Friday, April 27, 2007

setenang air di kali

di suatu kedai makan, di suatu petang yang hening ..

me : met, kalau yg kira jawa tanah, api, air tuh, anak yg dah meninggal di kire jugak ke?
met : a'ah kire jugak
me : oh, kalau mcm lahir2 meninggal n kalau gugur pun kire?
met : kire jek..anak jugak kan
me : owh..tanah, api...(sambil mengire ngire)... oooooo i air la met kalau mcm tuh
met : eh, mmg la... met kan menyenangkan...heheheh (sambil gaya2 manja)
me : owh, ye ke..

moral of the story.. aku tak tau pulak yg aku ni menyenangkan.. yang aku tahu membara je hati aku nih, mudah no marah.

Tuesday, April 24, 2007

secara officially nya kini, kalau jadi apa2 aku akan di drag sekali dlm kes siasatan ini..

sebelum2 nih aku baca2 jek kes penipuan, kes rasuah dll, but, skang aku pun involved. ape salah aku ek, yg tak pasal2 terbabit sama. niat nak buat kerja, tp tersangkut jugak. besar sgt gamaknya dosa aku sampai sebegini rupa ujian aku dapat..

terlalu hebat dugaan aku kena dlm minggu ni...

rasa nak makan ais krim utk sejukkan hati sendiri, ada sapa2 nak teman kan?

bersangka baik lah hanizan ..

siapa sangka org yg paling aku marah dan benci dan maki suatu masa dulu, hari ini terlalu suka untuk membantu aku ..

dan tiada siapa menyangka org yang aku tak tegur untuk suatu tempoh dulu, adalah org yg membuat tindakan segera untuk menolong aku pagi ni.

nah!

nikmat Allah mana lagi yang mahu engkau dustakan?

* dah mentioned byk kali kan dlm ar-rahman? (encik munir, dah betul kan, tq)

untuk puan khalijah khamis a.k.a kak jah, terima kasih banyak sebab dengan segeranya call somebody untuk dptkan contact number somebody. semata2 nak tolong aku untuk apply post kat U***. dulu pernah satu masa aku tak bertegur sapa dengan kak jah. sebabnya aku marah dengan dia bila gaya dia macam kedekut ilmu. tp kak jah ingat aku marah dia sebab dia kan nak aku jadi mak sedara dia. ape ape la...

dan untuk encik saudagar singh, org yang paling aku tak suka dulu, hari nih dengan hati yang amat terbuka dan dengan relanya akan tolong aku apa yang termampu (dlm proses apply that post la..sbb mcm U*** tuh tempat lama dia kan..)

ini bukan soal dapat @ tak dapat post tuh, but, kesediaan dan kebaikan org, yang buat aku sungguh-sungguh terharu.


Monday, April 23, 2007

hari yg sungggggguhhhhh depresss

dari pagi sampai petang menangis, mata dah bengkak, sedu? tak payah cerita
berkecamuk dalam hati, hujan lagi hati

ini lah gamaknya masa bila batu yg keras lebur pecah bila hari2 di titik air yang halus.. tak tajam pun tapi bila dah selalu, berlekuk dan pecah jugak batu tuh

mekasih untuk encik yg SANGGUP lend ur ears, ur heart n what so ever untuk mendengar segala2nya. soooo complicated kan?

