Friday, May 29, 2009

Wednesday, May 27, 2009

sudahlah.belajarlah engkau mencari dan menjadi diri sendiri

yes.aku bukan orang lama dan aku pun bukan la hebat mana pun.tapi kan, kebiasaannya aku boleh tahu satu satu orang tuh dia memang betul betul menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi seorang yang bukan dia.

susah sangat ke menjadi diri sendiri? atau kenapa nak potray sifat seperti yang orang lain mahu? atau kenapa nak menjadi seperti orang lain? bukan kah bagus biar orang kenal diri kita yang sebenar. yang kuat ketawa, yang bersin kuat, yang blur kadang kadang, yang tak pandai bergurau, yang tak tahu nak ambik hati orang, yang bermulut laser, yang kuat mencarut dan lain lain lah. susah eh?

aku lagi suka orang tahu perangai aku yang sebenar supaya orang dah boleh agak apa yang dalam hati aku. baru baru ni, aku ada baca satu artikel, lebih kurang macam nih katanya '..sifat seseorang itu boleh kita lihat dari cara dia bercakap. maksudnya kalau dia suka bercakap benda benda tak elok, maksudnya itulah sifat hatinya..'
tapi kan lebih bagus begitu sebab nya bila kita mengamuk atau meroyan, pastinya respon orang keliling akan jadi '..ala..dia kan memang macam tuh, kejap je tuh hangin nya, jap lagi elok lah tuh' daripada selalu bersopan santun, tapi sampai satu masa mencarut carut, mengamuk ngamuk, pastilah respon orang pun bercampur campur sebab macam tak percaya.

sebenarnyakan kalau kau rasa kau nak jadi macam orang lain hanya sebab kau berharap kau boleh 'get in' dengan keadaan, tak payah lah. it is totally not you! dan juga kalau kau buat lawak hanya sebab 'terpaksa' untuk amek hati orang atau sebab kau nak show kat orang how care you are or how concern you are, tak payah lah. seriously, kau sebenarnya dah dilahirkan sebagai seorang yang tak ada bakat berlawak bodoh. kau dah dilahirkan sebagai seorang yang serius, mat buku. so, kenapa tidak kau amik hati orang atau show your concern dengan ilmu ilmu di dada kau.

janganlah nak susah susah fikir apa yang tak kena pada diri sendiri. lagi senang kalau kau duduk diam diam, kenal diri sendiri dan terus lah menjadi diri sendiri. jangan paksa diri jadi orang lain. kalau pun kau rasa kau bole impressed orang dengan perangai fake kau, kau kena ingat yang ada orang boleh tahu yang sebenarnya itu bukan diri kau. dan dari keadaan itu orang akan rasa jelak dengan perangai kau tuh.

kau faham ke maksud aku nih?

Friday, May 22, 2009

demi sesungguhnya

" demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmatku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dan inkar, sesungguhnya azabku amatlah keras"
(surah ibrahim ayat 7)

Wednesday, May 20, 2009

di sumpah dek kemarau


Sikit Lagi Kau Akan Percaya
Bahawa Cintamu Berdaya
Mencetus Sebuah Kuasa
Yang Mampu Merubah Seluruh Dunia

Ramai Yang Telah Jatuh
Pabila Semangat Rapuh
Kau Pun Faham
Cinta Tidak Boleh Digenggam
Dan Kau Sudah Risau
Kau Akan Disumpah Dengan Kemarau


~dilanda cinta - shanon~

Tuesday, May 19, 2009

labu labi

suatu malam yang hening ..

labu dan labi asyik menonton peti empat segi. alih alih keluar pasal netherland, bunga tulip dan macam macam.

labu : uh uh..kan best kalau aku kawen nanti laki aku kena posting kat tempat cenggini. netherlen, englen, switzelen, sweden..yang ade len len la..
labi : alah..ari tuh ada orang kasik duta tak mau. jual mahal.
labu : tapi itu duta kat *ttuuutttt* . sana cuma ada padang pasir ngan roti jek. tak dek tulip, bunga bunga, salji..ahahhaha
labi : (muka buhsan)

ahahhahah

ps: layan kan aje lah.

Monday, May 18, 2009

uh uh ..

nak cerita campur campur dangan cara yang campur campur. sila pening!

