ini adalah nota kaki hanizan zakaria..mmm mmg nama dia nota kaki, tapi melibatkan jugak nota mata dan jugak nota mata hati..
1] berbuka puasa dengan team bsn last two days was splendid! makanan yg banyak, tempat semyg yang luas, org2 yang best (termasuk org kiut-yg-kuat-makan-itu hehh) dan cerita ceriti yang menarik. mcm dah lama kenal kan kita??????
2] semlm dah dapat makan lepat pisang. yea! sedapnya bila lemak manis pisang, blend dengan lemak masin kelapa parut yg putih mulus dan aroma daun pisang yg telah dikukus bersama dua dua benda tadi tuh.. duh......pandai betul makcik tuh buat ;)
3] di pasar keramat lampu ketupat dah pasang dah. walau pun baru separuh jalan, cantik betul jadik peneman saya berjalan diwaktu subuh..i loooove lampu ketupat sbb nampak cantik dan nampak sedap..hahhahhah gilo!
4] semenjak ramadhan, ramai pulak org berjemaah subuh di mesjid. kalau dulu, yg keluar masjid nye pakcik2 yg sama, tapi sekarang, ada lagi ramai pakcik pakcik, yg jalan kaki, naik moto, kete kecik dan kete besar pun ada...
5] kat pasar keramat, org dah mula berniaga persiapan raya. seawal 630 pagi, org dah start meniaga baju raya, tudung raya, bunga raya, kopiah raya dan semua benda yg berkaitan dengan raya. bunga api ngan mercun raya punya stall jek yg tak dek lagi..
6] mmmmm owh, tiket balik beraya dah dapat. time kasih kepada adik tershenta yg sanggup bangun pagi2 rempit dari um ke pudu semata mata nak carik tiket.. heh! ape guna ada adik lelaki kan......
7] lagi ape eh...mmmm itu je kot. ok, selamat bekerja, keja baik2, niat kerana allah ta'ala. babai
No comments:
Post a Comment