kena ubah balik. banyak pulak keje untuk one of the staff, sedangkan ada yg sorg tuh asyik hilang jek.

3] dlm aku dok jaga hati org, ada jugak org yg tetibe masam muka kat aku, tak mo cakap ngan aku. adehhh..dia tak tau ke aku nih tak pandai memujuk. tp ape salah aku? ce cube try test tengok bgtau kat aku ape salahnya aku ni..

tapi tak pe :

1] cuti aku dah approved. akan bercuti panjang. nak kemana? tak dek ke mana mana. duk umah jek, eh of course la umah kepala batas.

2] tiket balik penang dah dpt semalam. 19hb kul 8 pagi. amek kau! seawal buleh aku nak blah dari sini.

3] bior le org tak suke aku, janji aku suke org..hahahhah

okelah.ari nih dah jumaat, lagi beberapa hari nak cuti. so, selamat hari raya haji. kalau makan daging korban, ingat kat aku ;)

Wednesday, December 05, 2007

buat aku tersenyum

at last, ada jugak benda yg buleh buat aku tersenyum

1] delegation of work among staff aku yg dah berkurg itu dah pun selesai. nasib baik akak yg menanggung kerja nih agak cekap dan sentiasa ada inisiatif. lega hati ku

2] semalam genap 6 bulan aku kerja sinih. walau pun sebelum nih mcm2 aku dengar, tup tup tgh weng weng semlm org HR dtg n hantar my confirmation letter. alhamdulillah.. n guess what? this is my first time in my life dpt surat confirm. tak tau nak buat ape.. frame? scan letak lam blog? (hahahhaha) ye le..sebelum nih kan kontrak la, sambilan la apa la

3] ada org yg suka buat lawak dan pandai buat aku gelak2 di kala aku ckp aku tgh stress walau pun dia tak bley belikan aku ais krim... thank you ;)

hikhikhik. makin sayang diri sendiri :*

Tuesday, December 04, 2007

oh lelaki

aku rasa, sedikit demi sedikit aku telah mendevelop rasa trauma @ fobia @ (dan yang sewaktu dgnnya) terhadap kaum lelaki. no, it doesn't mean that i hate them, but i'm just afraid in term of 'kepercayaan'. yes, that is it. dalam mahu memberi kepercayaan kepada lelaki, itu yang ditrauma kan.

why i said so?

ini adalah kerana lately ini aku sentiasa di hidangkan dan disampaikan dengan kisah2 ke'durjana'an lelaki. dan yg membuatkan aku hilang semua gambaran kebaikkan terhadap lelaki adalah apabila kisah kisah (i repeat kisah kisah > meaning bukan satu tapi lebih dari satu) tersebut adalah berkaitan dengan lelaki yg sebelum ini portray dan aku pun nampak sendirik baik, sopan, budi bahasa, hormat org tua etc etc..which i always 'assumed' yg lelaki mcm inilah yg boleh diharapkan dan betapa beruntung nya wanita wanita yg berjaya memiliki lelaki sebegini.but then, all those kindness or good things hilang dan disentap macam tu je bila lelaki lelaki ini dah menzalimi (mental or even fizikal) wanita. mayb kemarahan aku tak sangat kalau lelaki tuh hanyalah kawan @ bf but, mereka adalah suami. suami yang dah berjanji dalam akad, suami yg sepatutnya memimpin, menjadi petunjuk, membimbing, dan semua yg bagus dalam hidup seorg isteri. tp sebenarnya hopeless!

sebelum ni aku cuma tgk dlm tv or even baca kat mana mana artikel pasal benda2 macam ni. sekurg2nya kalau mcm tuh aku hanya dgr dari sebelah pihak (yg menulis) mayb org yg menulis itu pun ada salah dan silapnya. tp bila org yg kena tuh kawan baik aku sendiri yg aku kenal lebih lama dari lakinya kenal dia, dan aku sendiri tahu kawan aku tuh mmg tak ada silapnya, aku jadi betul2 sedih dan marah.

ada org nasihatkan aku supaya jgn terbawa-bawa perasaan mcm nih, it is because ramai lagi lelaki yg baik dan buleh dipercayai out there. yes, almost all taken, but, they are still there, mungkin belum jumpa atau mungkin aku yg terlepas pandang.but, it doesn't help me much. the feeling growing even fast. which i know this is not good.

so, now tell me, where are those?

but, soalan nih lebih penting

'what kind of man should i TRUST?'


p/s: to ayin, jgn risau, aku dah baca dan cuba memahami ayat 36, yaa-sin. dan aku sentiasa menyakini ayat Allah. thanks for the advice

Monday, December 03, 2007

swing (desyuummm!!!)

since friday, mood aku swing. sbb? ntah...aku pun tak le nak define sbb musabab ke'swing'an mood aku. yang aku tahu hari jumaat aku tension sbb kena push macam2 kat ofis. account tak balanced balanced. sampai ptg pun still hangging..

then, hari sabtu ada 'tetamu'. apa yg diceritakan dek tetamu itu, mmg buat aku jadik tak tentu. kenapa sampai mcm tuh jadik nya dia. end up, aku yg nanges gila2. sedangkan org itu datang nak tenang, tp sbb aku yg lemah nih, tak mampu nak tenangkan dia. to u my dear, doa byk2, doa org yg teraniaya insya -allah termakbul. mungkin ada lagi yg buleh di usahakan.

so hari nih, nekad jugak aku nak settle kan semua benda yg tergantung2 nih. pagi2 lagi interkom bertalu2 bunyik tanya status account. duh.."aku tgh usaha la nihhhh!'

n hari nih, kak zu (staff aku yg paling berpengalaman) officially transfer ke unit lain. duh..dikala awal bulan, time ni jugak la dia transfer. nasib baik unit tuh sebelah ni jek..tak la susah sgt aku.

aaaaaa bila nak cuti? makan ais krim? aaaaaaaaa. tolong la ..(dah gila gamaknya aku)

Wednesday, November 28, 2007

kadang kadang bila terkenang, akan tersenyum sorg sorg
so unpredictable
thank you from the bottom of my heart

hanizanzakaria :x

Friday, November 23, 2007

ckp ikut point je lah

1] semlam (sepanjang hari dan malam) hanya makan seketul bun di awal pagi dan secawan nestum di awal mlm. kalau hari2 makan gini, sure leh kurus kan..bila dah kurus, mesti tambah chantek ..ngehngehngeh

2] muka naek jerawat la. mmg la tak banyak. setakat nih ada dua je (byk la tuh) satu atas bibir, satu bawah bibir..'berseri seri' muka. rasanyakan mesti sebab lately nih mulut kuang ajaq sangat kut..sbb tuh naek jerawat

3] baru je last week berazam nak belajar tido malam lambat2. kul 1130 ke, kul 1100 ke, sekali mlm tadi kul 830 dah tido. haih.. ape hal la aku nih

4] pagi tadi ada sorg achik indon nih dia pakai baju yg ala-ala kelawar tuh. warna kuning diraja ada calit2 warna hitam. tudung dia dari corak yang sama. tetibe bila aku ternampak jek dia dari jauh..aku dah gelak2 (dlm hati je la) sebab aku ingat tadi ada maskot biskut tiger..hahah serius tak tipu..mcm harimau jadiknya achik tuh..(iskh iskh iskh pepagi jumaat gelakkan org)

5] then, dlm train, aku berdiri depan sorg akak nih. dia pakai tudung mcm biasa tp dia letak cekak rambut besi kaler itam tuh atas tudung dia..kekonon mcm pakai tiara la..duh..aku nak gelak jugak. tapi kang dia ketuk aku ngan handbag dia..naya. tp peh tu aku terpikir..sebab byk pulak kepelikan dlm berfesyen yg aku nampak lately nih. adakah aku yg buta fesyen @ aku tak cukup vogue? owh..tidak..kira aku lameee la sgt kannnn

6] remember pakcik yg aku cite photojournalist tuh? dia mmg dikenali sebagai kedekut. tp semlm pagi, dia kasik aku pau, tghari kasikan karipap n cucur udang. n nih..pagi2 nih...baru kejap tadi..dia letak atas meja aku ketupat, lemang n rendang daging...adehhhhhhhhhh. apa makna semua ini..aku mmg pk mcm2 la kan..tp kak zu pesan, rezeki jgn di tolak tapi sebelum makan, bismillah, doa makan, selawat, ayat kursi, jgn lupe...hahahhahahah. ramainyela pakcik2 kat sini nak ngorat aku..(hah! perasan)

7] rasa mcm nak balik kampung la..ingat kat mak hari2. seronoknya kalau duduk penang

Thursday, November 22, 2007

yg terAMAT busan

dunno why, yg aku tahu minggu nih amatlah menyesakkan dada bila langsung tak ada mood nak bekerja. pagi tadi, amat tertekan bila once i woke up, i realized yg hari nih baru khames..ingat dah jumaat!!!!

kenapakah berperasaan begitu ?

entah la kan. mayb sebab aku tak dek selera makan la skang nih.(eh, ape lak hubung kaitnya?). owh, mayb because lama-lama i get annoyed ngan sesetgh org kat sini. no, bukan sebab keje (ada gak sket sebenarnya) tp benda2 lain yg sampai nak kacau my privacy..like i mentioned before, diorg tgh sebok2 carikn jodoh untuk aku. ye, aku tau, diorg nak menolong, thank you so much but, plis..ples.. n plis.. semua benda ada limit kan? jgn la sampai apa yg aku browse nak intai gak..kekonon kot2 kuar la gambo kengkawan lelaki aku.. or..sebok nak baca dlm ym aku..privacy plisssss..

n plis...jgn guna alasan aku blom kawen, n blom ada anak sebagai satu punca kenapa aku tak bley apply cuti..hello..i hav my own time. then, sukahati la kan cuti nak buat ape pon, nak balik jumpa mak ke, nak berfuye2 ke, nak guling2 jek depan tv ke..biar la aku nak buat ape pun..

n mayb jugak aku tension sbb ada staf aku sorg nih asyik mc, el, hilang. ari tuh kata migrain, then kata demam, then mak sakit, last wik cirit birit, awal minggu ni sakit gg, hari nih nak g cabut gg..mcm2..i'm totally fed-up la. nak marah2 sgt pun, semuanya tua2 dari aku. i should hav some respect i guess, but, i'm too afraid kalau2 saba aku nih hilang, n terus aku buakkan segala2nya.. takut ada yg tak konfem karang.

hhmmmppppp....i totally depressssed..i need a break!

