Wednesday, February 28, 2007

kurnia

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan

Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

i dunno why, but, i luv this song soo much.
as for me lagu nih betul2 cerita pasal diri kita (manusia)
yang ada pasang surutnya dan ada permulaan dan pengakhirannya..

Tuesday, February 27, 2007

apa sebenarnya?

tak tau nak classify mcm mana
takut ke?
tak..
risau ke?
tak la risau kot..
pelik ke?
ada la jugak rasa pelik tuh
sebenarnya ada org tuh dah 2 minggu asyik mimpi benda yang pelik2
ape yg pelik? mcm2 la.. dia mimpi diri dia mengalami benda yg lain dari yg lain
cth: kalau dia bujang, tetiba dia mimpi dia pregnant..hahahah kisah ape kah ini?
itu baru satu contoh, ada byk lagi..
nak mengeluh ke?
iskh.. tak baik mengeluh2 nih
mimpi tuh mainan tidur, ada jugak yg tambah, kalau kau tuh org biasa, byk dosa.. mimpi tuh bukan la satu petunjuk ..entah2 syaitan dan jin je..
aaa
dulu2 masa muda2.. (bukan nak percaya sgt la..tp mcm nak percaya jugak)
ape yg di mimpi itu lah yg akan dapat. cth .kalau mimpi jumpa satu kete ngan no plat sekian sekian.. dua tiga hari pas tuh kuar result, mmg itulah pointer yg akan dpat, exactly the same i tell u..tp tu lah.. masa budak2, zaman belajar tak byk buat benda lagha..skang dah tak mcm dulu..
mmm
abaikan je lah

Friday, February 23, 2007

lonely
.
.
.
.
kosong
.
.
.
.
sunyi
.
.
.
.
diam
.
.
.
.
bukankah sepi itu indah?

Thursday, February 22, 2007

betul ke ni..?


sebenarnya tahun nih ada resolusi


'nak ubah apa yang tak pernah diubah sebelum nih'


i really work on it


1] masa balik kg raya cina ari tuh > org rumah pun dah perasan. mmm ada perubahan


2] td makan udang > mmg udang berjaya masuk dlm tekak but, sebaldi jugak la air masuk tekak gue. tp rasa manis udang tuh still tak hilang jugak. nampaknya usaha nih kena kiv dulu


3] benda keje ofis > tak dek lagi issue2 tertangguh. kena siap dlm ofis hour jugak2


mmm.. selain tuh ada jugak benda2 lain. tp tak yah la nak announce.simpan sorg2 je dah la.


gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan post ini

Wednesday, February 21, 2007

kepala batas ku

sila refer para 8..
ngehngehngeh..
mmg betul la ape yg paper nih tulis.
series la korang..mmg tak tipu

Pembangunan Kepala Batas lebih rancak


KEPALA BATAS 19 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kawasan Kepala Batas bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak, sekali gus memberi keselesaan dan keharmonian kepada penduduknya.

Menurut Perdana Menteri, kawasan itu sedang melalui proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya yang lebih tersusun, sesuai dengan imejnya sebagai pusat pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pemimpin utama kerajaan, namun setiap perkembangan yang berlaku di kawasan itu berada dalam pengetahuannya.

Sehubungan itu beliau mahu seluruh jentera pentadbiran sama ada pemimpin politik, pegawai daerah sehingga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerja keras memastikan Kepala Batas terus mengecapi pembangunan lebih pesat.

‘‘Dari segi infrastrukturnya semakin berkembang, kemudahan semakin bertambah, jalan-jalan raya pula dilebarkan agar Kepala Batas dapat dihubungkan dengan kawasan-kawasan lain.
‘‘Saya percaya pembangunan-pembangunan ini, akan menjadikan kehidupan penduduk di sini akan lebih selesa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama parti Gerakan dan MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Infrastruktur

Abdullah berkata, dengan pembangunan infrastruktur yang pesat, Kepala Batas akan turut menjadi tumpuan orang luar untuk tinggal atau menjalankan perniagaan, sekali gus memakmurkan ekonominya.

