Wednesday, June 27, 2007

99th

this is my 99th post

inilah post yg paling paling paling betul
tak dek tipu walau sikit pun
terus dari hati

perhaps this is the last entry i will mentioned about this .
dah berpatah harap, berputus asa

kata org, kalau nak dapat, kena dekat,
tp macam mana nak dekat kalau org tak nak merapat

dan kebiasaannya pun kalau dah 3 kali bagi salam,
org tak jawab, anggap org tak dek
atau org mmg tak nak layan

oleh sebab itu, cukup lah usaha sampai sini
jgn risau, hidup anda takkan di ganggu lagi.

titik

Saturday, June 23, 2007

kun

sebenarnya post aku ni dulu mmg ada sorg officer. but, last march, she passed away sbb breast cancer. dia meninggal dlm pantang anak bongsu. dia dpt tau setahun lepas.

and, hari nih, ada sorg lagi staff kat sini meninggal hari nih sbb breast cancer jugak. arwah kak normah nih, pun dpt tahun setahun lepas tak lama lepas arwah norliza(officer yg aku ganti nih) dpt tau dia ada that cancer.

kata staff aku, masa sehari lepas arwah norliza meninggal, arwah kak normah ni dtg ckp '..sy ni pun tak lama lagi lah..'. tp masa tuh dia sihat lagi, baru 100+ hari lepas arwah norliza, kak normah pulak pegi. betul la apa yg dia kata. mesti dia dah dpt rasakan yg masa dia pun dah tak lama dah..

mcmana eh bila kita dapat rasa yg kita dah nak mati? dulu aku penah baca artikel tanda2 kematian...tp tak tau la kita sedar ke tak bila kita rasa tuh..

moga2 kita mati dlm iman.

Thursday, June 21, 2007

mengenangmu

“Mengenangmu” - Kerispatih

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Monday, June 18, 2007

last saturday, aku mimpi yg some one telah berjaya pregnant, kembar tiga 2 lelaki sorg perempuan. but, i can't even remember siapakah org nya. but, masa tgh kemas2 umah my fren dtg umah, she used to be my hosmet during zaman mude2 and she announced yg dia pregnant! (for the third time) then baru i realized yg adakah mimpi semlm ada kaitan ngan minah yg seorg ini. but, benarkah? kembar tiga.. i tell u dia tak mo.. but, my met ckp betul la 3 , dua lelaki sorg pompuan.. maybe this coming baby will be a baby girl since dia dah beranak 2 superhero.. she q happy then. ye la, sanggup ke makcik keremping nih nak jage 3 sekaligus plus 2 yg dah sedia ada.. hahahhahah makin keremping la kau kannnn..so, fret not, just pray for the very best for you dear..

this week will be my third week here. untuk itu antara yg dah berjaya di buat ialah daily money market. benda nih dah buleh digest sket2.. i hav to maintain a good repo with all the bankers. and kena fokus lebey especially during tranmitting instructions..dah tokleh main2. everything kena clear betul2.. kalau tak silap lagi macam hari tuh which accidentally ter'transfer' salah akaun, and it involved such a couple million ringgit then. pucat makcik masa tuh. then last week kena siapkan bank recon, td baru jek my BIG boss call (thru the intercom) untuk discuss bout next actionsssss should be taken by me before the year end (june). tak dek ye istilah mengadap di sini. MENGADAP adalah WASTING TIME! so diorg sume by phone call jek... uish selamat la jugak kan.. sebab tak nampak expression muka.. hahhahah

last saturday jugak, adalah hari bekerja di sini.. sedih jugak la kan bila u hav to catch the 636 saturday morning lrt and berebut ngan mat n minah indon. kalau hari lain ada jugak la mak cik2 gomen WP1 and budak sekolah.. bila balik ingat nak jugak kuar. tp dah penat.

xtivity yg dah lama tak di buat(jogging n aerobic), nampaknya dah mula nak di hidupkan balik. semata2 nak motivate kan diri, aku dah tak pakai my old and buruk pink sport shoe, instead of that, i terpaksa pakai my kasut travel yg ringan, so lebih senang untuk berlari..nampaknya antara first thing yg akan aku beli once aku dapat gaji nex month adalah sport shoe yg ringan. i admire FILA for jog. aku nampak ari tuh kat FILA Megamall pinang, dah la tgh 70% less hari tuh, menyesal tak angkut. takpe nnt balik buat gigi buleh la aku angkut sepasang..kehkehkeh...

mmmmm.. bila aku fikir2 balik, dgn daily routine aku yg start as early as 530 n aku tido jam 1030, dan dgn saturday bekerja... i think i should plan something for my self supaya aku tak gila dan tak mati kekerasan akibat routine yg sama dan kebosanan. kena jugak berfuye2 ok! lagi aku takut bila org2 kat sini mudah bebeno dpt darah tinggi sbb pressure keje yg melampau. dem! aku muda lagi, kawen pun belum.. takmo la ada benda2 gitu jadik kat aku..takut siot!