1]wiken lepas, semua orang tak layan aku. padil balik kampung, net kerja di hari minggu (huh! tak senonoh. tau la berkhidmat untuk negara), siti ada urusan sendiri, met sibuk sibuk survey rumah dan lain lain la. yang aku ni pulak, sabtu lepas tak dek selera nak keluar sorang sorang. gatal kan? padahal okeh je kalau keluar sorang pun.

2]zufa dah lulus ptk 4. hah! ape lagi, open table la. sebab sefaham aku, kalau lulus exam tuh, gaji naik. muhahhahah. eh jap, ape hal makcik nih kalau amek exam ptk nih dia senang je lulus? pelik aku. bawak toyol gamaknya. hahhaha

3]perasaan membuak buak nak balik nih tetibe je keluor. aduhai. itu lah jumaat lepas, padil ajak balik takmo ikut. padan muka la.

4]tokei beras tuh menang duit dua rat seteng sbb jadik best presenter. first place pulak tuh. uish. tak paham aku. sejak bila pulak budak nih ada bakat dalam benda benda bercakap nih.

5]dah pukul 3 nih. lagi dua jam bole la balik. sengal betul la aku. nak kacau orang pun, orang lain macam sibuk jek. pelik aku, apesal semua orang macam rajin je buat kerja nih. iskh!

huarggghhh. okeh, aku pun dah mengantuk. aku tau, memang boring.

Wednesday, May 13, 2009

perihal kucing dan diri sendiri

idot: ..macam mana nanti bila dah kawen, husband kak nizan nak bela kucing?
me : bela la, tapi letak kat luar, jgn bawak masuk rumah. apa apa jadi urus sendiri
idot: ..eh, rasul pun suka kucing tau..
me : tau, tapi dah akak tak bole nak buat macam mana


hahah. ini lah kisahnya malam tadi. idot nih suka sangat kucing. semalam dia jumpa anak kucing, bawak balik. dia mandi kan, letak dalam bilik..wahhhhhhh..meroyan la sekejap aku nih kan. sebab tuh dia macam kecik hati gamaknya dengan respon aku.

tapi nak buat macam mana. dah pesyen aku macam nih. aku tak la benci kucing atau alergic ke apa cuma tak biasa. and aku pun memang bukan jenis yang adore binatang. setakat kucing kat umah kasik makan biasa biasa tuh no hal la. tapi nak angkat angkat, belai belai, tak penah. erm..in fact tak reti pun nak pegang kucing. so, mintak maaf la ye..

********************

sejak mereka mereka itu baru ber aktif FB, banyak pulak diorg post gambar gambar lama. dan ada la beberapa gambar yang aku telah ditagged.

wahhhh. baru aku perasan. muka aku dulu dulu macam boyan. serius! buruk giler aaa. sekarang baru aku rasa duit ribu ribu yang telah di habis kan untuk plastik surgeri ari tuh berbaloi. wkakakakkak.

tak. tapi memang betul, ada efek rupanya, ingatkan gigi je yang bergerak, rupanya struktur muka pun berubah sama.

ye la ye la. sekarang pun rupa boyan jugak. tapi RATU punya level la. ahahahhaha

********************

dah dah. buat kerja. mengulau jek korang neh.

Tuesday, May 12, 2009

again .

“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (riwayat Al-Hakim)

homesick la

dah nak dua bulan tak balik

cuti ada lagi 43 hari setengah

setengah tahun dah nak habis, so, buat pe nak simpan cuti banyak banyak? bukan boleh convert jadi duit pun

takpe, tunggu cuti sekolah end of this month

nak cuti seminggu. hoh!

Tuesday, May 05, 2009

qada dan qadar bukan dalam tangan kita

1/ ada sorang dalam department nih, asalnya kerani je, then, dia sambung belajar, amek diploma, dia grad diploma, sambung degree. lepas satu semester dia persue degree, ada opening untuk post chief clerk, he applied dan dengan jayanya dia dapat. rezeki kan?

2/ another young man, pun mcm lelaki dlm nu [1]. start dengan jawatan kerani. bila dah kerja amek sijil dekat politeknik. bila dah dapat sijil sambung buat diploma. bila dah abes diploma, ada opening untuk pegawai (with kelulusan diploma), he applied. seminggu selepas convo diploma, dia dah pegang post pegawai. rezeki kan?