Malah, kata Perdana Menteri, banyak pihak yang mengakui kawasan Kepala Batas kini sedang melalui perubahan dari aspek pembangunan, selain sifat penduduk yang cukup terkenal dengan kesopanan dan keramahan mereka.

‘‘Inilah yang kita kena pelihara sepanjang masa. Kita tidak mahu hubungan baik penduduk di Kepala Batas dirosakkan dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Dalam hal itu kata beliau, seluruh penduduk tanpa mengira kaum perlu terus bekerja kuat dan bekerjasama memelihara perpaduan dan keharmonian sesama mereka.

Bagi mencapai hasrat itu katanya, pemimpin sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua parti, pegawai daerah serta penghulu kampung mesti peka dan mengambil tahu hal yang berlaku di kawasan mereka.

‘‘Tunjuklah kepada rakyat bahawa kita (pemimpin) ambil berat semua penduduk di Kepala Batas, kita mahu jadi kawan bukan lawan. Kita kena kerjasama bukan gaduh,” katanya.

Thursday, February 15, 2007

surat untuk mak

Mak,

Org tulis surat ni mmg khas untuk mak. Semua benda yg akan org cerita n tulis dalam surat nih, ini lah ape yg selama hari nih org pendam. Org mmg nak cerita kat mak, tp org tak tau nak start mcm mana. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab org malu sgt kat mak.

Mak,

Org tau apa hajat hati mak. Org tahu mak nak org jadi org pandai. Org tahu mak nak semua anak mak senang dan boleh hidup sendiri. Sebab tuh mak sentiasa usaha supaya kiotrg adik beradik dpt yg terbaik masa kitorg kecik2 and masa kitorg belajar dulu2. mlm2 mak akan make sure kitorg makan kenyang2 n minum milo panas campur madu supaya kitorg cergas n boleh belajar betul2 kat sekolah esok. Kalau kitorg demam, mak pun akan risau sgt2. mak mmg nak kitorg berjaya, ada ijazah, ada ilmu, ada keje yg elok, ada famili dan boleh hidup atas kaki sendiri. Mak nak mcm tuh sebab mak tak peluang dpt mcm tuh.. tp mak, mak jgn risau. Mak dah dapat semua tuh. Mak dah ada satu family yg cukup bahagia, ada suami yg mmg tak buleh hidup tanpa mak, ada anak2 yg mcm2 ragam dan ada cucu yang mmg cukup cerdik dan comel. Lagi seronok nnt mak nak dpt cucu kembar.mesti mak tak sabar nak menjaga kembar..kan mak kan.

Mak,

Walau pun mak tak penah belajar sampai sekolah menengah, ape tah lagi ke universiti, tp dah byk universiti mak pegi untuk tgk anak2 mak terima ijazah baik yg sarjana muda atau pun yg sarjana. Insya-allah 2 tahun lagi akan ada lagi majlis konvo dan dua tahun lagi dan dua tahun lagi..kalau mak nak tahu, walau pun kitorg adik beradik tak pernah secara terus terang, tp kan mak, dlm hati kami, kami selalu janji, mak lah org pertama yg akan jadi saksi kejayaan kami. Sbb tuh kalau pun kitorg dpt ape2 yg lebih sikit, sure mak lah org pertama yg kami bgtau. Sbbnya kami tahu berkat solat hajat mak ngan bapak yg tiap2 tgh mlm tuh lah yg jadi benteng kuatnya hati kami adik beradik.

Tapi mak,

Skrg nih org sedih sgt2. sebabnya dlm ramai2 anak mak, org je yg masih lagi terkapai-kapai, tercari2 arah tuju hidup. Org je yg tak dek ape2. org je yg belum buktikan kejayaan.. dan yg paling org sedih, org tahu mak risau. Risau yang amat sgt ngan hidup org nih.

