Wednesday, January 14, 2009

walking backward

kata orang, kalau kita tak updet dengan benda benda sekeliling ayat yang sesuai ialah '..bagai katak di bawah tempurung..'

adalah dengan demikian, untuk menjadi selari dengan orang lain, kita perlu melengkap kan diri dengan pelbagai ilmu, baik yang ilmiah, intelek, perkara perkara biasa dan sehinggalah kepada lawak lawak bodoh yang kadang kadang penuh mesej disebaliknya.

ada pun begitu, selari dengan kecanggihan teknologi yang kian berkembang pesat, pelbagai medium dan mekanisma yang boleh kita gunakan dan jadikan sebagai medium perantara dalam menambah ilmu pengetahuan dan juga dalam meningkatkan pengetahuan.

okeh..cukup lah mengarut. sebenarnya cuma nak bagitau.

dengan menjelma nya tahun 2009, pihak yang memegang kuasa teknologi maklumat di organisasi ini telah berjaya membuat hidup sesetengah orang tidak keruan. ya, mereka telah berjaya menyekat pelbagai medium perantara yang telah membuatkan sesetengah orang hilang arah dan menjadi ketinggalan.

ya, tiada lagi facebook, friendster, yahoo massenger, Gtalk dan apa apa lagi benda suka dan bahagia. setakat ini, hanya laman laman blog sahaja yang belum di sekat. i'm praying hard(er)..tolong dan jangan lah di sekat...tolong ..(okeh..i'm begging..)

kesimpulan

'..hanizan bukan lagi katak di bawah tempurung tetapi dia sedang berada di bawah katak yang sedang berada di bawah tempurung. GREAT!..'

Friday, January 09, 2009

i learned that :

[1] setiap manusia, tak kira apa warna kulit, pegangan agama, kaya, miskin, atau apa jua.. mereka tetap punya hati dan perasaan. jadi selayaknya setiap manusia dihormati dan diberi layanan sewajarnya

[2] apa maksud, erti dan rasa kasih sayang yang sebenarnya

[3] apa maksud, erti dan rasa rindu yang sebenarnya

[4] apa maksud, erti dan rasa menghargai yang sebenarnya

kita hanya akan sedar akan satu satu perkara itu bila kita alami sendiri. semua benda yang jadi pada setiap orang akan wujud rasa yang berbeza bergantung dengan orang yang mengalami nya.

2008
bersyukurlah dengan apa yang ada, hargailah apa yang ada di depan mata.

2009
bersihkan hati, berbuat baik dan terima seadanya. moga yang baik baik sahaja.