Wednesday, November 21, 2007

owh, scary !!

tadi borak2 ngan pakcik(he is the oldest staff dlm dept. nih n part time photojournalist untuk org kawen)

dia cerita mcm2

1] pengantin lelaki tak muncul2 sampai ke petang. kerbau dah sembelih, make up pengantin pompuan dah cair..last2 duit kenduri dah abis ribu2 tp kawennya tak.

2] ada pulak pengantin tgh bersanding tetibe bini pengantin lelaki datang naek teksi bwk anak dua org..nanges2 tgk suaminya tgh bersanding (gila jahat itu lelaki)

3] ada pulak bersanding tapi pengantin pompuan perut dah besar, walhal mlm sebelumnya baru akad nikah..kesian..

4]ada pulak pengantin lelaki akad nikah dah 20 kalilebih tp tak lepas...bila dah panggil dukun, dukun ckp bini nya dah bomoh kan. terkejut family pompuan sebab sblm nih dia kata dia bujang.. (gila gila jahat mamat nih)

dan..mlm tadi wani cerita ada kawan dia putus tunang sebab budak lelaki tu kata, tunang dia tak cukup cantik untuk dia (bangang la!)

nota:

owh, aku sungguh takut mendengar semua2 ini. dah la malam tadi tgk cite jelatang yg penuh ngan lelaki bangang..

duh..apa benar dunia sekarang sudah tiada lelaki yg bagus? yg tak menipu, yg berterus terang, yg baik. ye takperlulah sebaik nabi..tp cukuplah baik seperti mana aku baik kat dia..

ADE TAKKKKKK?

Tuesday, November 20, 2007

cerita balik kampung

penah balik kampung?

tetibe hari ni nak cite pasal journey balik kampung.

kampung aku ada dua, umah opah kat kg teluk buloh, hutan melintang, perak umah nenek pulak kat seksyen 17 damansara, petaling jaya. sedangkan dari hari pertama aku beranak sampai beso, mak bapak aku (aku la jugak) duk kat kepala batas, pulau pinang.

so, just imagine setiap kali hari raya. mmg kena balik beraya la kan. tp, kalau zaman sekarang, ok la sbb ada highway, paling cikai pun, 5 jam dah bley sampai damansara. tp dolu2 mane ada highway...duh..amat tension sekali terperuk dlm kereta disebabkan jem la, accident la.. penah skali tuh, bertolak awal tp still sampai dah tgh malam. sb jem dan asyik ada accident jek..

apa yg aku nak cite kat sini ialah kesabaran mak bapak aku dlm melayan kitorg lam kereta. hahah. sume ada habit sendirik. kalau abg aku yg no dua, dia suka mengira..abis sume benda dia nak kira..kata mak aku, penah skali tuh dia kusyuk kira tiang lampu.kahkahkah..cube tuan2 kire berapa byk tiang lampu dari penang sampai teluk intan? abg aku yg sulung pulak suka kena2 kan org..nampak lembu je ..siap la sapa la yg nak dikenakan..kalau adik2 aku tak dek benda lain..bergaduh jek. sbb, rebut2 space lam kete..poyo la..

aku? aku ada habit gak..senang sangat jadik hijau. meaning, kalau jem lama sgt..kalau dah lama sgt lam kete..sure..for sure..aku akan muntah..mmg jenis lembik la aku kecik2 dulu..

tp lama2 dah pandai sket la.so, bila masuk uni, dpt pulak kat melaka..mmg aku sentiasa berdebar bila naik bas..jgn la lapan jam tuh aku muntah..jauh ooo dari melaka nak ke penang.sakit tongkeng..lenguh badan..

tp..skang dah tak heran, travel ke mana mana pun, insya allah tak dek masalah..sbb dah tau petua, kalau nak travel..jgn makan byk..telan air kosong jek.hahahhah

Monday, November 19, 2007

mayb sebab aku kepoh kot

dalam department kewangan nih, ada sorg abg nih mmg pendiam. dia dah keje sini lama, tp kawan tak la ramai sgt. ada org describe dia sebagai berat mulut, pilih kawan, sombong mcm2 lagi laa ..dlm department nih pun sekali sekala jek dia bukak mulut..yg lain dia konsentret keje jek..hmmpppp

sekali, sejak dua menjak nih, dia suka tegur2 aku, buat2 lawak ngan aku, pagi2 kalau dia nak brekfes..siap ajak aku lagi..(hahhahah, jgn jeles)makanya..jadikla akak2 sini mcm pelik..npe le dia buleh ramah mesra ngan aku...kahkahkah..suka pk bukan2 makcik2 nih

sebenarnya (nih firasat aku la kan..) dia ni ok sebenarnya tp dia jenis yg susah nak mula. kena selalu usik2, ajak2 dia borak. lagi pulak tiap2 bulan aku nye report kena submit kat dia untuk whole account punya report..so aku selalu la ngelat2 ngan dia..secara tak langsung selalu le aku borak2 mngusik2. kena pulak aku kat sini ringan jek mulut. sume org aku nak kacau. ye le,, aku kan anak dara sorg kat sini, malu2 kang org kata aku sombong, jadik le aku budakkecik kepoh..

ade ke patut akak sorg nih kata dia nak tackle aku..uishhh simpang malaikat..laki org okkkkkk, anak dah nak masuk empat..tak dek maknenya aku ngorat laki org..byk lagi bujang atas muka bumi nih..

so, to akak2 sekalian, rajin2 le borak ngan abg itu..dia ok sebenarnya..lagi satu kot ye pon nak sgt saya kawen, tak payah la usik saya ngan laki org..tak dek maknanya.

p/s: selepas entry ini di tulis, tetibe ada dua tiga org akak dtg kat saya tanya macam2..ntah, nak kenen kan aku ngan sape tah..haih...risau sgt idorg bila aku tak kawen2..

Friday, November 16, 2007

budak SDAR yang dah berubah

masa balik kepala batas hari tuh, pak non ada kat umah. maklum le, dia ngan wife nya nak g nengok ba'atun punya konsert (hari anugerah taskanya) makanya mak aku le yg kena babysit yang kembar tuh. tetibe, out of the blue, pak non pesan, kalau buleh, sebelum tido baca surah al-mulk. banyak hikmah dia (ada la dia cite kisah2nye tak payah la aku cite in detail). ape yg betul2 memeranjatkan aku ialah..waaaaaa pak non dah berubah...sungguh kagum.

nak tau nape?

aaa.. pak non anak no dua, tp dia la abg sulung aku. masa kecik2 sekolah rendah dia mmg budak bijak, kalau pekse no satu aje (in fact, sume adik beradik aku gitu, aku je tak). then, sbb dia bijak, dia dapat masuk sekolah datuk abdul razak (SDAR), seremban..aku ingat lagi, dulu2 mlm2 g stesyen kete api kat bagan anto pak non a.k.a bang chak untuk balik somban..kira dulu, dia baik lagi la, kalau ada apa apa pun bapak aku mintak pakcik aku wakilkan..(pakcik aku duk ngan arwah atuk nenek aku kat kg, damansara seksyen 17)sebab dia lagi dekat.

tapi, bila dah masuk tingkatan 3,4 n 5..pak non ni nakal sngat2. penah sekali kena tangkap sebb fly g bandar, then, hilang dari asrama, rupa2nya dia g piknik kat port dickson (hari sekolah). penah nyaris2 nak kena gantung sekolah sbb dah banyak kali kena warning tak gunting rambut..duh....dahsyat..last2 spm kantoi. dlm ratus2 budak SDAR batch dia, ada le dua tiga org dapat pangkat dua spm, salah sorg nya dia la..

last2, bapak aku soh dia amek stpm kat sekolah depan umah jek. senang bapak aku nak monitor..nasib baik dia dah sedar, score jugak la dia lam stpm, dpt masuk UKM. rupa2nya kat ukm pun ade gak citenye, kena saman la apa la..haih..pak non pak non..

tp..time changed same goes to pak non, bila dah keje, dia dah matured sket kot..sikit2 berubah. kena pulak first job dia kat prai jek, so dia stay ngan my parents..sket2 mak nasihat2 kan dia, soh dia g masjid la, solat duha la..bagusnya pak non ni..bila dah besar dia jadik mendengar kata sket ..tp ada satu benda yg aku konfiden sampai skang dia tokleh buang..rokok..aku rasa since dia SDAR lagi dia dan merokok.tp dia tak penah merokok depan kitorg, depan mak bapak, depan wife dia, ape lagi depan anak2 dia. kalau dia nak merokok, dia kuar umah g jauh2..mak aku ckp, dia malu ngan diri dia kot, tp nak buang rokok tuh, tak mampu..

n sekarang..mmg dia dah berubah..nakal tuh still ada, tp ok la kan..tak dek la dia terbawak2 perangai masa SDAR dia dulu..nasib baik!

Thursday, November 15, 2007

sendiri dan sunyi

jam dah 0749, sejak dari 0719 i swipe in, still sampai sekarang tinggal sorg2 dalam department nih. even kat floor ni pun ada la dua tiga org..mana semua orggggg??? public holiday kah?

owh, tak jugak, since sampai sini last monday, sampai la malam tadi kat umah pon macam tinggal sorang2. rumet ku pun dah tidak daku berborak, hosmet lain sibuk sangat gamaknya. kalau yg ada pun, duk diam2 dlm bilik. smlm layan nanny mcphee sorg2..movie abis, met pun balik, but, on that time, dah nak tido..

lebih menyedihkan, balik kepala batas hari tuh pun, sekejap je umah tu bising2, then, kena g sungai petani, bila balik tingal mak bapak ngan chu yah. tp chu yah spm, dia sebok ngan buku nya, aku tido, dia berjaga, aku berjaga dia tido..

mana pegi semua org yg selalu membuat aku ketawa suka????? owh, sungguh sedih menjadik lonely..

am i a loser?

deeeemmmmmmm!!!

