Friday, September 29, 2006

hu hu

asemekom...iskh salah2 assalamu'alaikum..

hari ni dah jumaat. dah 6 hari puase. setakat ni masih berpuasa...

ape yg best? esok nak balik. weheeeee =). coti 2 hari senin n selasa. bukan ape... zufa balik umah, leh amik baju raya.. bestnyebestnye nnt leh g jln TAR cari tudung.tak sabo nyeeeee

bila dah mula puasa ni, kena come out ngan bajet raya. nak shoping sket, shoping utk budak2 tiga org kat umah tuh, duit raya untuk budak beso 3 org, and budak kecik tiga org..duit raya untuk budak2 kat sini.. *wink* tak sabarnya nak raya. plus 4hb ni besdey mak.. nak beli ape ek.. ingat nak belikan mixture baru tp hajat teringin nak beli digi cam, leh amik gambo raya.

nape puasa n raya tahun ni seronok n tak sabar sgt ek.. ????

Wednesday, September 27, 2006

sampai menutup mata

Embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata

cintaku sampai ku menutup mata
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

Tuesday, September 26, 2006

kena belasah

oho.. berita ni dah agak basi. tp nak cite jugak. adik aku kena belasah kat kolej dia.. cheh! sampai ati tul budak tuh belasah abg head kitorg yg comel tuh. siap pijak2 dia lagi.. teruk tul.. kitorg tak penah pun buat cam tuh, walau pun aku mmg selalu jugak tampar dia..

cite nye start bila dia nak kutip utang dr sorg budak nih..alih2 budak tuh belasah dia..masa tuh kat kafeteria.tak tau la kan kalau2 adik aku pun mulut laser. kira buku btemu ruas la. tp yg bestnya dia ni pulak bila di tanya2 tak cite pun. kitorg tau pun bila x-student akak aku sms gtau kata dia kena belasah..bila dah di takut2kan nak g terus jumpa org kat sana..baru la dia cite.takut la tuh reputasi dia sbgai manja terbongkar dikalangan kawan2 dia..

tp yg best nya siang kena belasah, mlm sibuk je jual tiket wayang.. adehh! abg head...sabar je la. yes.. inilah anak pak ya, tak manja. baru layak dipgl lelaki..cayalah abg head..

mgu pertama puasa. hahahha. smlm aku sampai umah kul 640 petang. terima kasih lah kepada perkhidmatan pengangkutan awam di kl nih yg lembab tak hengat!. dah tau bulan puasa jem..org kalut nak balik awal.. reshedule la waktu bas gerak, kasi byk sket waktu peak hours! kalau hari2 mcm nih.. tak yah ade bas lagi bagus. cab pun waktu2 mcm ni tak nak amik orang.. as a result, berdiri lah aku kat bus stop mindef tuh almost one and half hours.. sengal. kira puasa aku semlm mmg kurus sekuruskurusnya..

mmmm.oklah gtg. jap lagi ada meeting...which is so busan!

Tuesday, September 19, 2006

syahri romadhona

mmmmm

will off to kuantan tomorrow.. till friday. maknahu, takkan masuk ofis lagi la utk minggu ni...which mengakibatkan tidak lagi akan mengupdate blog hingga mgu depan..
makanya.. ingin di ucapkan salam ramadhan..selamat bbuke puase selamat bterawih dan selamat sahur.... =)

Friday, September 15, 2006

bersyukurlah

salam..

away from office for 2 days. mjadi usher utk closing ceremony peringkat kebangsaan. such a great xperienced being there. blaja pasal protokol n lots more. plus mengenali background org lain yg jauh berbeza dari diri sendiri.

