Thursday, February 28, 2008

apa masalahnya?

semalam, baca blog sorg kawan
besa la musim pilihanraya .. mcam2 ada

so, kawan yang sorg nih dia dah cakap la dia mmg akan undi parti A
sbb .. ada la dia senaraikan sebab2 nya
tapi dia rasa tak pueh hati..eh silap silap.. dia rasa marah
AMAT marah..

sebab pe?
sebab dia tak paham kenapa ada kawan dia in fact majoriti kawan dia
akan undi parti B ..
dia komen..kenapa kawan kawan dia still tak nampak kelebihan parti A

hahhahahah
aku nak gelak pun ada lepas baca,
bukan apa..

haih ..
bang,
undi ni kan masing masing punya pilihan
lantak la orang nak undi sapa pun, dia punya suka la
dah kata nak pilih wakil rakyat kawasan dia(wakil dia)
kalau pun parti A bagus, tp calon wakil rakyat tempat dia yang guna parti A
tu hampeh..buat pa dia gelupuq nak pangkah kawan tuh?
haih..

kalau dah kau kata parti kau bagus, itu yg kau nampak, org lain nampak bagus kat benda lain..duh...

bang,
tau tak satu benda?
undi tu kan RAHSIA

dah.
nak sign baucar yang berlambak tuh!

Tuesday, February 26, 2008

respon

pernah tak kadang kadang untuk certain perkara kita akan keluarkan respon macam nih [hek enna.., haih, blah la.., shilake la kau, mangkuk!, keji la.., poyosss, uh uhhhh dan sebagai nya].

1] pekeliling dari general manager

'..untuk membolehkan semua kakitangan mengundi, cuti minggu pertama (1 Mac) akan digantikan pada 8 Mac..'

respon: huh! shilake la...sabtu nih kena keje

2] sms antara nixan dan zufa

n: i balik ngundi nih
z: owh, di taja kah?
n: banyak la.. pakai duit sendirik la. i rakyat yang berhemah
z: hahah..bontot la

respon: mangkuk ayun la! (ade ke aku di bontot kan? bukan ape, dia terasala tuh, dah 32 tahun tp tak register pon. hahahahha)

3] cakap2 masa jln kat koridor pagi tadi antara nixan and pakcik makhdum(antara yg gatal kat sini)

p: berhari raya ke rumah nyonya, sudahkah cik izan ini berpunya?
n: belum..
p: makan sireh makan pinang buleh la saya masuk meminang
n: buleh..sile laa

respon: haih..pakcik2. seb baik gua ni poyo ngan lu, kalau tak..dah gua sekeh2 dahi lu

4]situasi lrt yg bermasalah

'..atas sebab sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, tren akan bergerak dengan lebih lambat....'

respon: BENCIKKKKKKKKKKKK!!!!!!! aku usaha bangun pagi2 nak kejar tren awal, lambat jugak. sakit kaki tau. HP pun dah tak menjanjikan ke-comfort-an kaki gua. terpaksala lepas ni beli scholl ke, clarks ke. owh dah try clarks ari tuh..duh...sedapnya (respon atas respon: ngengada..dah mmg nak beli kasut baru, salahkan tren pulak)

kak zu ckp aku nih mmg mcm2..

respon: biasa la..

Monday, February 25, 2008

cuak

kisahnya begini :

jumaat lepas, baki dlm current (err..company punya akaun) tinggal sket, dlm 5m++ jek. even tak dek payment on that day, but still ada payment yg menunggu untuk dibayar hari nih. therefore, i decided buat credit transfer from current account amounted 1m to account bank harimau. nak transfer dari bank pokok duit, duit dah tak dek. so, patutnya lepas minus 1m (credit transfer) as well as 800k untuk cheque tak clear, i ada lagi around 4m untuk di 'repo' kan kat mana2. tetapi..disebabkan kecuaian SAYA, yang terlupa me-minus-kan 1m credit transfer itu, saya telah me-repo-kan 5m ke 2 bank sedia ada. since, terlalu eager nak dpt interest byk sket, almaklumlah wiken money..(padahal setakat 5m, berapa lah sgt kan..)

akibatnya :

tgh hari sabtu ari tuh, lagi 10 minit nak swipe out, my staf, discover yang current account negative balance..(teng teng teng). masa tu, i pun tak perasan lagi mcm mana bley negative. dan, tetiba bila semak balik transaksi ari jumaat, ternampak la yg credit transfer tidak ditolak..

ape i buat:

nasik sudah menjadik bubur. nak call bank pun, mane ada bussines hari sabtu (ufis nih jek yg keje sabtu). jadik, i dapat satu back up plan untuk di buat jap lagi. so, lepas dah dapat alternative itu, i pun trus balik ngan hati yg berkecamuk dan gundah gulana. sure akan kena kaw kaw punya ngan bos.. pagi nih.

makanya:

dalam perut i skang ada beratus2 rerama, cengkerik, lipas dan macam2 lagi la. tangan i dah sejuk.sebab takut..dah terbayang2, silap2 kena halau dari ufisnih. tapi takpe lah, salah sendirik kan. ini lah risikonya kalau keje ngan duit, tp tak semak betul2..tak tau lah kan..byk sgt nombor i tgk ari tuh kot. so, andai kata i kena halau hari nih, i kena balik kampung la kan..duk umah, tgu org masuk minang..hahahah (erk..ade ke?)