Friday, June 15, 2007

jalan waktu pagi

ini adalah cerita masa my journey dr rumah ke lrt station pagi td..dlm kul 630 pagi.

1] masa kat simpang nak kuar umah(nak melintas) aku nampak ada makcik cleaner tgh sapu sampah. makcik ni mmg aku nampak pagi2 la. umur dia dlm 40 an. dia mmg rajin dan cekap. cuma pagi ni ada sorg budak tgh tolong dia.. masa dia sapu, budak tu tarikkan plastik hitam sampah tuh, tolong kutip kan sampah2 besar macam plastik ke kertas ke. n budak pompuan tuh, pakai uniform sekolah. aku rasa dia anak makcik tuh. sekolah keramat depan umah aku tuh. kiranya dia tolong mak dia la. kecik lagi aku rasa lam darjah 3 macam tu kot.. rajin kan budak tuh? sanggup tolong mak dia walau pun dah dgn uniform sekolah. tak semua org nak buat benda mcam dia buat tuh..semata2 nak carik rezeki kan kan?

2] lepas tuh.. depan aku ada sorg pakcik baru balik jemaah dari masjid. bersih sgt aku tgk muka dia. dia jln lambat sgt..instead of potong dia, aku ikut jek dia dari belakang. kuatnya dia, jln terbongkok2 pun masih buleh kuar subuh2 untuk jemaah kat masjid. pagi jumaat pulak tuh..besarkan pahala dia??? aku yg sihat terlompat2 ni pun tak penah kuat mcm dia. yg buat aku ingat sgt dia sebab dia pakai minyak athar seribu bunga..hahahha sama la dengan my bapak yg akan pakai seribu bunga tuh tiap kali nak ke masjid.. iskh, teringat pulak kat my bapak...

3] masa sampai lrt.. org tak berapa ramai. so, aku berdiri la kat fav spot aku..untuk pintu yg 2nd...tempat lain kosong lagi..tetibe ade la sorg makcik indon ni leh menyempit2 depan aku..alahai....seluas2 paltform tu nape la yg kat aku jugak ko nak nyempit..sebab tak nak marah2 aku pun beralah la kan... bila train dtg berebut2 la makcik tuh macam train tuh tak nak bagi org naik.. dlm train.. yg lapang tuh..dia sungguh2 nak menyelit kat cermin depan walhal kat situh mmg dah ada sorg akak tuh berdiri.. eh eh makcik ni mmg makcik menyempit la aku rasa.. duh...

ape yg aku nak ckp ialah.. ketiga2 benda ni semua nya berkait dgn sifat kita kan? ada yg baik dan ada yg buruk.. it is up to us samada nak terus2 dengan sikap buruk kita dan buat org keliling tak senang atau kita berusaha untuk jadi kan satu sifat baik tuh sebagai satu tabiat.. betul?

Thursday, June 14, 2007

kenapa?

kenapa bila depan aku org lain, tp still ada senyuman dia?
kenapa bila aku tgh fikir pasal org lain, tp aku still akan relatekan dengan dia?
kenapa bila aku nak buat apa apa aku still ingat dia?
kenapa bila aku ada masalah aku akan cari dia?

kenapa dan kenapa?

situasi dan keadaan yg duluuu dah berjaya aku buang, dtg balik sekarang ..

bak kata dina .. 'ku malu tapi ku mahu cinta mu'

Friday, June 08, 2007

updet utk 5 hari yg pertama

those are my observation for 5 days :

ofis
1. ofis ni tak dek cafeteria, tak dek water cooler, tak dek pantry. so mkn tghari kat bangunan tabung haji luar ..so, hari2 aku bawak air botol dari umah
2. ofis ni jadual dia pelik sket. start keje 8 pagi sampai 425 ptg. kul 9-10 adalah waktu brekfes. tp stgh jam je sorg, kalau start kul 9, kul 930 kena buat keje balik