Mak,

Mgu depan 20hb, makna lagi setengah tahun, org cukup 27 tahun. Terukkan? Anak mak yg lain, umur 27 dah ada mcm2. kak umur 27 dah jadi cikgu n dah bertunang, banchak, 27 dah keje hebat, dah ada kete, tgh buat master n tgh sebok buat preparation kawen, achik pun sama 27 tahun keje dah mmg stable dan akan kawen tahun berikutnya.jupa, 27, dah sampai london, dah jadi cikgu, dah ade kereta n dah separuh jalan buat master.. tp anak mak yg sorg nih..jgn kata kereta, kerja pun tak ada..mak....nape org teruk sgt mak..mak tau tak, sampai satu tahap ari tuh, org tak nak balik kampung..org malu, malu nak jumpa mak, malu nak jumpa bapak, malu nak jumpa adik beradik lain.. malu nak jumpa jiran2.org rasa org hopeless sgt2.paling org sedih bila tgk muka mak, muka mak yg harap sgt org jadi mcm kakak2 dan abg2 yg lain...yang dah boleh berdiri atas kaki sendiri..

Mak,

Kalau mak risau, org lagi risau. Risau yg amat sgt.org rasa teruk sgt. Hari2 org doa, supaya org dapat bahagiakan mak mcm org lain. Dpt bagi mcm org lain bagi.org pun nak balas jasa mak jugak. Org pun nak belikan mcm2 benda mcm kak selalu bagi kat mak..org pun nak bgtau yg org akan naik pangkat mcm banchak selalu buat, org pun nak belanja mak bila gaji naik mcm achik selalu buat..org pun nak bwk mak ngan kete org sendiri n mcm jupa selalu bagi bapak bawak kete dia bila mak ngan bapak nak g jemaah subuh kat masjid. Seronoknya.. tp org tak buleh pun nak buat mcm tuh..org lain, dah ada umah sendiri.ptg2 mak suka g tgk2 bunga kat umah kak, pusing2 kat umah banchak n tgk2 cucu kat umah achik. Kalau mak nak jenguk abg kat arau, mak akan singgah umah jupa kat kodiang. Mak buleh mandi2, buleh sembahyang, buleh rileks2 kat situ..tp kalau mak dtg kl? Org tak berpeluang bwk mak pusing2 kl naik kete sendiri..mak pun mcm tak nak susah kan org.

Mak,

Org janji.. kalau pun ditakdirkan org akan terus macam nih, org takkan kecewakan mak. Org akan usaha juga untuk bahagia kan mak.org tahu, mak bukannya nak sgt benda2 dr org, Cuma mak nak tgk org bahagia ngan hidup org..takpe mak..berkat doa mak dan doa org sendiri, moga2 org pun akan dpt buat lebih kurg mcm adik beradik yg lain. Mak tgu tau, mak kena tgk org capai semua tuh. Org pun nak tgk muka bahagia mak, kebahagiaan mak atas kebahagiaan org.. org sayang mak sangat sangat..

Monday, February 12, 2007

wiken

dan beginilah kisah wiken aku

sabtu
pegi pasar tani sbb nak cari bahan nak masak..(remember my azam? utk masak..) so balik dari pasar tani telah memulakan upacara memasak dgn jayanya bersama cik tini..maka terhasillah gulai kerang dengan kentang, kerabu pucuk paku dan ikan goreng.. hehhehe usah ditanya sedap atau tak.. yg pasti perut kami riang gembira hari tuh..petangnya g pasar malam..nak sgt mkn cendol dan apam balik gerai akak lawa tuh! indahnya dunia..:)

mlm sabtu
tgk ilham suci? aduh!!! sedihnya hati. lain sikit cite nih.cite pasal pengorbanan penghargaan kasih sayang tolak ansur dll..dan di sambung pulak dengan bend it like beckham yang ckp pasal determination status pride dignity dll

ahad
selepas berjaya mendobi baju yg banyak, temankan padil ke jln TAR dan sogo..wahwahwah tershoping pulak beberapa barang..puas hati betul
padil sejak2 dah jadi isteri makin berisi, bahagia betul.. terpaksa temankan dia sbb suaminya outstesen ke bahrin..merasa naik vios hitam baru..pk2 balik, padil dpt bahagia yg dicari..hanya aku yg tahu ujian yg dia dpt dulu2. lagi hebat dari aku..betullah ..sabar dgn ujian, hikmah yg tak disangka2 akan dtg jua nnt

ahad ptg
temankan met amik spec yg tertgl kat fitting room kedai baju..met kalau shoping, tak ingat dunia.on d way balik..