Tuesday, November 13, 2007

nothing much to say

let by gone be by gone
apa sahaja yg dah lepas, biarkan lah
kalau ada rezeki, ada lah kan ..
mmg lah berharap (pada mula nya)

tapi ...

hanya tuhan yang tahu

signed off,

hanizanzakaria :x

Tuesday, November 06, 2007

this coming thursday(this deepavali to be exact) i'll be off to my hometown for certain reasons

reason one
i will attend an assessment kat sungei petani. my preparation toward this? a big no-no. sume attempt aku failed ok...so just wish me the best of luck and pray the best for me, sapa doa aku janji sayang dia lebey.. ok?

reason two
rasa macam nak relaks kan diri. though tak dek la benda teruk jadik kat aku lately nih, but, i'm feel like exhausted. kenapakah? entah, dah busan dengan rutin hidup dan sume masalah duniawi kot. heharap dengan tertgk nya rumah aku kat kepala batas tuh, lega la kot hati aku sket nnt. tp sempat ke? benda alah tuh dah la dari jumaat sampai ahad..hahahha amek EL la selasa nnt.. ngehngehngeh

reasons three
owh, sebenarnya ada dua reson jek. saja ezejeret!

Monday, November 05, 2007

biar ku bawa diri ku jauh jauh, supaya mereka tahu, betapa ikhlasnya hati aku

beberapa benda yg perlu di beritahu dan hendak diberitahu

cerita satu

semalam menonton movie kat HBO. pasal sorg black lady yg terlalu rigid dan cerewet dlm soal pilih lelaki. dia nak black guy yg ada education, keje bagus, kemas, bersih, berdisiplin..semua2 la. but, last2 dia end up ngan white man yg keje biasa2 jek..the point is, macam biasa, mamat omputih tu soooo sweeet.. :)

cerita dua

semalam masa jog kat titiwangsa 2.7km tuh (matila..aku still tak dpt lari bwh 14 minit, camne la nasib aku wiken nih) tetiba ada karnival wanita kat titiwangsa. and health test. and seperti yg dijangka i hav an excessive(betul ke eja nih?) of FAT. dem la! tp in other part, my blood pressure a little bit low 96/69. compared to my met 110/85 (met aku selalu sakit). adakah ini bermakna aku lebih tidak sihat dari met aku? so, as a result, aku kena buang sume lemak tuh. tp kalau aku diet betul2 nnt, blood pressure makin turun..abih camno? a-ha! ape kata aku g buat liposuction..seswai tak? hikhikhik

cerita tiga (this is the serious one, MAJOR serious!)

i did a mistake last week. ada betulnya apa yg kawan aku ckp '..kenapa ko nak interfere org lain yg still tak dek kata putus..u make thing become even worst!..'
yes, mmg aku mengaku aku mengacau kisah org lain. tp aku tak sengaja. dan aku tak dek niat apa2 pun. so, to this some one who is soo close to me, i am so sorry. ribuan maaf. aku tak dek niat nak sakit kan hati kau..aku janji aku tak kan kacau dan aku pun tak kan dtg dekat lagi dengan benda macam nih.

biar ku bawa diri ku jauh, macam dulu ..

Friday, November 02, 2007

makan, makan, dan makan

semalam open house bank rakyat kat shangri-la

hari nih open house department

esok ada open house kat gombak

lusa..

selasa open house bsn pulak

banyak nye makan..jumaat nih ada assessment, kalau tak fit, susah la.

tp nak buat macamna, kalau tak makan orang dah jemput

duh..macam mana niiii?

Wednesday, October 31, 2007

cerewet

ye, aku mmg cerewet
tp still ada toleransi
aku cerewet dlm beberapa benda je

environment, makanan, orang orang dan beberapa lagi la

but, kalau aku penat..mcm sume benda aku akan cerewetkan
contoh macam malam tadi
aku balik tak la lewat sgt tp lambat dari biasa dan sebab sebok sket smlm, so aku jadi penat+lapar..sbb tak lunch, makan kul 11 mee kari sket je

pas maghrib, aku ngan wani g makan kan satu restoran mamak nih
kitorg g kedai ni sbb servis dia cepat (tak sanggup nak tgu lama sbb lapar)

aku order bubur nasik ayam (seperti di tulis dalam menu)

sekali bila order aku sampai..

bubur nasik, dia tabur daun bawang, daun sup (yg bau kumbang tuh), bawang goreng, serai hiris, and ikan bilis goreng then dia curah sup..

aku pun gaul gaul mencari mana ayamnya..(i am chicken lover..aku sakit hati kalau food tu nama belakang ayam tapi satu ayam pun aku tak nampak)..then, aku panggil la ane tuh, aku ckp ngan dia mayb dia salah hantar order kat aku, sbb aku mintak bubur ayam bukan bubur ikan bilis..sekali ane tu ckp dengan bongkaknya '..ada la, makan dulu, dlm2 ada..'

dlm dua tiga sudu aku suap, konfem, tak dek ayam...sakitnye hati dah la lapar .

then, bila bayar '..hempat inggit setengah, 3.50 bubur, 1 ringgit limau suam..'

dem! teruk la..buli aku. benci betul..nak je aku tanya dia atau gertak2 kata nak report kpdnhep..tapi sian kat wani, nnt dia malu lak (sbb org ramai kan..)

takpe takpe..aku tak mau dah pegi kedai dia..benci!

Tuesday, October 30, 2007

tu la.. kalau ikhlas ..

ini cerita dari aniza asri

kawan niza, tak berapa cantik, berbadan agak besar, keje pun biasa2 jek (mcm aku la..)

then, satu hari ada mamat(driver lori) swit swit dia, so, dia pun layan..sbb dlm hati dia, kawan je la sapa2 pun. lagi pun kalau memilih sgt, tak dek org pun nak suka dia..semua lelaki nak kawan dengan yg cantik2 jek.dan mmg diorg terus berkawan dan berchenta chenta. walau pun minah ni ada degree, tp dia tak kesah terima mamat tu walau pun driver lori je..

dan satu hari (on merdeka day) family lelaki tuh datang merisik..alangkah terkejutnya minah n family nya bila rupa2 nya mamat nih, anak org kaya, he is an engineer dlm company bapak dia sendiri..yg dia bwk lori tuh sebab dia tolong pakcik dia meniaga..n lebih bahagia lagi, mamat tuh amat lah hensem dan berbudi bahasa...

duh...rezeki org kan..sure mamat tuh tak pikir panjang nak terima minah tuh, sbb walau pun minah tuh ada degree tapi stil leh terima dia yg bwk lori jek..ikhlas berkawan..

nota:

tu la, kita kalau kawan ngan org, jgn tengok rupa ke, warna kulit ke, harta ke, pangkat ke..sapa yg dtg as long as baik budi bahasa nya, kawan je la.. mana tau dia tuh putera di raja dari mana2, tak pasal pasal aku jadik permaisuri..hahahahahhaha
BERANGAN!

Monday, October 29, 2007

tulunggg

tulunggg

tulunggg

nak tgk little manhattan sekali lagi .....

gile fanatik..kalau layan utube pun dah tak layan anuar zain..layan gabe ngan rosemary je ..

owh..

i-am-little-manhattan-maniac

pathethic!

Saturday, October 27, 2007

'sekali sekala, 'stor' tu kena la dikemaskan..'

dari tercipta untukku - ungu

'..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan..'

dan malam hari tuh, tertengok 'little manhattan'. cerita nih kiut sangat. konsepnya sama mcam mukhsin, tp ini lagi kiut sbb gabe (budak lelaki) menjadi narrator, so apa aja yg terfikir dlm otak dan hati dia, dia akan ckp.

ini nasihat bapak gabe masa dia tanya bapak dia 'why love sucks?'

'..in our life, sometimes ada benda yang kita tak berani nak luahkan. akhirnya benda tuh tersimpan dalam hati yang akhirnya akan bersepah2 dalam hati kita, it is like our stor. benda nih lah yang menyakitkan. so, sometimes we have to cleann up our stor..'
(ye, bapak gabe tak ckp melayu, aku yg translate..)

owh, even bapak gabe tak bagus sgt in love life (since masa tuh bapak dia dlm proces nak divorce ngan mak dia) tp ayat bapak dia tuh amat betul kan?

hurmpp...

me: i HAVE TO clean up my stor, in fact storSSSS

Tuesday, October 23, 2007

nama saya ..