first, masa kawad akhir.. ketua nya adalah di bawah pemerhatian polis. di tangkap kat umah dia masa tengah high dengan pil kuda.. muda sgt2 tp dah terjebak dengan macam2 benda. ada pulak yg full time job dia along. bukan along kecik2 tapi along besar yg ada area dia sendiri.. kira melawan je la kerja nya. tp dia habiskan jgak training. bukan semuanya teruk sementelah ini bukanlah program pemulihan akhlak, tp program ni adalah pembentukan jati diri dan akhlak. yg mendapat wira terbaik adalah kacukan bidayuh n british. sanggup tangguh study kat lim kok wing semata2 terlalu seronok dpt kawan2 yg macam2 background. sanggup belajar bahasa melayu sebab dia mmg tak tahu langsung BM, last2 bahasa org asli pun dia tau...dia dah syg malaysia walau pun besar kat iraq, UK and US..yg wirawati nye pulak anak jati situ.. tak dek ape yg special cuma bila org kampung tepuk sambil berdiri bila biodata dia org baca.. '..u make us proud lah...' kata pakcik sorg nih dalam telor nogorinya... dem kiut! sikit sebanyak dia musti bangga.. org kampung pun bangga...

lama lama aku pun terpikir, luar sana ada mcm2 org dgn macam2 cerita. .. sekurg2nya aku patut bersyukur sebab hidup aku teratur walau pun sekarang nyawanya bagai dah dihujung hidung tp aku dah diberikan yg terbaik.. if i'm failed, itu masalah aku sendiri..aku yg tak buat betul2. tp budak2 nih.. mungkin ada faktor lain yg diorg jadi macam tuh.. mungkin kesempitan hidup, kena usaha sendiri utk cari makan.. mungkin mak ayah terlalu sebok, tak perati segala nya terpengarauh ngan kawan2..bila menengokkan muka mak bapak yg datang semalam.. besarnya harapan diorg, berharap moga2 anak2 diorg nih, bila balik esok, berubah, tak melawan.. boleh fikir dan menjadi matang, tahu apa itu tanggung jawab..

mmmm.. maka tidak sia-sia lah kerja ini. beruntunglah aku dapat menabur bakti pada tempat yg sewajarnya(eh! betul ke aku tabur bakti?) tak la.. sekurg2nya walau pun keje ni tak glamor macam org lain tp impactnya besar bg aku. at least, i contribute something untuk pembentukkan somebody... harap2 aku dapat belajar dari kisah hidup org lain dan kisah hidup aku untuk tiga tahun kebelakangan ini..

Monday, September 11, 2006

jumpa kawan kawan

mari lah bercerita...

wiken kali nih.. busy betul, tak terasa pun kecutiannya
hari sabtu pagi.. balik brekfes, teman kan wani cari alliance bank, tp nak bank-in sewa umah skali. ptg baru balik.. mana tak nya bank b** harap je dlm iklan kata ada byk... tp tak lengkap pun peralatan nya...mana taknya dari satu branch ke branch kitorg g, tp cash machine nya tak dek. ape la.. penat bercari2.. kalau nak harapkan byk je tak payah la.

petangnya lepak2 jap tgk movie, mlm g jj carik gula. berbaloi g, sebab dapat beli sampai 4 kilo.. ckp ngan rumet, leh tahan sampai habis puasa... tapi katanya rumet..tahun depan pun sempat....ahad, g joging...n tghari g kenduri umah upiks. ada kenduri doa selamat. upiks nak g buat Phd kat Oxford...dahsyatnya..masa kenduri ni la jumpa my meto'. dia bawak babynya yg dulu masa lahir 1.8 kg. tp skang dah naik 6 kilo..dah nak 6 bulan dah umurnya.. hahahahha tak sangka la meto' dah bawak baby. but, yg paling tak sangka adalah bila i dukung baby dia.. tak pernah ku bygkan akan dukung anak my bestest fren.. adoiii.. bila la meto' nak dukung anak i? takpe meto' ek... nnt sampai masa, ada rezeki.. dpt la eh..