3/ ada seorang kakak, dah bertunang. tunangnya memang baik. untung dan bertuah badan kakak tu. lagi seminggu majlis nak langsung, bum! tunang kena hentam dengan kereta, meninggal on the spot, berterabur kad jemputan kahwin atas jalan. beberapa bulan selepas kejadian, sedang masih dalam esak tangis, kakak nih jumpa seorang lelaki, kenal sebulan, terus khawin. sekarang sedang bahagia dengan anak anak. rezeki kan?

4/ ada sorang kawan, dulu kitorang dah excited nak pegi bercuti ke satu tempat nih. dah baik punya book tiket flight. dah plan nak berjalan ke sana, ke situ bila sampai nanti. tup tup, tak jadi. tiket pun burn. then after a year, plan lagi. pegi ke tempat yang sama jugak. dah beli tiket flight dan dah booked bilik hotel. dah beli beg, kasut untuk berjalan. dah search sana sini, study sana sini. tup tup, tuhan maha kaya, ada lagi barrier yang tak bleh elak. tak dapat pegi lagi. dan sekali lagi, sejarah berulang, tiket burn begitu sahaja. takpe, rezeki kan?

5/ dan..diri sendiri. 5 tahun lepas, telah menerima jawatan N*41 secara kontrak (2+1) dengan j*pa. beberapa bulan masuk, ada lagi satu batch masuk. sepanjang 3 tahun itu, macam macam usaha dah buat, pegi exam bertulis balik, pegi assessment balik, tapi tak dpat jugak. ada jugak ura ura yang kontrak akan absorb terus ke permenant. tapi, sampai habis 3 tahun, habis macam tu je. tup tup lepas dua bulan tamat kontrak (yang tiga tahun tuh) member kontrak yang selepas itu, di mudahkan jalan, tak perlu pegi exam bertulis, tak perlu pegi assessment, just attend interview. dan, most of them, terus dapat permenant post. duhh.. tatau nak cakap apa. adilkah? tapi nak buat macam mana, rezeki masing masing kan?

sebenarnya banyak lagi cerita pasal orang keliling dan diri sendiri kalau nak cakap pasal rezeki, jodoh dan maut nih.kadang kadang benda yang tak sangka sangka yang jadi.

penah sekali borak dengan member, i ask him,

'..u.. penah tak terfikir, kenapa allah tetapkan kita tak tahu masa depan?'

and he replied .

'..sebab kita bukan tuhan.'

betul lah..

Monday, May 04, 2009

ape masalah?

1] selepas tiga hari dua malam lepas, kaki ni, terutama part betis sakit gila. nak jalan azab betul. sakit satu badan pun ada jugak

2] selepas tiga hari dua malam lepas, tekak perit dan sakit. nak telan air pun sakit. makan tak rasa menda pun. nak cakap pun kena pelan pelan

3] selepas tiga hari dua malam lepas, badan panas ya rabbi. kepala pusing dan berputar. tapi sejuk menggigil. macam kena selsema babi. last last telan jugak panadol dua biji (hanizan kalau dah tahap nak mati baru telan panadol, selagi bole tahan, akan tahan)

4] selepas tiga hari dua malam lepas, kulit muka dah terbakar. dah jadi tepung talam. bibir pun dah pecah dan berdarah sikit sikit. mengelupas. ada jugak kat muka satu tompok macam melecur dan terbakar

5] selepas tiga hari dua malam lepas, di isytiharkan hanizan hanya akan makan megi. duit ribu ribu dah habis. owh, bole juga diselang seli kan dengan biskut kering cicah air sementara nak tunggu gaji hujung bulan nih

6] selepas tiga hari dua malam lepas, pagi nih masuk ufis, dah tak bley YM even thru yahoo pages. bagero betul. dah la FB pun bole sebelum jam 8 je. kiranya sekarang hanizan memang concentrate gila buat kerja. buduh!

7] selepas tiga hari dua malam lepas, terus otak laju berfikir.. lepas nih nak ke mana pulak. jom, sapa nak join? masuk baris cepat!