Friday, October 20, 2006

.:selamat hari raya:.

sudah la tiba masanya untuk hanizan zakaria untuk membuat pengucapan selamat hari raya dari hati yang tulus mulus ini.. ecewah!

* met-niza-tini-of course wani *

selamat hari raya korang.. maaf ribu2, aku selalu sakitkan ati korg, bagi masalah pada korg, kadang2 mulut aku nih buleh tahan jugak lasernya and kadang2 akan buli jugak.. especially si tini.. hehheh tp aku suke la ngan korg, korg la adik beradik aku kat sini. susah senang, aku cari korg dulu. mayb ini ramadhan n syawal last aku ngan korg, tahun depan tak tahu lak mcm mana nasib aku.. kalau ada rezeki, ada jodoh adan umur.. leh la kita bersahur, berbuka dan mem buli balik.. sayang korang sgt2

* inul-peah ad-ejat *

harhahrhah..selamat hari raya..moga happy d hari raya. to inul.. sayangi lah keluarga anda, dah tgk lom iklan raya tv3? tgk la.. mungkin leh membantu kau. to peah ad, aku tak tau la ape nasib kau tanpa baju raya tahun nih. harap2 sempat la baju ijau kau siap. to ejat.. duit raya yang lebih2 tuh bg je la kat sini..bukan selalu pun

* ayin *

terima kasih sanggup jadi tong sampah aku. ko kira tahan la ngan lawak bodoh aku.. dah tuh kutuk kau pulak. byk seh dosa aku ngan kau.. ampun.. slamat la beraya.. bila la nak makan makaroni bakar kau nih.. nyumnyumnyum

* qin-net-padil-cikgu senah-fida *

hampa nih kawan aku yg da bomb. selmat weh. bila mau jumpa2? gue rindu banget sama lo'. kalau ada plan nak bjalan raya.. toksah la buat eksyen takmau ajak aku.. qin>>>> mana hang? idup lagi ka dak? maap la weh..

* anda2 yang berada di ofis saya *

kepada anda2 semua, especially budak2 kewangan, maaf byk2.. kot2 la cik nizan nih buat korg sakit ati.. marah2 korg, sorry ek.. korg tak de plan nak buat open house kewangan ke? kuikuikui

* kawan2-yang-dulu-penah-belaja-sama-kat-melake *
(meto',sarah,has,sheda,yani,taufik,mega,munir,payan dll)

dah lama tak jumpa, ape2 pun selamat hari raya, maaf zahir batin

* cik afidalina tumian *

selamat beraya di perantauan.. sabar ek.. nnt bg la gambar raya di oxford..

* you-know-who *

hari2 buat org marah, hari2 tuduh mcm2 hari2 tekan macam2... hari2 mintak maaf tapi esok buat balik.. maaf untuk kesekian kalinya.. sampai jumpa lagi!

* dan untuk anda semua *

selamat hari raya, maaf zahir batin =)

ciao,
hanizanzakaria

Thursday, October 19, 2006

ongkos raya

ape y best raya?

of course duit raya.. aku tak kesah sgt pun, rancangan tv ke, baju ke.. tp yg paling best is, duit raya la...

spjg idop, part yg paling best masa belajar kat melaka dulu. bukan ape masa tuh abag2 dan akak2 dah keje, diorg ni pulak pemurah yg amat. penah satu tahun tu aku dapat ratus2 la jugak.. huhu. rasa kaya yg amat.

tp tu dulu la.. skang nih giliran aku la pulak nak kena bagi kat adik2 aku.. n sebab tradisi dimulakan dengan kemewahan yg amat.. kena la di teruskan.. tp aku tak penah ralat bagi byk kat adik2 aku nih.. sebab aku tau diorg takkan joli katak. almaklumlah berlumba2 nak jadi jutawan budak bertiga tuh. kalau la duit tuh diorg buat beli rokok ke, buat tikam nombor ke.. mmg aku tak bagi la kan.. tp kalau duit tuh beli buku, simpan buat investment.. aku sanggup bagi byk2.. yelah kalau diorg kaya besok2 leh la kau tumpang senang. hhahahhaha. karma beb!