1]nama seperti dalam surat beranak - Hanizan Binti Zakaria

2]eja - H.A (ha) N.I (ni) Z.A.N (zan) H.A.N.I.Z.A.N

3]dekat rumah, mak bapak kakak abg dan adik adik panggil IJAN

4]bila masuk sekolah (rendah dan menengah) kekawan panggil NIZAN

5]bila masuk MMU ada yg panggil NIZAN, IZAN, ZAN dan NIXAN

6]bila kerja kat khidmat negara nama-nama di atas kekal, depends ngan org, cuma ada tambahan HA-HA

7]bila pindah keje kat sini, nama nama nih jugak kekal. cuma HA-HA tuh tak dek. n my bos tak reti sebut hanizan dia panggil HAIZA

8] tp hari nih, masa lam toilet, terkejut pulak ada sorg kakak nih panggil dengan nama HANNNN

nota:

see, walau pun nama aku nih, pendek simple dan hanya 3 suku kata, macam2 nama aku dpt. hahah tapi akak yg last nih la best..giler daring masa dia panggil aku tuh.. sekali bunyik macam hans isaac..sumpah, aku ingat dia panggil org lain..skali dah dia pandang aku plus, takdek org lain lam toilet..menyahut je la

as for me, as long as org tak panggil aku ngan HANI, aku akan jawap la...(dah penah ada kes org panggil aku ngan HANI, tp aku buat bodo jek. nampak BIMBO sgt nama HANI tuh) hikhikhik

Saturday, October 20, 2007

seribu tahun

salam .

hari sabtu dihening syawal pun keje.iskhiskhiskh. paklah tengok mesti bangga..

oh, btw, hav u listen to 'seribu tahun' imran ajmain OST kerana cintaku saerah?
ye ye aku tau lagu tu mendayu2 dan agak ke'pondan'an..tp tak kisah la, dah nak suka.
lagipun ade org tuh dah simpan itu lagu dalam henpon nya dan ada sorg lagi pun sebok2 nak jugak..(dua dua tuh bukan hanizan ye)

pasal angkasawan

ada macam2 aku dgr dan baca. ada yg suka ada yg tak. aku? aku suka. bertambah suka bila aku baca komen mufti perlis. '..program nih bagus, patutnya sebagai umat islam, kita yg perlu menerokai semua sebelum org lain sbb ini kekuasaan ALLAH, tp sebab kita terlewat umat lain dah mendahului..' mmg betul, ilmu ALLAH ni luas, setiap inci ada, kenapa kita nak had kan keupayaan kalau kita mampu. tak kesah la apa org lain nak ckp, but, based on kekuasaan ALLAH dan kebijaksanaan-NYA mmg patut kita explore. bukan sebab nak nama atau apa apa je. kalau ada umat agama lain yg nak kondem sana sini, lantak lah. mmg sifat mereka mcm tuh sejak dari zaman muhammad..tak buleh tgk islam maju ke depan.

ok? ok kan aje lah.. dah aku tulis macam ni dan ni blog aku..

Friday, October 19, 2007

patutla ...

patut la semalam sedih tak keruan tak pasal pasal.

1] semlm, balik dari kerja, aku angkat kain baju kat ampaian yg aku basuh dua mlm lepas (selasa malam), bukan takmo angkat hari rabu, tp sebab rabu hujan, kekainan aku tuh macam sejuk2. so semlm masa angkat, ada benda yg hilang. bukan satu, bukan dua, tp tujuh ok...mmg BAGERO la mangkuk hayun yg cilok kekainan aku..sbb smlm aku puasa + penat ngan keje yg banyak..aku pasrah dan redha je la. tp smlm sempat gak aku doa (aku tau, doa utk keburukan org tak elok ..tp tak kire) kalau BAGERO tuh curik sebab nak pakai sendirik, makanya sakit kulit lah dia. hanya akan pulih bila dia dtg mintak halal kat aku, kalau BAGERO tuh curik sebab nak jual kat bundle, maka tak berkat la dunia akhirat dan kalau BAGERO tuh curik untuk nak bomoh kan aku.. aku doa, sakit tuh kena kat dia.. amiinnnnn. nasib la, aku doa pas semyg, pas baca yasin, aku puasa lak tuh, aku teraniaya...mintak2 makbul. lantak la kau BAGERO!

2] dan semlam 18 oktober..ala, nape aku lupe. ingat pun masa tgk tiket rapidKL yg besar dan terpampang tarikh tuh. tp tahun nih tak dek pulak arwah dtg dlm mimpi aku mlm2.. mayb sebab tu aku lupe. tp smlm aku dah hadiahkan yasin untuk dia. walau pun dah 11 tahun, aku still doa moga dia ditempat yg baik kat sana, dan dia maaf kan dosa aku kat dia.. ape ade ngan semlm? smlm genap 11 tahun arwah faidz meninggal. aku penah citer salah aku kat lm blog nih.. carik la kalau nak tahu, aku malas nak link

3] dan aku lupa lagi.. ari tuh 5 Syawal besdey aku kalau ikut tahun islam. 5 syawal 1400. owh, kalau ikut tahun islam aku dah 28..lupa nak wish untuk diri sendiri.

mmmmm. patut la semalam tak keruan. rupanya ada benda yg jadik. tp takpe, aku kan macho..mane leh cenggeng2. tak seswaiiiii

Thursday, October 18, 2007

saya sedang sedih

sebab sedih:

1] hari nih kat ofis ada 5 termasuk sya. owh, termasuk jugak bos (manager india yg cuti awal dan naek lambat dari jadual). tp sekarang saya sensorg di ofis

2] saya sensorg sbb saya puasa, makanya waktu lunch n minum pagi tadi, saya kena jaga ofis, pick-up call dan sebagainya..benci

3] sedih sbb sampai sekrang dah 2 lebey, diorg belum lagi balik dari bfuye2 beramei2

4] sedih sbb bos saya tgh gabra sbb report negeri belum siap. makanya saya kena buat semata saya jek officer yg ade. officer in charge mc sbb miscarriage. dan saya tak pandai nak buat, dah siap separuh, lagi separuh tgh godeh2 lagi

5] sejak selasa, asyik sorg2. kat ofis, kat umah. seb baek smlm met dah balik..

6] sedih sbb tak puas beraya. nak raya lagiiiiiiiiiii

7] report saya belum printout n bind chantek2. baru adjust2..tak sempat

8] ingat tak dek org kat ofis, leh fuye2, sekali dpt keje urgent yg kena submit sblm monday. dah la tak reti buat.....

9] kat umah (kepala batas) semuanya ada lagi. sure diorg tgh gelak2, makan2, main macam2..nak join jugakkkkkkkkkkk

10] sedih sbb ptg ni tak tau nak berbuke ape?? (aik, nih pon masuk?)

ape ape je la hanizan oiiiiii. mengarut! dah la gi siapkan report tu cepat (hati aku berkata-kata secara tiba tiba) hikhikhik

Wednesday, October 17, 2007

And even if the sun refused to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
You’re all I need, my love, my Valentine






















href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYEFLEzdukAPmRs0JWtbNOkOTYtO_01tbmrjoJGrv6-PILzR-asI5d9uYs5Hw4XsCA6Qoy_nCfVWI9rA1d0RykeKMdAri7G9gRqUkSbpEjyqg2owP8zbayPuPGA5Asi11QDGuy4g/s1600-h/DSC01135.JPG">




p/s: even eldest sister tak dek lam gamba nih, tak bermakna i tak sayang dia :) sesungguhnya aku sayang semuanya

Tuesday, October 16, 2007

hai. sensorg kat ofis hari nih. busan!

how was ur raya? mine, pelik2 pulak tahun nih? macam2. nnt la cerita. nih ada gambar2 sebelum raya. salah satunya ialah my achievement tahun nih. yea! tak semua org buleh buat benda nih.



nih ba'atun si pengelat. org sibuk buat mcam2, dia sedap2 jek bersandar sana sini.



at last, menolong jugak, tp tu lah, tolong tengok babah yet mengemas, tengok n comment



hahahha. inilah s.jibeng. menjelang raya, s.jibeng dtg bukak daun palas kat umah kitorg.kahkahakhak



inilah proses buat ketupat palas. mula mula daun palas kena bukak. kena buat bentuknya dulu supaya senang masa nak bungkus pulutnya nnt



then, bila pulut dah siap di tanak, baru bungkus..hanya yg ada skill jek leh bungkus. dan tahun nih, hanizan dah pandai bungkus. itu the first ketupat yg i bungkus..hahhah(gile riak!)



tp kan..chu yah(my youngEST sister) lagi hebat, dia buleh anyam ketupat.aiseh, kena belajar jugak nih..

ini yg sebelum raya. for ur info, pas bungkus ketupat tu lah, hanizan diserang demam, n badan kena ape tah. muka bengkak tak ingat. dari malam raya sampai la pagi raya. as a result, tak dapat sembahyang raya..sedih tauuuuuuuuuuuu. dah tunggu setahun, tp tak dapat :(((

gambar raya? entry pas nih pulak, ok?

Tuesday, October 09, 2007

sabar tu besar rahmatnya, hanya yg mahu berfikir akan rasa nikmatnya, betul?

amek .. gile panjang tittle aku

gara-gara tutup akaun, dua hari sessi berbuka tak menentu.
hari jumaat lepas, azan maghrib masa tgh bukak kunci umah, sbb pasar ramadhan dah takdek ape2, hari tuh makan meggi jek

smlm pulak, baru nak tapau nasik kat pasar, dah azan..balik, minum air kosong seteguk, mandi, solat, baru mkn..

mlm tadi, sampai tertido ngan statement n trial balance. hari nih, panas kepala carik ape lagi yg tak balanced, bertinggung, melompat, menjerit, sume dah buat..

n akhirnya, jam 2, baru balanced. baru kasik division sebelah..dan officially dapat lah hanizan pulang beraya esok pagi..

kesimpulannya, sabar tuh mmg senjata manusia, kekdg, benda tuh simple, tp sebb tak sabar, kepala serabut, tuh benda tak settle..

apa apa pun

'selamat hari raya, maaf zahir batin, hati2 di jalan raya'

sign off sbelum off to my hometown

sayang kamu selalu
hanizanzakaria

Monday, October 08, 2007

rasa nak menangis

nak nangessssss

report dah 95% siap, but, sad to say, tak balance berjumlah 68 juta.
supposed my bos soh submit just now (before lunch), but, sampai sekarang still tak jumpa apa lagi yg belum di reconcile..mengakibatkan my account still unbalanced..duh

semua org push sbb sume org nak cuti raya, semua org nak siapkan report masing2 before end of this week.same goes to me, nak balik 10hb, so kena anta paling lewat pagi esok..tp mane nak carik 68 juta tuh..

nak nangeeeeesssssssss

owh, dah menitik air mata

Friday, October 05, 2007

ape aku buat mlm td?

since 10hb dah nak cuti, n month-end report kena submit sebelum balik raya, so kena la siapkan kerja. smlm terpaksa menilik bank statement yg begitu halus tulisannya. last2 bwk balik, buat kat umah bila dah tenang2 hati pas terawih..