my department
1. finance dept kat sini besar. but my unit, ddk sebahagian ngan akaun unit..tingkat 5 sebelah ngan HR
2. dlm bilik nih, banking+akaun, aku jek pompuan yg blom kawen, ada lagi 2 lelaki yg belum kawen..
3. termasuk my manager, sume sekali 16 org kot. but half of them adalah org atau berkahwen ngan org melakeeeeeeeeeee.
4.hebat jugak org kat sini, setiap org ada pc dan PRINTER sendirik. tak mcm ofis lama yg kena share

masyarakat sekeliling
1. my bos, sempoy...dtg keje merempit n suka pakai sport shoe jek..
2. my staf ada 4 org, 3 pompuan n sorg lelaki. yg lelaki nih, sampai skang aku tak penah jumpa. ada masalah la mamat nih..adoi!
3. diorg punya disiplin tip top. kalau pukul 2 abis rehat, pukul 2 la dah start keje.pastu mmg buat keje la..sambil borak sket2. aku nak ym pun serba salah
4. budaya berinternet sambil bekerja...tak PERNAH berlaku
5. sampai ke hari nih, aku tak pernah dengar diorg nih mengeluh pasal keje. skrip 'ala....baru isnin' @ 'yea! esok dah jumaat' @ 'malas nyeeeeee nak buat keje' tak pernah aku dengar kuar dari mulut diorg

keje aku
1. as i mentioned before, keje kat sini mmg akaun la, buat bank recon, ada involved ngan money market, interest sana sini...
2. sampai hari nih, baru berjaya buat money market jek. tu pun part call2 bank. report nya dah penah buat sekali, tp belum cekap lagi
3.selain tuh kena jugak deal ngan perihal cheque batal, cheque kuar, cheque terima dll

mmmm .. setakat ni itu je la. pada aku, setakat lima hari nih, aku suka la keje sinih. sbb, environment nya bagus, orgnya baik2, tak sombong ngan rajin mengajar ..

ape lagi ehhh

owh, ye tak ye

untuk my bapak hj zakaria bin mat amin and chu yah nur amirah zakaria (6.6) n bapaknya ba'atun zainur rijal zakaria (2.6) slamat hari jadi..moga murah rezeki..dan kaya raya..hikhik ..

Friday, June 01, 2007

ape eh?

tanya sorg kawan mlm tadi ..

'ape rasanya eh kalau nak tinggalkan j***?'
kawan gua nih buleh jwb.. 'entah, rasa la sendiri..' (poyo laaa)
tp betul jugak la kan.. mane tau, kena la rasa sendiri

dah 3 tahun 5 bulan kat sini, mmg la ada mcm2 cerita
dari awal program belum mula sampai ke keadaan huru hara, masalah sana sini, sampai la sekarang bila keadaan dah buleh dikontrol sikit.. aku experienced segala-galanya. just imagine bila u mula2 keje, tak tau ape2, tak dek experienced apa2, alih2 u kena buat byk benda yg belum set up dalam masa yg amat limited. dpt pulak bos yg suka ngelat.. i bet kalau u tak nangis berdepan dengan sume nih, may be u bukan org kot. itu belum kira lagi yg kena marah, kena hentam dari setiap penjuru.. sampai satu masa, bos sendiri pun tikam u balik dlm miting, dah la dia yg create masalah tetibe dia pulak tambah kuah.. sakitnya hati tuhan saja yg tahu..
dekat sini jugak aku tau manusia tu ape. ada yg dengki, tamak, khianat tp ada jugak yg baik hati, ikhlas dll. macam2 aku belajar kat sini. belajar ape tuh sabar, yakin dlm buat keputusan dan berani. kalau niat kita betul, insya allah takdek ape yg akan salah.kan?
so, untuk semua yg dah banyak menolong dan membantu terima kasih byk2.. ilmu yg diberi akan digunakan sebaik mungkin sampai akhir hayat nnt. pada yg dah buat macam2 kat gua sampai gua sakit hati, nangis2, terima kasih jugakk.kalau korg tak buat macam tuh, gua tak tau pun benda tu salah n org akan sakit hati kalau gua buat benda tuh..takpe, gua tak dendam ponnnn..gua kan baik hatiii *wink*
untuk yg masih di sini, terutama yang masih dlm status sambilan.. jangan risau, kita doa sama2. moga kita akan dpt nnt. takpe, rezeki kan ada di mana2, kalau gaji riban2 tapi tak berkat, tak ok jugak kan????? buat keje elok2, kita bukan kerja je, tp kita berkhidmat untuk membantu org lain ..kerja tu kan ibadah, bukan untuk carik duit jek ..
ape ape pun.. hidup mesti terus.. kena berani, kan? kan?
senyum sket ;)