Friday, April 20, 2007

rumah saya

Ini rumah saya. rumah saya dua tingkat. ade 3 bilik di atas dan 3 bilik di bawah. selain rumah dan garaj dlm gambar ini, di bahagian belakang ade lagi satu bilik air dan tandas. sebenarnya rumah saya ni asalnya bukan begini.
rumah saya siap dibina pada tahun 1979. pada asalnya rumah saya cuma ada 3 buah bilik di bahagian atas. bahagian bawah cuma ada dapur dan bilik air. pada tahun 1990, rumah saya diubahsuai. bahagian bawah, dijadikan bilik. ada tambahan 3 buah bilik. kemudian pada tahun 1997, sempena dengan perkahwinan kakak sulung(anak sulung) saya, bahagian depan diubahsuai. dari pintu papan kepada pintu sliding door. dan pada tahun 2000 sempena perkahwinan abg sulung(anak kedua) saya, ruang depan diubahsuai pula.. dijadikan tempat beristirehat.. pintu grill kecik diubah ke sebelah tepi menghala garaj kereta. kata bapak.. senang kalau hujan terus masuk kereta, tak basah sgt.. dan pada tahun 2002, semasa perkahwinan abang kedua(anak ketiga) , bahagian dapur pula diubah suai.. tak banyak..cuma ada dapur bahagian luar.. jadi ada dua ruang untuk mak saya masak...
dulu..mak saya cakap itulah kali terakhir rumah kami ini akan diubah suai..tetapi.. penghujung tahun 2006, rumah saya diubahsuai lagi.. kali ini ruang tamu dijubinkan.. dengan alasan, mak dah tak larat dah menyapu atas karpet, berhabuk.. makanya, ruang tamu termasuk 3 bilik bawah dah ditinggikan sikit, dan dijubinkan..ubah suai ini tak dek kaitan dengan mana2 majlis istimewa..saya rasa itulah kali terakhir.. tapi.. tibe tibe.. tahun ini, diubah lagi.. bahagian dapur dijubinkan jugak(sama macam ruang tamu), bilik air dalam rumah, dikecilkan dan dialihkan, dapur dah dikecikkan.tak ada lagi dapur luar atau dalam. tapi ruang makan...amatlah luas...itu sebab ada org nak beli meja pingpong. sebab renovate? bukan sebab majlis, bapak kata.. 'mane tau kalau2 ada yang pergi, ramai org buleh ddk dalam rumah, bacakan yasin, takla berpanas kat luar..' oh, tidakkkkkkkkkkk..
sebenarnya rumah saya ni tak panas pun. semua orang yang datang suka ngan rumah saya. sentiasa nyaman..bukan sebab air-cond(rumah saya tak ada air-cond), tp sebab keliling rumah saya ada byk pokok.. belakang rumah saya masih ada kawasan yang amat luas..byk pokok2 belimbing dan rambutan dan ciku dan jambu air dan beri dan jagung dan cili dan bendi dan pisang dan ulam2 yang bapak saya tanam. bapak saya mmg suka berbudi dengan tanah. byk hasilnya. sbb tu rumah saya sejuk, sentiasa berangin, kalau bagun pagi2 nyaman sgt, nak mandi sejukkkk. cuba bygnkan dulu masa sekolah sy akan bangun pukul 530 pagi..dan mandi waktu tu... aaaaa sejuk sangat tambah2 dulu masih beratap zink. lagiiiii sejukkkkkkkk..tp alah bisa tegal biasa.. lagi sedap mandi air nyaman dan sejuk2 nih. segar badan..
dlm byk2 ruang kat rumah saya, ada satu sudut yg mmg saya suka duduk. kat situ la pusat menung saya, situ la jugak tempat saya ngadu itu ini ngan mak, tempat saya temankan mak saya masak. tempat itu ialah kat anak tangga pertama kat dapur. tangga untuk naik ke atas, ada kat dapur. anak tangga first ialah batu yg tinggi, sedap duduk situ sbbnya dia straight menghala ke pintu, angin sepoi2 masuk. saya suka bersandar pada palang tangga tuh..aduhhhhh syahdu. saya penah ckp ngan mak walau ape pun jadi, jangan hilang kan anak tangga tu..itulah tempat kenangan saya. saya rasa tenang bila ddk kat situ. itulah tempat saya merajuk, menangis, berfikir dan semuanya. tapi, bulan lepas masa balik, rasa nak menitik air mata, bila tgk batu tu dah tak ada. dah ganti dengan bogkah lain dan dah berjubin.. sedihnya saya. bila ckp ngan mak yg batu tu dah tak ada..'ala..sori la..mak tak teringat pulak nak suruh budak2 tuh biorkan aje anak tangga ko tuh.. cepat betul diorg buat kereje..'. rasa nya saya terlalu sygkan tangga rumah tuh sebab saya dilahirkan dibawah tangga tu lah. situlah bermulanya kehidupan saya. bg org lain, tangga tu tak dek ape ape pun, tp bagi saya semacam ada tarikan untuk sentiasa ke tangga rumah tiap kali balik..
tp tak apelah..asalkan rumah tu cantik, mak ngan bapak saya selesa ddk, itu lebih membahagiakan saya..saya rasa semua orang(adik-beradik) saya mmg sayangkan rumah tuh. abag2 dan kakak yg dah ada rumah sendiri pun lebih suka melepak2 kat rumah saya tuh (aiceh claim rumah sendiri).
mmmm.. kalau nnt2 ada yang sampai kepala batas, jemput la singgah. boleh rasa kenyamanan rumah kami :). jangan risau, mak ngan bapak saya suka org datang rumah diorg, maklumlah org suka berkawan.. ;)