so, bila dah siap, sj godeh2 kamera.


inilah apa yg dikerjakan. in baru satu bank, ada lagi 9 bank..berpinar mata

tiba tiba...amek gambar benda yg selama hari nih dikumpul..n share kat sinih


ini adalah collection masa awal awal reti pakai perfume..zaman belajar


ini pun same..dulu suke beli yg miniature jek..


bila mule kerja, beli yg body shop punya pulak..tp ada gak yg baru dibeli..


inilah perfume pertama. suke sgt, sbb bau dia sweet. blom habis lagi nih, dah byk tahun beli


yg nih pulak hadiah besdey tahun lepas..dah nak abis dah


yea! yg nih pulak hadiah besdey tahun nih. ingat hari tuh nak beli CK, skali amoi tuh promote nih, so, amek jek le..

ada sesape nak tambahkan?? highly appreciated :)

Wednesday, October 03, 2007

oho..dahulukan perut eh

semalam, berbuka di hartz, times square dgn aniza n ayin..
dari kul 6 beratur, 630 baru leh masuk..
seperti biasa, akan full house dan ada yg tak dpt masuk.

once dah masuk, semuanya(org lain) menderu2 pegi amek makanan
yg aku jakun sgt, semua nya amek byk2, sampai penuh meja memasing.
aku mmg pelik sbb nampak macam diorg nih dah lapan tahun tak makan..
sbb dah ramai sgt org beriya riya berebut makanan, kitorg bertiga settle down dgn buah n salad..sahaja.

then, berbuka pun makan la ape yg di amek duluh. compare ngan org lain yg pulun melantak ayam beriya2..

skali aniza n ayin pun bergerak lah untuk menunaikan solat maghrib..so, aku pun ditugaskan untuk menjaga meja..

sampai lah aniza n ayin balik dari sembahyang, aku tgk org lain tak gerak pun dari meja diorg..kali nih dah tak pulun makan, tp pakat pulun amek gambar pulak..aku pun pelik la kan..tp takpe mase tuh baru kul 8, then masuk 810, masuk 820, masuk 830, masuk 840.. pun org2 lain tak gerak pun..aiseh, aku mula la pk2 buruk..diorg nih tak sembahyang ke?

bila dah 850, majoriti gerak balik ... baru la angkat bontot..n terus la balik, kalau g surau pun, maghribnya ade lagi ke?

kesimpulannya ialah:
1]sempurnakah puasa kalau tak sembahyang 5 waktu?
2]bukan ke rukun islam, sembahyang tuh dtg dulu sebelum puasa di bulan ramadhan?
3]apa makna puasa kalau tak sembahyang?
3]apa makna kerja gaji tinggi2 tapi tak sembahyang?
4]apa masalah org islam yg tak mau sembahyang?
5]masa nak makan berebut2, kenapa tak berebut2 untuk sembahyang?
6]jgn jgn jgn aku jadik mcam diorg tuh na'uzubillah

kawan2 ku tersayang, jgn la korg jadik macam tuh ok...walau ape pun yg jadik, susah macammana pun, sembahyang tu jangan lupa ok? baru berkat semua benda..

Monday, October 01, 2007

untuk mak, ratu sanubari ku sampai akhir hayat

4 oktober 2007

ya allah,
kau ampunkan dosa ibu ku, berkatilah hidupnya, bahagiakanlah dia, peliharalah dia dari malapetaka, kurniakanlah kebaikkan perlindungan hey hey kepadanya di dunia dan diakhirat nnt..

mak,
moga mak bahagia sampai bila bila.

hug n kisses,
anak-mak-yang-comel-dan-loyar-buruk




mak ngan chu yah yg gedik..duhhh

Friday, September 28, 2007

hajat di hati

hadiah besdey untuk tahun ni belum ada lagi
mayb sbb bajet constrain, so kena la postpone duluh

ada dua benda yg berhajat di hati

1] perfume form CK, lupa pulak nama dia. perfume nih limited edition, kalaer orange n yellow. botol dia std la CK, mcm CK one ..sbb dia limited edition tak tau la skang ada lagi ke tak..

2] baju kurung dari kain cotton. dulu dah penah jumpa kat kamdar, japanese cotton, semeter dlm RM18. chantek corak dia. tp ari tuh jumpa kat jakel, english cotton.. lagi chantek n sweet corak dia.. tp tulah RM35 semeter..aduh...nampaknya japanese cotton je la yg mampu.

bile eh nak beli?.. bulan nih? tak bley janji ;(

Thursday, September 27, 2007

teman terulung, tinggalkan aku



sejak beberapa minggu lepas, addicted to lelaki in, this week, terasuk dengan teman terulung dan hari ini, terjumpa dengan tinggalkan aku, bidadari dan lain lain.

sebenarnyakan, jalan di depan mmg jauh sebenarnya. dan mmg kita tahu jalan tuh mmg akan ada byk halangan. dari depan, kiri, kanan, belakang, atas dan bawah. maka nya agak susah untuk kita sampai ke depan. itu pun kalau cukup kuat. walau apa pun jadik, have faith! doa selagi termampu.

'...jangan terbang terlalu tinggi, kalau jatuh, awak akan parah..'

berserah dan terimalah seadanya, okek?

Wednesday, September 26, 2007

salah anggap yang dah diperbetulkan

selama hari ini, hanizan beranggapan, kalau puase tokleh masak, sebab nnt tokleh rasa, so bila main masak jek, nnt bile berbuka, makan tak sedap, so sedih la..

tetapi.. (jengjengjeng)

disebabkan makanan di pasar ramdhan rasanya amatlah menghampakan dan harga nya yang mmg tak dapat diterima akal waima kepala lutut sekali pun, maka nya hanizan bernekad untuk masakan jugak.

so, last sunday, sebab teringin sgt nak makan roti john, membuatlah roti john PLUS mee goreng. hasilnya? walla....... roti john itu agak kurg rempah sket, and mee goreng termasin sket, tu pun sebab tangan terexciden curah kicap lebey..

dan semalam plak mengadvancekan diri dgn memasak sotong goreng tomyam..a-ha! sedap jugak la kannnnnnnnnnnnnnnnnnn.. mewah ngan sayur sayuhan..pueh hati gue.

dan untuk hari nih, gue mahu buat hot dog + filet o' fish. since gua ada cheese, timun, tomato, kobis (aniza punya) n untuk filet ada nuget ikan ramli yg rasa cam fish and chip signature 2, klcc..wah wahwah. indahnye dunia...

kalau tahu dari dunia yg tak la teruk sangat rasa kalau masak bulan puasa, mmg tak pandang la pasar ramadhan..hikhikhik (BERLAGAK pulak!)

Tuesday, September 25, 2007

homesick

sesungguhnya ada org tgh homesick
dah nak 2 bulan idak balik

hingga tak betul metabolisma badan dan metamorphosis diri
aduiiii ..

;(

Monday, September 24, 2007

bila nak bergambar berdua?

since i own a camera, bila di kenang2 balik, mmg suka amek gambar sendiri, but, bukan direct, tp melalui pantulan, imbasan dll.. ini adalah hasil sepanjang event last wiken.
















kenapa suka bergambar macam nih? entahlah, rasa puas kot.. dah busan ngan gambar statik n stereotype

pertama kali itu ujian, andai kedua kali..?

pesan hukamak, malapetaka itu latihan, tp kebahagiaan itu lah ujian sebenar untuk manusia. pada org lain, mungkin pertama kali kena, itu adalah ujian, andai benda tu berulang kali kedua, mungkin masih terima sebagai ujian. but, for me, kali pertama mmg ujian, tp andai terjadi kali kedua, tak boleh nak tolerate lagi. sorry sbb menjadi terlalu kejam. but, this is me, aku manusia biasa, punya perasaan dan akal fikiran, waima busuk hati sekali pun, aku still rasa apa yg aku rasa. aku bukan tiang letrik...

kisah awal tahun dulu, bagai berulang lagi..kenapa tak buleh berterus terang? kenapa nak disorok sorok. until akhir waktu baru nak bercerita sana sini, bila semua org keliling dah tahu, aku yang terpinga pinga, i asked u before..tp takpe lah. macam yg kisah dulu, kekonon ada alasan dan sebab tersendiri. fine, aku pun akan ada sebab dan alasan sendiri..mmg aku dengar apa aja alasannya, tp untuk menerima, depends.

tetiba teringat pesan one of my 'used to be' bestest fren, pasal lagunya yg mula macam nih.. 'andai nya ada diantara kita nanti, berubah kata serta MEMUNGKIRI JANJI.. jangan ada benci..'

apa apa pun, semua benda ada hikmahnya. mungkin aku terlalu teruk, sbb tuh org tak nak aku tahu. ya, aku berpegang pada alasan itu...

Thursday, September 20, 2007

nota kaki

ini adalah nota kaki hanizan zakaria..mmm mmg nama dia nota kaki, tapi melibatkan jugak nota mata dan jugak nota mata hati..

1] berbuka puasa dengan team bsn last two days was splendid! makanan yg banyak, tempat semyg yang luas, org2 yang best (termasuk org kiut-yg-kuat-makan-itu hehh) dan cerita ceriti yang menarik. mcm dah lama kenal kan kita??????

2] semlm dah dapat makan lepat pisang. yea! sedapnya bila lemak manis pisang, blend dengan lemak masin kelapa parut yg putih mulus dan aroma daun pisang yg telah dikukus bersama dua dua benda tadi tuh.. duh......pandai betul makcik tuh buat ;)

3] di pasar keramat lampu ketupat dah pasang dah. walau pun baru separuh jalan, cantik betul jadik peneman saya berjalan diwaktu subuh..i loooove lampu ketupat sbb nampak cantik dan nampak sedap..hahhahhah gilo!

4] semenjak ramadhan, ramai pulak org berjemaah subuh di mesjid. kalau dulu, yg keluar masjid nye pakcik2 yg sama, tapi sekarang, ada lagi ramai pakcik pakcik, yg jalan kaki, naik moto, kete kecik dan kete besar pun ada...