yg best kalau pagi raya.. salam mmg lama la.. maklumlah salam berisi.. time nih sure bapak aku akan ulang skrip.. 'korg g bagi kat budak2 senang nih buat pe?.. kan ada anak yatim piatu dlm umah nih... sampai hati korg tak bagi..' hahahahah anak yatim piatu tuh dia la.. sbb mak bapak dia dah tak dek.. mak aku yatim je sebab opah aku ada lagi.. tp sepantas kilat sure kitorg jawab.. ala.. anak yatim piatu nih org kaya.. beli kete pun bayau cash!

harahhrahhahr.. oh indahnya hari raya.. tak sabo rase nye =)

Tuesday, October 17, 2006

ada kisah yang perlu diceritakan

tahun 1992.. kelas 6B, srk hashim awang

'..kalau hang lepas area meja aku... siap hang'
'..peduli apa aku.. aku punya pasai la, bukannya meja pak hang pun!.'
'.. hang jgn kuang ajaq ngan aku buleh dak, hang ingat hang baguih sangat ka?...'
skrip hari2 ntara sorg budak kecik lelaki ngan sorg budak kecik pompuan yg duduk meja sebelah2..tak penah nak baik, ada je silap...yg betul pun silap, yang silap lagi la, kiamat kelas...
dan benda nih berterusan la dr sebelum UPSR, tunggu result, sampai la hari last sekolah...

tahun 1993..orientasi budak tingakatan 1, smka al-irshad

'..la...mangkok ni sekolah ni jugak, pasai pa la dia pun skolah nih..p la skolah lain..'
kalau dah rezeki dan kalau itu yg dah tertulis di loh mahfuz, kita tak dek kuasa nak halang.. budak kecik dua-dua org tuh jumpa balik kat sekolah menengah. tp sebab dendam masa kecik2 dulu, tak pernah nak tegur sapa, kalau bertembung pun sorg tgk langit, sorg tgk pokok... jakun sungguh..

benda macam nih.. berlanjutan sampai masing2 dah besar, dah amik pmr, dah naik form 4. tp mungkin sebab dah besar, dah jumpa ramai org n dah buleh berfikir dgn lebih matang,.. at least, bila bertembung dah buleh senyum.. tp belum nak bercakap lagi..

16 oktober 1996..koridor blok C, smka al-irshad

.. ari tuh ujan renyai2 musim tengkujuh dah nak mula gamaknya..entah kenapa, masa bertembung td, for the first time, budak yg dulunya kecik, tp skrg dah besar.. dah bertegur sapa. tp cuma tanya pasal preparation untuk final exam yg akan start hari isnin, 21 oktober 1996. masing2 macam dulu2 jugak rupanya.. masih main2.. tak reti nak blaja betul2. budak lelaki tuh bgtau budak pompuan tu yg dia dah tak ddk hostel, sbb dah dpt lesen moto. so dia dah berjaya pujuk bapak dia utk bwk kapchai buruk bapak dia g sekolah hari2.. smgat betul dia bercerita pasal kisah dia yg akan berulang naik moto.

17 oktober 1996.. bus stop, simpang 3 keling, dekat smka al -irshad

mcm smlm, kul 230 ptg, hujan renyai2.. tp masing2 balik jugak.. yg pompuan tgu bas.. tgh2 tgu bas.. kwn lelaki dia yg baru baik balik tuh.. lalu dan berenti depan bas stop tp seberang jalan.. dia borak2 jap ngan kawan2 dia. tetiba dia pusing.. tgk kawan pompuan dia yg dia baru baik tuh.. dia angkat kening dan beri senyum yg paling manis.. senyum yg tak pernah dia bagi sblum2 nih kat budak pompuan tuh...budak pompuan tu pun balas balik.. suke rasa hati budak pompuan tuh. dlam hati dah berazam.. mulai esok.. bila jumpa akan senyum balik kat dia..

18 oktober 1996, jumaat, tapak perhimpunan smka al-irshad..