Wednesday, April 18, 2007




seronok kan jadik budak2
























Monday, April 16, 2007

'.. kadang kadang kalau satu-satu benda tu susah sgt kita nak dpt, itu mungkin tanda benda tu bukan rezeki kita..'
komen : kalau kita dah sedar benda tu, perlu lagi ke kita berusaha untuk nak dapatkannya?

'..mmg kita dah usaha, berdoa bersungguh-sungguh dan berserah segalanya tp tetap tak dapat. Allah suka mendengar org berdoa, memohon padanya..sebab tu walau dah byk berdoa, still jugak tak dapat sebab Allah suka dgr kita berdoa padaNya. Atau kadang kadang Dia nak menguji. mmg kita dah berdoa 2,000 kali tp still tak dapat, sbbnya mungkin Allah dah janji, kita akan dapat pada doa yang ke 2,001 kali..'
komen: keep on praying then!

layu sebelum berkembang

Friday, April 13, 2007

bila april datang

dah 40 tahun..
i discovered benda nih masa form one dulu, waktu tu kena buat buku scrap pasal sejarah keluarga. masa tu la baru aku tahu yg atuk aku ni mmg datang dari indon.. nasib baik bapak aku lahir kat malaysia, bukan indon, kalau tak aku musti anak indon.. adoi..
masa buat kajian ni jugak la baru aku tahu yg my parents telahpun di nikah kan pada April 1967. so, pejam celik pejam celik, tahun ni dah 40 tahun mak aku hidup ngan bapak aku.. dahsyat kan? aku cuma bersama 27 tahun je ngan diorg(buat masa ni la). 13 tahun yg sebelum tuh, sure lagi mcm2 benda jadi... aku tak pandai mengarang la.. so better aku tulis point form
1] sepanjang 40 tahun, parents aku penah accident. kat rawang, jatuh gaung. masa tu tahun 1990. accident on d way balik anta kakak sulung aku register kat UM. teruk jugak. hospitalised 3 hari
2] ada byk achievement for both of them. but, yg paling aku kagum, ialah bila 6 out of 8 anak anak dpt masuk IPTA/S. 2 dari 6 tuh, grad oversea, no 7 tengah matriks, no 8 br nak amek spm. harap2 2 org ni pun dpt jg
3] hari2 mesti ada 'gaduh'.. tp diorg pandai kautim aaaa
4] impian bapak aku, aku rasa satu je lagi yg dia belum dapat. kalau buleh dia nak satu dari anak dia jadi MD..
5] mak, impiannya aku pun tak tahu tp dia nak sgt g mekah sekali lagi. dah hampir2 nak dapat dah
6] dulu, mak aku selalu kena tgl masa bapak aku outstesen. g indon la, g australia la, seluruh malaysia la. so skang, bapak aku pulak selalu kena jaga umah. mak aku kuat pulak berjalan skang nih.. hahah sweet kan?
7] dalam byk2 perkara, ada satu benda yg aku tak pernah tgk mak aku buat, iaitu naik public transport. i bet u, mak tak reti.. sbb dia sentiasa ada bapak yg akan anto @ bawak dia g mana2
8] bapak aku pulak, aku tak penah tgk dia masak. nak nyalakan dapur gas pun dia tak reti aku rasa...
9] bapak aku ni garang.. tp aku bangga ngan kegarangan bapak aku ni.. baru la aku jadi org.. mak pulak dia tak reti marah2.. kalau dia dah ckp sekali anggap je benda tu last warning. kalau ulang jugak, nahas la. aku penah ke tonyoh mulut ngan cili merah sebab sebut perkataan 'setan'
mmmm ni je yg aku ingat setakat ni. yg lain rasanya sama je mcm mak bapak org lain... aku tak penah wish hepi anniversary ke ape ke.. cuma aku doa moga2 diorg bahagia dunia akhirat..
..macam mana eh kalau mak ngan bapak aku tak dek?...