5] kat pasar keramat, org dah mula berniaga persiapan raya. seawal 630 pagi, org dah start meniaga baju raya, tudung raya, bunga raya, kopiah raya dan semua benda yg berkaitan dengan raya. bunga api ngan mercun raya punya stall jek yg tak dek lagi..

6] mmmmm owh, tiket balik beraya dah dapat. time kasih kepada adik tershenta yg sanggup bangun pagi2 rempit dari um ke pudu semata mata nak carik tiket.. heh! ape guna ada adik lelaki kan......

7] lagi ape eh...mmmm itu je kot. ok, selamat bekerja, keja baik2, niat kerana allah ta'ala. babai

Tuesday, September 18, 2007

bile hati riang gembireeeeeee

huhuiiiii ..

selamat pagi

nak tahu tak?? ni pesanan kepada mereka mereka di luar sana..kalau nak cari hosmet, rumet @ teman se idop se mati.. pilihlah mereka mereka yg mahir, pandai, reti, cekap atau mahu dan minat memasak.. sebab?

sebabnya ialah, perut dan tekak anda pasti akan terpelihara dengan sebaik-baiknya..tak percaya??

betul..tengoklah seperti saya. ari ahad ari tuh, juadah berbuke saya araound the world.. world ok bukan malaysia lagi. sbb ada bubur lambuk dari malaysia, speghetti dari itali, steak dari negeri omputih and minuman teh dari negara china..hahahhaha. and of course saya hanyalah pemerhati dan pemerabih sahaja..yesaaaaaa..tepuk tepuk tepuk..

dan semalam..kisah kekenyangan di sambung lagi dengan lasagna dari johor (sebab yg buat tuh kombinasi dari pontian+batu pahat)..hahahahha. dan begitu jugak dengan sahurannnnn.. lihattttttt indahkan dunia ku bila di dampingi org2 sebegitu rupeeeeeee..

to those, thank you.......kaulah ratu hati sanubari ku.. muah muah..

p/s: sape yg nak berkenanalan dengan chef2 tersebut di atas, just buzz me... both single mingle..hikhikhik..

Friday, September 14, 2007

busan .. tulun .. busan

haiiiiiiii....

hari nih dah 2 ramadhan..smlm dah dapat satu hari. berbuka semlm sempoi aje, ikan kembong bakar ngan sayur cekur manis..itu jek. td sahur makan 3 in 1 nestum+oat..

how bout today???? owh, hari ni berbuka di nipah coffe house, bank rakyat punya jemputan..yippieeee..harap2 senang la aku nak berbuka dan bersolat maghrib..

semlm mak berbuka ape ek??? ala..homesick la. gamaknya mak ingat aku ke tak eh??

mmmmmm..hahahha
sebenarnya tgh busan nih. keje mcm tak dek (sebenarnya ada, tp mcm malas).. kiranya macam nak simpan nnt2..keji tak????..takpe lah. nih syndrom org busan.nak kaco org kat ym, tak sampai hati pulak..ape yg aku merepek nih.ntahapehapentah..




cik aniza...ingat ngak gambar ini????? berseni habis kita kan..dah la amek gambar sendirik, tempatnya pun private gile2..tp kan niza aku rasa kalau ada org jumpa gambar kitanih, sure layak menang award apa2..sebab klasik n mmg nature friendly.kan?

Thursday, September 13, 2007

assalamu'alaikum w.b.t

sobha-hul-khair..khaifa-ha-lu-kum? ana bi khair wa alhamdulillah..

hikhik.dah lama tinggal arab, pagi ni tetibe nak ckp arab pulak..tpi ingat yg tu je, yg lain2 ada lagi la, tapi malu la kan nak tulis sinih. kang kena gelak pulak ;)

ok ok

pagi tadi on the way dtg keje, saya terfikir-fikir (noticed, 'saya' :)).. betapa mak mak ni mmg byk berkorban. bukan apa, dulu2 masa ofis saya sejengkal dari rumah, lepas sahur, saya akan tido semula. normal dlm pukul 5 bangun, minum2 sket, 530 tido balik, then 615 baru bangun dan bersiap. maklumlah dulu kuar umah pun paling awal pukul 7, 715.. so bila berborak2 dengan akak2 di ofis, diorg selalu cite yg once bangun sahur, terus bangun. meaning, bangun kul 430-5, masak2 kejut anak, bapak, makan, kemas then terus bersiap g keje ..owh, hebatnya, dah la tido lambat..bangun awal, dah tu tak dek rest2 lagi..masa tuh dah terpikir2 boleh kah daku menjadi sebegitu rupa?????? owh, sampai semlam, masih tiada jawapan..

tapi..(suspen sket..)

hari nih, saya telah berjaya membuktikan yang saya pun boleh jugak..yeaaaaa(tepuk tepuk). sbb sekarang ofis dah jauh..hari biasa pun bangun kul 545..so pagi tadi, bila bangun sahur around 510, minum air kosong sket (sbb mlm tadi ada org bwk balik nasik beriyani yg sedap, perut still kenyang)saya pun terus temankan org lain bersahur..hehehheheh(baring gak depan tv sekejap, tapi tak la tido)...hehheheh, then 545 terus mandi dan bersiap seperti biasa...

sebenarnyakan..manusia nih, kalau dia nak buat something tuh, dia determine, mesti dia boleh buat kan? sama la macam mak mak, gamaknya sebab dia dah rasa itu mmg tangjawab dia, dan dia kesian kat anak anak dan bapak anak anak dia, come what may, dia akn terus berusaha + berkorban untuk bagi yg terbaik..

owh, mak mmg superhero..tabik!!

Wednesday, September 12, 2007

kisah semalam

morning ......

sebelum tiba nya ramadhan esok, izinkan daku melempias dan mengahamburkan apa aja yg terbuku di hati.. ahah.. as if masa puasa nnt tak marah2 (owh, i'll try to not marah2 pas ni, janji!)

bukan apa, ini semua sebab kisah semlm...as u all know smlm adalah hari j-card midvalley. being seorg yg baik hati, hanizan dengan rela hati nya (meng'sacrifice' kan aunty zaza) menemankan org-baru-kawen-nak-pindah-rumah ke midvalley. tujuan, of course la dia nak beli brg2 umah dia kannnn...

so, pas makan sizzzzzzling mee n menunaikan ibadah maghrib, kitorg berdua pun beriringan troli ke dept house hold (ye ke? ke aku salah dept.?)..then, lepas dah amek, tikar, cermin, bantal, mangkuk dll(byk tak budak nih borong?) bermula la aksi meng'queue' utk byr...

then, bila sampai time my friend nak byr, tetibe dtg la sorg ah-so dari arah depan dan melemparkan mop dia atas meja cshier i.e DIA POTONG QUEUE okkkk????. just imagine my friend dah beratur lama tetibe dia dtg nak terus lempar mop keji dia tuh.. just tell me, sapa yg tak hangin? tp sbb kitorg ni berbudi bahasa, kitorg let dia bayar dulu la.. tp dlm hati mmg ada dendam kesumat. apa lagi.. aku pun men'stare' lah dia. sampai at one point, dia tgk aku n ckp '..no laa..itu chasier depan mintak dtg ini cashier maaa..'then aku jawab la 'apehal plak?'.. dan di sebabkan respon aku tuh..dia pon jadik bengang (sebab, penipuan dia tuh aku tak percaya..hahahah i'm mayb small but i am dem smart)

then, yg menambahkan lagi marah aku ialah kebiadaban dia tuh. ye.. sume org tau dia kaya sebb bwk beg LV, tapi tak payah lah nak lempar2 credit card tuh ..then, pas sign pon lempar2 resit n pen.. cheh! setakat byr mop 29 hengget pon nak berhutang.. apa raaaa..

the klimaks is.. bila dia nak blah.. dia beriya2 nak kuar n redah my friend tu.. amboi2..melampau nyonya nih..(sebab nak mengajar kekurangan ajar dia) aku pun pegang troli my friend, halang dia.. dia marah.. dia kata dia nak lalu. hah! dengan selamba nya aku pun sound dia 'u pusing sana la..' dia kata tak boleh. dengan selambanya, aku pun tarik troli dia sket.. n ckp'ok, now u pusing je la..., BOLEHHHH!!!!'

dia pon blah,, sambil diiringi gelak tawa org2 lain kat cashier tuh.. kahkahkah..puas hati aku dpt mengajar org biadap..

owh, dia tak puas hati, pas kitorg dah habih byr..dia tiba2 dtg dari belakang n langgar troli kitorg, nasib baik tak pecah cermin yg kawan aku beli. sebenarnya dia nak langgar aku, tp dia tak pandai aim, dia cuma berjaya langgar troli je lah.. a-ha! seb baik tak pandai, kalau dia berjaya langgar aku, smlm mmg kuar national news la... 'seorg ah-so telah dipatah riuk kan oleh budak comel sempena j-card di midvalley'.hahahahhaha.

sekian, selamat bekerja

owh, btw, salam ramadhan..moga hidup diberkati ;)..jgn marah2 di bulan puasa

Tuesday, September 11, 2007

puas



rupe budak nakal nama hanizan tgh senyum puas..hahah 'mcm senyum gedik jek' kata kak zu


sekarang aku tgh rasa puas..puas hati.puas sebab:

1] proses tutup account yang aku kerjakan semlm, telah berjaya di tutup dengan bergayanya pada ptg smlm jugak..hahhahaha. tak penah secepat inih..sbbnya dpt report dari unit sana tghari sabtu, pagi semlm kerjakan dengan bersungguh-sungguh dengan masalah yg macam2, but, by ptg, dah submit ke abg seblh sana(yg smlm asyik jeling2 kat aku).