...tgh ucapan pengetua, tetiba budak pompuan tuh nampak ada sorg lelaki g ke barisan guru2, dia bisik something.. n teacher rosni.. jln ke belakang, peluk nazdia.. bisik something.. n tetibe nazdia nangis.. what happened? udak pompuan tuh tertanya.. something to do with.. kawan lelaki yg dia baru baik dua tiga hari lepas.. sbb nazdia tuh adiknya..

'....faidz, accident dan dipercayai mati...'

budak pompuan tuh diam... abis assembly, balik kelas.. hati berdebar2, tangan menggigil..otak serabut..tetiba clasmet balik dari hospital,

'...faidz selamat, tp icu lagi..'

aduh, lega sedikt hati ini.. doa dan terus berdoa.. moga doa hari jumaat ini dimakbulkan allah. baru tergerak hati nak tolong clasmet lain susun meja utk final exam isnin nih..

pukul 12, 18 oktober 1996, jumaat, kelas 4 al-farabi, smka al-irshad

'...jenazah nak dkebumikan lepas asar..'

innalillah.. telah ter tulis di loh mahfuz.. sampai sini sj kisah kita.. budak pompuan tu terus nangis.. nangis yg mcm2 sedih, berdeabr dan yg pasti dia menyesal.. sbb tak pernah nak berbaik ngan kawan dia sebelum nih. dan patut lah.. senyum yg manis semlm utk di simpan sampai bila2....

..17 oktober 2006...kuala lumpur

dah 10 tahun masa berlalu.. malam tadi mimpikan faidz lagi. sama mcm dulu2..tp sekarang dah kurang.. cuma bila dah nak sampai tarikhnya mesti ingat dia.. masa mula2 dulu selalu jugak mimpi kan dia.. ape maksudnya ek?

mcm biasa.. walau tak pernah secara rasmi mohon ampun maaf dari faidz.. tp hari2 mintak maaf dgn dia.. lepas baca yasin.. mesti mintak maaf dengan dia.. dah 10 tahun.. tak tahu lah faidz maafkan tak atau belum..

..i'm typing this dengan background lagu nassier wahab, andai kau di sini..

tak pernah aku menghargai dirimu
masanya takkan bersatu
sesalku tak menentu
bila kau tiada di sisi

..untuk allahyarham faidz radzwan bin abdul aziz...walau gaduh budak2.. tp sesal aku pada kau.. rasanya sampai kini. kau ajar aku untuk hargai apa yang ada depan mata.moga aku takkan buat kesilapan yg sama untuk kali yg kedua...

Monday, October 16, 2006

my wish list dah kurang satu benda lagi =)

huihhuihui

last saturday seperti yg dirancangkan, hanizan dan nurzaid telah ke low yat plaza, dengan satu tujuan iaitu untuk membeli digi cam yg telah di idam2kan mernagkap antara salah satu benda dlm wish list hanizan.. maka sekonyong-konyong pegilah kedua-dua makhluk ini dengan perasaan yg bercampur baur.. memandangkan nurzaid telah pun membuat survey awal.. jd macam dah tau aa nak beli brand ape.. tinggal last verification dari tuan punya duit la...

masuk2 je terus g satu kenai letrik nih.. kedai cikai je.. tp brg ok gak. budak cina kecik kiut tuh pun promot kat kitorg satu brand yg mmg dah di rekomen oleh nurzaid. dengan penjelasan yg panjang lebar.. dan harga yg amat berpuashati, hati kedua2 nya pun bagai kan telah terpaut pada yg satu itu.. tp kita jgn terburu.. makanya telah mmbuat janji ngan budak cina kiut miut itu untuk dtg pada dia balik bila dah abis survey nnt..

makanya kitorg pun mneruskan lah penyerveyan..keliling2 dan panjat2 low yat tuh untuk mencari yg konon2 nya lebih baik untuk harga dan segala-galanya lah. tp... cinta pandang pertama itu tidak dapat dinafikan oleh kedua2 kami... last2 kitorg pun balik la ke kedai yg ke-tama tadi.. tp sygnya budak yang kiut miut itu tiada. tp disebabkan rasa perikemanusiaan yg mendalam.. hanizan pun mintak lah budak kedai tu panggil la jugak amoi yg promot kat aku td. dan maka nya ter'swap' la jugak kad aku pada hari yg bening itu..... muhahahhahahhaha

kesimpulannya.. hari raya ni akan byk lah gambo2 raya me myself my family n sapa2 saja yg nak enterframe la kan.. huhuuh.. nnt kan la gambo raya cik hanizan dan konco2 nya ek. huhuuhu. eh lupe lak nak g tau ape nama digi-cam kitorng tuh.. nama nya casio, EXILIM 7.2 megapixel..gambonye ade tp beso no, nnt la letak..

pas ni ape lak brg yg nak d gugurkan dari wish list ek?