Wednesday, April 11, 2007

1] buat julung-julung kalinya sejak 2 tahun yg lepas, my dentist bg band kaler purple. look good to me

2] umah dah siap renovate. cantik dan luas. ada org nak beli meja pingpong, main kat dapur. bila dah cantik, rasa mcm nak ddk umah je...

3] start this saturday, ba'atun dodoyah akan masuk smart reader, makin dahsyat la dia berkata kata

4] skang baru tahu kenapa pak ya dah lama tak tanya pasal my kerja, sbb dia tak nak anak dia ni stress sampai separuh gila. (sbb dah ada org jadi macam tuh)

5] walau dah 3 hari jumpa dentist, gusi still sakit, still tak bley kunyah benda keras@liat.. lapa nye perut

6] ada sejarah untuk bulan april sebenarnya. nnt buleh cerita.

7] td g donate blood, dua dua tangan kena tebuk. dah lama tak jadi mcam nih

8] walau skrg dah ada kat ofis, tp hati masih ada kat rumah. sukenya ddk umah

9] tetiba teringat kat mak lagi..

10] tidakkkkkkkkkkkkkkk. nak balik...........

Friday, April 06, 2007

andai dapat ku luahkan apa yg di rasa,

pasti akan ada hati yg terluka




andai ku sampaikan segala-galanya,

pasti akan ada mereka yg berburuk sangka




andai lantangnya lidah aku berkata-kata dan meluahkan segala apa yg dirasa,

pasti semuanya akan porak peranda




semata-mata hati org mahu aku jaga,

beginilah akhirnya




bodoh la wey!!!







* kesimpulan atas kekecewaan untuk beberapa hari ini


Wednesday, April 04, 2007

achievement

refer entry aniza asri 'achievement', point nu. 3

'.. nak kawen ngan anak VIP'

if and only if nak can be defined as plan, di jodohkan, bakal, mahu @ merancang

point nu.5 will be like this :

'..ada yg akan kawen dengan VIP and carry tittle DATIN'

period!

Monday, April 02, 2007

irshad

tengok la apa yg br aku jumpa td. website sekolah gue.. teringat pulak zaman nakal kat sekolah dulu. hah! mmg sekolah agama, tp kena ingat, budak sekolah agama, org jugak, still ada nafsu n tidak bersifat maksum.

masa mula2 masuk irshad ni, mmg baik aa. but bila dah start form 4.. dah mula nakal sikit. aku ada clan sendiri. 6 org budak pompuan jahat. but kitorg bijak. dlm 6 org tuh, sorg budak hostel(supaya leh jadi informer ape budak hostel lain kutuk kitorg). dan sorg lagi menjadi prefect(pun sebagai informer kitorg)..

byk kisah sekolah ni.. kena cite betul2. ape ape pun, td masa jenguk frenster irshad nih, ada satu komen lebih kurang macam ni la ayatnya .. '... 5 tahun kat irshad, takkan dah lupa ngan bakti irshad'

uish seswai untuk org cam aku yg bukan dah lupa, kadang2 tak ngaku pun aku sekolah situ. maklumlah budak irshad lain, baik.. aku kan jahat.. but, mulai sekarang.. i'm proud untuk menyatakan..

akulah budak IRSHAD. IRSHAD yang hebat!

masterpiece >> sgt la kan...


huggy ni, cik esah bagi as 'souvinier', masa last day hari tuh..


jam harapkan byk je, tp yg berfungsi satu je


ade sape sape nak sponsor perfume?


bahan ilmiah sblom tido. heh! ilmiah la sgt


peti hikmat, macam macam ada


jam yang senantiasa cepat saploh minit..

hobi baru, ade yg nak support?