2] pukul 12 tadi aku dah submit satu proposal to my bos.. bos aku soh aku buat last friday..kira ok lah dengan bahan yg aku carik2 hari jumaat hari tu. sabtu dan ahad buat, smlm takbley hantar sbb seharian buat accounts. so hari nih amend sikit2, then hantar

3] puas hati bila aku dah boleh manage masa aku supaya both kerja yg terdesak dan mustahak (1&2) itu berjaya aku submit sblom org yg memerlukan mintak untuk kali kedua..

owh..aku rasa bahagia

Monday, September 10, 2007

salam isnin,

baru start minggu baru. baru first day keje dalam mgu ni, tp hari nih, baru setengah hari.. dah penat rasanya. penat otak. dari kul 8 tadi sampai pukul 1, terus menerus otak ligat berfikir. ada pulak problem2 timbul. masa senggang dulu, masalah2 remeh nih tak nak pulak dia dtg.. mmmm

inilah yg dipanggil sindrom awal bulan.. kena close account. pihak belah sana (yg maintain the whole account) dah bertanya2 bila buleh dpt account sini.. duh.. '..jap bang eh, hari nih saya usaha kan.. tp kalau esok, insya allah..' pandai nya aku buat ayat amek hati... tadi baru siap sume jurnal entry..mcm biasa jugak, account lain tak dek problem cuma yg tiga bank nih jek..kena la di 'balance' kan jugak..a-ha! skill balance mem balance nih, bukan senang..panas tempurung otak gue...maklumlah, baru lagi...

smlm, mencari tiket balik raya. tiket bas, buat setakat nih, byk yg tak dek sebab bas byk kena gantung. tiket train ktmb, dah sold aout. ada pun on 7th oct..haih..takkan nak cuti sampai seminggu..tiket flight, mmg ada tp itu lah..harga nya ..tak sanggup pulak..adakah ini bermakna tidak dapat balik raya inih? owh tidak...tp takpe.. next week nak g pudu lagi sekali.. nak g carik sampai dapat. ingat, SAMPAI DAPAT!

owh, btw, ada sapa2 ada tiket ke butterworth extra????? nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Saturday, September 08, 2007

dua yang berbeza (II)



huh! dah sebulan lebey dah diorg nih. nur aina damia n muhamad faris daniel. tak nampak langsung ke kembaran diorg. sorg besar, sorg kecik..sorg garang, sorg sopan. betul la, diorg pun sorg laki..sorg pompuan. tapi sorg kakak .. sorg adik.

Friday, September 07, 2007

dua yg berbeza

haih..

dah almost 5p.m, baru sudah mengemas lepas makan2 hari nih. tak la letih sgt. cuma nak bezakan dua situasi...

dulu dulu..

masa keje di jabatan kerajaan, walau pun aku muda belia, tp layanan tip top. kalau ada majlis makan2, aku cuma datang, makan, borak2 dan tinggalkan. tak payah nak hidang, pinggan tak payah basuh. pendek kata semua dah tersedia. bukan takmo tolong, tapi diorg tak kasi. 'pegawai makan jek' tp kekadang aku jawab balik 'ala.. takpe, basuh pinggan sikit hal jek..' tp sure kakak2 tuh akan ckp.. 'takpe, tinggalkan. mmg la bos anak dara, tapi ramai lagi anak dara leh basuhkan. bos kan pegawai..' wah...bila dah pegawai, tak payah buat keje dapur kah? so, biasanya.. aku tolong la sikit2, kemas2 ape yg patut..malu la kan nak makan je..

sekarang, kat sini

hahahahah. 'kita kan ada anak dara, biar anak dara ngan anak teruna basuh pinggan'. hahahha as a result, lenjun kain baju kurung aku ptg nih. membasuh pinggan dan bekas2 yg banyak tuh(tak la berlambak). basah kain sebab bukan basuh kat sink, tp cuma ada kawasan macam tempat amek air sembahyang tuh, kena la bertinggung basuh n bilas semua pinggan mangkuk. hahahah dalam hati '..amek kau, org kat sini tak kira pon, ko pegawai ke apa ka.. dah sah2 ko anak dara, kena la buat semua keje2 nih, makcik2 nak berborak...'

nampak kan..kat daerah kerajaan sana, pegawai di pandang AGAK tinggi, sampai benda2 remeh pun diorg tak kasik buat. tapi di daerah sinih.. nasib kau lah..hikhikhik

teringat mak

hari nih dah genap sebulan tak balik. biasanya tak sampai sebulan dah balik kepala batas balik. sbb bulan nih tak bleh buat appoinment gg awal, so 22hb nih la baru balik. masa tuh dah puasa 2 minggu dah..

hari ni ada makan2 sempena menyambut ramadhan di ofis. since i masuk sini, ini la first time mkn2 besar nih. konsepnya pot-luck..ape aku bawak? nak bwk yg hebat2 tak sempat, so aku bwk sandwich je la.. hahahahha sandwich anak dara, kata bos aku..itu je la yg sempat. itu pun bangun kul 5 pagi tau..hikhikhik. tp suke mcm nih, tak kesah la kena bangun awal, janji dpt bagi something kat akak2 n abg2 kat sini. diorg dah byk sangat menolong.. sengkak perut mkn byk tengahari nih..mekaseh la pada yg bawak mcm2. tak termakan semuanya.

mmmmmm ....ape lagi eh. itu je kot. tak sabar nak balik penang sebenarnya. dah teringat kat mak..ape yg mak tengah buat skang eh????

Wednesday, September 05, 2007

i swipe in pukol 733 hari nih. lewat beberapa minit dari biasa disebabkan ketinggalan bas di waktu biasa pada pagi ini.

pukul 815 saya memulakan kerja hari ini. siapkan report repo untuk several banks. lewat 15 minit dari waktu kerja yg sepatutnya sebab ..ermm.. sebab...sebab.. malas, boleh?

pukul 1015 saya mula call bank2 yg terlibat untuk bagi instructions for today. untuk hari ini, lebey kurang 21 juta dikeluarkan untuk tampung duit yg tak cukup. sbb smlm ada banker yg lupa bank inkan cek kami yg total up amaun 52 juta..boleh? diorg yg salah, kitorg jugak yg semput. dunia..dunia..

kerja call mengecall ni siap n settle by 11 o'clock.. lama sket dari hari biasa sebab berborak ngan mamat BSN..hahhahahah kelakar la bila aku minat kartun n dia cuma minat p.ramlee...so la poyo mamat nih.

pukul 1115, baru lah gua brekfes ngan kak zu terchenta...

pukul 1140, sambung balik buat report yg tadi tak siap..

pukul 1230, report settle, siap every column n row lain2 warna, maklumlah, budak baru belajar...hikhikhik kata kak zu, macam umah keling..lantaklah..janji aku rasa chantek.

and now dah 1257, dah 8 minit dari waktu rehat..sedang taip blog..org lain majoriti dah g kuar makan..n aku rasa by pukul 1 kang, nak tidoo..

the point is, waktu lain ada je lewatnya, tp bila bab rehat n tido..huisshhhh on time! manusia manusia..

Thursday, August 30, 2007

selamat merdeka

kadang kadang aku konfius antara:

1] kenapa org malaysia, yg lahir kat malaysia, membesar kat malaysia tak penah ada rasa patriotik dalam diri dia?

atau

2] adakah aku yg terlalu patriotik?

aku rasa aku tak lah sepatriotik pejuang dolu dolu, but, aku tau ape tu patriotik. ada org ckp ape beza merdeka 50 ke, 15 ke @ 100 ke, it is just a number. but, tidakkah orang nampak perbezaannya. it's like marriage, berapa lama u buleh mempertahankannya dengan pelbagai ujian dan masalah yg datang, ok,fine, aku blom kawen, so tak patutnya aku nak ckp macam ni kan. senang cite macam ni lah, bila kita celebrate besdey, ape yg kita amek kira.????? contoh: aku dah 27, ape yg dah aku achieve? brape harta aku? kalau buat resume, berapa byk experience aku ada.. same goes to kemerdekaan negara. kalau compare ngan negara lain, indonesia, dah merdeka berpuluh2 tahun, but, compare to malaysia apa yg diorg bleh banggakan??? macam palestin, rakyat dia nak g masjid pun susah. tp kita, tak dek masalah pun. senang nak ke sana sini. mmg la ada jugak masalah2nya tapi tidak la sedahsyat tempat lain.

merdeka for me, kita ada apa yg kita patut ada, kita ada negara kita sendiri, dengan peraturan yg kita buat sendiri, bukan keputusan dari org lain.. dan for me, yg lahir selepas merdeka, org2 yg involved dlm dptkan kemerdekaan, directly or indirectly mmg hebat..tak ada galang gantinya..

selamat hari merdeka malaysia. moga kita sama2 dapat kekalkan apa yg kita ada, supaya keamanan dan kemudahan yg di rasa sekarang akan dapat dirasai jugak oleh generasi yang akan dtng. sbb generasi depan adalah tanggungjawab generasi sekarang.

Friday, August 24, 2007

tetibe mlm semlm masa tgh asyik nonton, kuo iklan raya. haih.. baru syaaban, dah ada iklan raya..sabo je la. tapi being a budak yg mmg suke hari raya.. gua terus teruja dari berfikir tentang hari raya.

so, meh kita buat checklist untuk raya rahun nih :

1] baju raya
zulfa ckp, baru raya gua dah siap. yea! next month balik appointment gg, leh la amek dan akan bwk ke jln tar untuk belikan tudung yg matching *wink*

2] kueh raya
dlm 2 minggu lepas, gua dah order sejenis beskot kat ofis nih. hehehehh. since, org umah tak mkn sgt beskot2, n lebeh kepada jajan, so maybe akan order jajan kat tokei krepek's batu pahat.

3] cuti raya
haih..part ni la paling sedey. gua keje tempat baru, peh tu, antara my job scope is dealing with money market every morning. meaning setiap pagi kena buat instruction ke bank. i.e mmg tokleh tgl la unit nih. so since unit n department nih 95% dah kawen, so org bujang kena stay ofis. makanya budak baru ni la yg kena...so cuti sampai mana yg kerajaan malaysia bagi je la...sedey la kannnnnn..so jgn terkejut nnt by 4th raya, gua dah keje..sobsobsob

4] duit raya
mmmmm mmmmmm mmmmm tahun nih kena tambah bajet since tetibe jek anak sedara bertambah 2 org..tp takpe baby mane leh pegang duit byk....