Friday, October 13, 2006

~ hu hu ~

' .. hari raya semua org gembira.. tua mude..' - lagu raya senario

dah nak raya.. hati sungguh gembira. lupakan segala duka dan nestapa..
lupakan.. lupakan..lupakan..

eheks! sesungguhnya aku sungguh riang sekarang bila memikirkan nak raya.

Thursday, October 12, 2006

bahagia yang sementara

*jgn baca kalau tgh mood happy, ini untuk org yg tengah down gile-gile*

pernah rasa bahagia yang sekejap je?

let say diberitahu satu benda yg mmg d tunggu2 pukul 1 petang.. alih2 kul 3 pagi dpt tahu pulak satu benda yang amat lah tak dapat terima.. yg telah overtook semua benda yg best yg dpt tahu siangnya..

betul la org ckp.. kalau seronok, gelak ketawa jgn suka sgt... itu tandanya nak nangis.. kan dah.. sampai air mata pun dah tak nak keluar...

Tuesday, October 10, 2006

nasib badan

ape la nasib hidup aku nih. bukan nak mengeluh, tp dah tak larat nak fikir. percaya atau tak kalau aku ckp, lately nih, aku susah nak tido. mmg la akan tido awal, tp dlm kul 1 sure aku terjaga sampai la kul 4 pagi.. sbb terlalu bfikir pasal masalah aku nih.. ape masalhnya?

kalau nak tahu, aku keje kontrak, hujung tahun ni abis la.. but, masalah utama aku ialah, sampai skang aku tak dpt keje baru lagi..bukannya tak apply, dah berlori aku antar.. tp tak lekat pun. ari tuh pulak aku g exam, dan hari nih, resultnya amatlah mengecewakan.. failed pulak. aku tak tahu la ape punca masalah aku ni. nape la susah sgt aku nak dpt keje. org lain dah bertukar2 keje dah. mahal sgt gamaknya rezeki aku nih..

org ckp, jgn putus asa bdoa.. tp aku ni kadang2 di hasut syaitan jugak... marah n sakit hati.. tambah2 bila tgk org lain yg mayb kurang dari aku.. leh dpt mcm2 sampai kena pilih, tp aku satu pun tak muncul.. dan waktu tu mcm2 lah yg aku fikir. tambah pulak kat tmpt keje aku nih mmg ramai staf temporary.. hari2 aku sure sign surat sokongan kat diorg n tak lama lepas tuh, sure diorg dpt keje.. aku jugak la yg tercongok kat sni lagi.. hari2 aku fikir, buleh kata sampai ckp sorg la.. (oh tidak..dah nak gile gamaknya aku!)

aku bukannya apa.. bila di compare kan diri aku ngan org lain, tu sbb aku jadi sedih.. mcm aku ckp td.. org lain dah bertukar2 keje.. xperience dah macam2, aku tak dek pong. peh tu bila di comparekan dgn akak2 dan abg2 aku, masa diorg umur aku .. dah stable sgt2 dah.. tak dek lagi mak ngan bapak aku nak risau.. tp aku nih? umur dah 26 tp tiap kali balik kg, sure bapak aku tanya soalan mcm2 pasal keje aku.. aku tahu diorg risau pasal aku.. tp aku tak nak nampak macam aku tak ambik peduli pun pasal masalah aku ni.. ohhhhh tolonggggggg... aku malu la.. malu ngan adik beradik.. dan paling aku malu, ngan mak bapak aku.. aduh laaaaa..

bila agaknya masalah aku nak selesai eh? tolong doakan supaya permudahkan urusan aku.. dan jangan la pasal benda nih aku leh jadi gila... dah nak nyaris2 nih