me : nnt my ofis pindah sini la met
met : oh ye ke.. ok la tak jauh dari umah
me : tp met, tak dek public transport.. kalau ade feeder bus lrt pun kena tukar dua tiga kali.susah jugak nnt
met : ala.. met bukannya nak keje situ terus kan...
me : mmg la .. harap sgt2 akan dpt tmpt lain (dlm ati je la..)

mlm ahad
setelah penat kemas baju hasil dobi, mkn mcm2 dan mencari cd yg sampai sekarang tak jumpa.. tidur dengan lenanya..sedar2 dah isnin dan kena pegi keje..

cite hari isnin? nnt la.. nak mkn, lapo

ps: (nak buat ayat std) ..this is my blog, so suka hati la aku nak letak ape pun. lagi satu ape aje yg aku dah cite..maknanya itu je la yg aku nak cite, kalau ada tambahan dan aku rasa seswai nak cite, aku cite la..no further question, please.period!

Thursday, February 08, 2007


ikhlas + jujur
...

Tuesday, February 06, 2007

ye ke?

dlm lif selborn, 1230 noon

A : .. aku mmg tak buleh ddk kalau y kecik tuh ade
B : iye..?
A : eh, ko tak pernah jumpa dia eh?
B : ada.. masa kecik dulu la. brape dah umur dia?

A : aaa dah 2 tahun.. ligat, mulut pun dah becok dah
B : wahhh suke la engkau.. dia mcm mana kalau nampak ko balik?
A : nampak aku je lari.. tangkap kaki.. tp lagi dahsyat kalau dia nampak ayah dia balik..


mmm.. nih conversation dua org makcik navy dlm lif td.. yg sorg ni cite pasal anak dia yg makin mmbesar.. dari cara dia bercerita, mcm indahnya pengalaman hari2 dia. balik ade org sambut.. mesti hilang sume stress dia kat ofis.. u know lah kan.. sume tempat keje stress..

dulu ada sorg member pun jawab best bila dah ada anak.

'... ko tak sabar nak balik umah, nak main2 ngan anak kau..hilang sume masalah kat ofis..'

ye ek?

ntah..kalau nak tau.. (jwb sendiri lah!)

Monday, February 05, 2007

berita terkini

heh

ba'atun akan dpt adik
n adiknya dijangka kan
..kembar..

makin botak la bapak ba'atun
makin pening la atuk n opah
makin comel la mamateh (related tak?)
for sure.. bajet raya mamateh tahun nih..akan bertambah

yea yea
seronoknya
tak penah ada twin in my family
ape rasanya ek???

zaman sekolah

masuk umur 7 tahun, mcm org lain, aku pun masuk sekolah rendah
sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas
sekolah ni kat pekan.. ada sekolah dekat umah, tp atas sbb2 tertentu, bapak daftarkan aku masuk sekolah ini...
darjah 1 sampai darjah 3 sekolah petang
g sekolah naik bas apek yang bini nya menjadi assisstant
bini apek ni suka kerintingkan rambut dia.. comel je
yg paling aku ingat kalau dia nak reverse, bini dia la tolong tengok sambil sebut 'kia kia' (jalan, jalan> gamaknya la)

masa ni comel lagi, g sekolah pakai skirt.. ehhehheh. siap ikat tocang
tp dari darjah satu sampai la darjah 3 mmg muka aku la duduk first @ second row, almaklumlah comel.. mane leh perasan2 nak ddk belakang, kang tak nampak, tak pandai pulak..

so.. kalau sekolah petang, pagi2 duk umah, siap kan keje sekolah sambil perati2 kan adik masa mak masak..