hehhehe. hari nih abg bai tak dek. g pagoh.. ramai2 bos tak dek...suke la aku...ptg ni nak jumpa yoes, temankan dia berbuka....heheeeh. mmm..nampaknya dua hari ni asyik jumpa kawan kawan lama je.. best nih. kawan kawan baru, bila pulak nak jumpa ek? kawan sedia ada? bila pulak nak jumpa? hehehe tak yah la jumpa, dah jumpa hari2... so... sape lagi kawan2 lama yg nak di jumpa?..(ape la yg aku merepek nih)

Friday, September 08, 2006

berkorban lah, mungkin itu akan membuatkan anda bahagia..

assalamualaikum..

jumaat di pagi nisfu sya'aban. hebat betul percaturaan dlm tahun hijrah ini bila rejabnya dimulakan dengan hujan rahmat dan nisfu sya'aban nya dijatuhkan pada hari jumaat. maka beruntunglah pada mereka yang berjaya berpuasa sunat dan bertiga kali yasin.. sekurang-kurangnya buku catatan di tutupkan dengan tammat yang tidak ternilai.. bagi mereka yang terlepas peluang ini.. sengaja atau tidak.. tak mengapa.. mungkin ada rezeki, panjang umur.. tahun depan cuba lagi.. bagi yg 'nikmat' telah dirampas buat saat-saat akhir.. (mcm cik nizan) berfikirlah...berfikirlah akan amaran-Nya yang tidak ingin awak terus leka dan lalai..amiklah pengajaran ..sesungguhnya apa jua kerja kebaikkan.. usahlah di tangguh2 mungkin awak masih punya masa atau mungkin tidak..

bila umur dah panjang, bila dah jumpa pelbagai jenis orang, tidak dapat tidak kita akan berdepan dengan jenis orang yang pelbagai ini. kadang-kadang bila kita tak suka dengan org.. tak semestinya sampai bila-bila kita takkan suka.. sebabnya kadang-kadang bila dah teralalu byk buruk orang yang kita nampak, kita akan jadi betul2 baik sebab kita dahbetul2 faham dia. dan tak semestinya bila kita baik dengan orang, kita betul-betul faham dengan orang tuh..


**************************
pernah dengar ayat nih > lepaskan benda yang kita suka pada org lain, moga2 kita akan lebih menghargainya
maknanya apa yang memang dah kita ada dan genggam, kita mmg akan sayang, tp sayang kita akan rasa lebih kalau kita serahkan benda tuh pada orang lain.. jumpa quote nih dulu2 masa baca satu artikel pasal 'korban'. kalau tak silap, itu antara pegangan ikhwanul muslimin.. supaya ikatan yang lebih erat.. kita di ajar untuk bekorban..
antara hikmah berkorban adalah kita akan lebih rasa lega dan bahagia. walau pun hikmah itu tak datang serta merta, mungkin nanti2, kita tak tahu. itu bukan caturan kita. itu aturanNya..makanya untuk berasa bahagia, lepaskan lah apa yang dirasakan patut..moga2 kita bahagia
*************************
'...ombak sentiasa menghempas pantai. menghempas dan pergi..ombak datang dan pergi..bila ombak pergi, pantai sedih.. tapi pantai tahu, ombak tak pergi sendiri2. ombak bawak pasir bersama..pasir itulah kenangan.kenangan ombak dan pantai bila bersama..'
semakin lama semakin jauh.. dan akhirnya akan terus hilang....terimalah seadanya. bersedialah untuk menghadapi apa jua keadaan dengan sendirinya. cuma kenangkan lah apa yang pernah dirasa. kerana kenangan andai di kenang akan mampu mengusik jiwa.