5] aktiviti masa hari raya
gua nak soh utazah noriza, zulfa sama nurzaid untuk meng'open' table untuk makan ramei2 pada hari raya kedua..gua cuma nak pikir mcm2 jenis menu untuk dihidang kan..hahahhah

6] pose ganti
ahaks! part ni takkan lupe punya... ingat la. but, gua tak dek masalah since syawal duluuuuuuu lagi dah siap berganti. hutang no more ;) clap clap

hikhikhik. ini latest check list. bila tengok2 balik, teruk eh, kalau org yg baik-baik, sure diaorg punya check list ialah.. camne nak habiskan khatam quran, camne nak make sure terawih penuh, mana penerima2 zakat yg dia nak bagi.. but, aku, sume duniawi..

hahhahahahhahah

nak buat mcm mana, aku macam nih. tak la baik sgt ponnnnnnn

nway, marilah bergumbira di hari raya. thank you!

Tuesday, August 21, 2007

aku mmg konfiden aku ni brutal, ganas, kasar dan yang sewaktu dengannya lah..tetapi kadang kala, aku agak la lembik dan cenggeng jugak la(oh tidak menjadi masalah untuk mengaku kelemahan diri, okkkk)

semuanya sebab smlm la ...

petang semalam, bila dah pukul lima, aku amat marah bila kaum kerabat aku(yakni adik beradik gua yang tujuh diulangi tujuh org itu) langsung tiada sorg pun meng'wish' happy besdey to u ke aku.. aku amat lah bersedih.. adakah mereka telah melupai aku..insan yg comel ini, atau mereka mmg sudah tidak mengingati tarikh kelahiran ku..

maka..on the way back, gua pon ape lagi, meng'ambush' la ketujuh tujuhnya dengan sms.. yg berbunyi 'benci la korg, tak wish pon besdey i...lupe keeeeeeeeeee??' maybe untuk benda lain, i don't mind tapi bila kerabat tak hengat my besdey, adalah amat sedih okkkkkkkk...

tp itu lah , perempuan tetap perempuan. gua mmg agak leleh bila ada yg pandai amek hati nih. bukan ape, bila settle je sms tuh, chu yah call 'nah, ada org nak ckp..' rupe rupenya ba'atun dtg n nyanyi hepi besdey tu u.. ala..so sweeeeeeettttttt. dengan pelat2 slang english dia..i'm soooooooooo touch..

mmg dah nak nanges dah. tp bila mengenangkan aku dlm train. takut pulak nnt bila aku nanges semua org akan havoc n train pun berhenti serta merta.. dan semua org dan train2 yg lain akan effected..(hikhikhik aku tau aku over..) so aku control je la..

pandai betul chu yah amek hati aku.. pas tuh baru lah yg lain2 menderu2 meng'wish' aku.. hikhikhik. aku suke bila ada yg memujuk2, say sorry lah, sibuk la, tak berapa sihat la..tp aku terima je la..sbb aku tau, kerabat2 aku nih mmg syg kat aku..hikhik

Monday, August 20, 2007

.o.g.o.s.

Ya Allah Ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
serta hindarkanlah kami ini daripada seksa azab api neraka dan masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama-sama orang yang berbuat kebaikan. Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa, Tuhan yang Maha Pengampun, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Amin ..

'..salam ulangtahun yang ke 27..'
hanizan binti zakaria
20082007
(Keramat-Kelana Jaya)Kepala Batas

Wednesday, August 15, 2007

tiada gunanya

pagi tadi tiba2 auditor botak itu muncul di ofis ku..
makanya hatiku melonjak kegirangan..

byk kali jugak dia kuar masuk ofis nih
tp dalam byk2 kali tuh
sekali pun dia tak jumpa aku ini ...

duh..
tak dek makne nye la kan ...

sedey laaaaaaaaaa

tak pe2.. tak dek hal

Friday, August 10, 2007

susahnya menjadi org ini

ada sesetengah org, mmg susah nak suka dengan org. 'suka' di sini boleh lah ditafsirkan sebagai, senang dlm segala hal dan serasi dengan sikap org tuh.

selalunya dr first time kita jumpa org tuh, kita dah tau sama ada kita buleh suka yang eeeiiiii sukanyaaaaa, suka yg terpaksa suka, atau tak suka yang mmg ohhhh tidak suka (ok, aku exegeret!) dan kebiasaannya suka ni bila ada yg kurg kita mcm lelap mata jek.. hikhikhik.. kalau hati dah suka, tiang letrik pon kita leh pujikan kan..

dan kebiasaannya untuk org yg dlm golongan ini (susah nak suka org) akan susah sangat nak jumpa org yg macam tuh. dan kalau pun dah jumpa mesti ada jek barrier yg dtg. paling biasa ialah bila peluang jumpa tuh mmg sekejap jek. jarang2 buleh kekal lama dan berkawan..cth: jumpa hari selasa, hari jumaat dah last day jumpa. meaning dah tak kan jumpa dah.. duhhhhhhhhh

tulah kan.. bila ada depan mata takmo lak mintak2 no phone ke ape ke.. skang baru nak menyesal nyesal..

tolonggg....tolong kembalikan auditor botak aku tuuuu.. hahahah yeee... buat pertama kalinya aku minat mamat botak. tp cute, baik n sempoi sgt budak nih...

ok dah. nak balik. dah nak maghrib

bahagia

from the first day report duty di daerah sini, tertanya2 dikepala kenapa ada ramai org kat sini yg masih setia hingga lima belas, dua ploh n even ada yg almost tiga ploh tahun keje kat sini. apa yg buat dia setia kat sini. bukan ada apa2 kelebihan pon (compare ngan kat tempat lain). increment? no, setakat annual increment yg paling tinggi pun dlm 150 hengget jek. bonus? jarang2 sekali diorg dpt bonus. takdek pon golden handshake mcm kat government. other elaun? tak dek setakat elaun biasa dlm 150-160 hengget jek sebulan. .gaji? mmg rendah compared to tempat lain..siap kene keje hari sabtu. so, ape yg buat diorg nih betul2 setia kat sini?

bila berborak2 ngan org lama n bila tgkkan environment keje kat sini, maybe sikit2 jawapan pada soalan tu sebenarnya ada. kata diorg, keje kat sini diorg tenang. tak dek masalah teruk2. setakat masalah2 kecik tuh adatlah menjadi rencah dan rempah dlm hidup..kalau yang perempuan, senang dengan ofis hournya yg mudahkan pergerakan dan aktiviti harian diorg boleh dikawal.. yelah maksudnya kuar awal pagi sesaing anak2 ke sekolah then balik masih awal, sempat untuk masak, kemas rumah dan melayan anak2. yg lelaki pon sama. maknanya even macam mana teruk diorg keje pun, they still hav diorg punya quality time with family... tak payah struggle2 nak men politik2 kat ofis nih.. diorg tak layan politik ofis.. benda keji mmg susah nak masuk sini.

kait dgn benda nih, teringat dua hari lepas bila wani bgtau ape punca kita bahagia? dan wani jugak ckp, kita HANYA akan bahagia bila kita TENANG. tenang, adalah something yg amat subjektif. mungkin pada org tenang adalah bila bukak pay slip.. ada jumlah yg besar, ada setengah org tenang adalah bila tak dek masalah2 besar lam idup dan ada setgh2 org, tenang adalah bila dia puas dgn apa yg dia ada, walau tak mewah, tapi hidupnya balance, gelak2, tak dek hutang yg bertimbun2 ada org yg sayang dan sume2 lah.

so, bila fikir2 balik mmg betul wani ckp, kita hanya akan bahagia kalau hati tenang. nak dapat hati yg tenang, patutnya kita bersyukur dgn apa yg kita ada. tak payah la nak kejar puluh2 ribu ringgit semata2 nak beli macam2 yg kadang2 kita hanya nak benda tuh untuk nak tunjuk kat org yg kita 'ada'. tp belakangnya hutang bertimba2.. tak pyh lah nak jadik hamba duit, sampai niat g kerja pun dah bertukar dari lillahita'ala kepada 'aku g keje sebab nak carik byk duit'.. duit tokleh masuk kubur sama2...

dan.. at this point of time, aku rasa, aku bahagia ;)

Saturday, July 28, 2007

used to - chris daughtry

You used to talk to me like
I was the only one around.
You used to lean on me like
The only other choice was falling down.
You used to walk with me like
We had nowhere we needed to go,
Nice and slow, to no place in particular.

We used to have this figured out;
We used to breathe without a doubt.
When nights were clear,
you were the first star that I'd see.
We used to have this under control.
We never thought.
We used to know.
At least there's you,
and at least there's me.
Can we get this back?
Can we get this back to how it used to be?

I used to reach for you when
I got lost along the way.
I used to listen.
You always had just the right thing to say.
I used to follow you.
Never really cared where we would go,
Fast or slow, to anywhere at all.

I look around me,
And I want you to be there
'Cause I miss the things that we shared.
Look around you.
It's empty, and you're sad
'Cause you miss the love that we had.

You used to talk to me like
I was the only one around,
The only one around.

At least there's you, and at least there's me.
Can we get this back?
Can we get this back to how it used to be? Yeah.
To how it used to be.
To how it used to be, yeah.
To how it used to be.
To how it used to be.

Friday, July 27, 2007

ada beza tak?

ada beza tak antara

* ular menggigit
* ular mematuk

owh, ular menggigit ke?

Monday, July 23, 2007

should i or shouldn't i?

Ujian : Ujian Kelayakan Memasuki Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41)
Date : 4 Ogos 2007
Tempat: Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang

* dengan pelbagai pengalaman dulu-dulu, should or shouldn't i take this exam?

* nasihat dan pandangan highly appreciated. thank you