darjah 4, sekolah pagi.. so ptg kena g sekolah agama..
haaaa this is the best part in my life
sbb nya kat sekolah agama ni ramai budak sekolah lain
so jumpa kawan baru la
aku jadi nakal masa masuk sekolah agama la
semua semak, semua kg, parit dah aku terjah
tak padan ngan pompuan..
paling best kalau musim buah..
heh, tak main aaaa buah glamer2 nih, kitorg layan buah hutan
so boleh la panjat2 pokok, ke hulu ke hilir kampung, semak semua redah

antara jenis2 buah yg aku tak bleh lupa:
  1. buah asam krenda - buah ni bujur, masa putik warna putih krim, lama2 dia jadi pink, bila dah betul2 masak warna merah darah.. sedap sebab masam. selalunya amik masa dia sedang2 masak, potong, cicah garam , n makan..mak aihhhhh. nikmatnya sebab ada masam, masin n sikit2 manis.. pokok dia tak tinggi, rimbun2 rendah..so kait pakai kayu biasa pun dah buleh
  2. buah muyu - tak tau la ape nama betul @ saintifik dia. dia bujur2 mcm anggur california tuh..warna dia ungu kehitaman.. kalau dah masak sgt, jus nya kena baju, habis, kantoi.. mak marah aaa sbb warna tuh tak hilang
  3. buah staq - warna kuning besar mcm buah tennis. isi putih manis..kulit luar dia mcm ada baldu2..kulit dia org kata buleh makan jugak, cicah dengan kuah rojak.
  4. buah nam - buah ni buruk sket. menggerutu, kaler hijau kekuningan..masam2 manis jugak. tp buah ni tak cari kat pokok, sbb selalunya ustaz akan jual..siap ngan asamnya skali..menarik betul makan sambil main sep tiang atau lompat getah.

selain mncari buah2 hutan nih.. kawan2 sekolah agama ni lah ajar aku jadi budak kampung. seronok.. walau pun kampung tuh tak dek sungai ke ape ke.. but, merasa la jugak main dlm parit, cekup ikan dan mcm2 lagi lah..

mmmm walau pun nakal n jarang lekat kat umah, tp blaja tetap kena blaja.. nak buat mcm mana dapat bapak garang.. waktu main hanya waktu petang. pagi kalau hari cuti kena siap kan keje sekolah atau blaja sket2.. tak d benarkan keluar umah.. ptg dlm kul 5 baru leh kuar n kena balik sebelum azan maghrib..penah jg balik lambat.. akibatnya bernyamuk la kat luar umah,.. bapak tak bagi masuk..padan muka.

hah! lagi satu sepanjang sekolah rendah ni lah aku dpt adik lagi.. masa drjah 2, dpt adik lelaki.. heheh masih lagi pompuan bongsu. alih2 masa darjah lima, aku dpt adik, n dia adalah perempuan.. aduh! sabar je la.. tp tak pe buleh je di buli2

byk lagi yg nak dicerita, but rasa nya sampai sini dulu.. nnt top up lagi.

Friday, February 02, 2007

firstly..
salam jumaat, penghulu segala hari

secondly..
joe jer n zab did it! yea! i'm so happy. btul la hukum karma tuh, buat baik akan dapat benda baik

thirdly..
perkara ini amat susah untuk dikatakan, tp ada benda yang kita kena luahkan supaya kita buleh relief..i'm trying so hard untuk menjadi baik. out of sudden, i dunno when n where i'm going wrong. semuanya macam terlalu susah dan payah.

to u,
i dunno when n where i'm going wrong
i tried so hard untuk menjadi kawan yang baik
i admit, kdg2 menyusahkan..but ada sebab dan musababnya
bukan disengajakan

i'm still here,
memerhatikan anda mendapat apa yang anda impikan
sebgaimana yang selalu kita rancangkan dulu..
i'm still here,
mendoakan yang tebaik untuk anda, sepertimana yang kita lakukan dulu
i'm still here,
melihat anda mendaki dari satu tangga ke satu tangga seperti dulu
i'm still here,
mengingati semua perkara yang kita lalui sama-sama, walau susah atau senang
i'm still here,
struggle all alone without u
i'm still here,
menyimpan kenangan mengusik jiwa