kesimpulan:

tunggulah ape nak jadik hari nih. tunggu cuak part II okehhhh

Thursday, February 21, 2008

kah-wen

dah lamaaaaaaaaaaa nak tulis pasal benda ni. tp tertangguh.

just now, dlm ofis nih ada sorg org lama dtg bg nasihat pasal kahwen.(errr dia dtg sbb lain sebenarnya). umur pakcik nih around tujuh puluh tahun. kata dia, kenapa ramai lelaki tak setia pada isteri? patutnya bila dah kawen, dah janji itu lah yg pertama dan itulah yg terakhir. tak dek sebab kenapa nak tambah atau cari yg lain.

my komen > ye..betul. inilah yang membezakan antara org lama dengan org sekarang. org lama buleh setia pada yg satu. isteri yg sentiasa ada di belakang, jadi penompang kala nak jatuh, yg bergolok gadai kala susah, yg sabar bila ada kemahuan yg tak terturut..tp org sekarang?

dan pakcik ni jugak pesan. tak salah kalau dah berumur tp tak kahwen. dari kahwen tapi dpt lelaki yg main-main. sakitkan hati dan perasaan..cuma kena percaya. jodoh tu mmg ada..

my komen > bila lately nih dah banyyyyyyaaaakkkkkkkk sangat orang yg dah kahwen dtg mengadu mcm2, yes, sikit sebanyak mmg rasa fobia..

smlm 20hb, meaning lagi setengah tahun, i turn 28. org keliling (kat sini) kata, dah sampai masa (in fact dah sikit lewat) untuk kahwen..makanya hari2 la org akan tanya kenapa, pasai pa, bila, nak kahwen. last2 diorg ckp mcm nih > ala..memilih sgt sbb tu la jadik mcm nih. (responnya hanyalah muka malas nak layan)

plisssssss..jgn sebut pasal kahwen, nnt saya nanges ..

Wednesday, February 20, 2008

wuhooooooooo

3 malam berturut-turut tdo kul 8 mlm..
ahahahhah
kul 8 je, automatik mate tutup, kul 530 automatik mate terbukak..

bukan ape
since last thursday, kepala otak ni mmg penat bekerja
hahaahha
tak henti2

sejak senin, i kena tanggung kerja makcik yg beranak tuh
biasalah unit dia adalah yg paling sebok kat sini
tntssss, invoices, advances, allowances..banyak, yg teramat banyak
kena tilik satu per satu..

penat aaa

tp takpe, ari nih nak balik awal
ada banker nak belanja mlm nih

hiks! this is why somehow rather i love my work here!

Tuesday, February 19, 2008

bila di amanahkan tanggungjawab, maka tunaikan lah sebaik mungkin

yezzaaaa

ini apa yang i dpt dr www.spr.gov.my


IC Number : 800820075***
Name : HANIZAN BINTI ZAKARIA
Birth Year : 1980
Gender : P
Locality : 041 / 02 / 09 / 003 - TMN ABDULLAH FAHIM
Polling District : 041 / 02 / 09 - PONGSU SERIBU
State Assemblies : 041 / 02 - BERTAM
Parliamentary : 041 - KEPALA BATAS
State : PULAU PINANG
Polling Centre : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI AHMAD BADAWI KEPALA BATAS
Polling Stream : 6
Voting Time : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG



so, i would try my best untuk balik dan mengundi. this is my first time okehhh, skali skala teruja. bukan apa, excited nak tgk macam mana the process. lagi best kalau dpt polling centre skali ngan calon parlimen ..silap2 muke i yg kiut nih bley masuk tivi..ngehngehngeh

nyanyi sket ..

'marilah mari..pergi mengundi, tunaikan kewajipan pada negara..' eceh!

Monday, February 18, 2008

tempat jatuh lagikan dikenang

1] ba'atun yang baru masuk tadika, dah ada perfume sendiri. duh..mateh dia last sem final year uni baru ade perfume sendiri..dahsyat!
2] haris yg baru 2 bulan masuk taska, dah ada gf. nama da-ya-na (sebut ngan nada gedik plis..)haih..mateh dah nak 28 tahun single mingle lagik ni haaaaa
3] zufa dah book honda city, bapak nya haziq dah book nissan grand lavina (ade ke?) ermmmm mateh jugak la yg naek lrt
4] chu yah dah hebat berbahasa jepun. kutuk2 gua pun ckp jepun okehhhhhhhh. tak pueh hati betul!
5] akhirnya ... berjaya jugak merasa jadik anak tunggal..hahahahha..best jugak eh
6] atas sebabb2 tertentu, last saturday kena attend smthing kat usm. since pak ya hantar je ke sana (balik menapak sendiri) rasa seronok pulak travel kat sana. naek feri..huihui sedapnya kena angin laut
7] tak sempat nak melawat org yg kena tahan kat spital almost dua bulan tuh. takpe, dia kata dia akan cerah memancar2 bila keluor nnt. hahha kita tgk la nnt kannnnnnn

*******************

lepas fikir punya fikir.. i rasa i nak balik duk penang la. tenang sket kot.. so, kalau ada job opening kat penang sila war war kan eh..

Wednesday, February 06, 2008

ro.ya.nun.dal.wau

.. wa hu wal 'ali yul azeez..

sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. hanya dia yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui. yakin lah pada DIA