Monday, September 04, 2006

salam..

isnin.. my last wiken? tak dek la ape ape pon. sabtu hanya bguling2 di depan peti ampat segi.. menonton slagi ada siaran yg boleh di tonton.. worth it la jugak sebab di waktu subuh2 sepa'i lagi aku dah memulakan kerja pendobian yg agak mencabar sekali...

then, ahad nye kununs nak sambung xtvt yg dah lama terbengkalai.. which is berjoging d titiwangsa.. but then.. tak jadi. ptg.. g klcc. terrrrrbeli perfum baru. harharahrah. bukan terbeli lah! dah lama dah recce... bila dah asyik angau ngan perfum tuh.. beli je la kan.. hahhahah. so hari ni semangat gua nak g keje sebab leh pakai haruman baru (yeks!, haruman ...geli aku!)

malam td borak2 ngan tini.. tau ape benda nya? kekreatifan mak2 dan makcik2 kitorg dalam seni kerja tangan... sure org lain pun penah gak .. dulu mak aku selalu amik tali rafia.. lilit kat dua batang lidi...(rafia yang telah dibukak), pas tu bentuk2 kan jadi petals.. sama gak nagn plastik barang tuh.. di regang2kan dan dibuat bunga.. sampai la kitorg borak fesyen bungkus telur utk kenduri kawen.. mula dengan bungkus pakai serviette, then kertas warna warni.. peh tu baru la pakai kotak.. mcm2 la lagi.. seni tangan org lama zaman 80-an . kreatif jugak sebenarnya..kita sekarang je yg tak berseni.. aku la tu kan..tangan keras..perosak ada la...

hari nih opis ana yg punya. muhahahh since diorg g UIA ada event. aku tak g sebab ada budak-um-yg-nak-buat-assignment nak kutip info kat aku..so.. aku pun bermaharajalela la.. kuangkuangkuang..

okidoki.. nak g kacau org lak. hari nih keje settle awal ;)
this post sebenarnya from my blog lama. sj nak letak sinih.

here are the birthday wishes for me.. list according to time received..

1. my met (awal kul 2357, 19 aug 2006)

2. hartini ahmad (sms kul 2358, 19 aug 2006)
- nizan, happy birthday!


3. aniza asri
- nizan dear, happy 26th b'day. love u.


4. kasim
- selamat hari lahir...semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan hidup diberkati ALLAH


5. nurazreen
- zan, hepi besdey to u! dh 26 ni xleh kecik ati selalu tau. :-) kene hepi2 slalu, xnk rasa inferior lg,kuatkn lg smgt nk maju ke dpn.


6. ayimah afifi
- alamak.ada org dah tua sethn lg.semoga sentiasa dberkati


7. siti norehan (besdey met)
- appy besdey 2 u, appy besday 2 cik hanizan, appy besdey 2 u. semoga mrh rzk & d cpt kan jdh. AMIN.


8. murni elina
- assalamualaikum..gud morning bos! happy besdey 2 u happy besdey 2 u happy besdey 2 u muah muah muah


9. noriza
- slmt ari lahir. nak bagi hadiah tapi fikir dah tua dah..


10. padil
- hepy besday jan...dh 26 dh thn ni. hehe...bila nk open table ni...


11. sarah azrianni
- miss nixan, happy birthday!! semoga pnjg umur murah rezeki gembira slalu


12. abd munir
- happy birthday. semoga hidup sentiasa diberkati n diredhai allah


13. taufik
- Happy besday cik nizan yg ke 26 yahoo2 hahaha


14. zulfa
- hapi birthday, dgn ucapan minum la susu untuk kalsium tulang


15. nurzaid
- (gambo kek) nah, kek besar org bg 4 u..hepi 26th besdey 2 u


16.nor rafida
- maybe i'm the last person wish u hepi besdey fren'


17. aimaduddin
- eppi besdey. i balik u lanje


18.norhanim
- samat ari lahir cik nizan.semoga bahgia sokmo


19. sharida azura
- nizan, happy belated birthday


20. shahrul ezad
- happy belated bday!!!


* thank u for the wish.. utk yg wish awal2, mekaseh jugak... just remember whatever good for me, will good for u too.. muahs!*