Thursday, August 30, 2007

selamat merdeka

kadang kadang aku konfius antara:

1] kenapa org malaysia, yg lahir kat malaysia, membesar kat malaysia tak penah ada rasa patriotik dalam diri dia?

atau

2] adakah aku yg terlalu patriotik?

aku rasa aku tak lah sepatriotik pejuang dolu dolu, but, aku tau ape tu patriotik. ada org ckp ape beza merdeka 50 ke, 15 ke @ 100 ke, it is just a number. but, tidakkah orang nampak perbezaannya. it's like marriage, berapa lama u buleh mempertahankannya dengan pelbagai ujian dan masalah yg datang, ok,fine, aku blom kawen, so tak patutnya aku nak ckp macam ni kan. senang cite macam ni lah, bila kita celebrate besdey, ape yg kita amek kira.????? contoh: aku dah 27, ape yg dah aku achieve? brape harta aku? kalau buat resume, berapa byk experience aku ada.. same goes to kemerdekaan negara. kalau compare ngan negara lain, indonesia, dah merdeka berpuluh2 tahun, but, compare to malaysia apa yg diorg bleh banggakan??? macam palestin, rakyat dia nak g masjid pun susah. tp kita, tak dek masalah pun. senang nak ke sana sini. mmg la ada jugak masalah2nya tapi tidak la sedahsyat tempat lain.

merdeka for me, kita ada apa yg kita patut ada, kita ada negara kita sendiri, dengan peraturan yg kita buat sendiri, bukan keputusan dari org lain.. dan for me, yg lahir selepas merdeka, org2 yg involved dlm dptkan kemerdekaan, directly or indirectly mmg hebat..tak ada galang gantinya..

selamat hari merdeka malaysia. moga kita sama2 dapat kekalkan apa yg kita ada, supaya keamanan dan kemudahan yg di rasa sekarang akan dapat dirasai jugak oleh generasi yang akan dtng. sbb generasi depan adalah tanggungjawab generasi sekarang.

Friday, August 24, 2007

tetibe mlm semlm masa tgh asyik nonton, kuo iklan raya. haih.. baru syaaban, dah ada iklan raya..sabo je la. tapi being a budak yg mmg suke hari raya.. gua terus teruja dari berfikir tentang hari raya.

so, meh kita buat checklist untuk raya rahun nih :

1] baju raya
zulfa ckp, baru raya gua dah siap. yea! next month balik appointment gg, leh la amek dan akan bwk ke jln tar untuk belikan tudung yg matching *wink*

2] kueh raya
dlm 2 minggu lepas, gua dah order sejenis beskot kat ofis nih. hehehehh. since, org umah tak mkn sgt beskot2, n lebeh kepada jajan, so maybe akan order jajan kat tokei krepek's batu pahat.

3] cuti raya
haih..part ni la paling sedey. gua keje tempat baru, peh tu, antara my job scope is dealing with money market every morning. meaning setiap pagi kena buat instruction ke bank. i.e mmg tokleh tgl la unit nih. so since unit n department nih 95% dah kawen, so org bujang kena stay ofis. makanya budak baru ni la yg kena...so cuti sampai mana yg kerajaan malaysia bagi je la...sedey la kannnnnn..so jgn terkejut nnt by 4th raya, gua dah keje..sobsobsob

4] duit raya
mmmmm mmmmmm mmmmm tahun nih kena tambah bajet since tetibe jek anak sedara bertambah 2 org..tp takpe baby mane leh pegang duit byk....

5] aktiviti masa hari raya
gua nak soh utazah noriza, zulfa sama nurzaid untuk meng'open' table untuk makan ramei2 pada hari raya kedua..gua cuma nak pikir mcm2 jenis menu untuk dihidang kan..hahahhah

6] pose ganti
ahaks! part ni takkan lupe punya... ingat la. but, gua tak dek masalah since syawal duluuuuuuu lagi dah siap berganti. hutang no more ;) clap clap

hikhikhik. ini latest check list. bila tengok2 balik, teruk eh, kalau org yg baik-baik, sure diaorg punya check list ialah.. camne nak habiskan khatam quran, camne nak make sure terawih penuh, mana penerima2 zakat yg dia nak bagi.. but, aku, sume duniawi..

hahhahahahhahah

nak buat mcm mana, aku macam nih. tak la baik sgt ponnnnnnn

nway, marilah bergumbira di hari raya. thank you!

Tuesday, August 21, 2007

aku mmg konfiden aku ni brutal, ganas, kasar dan yang sewaktu dengannya lah..tetapi kadang kala, aku agak la lembik dan cenggeng jugak la(oh tidak menjadi masalah untuk mengaku kelemahan diri, okkkk)

semuanya sebab smlm la ...

petang semalam, bila dah pukul lima, aku amat marah bila kaum kerabat aku(yakni adik beradik gua yang tujuh diulangi tujuh org itu) langsung tiada sorg pun meng'wish' happy besdey to u ke aku.. aku amat lah bersedih.. adakah mereka telah melupai aku..insan yg comel ini, atau mereka mmg sudah tidak mengingati tarikh kelahiran ku..

maka..on the way back, gua pon ape lagi, meng'ambush' la ketujuh tujuhnya dengan sms.. yg berbunyi 'benci la korg, tak wish pon besdey i...lupe keeeeeeeeeee??' maybe untuk benda lain, i don't mind tapi bila kerabat tak hengat my besdey, adalah amat sedih okkkkkkkk...

tp itu lah , perempuan tetap perempuan. gua mmg agak leleh bila ada yg pandai amek hati nih. bukan ape, bila settle je sms tuh, chu yah call 'nah, ada org nak ckp..' rupe rupenya ba'atun dtg n nyanyi hepi besdey tu u.. ala..so sweeeeeeettttttt. dengan pelat2 slang english dia..i'm soooooooooo touch..

mmg dah nak nanges dah. tp bila mengenangkan aku dlm train. takut pulak nnt bila aku nanges semua org akan havoc n train pun berhenti serta merta.. dan semua org dan train2 yg lain akan effected..(hikhikhik aku tau aku over..) so aku control je la..

pandai betul chu yah amek hati aku.. pas tuh baru lah yg lain2 menderu2 meng'wish' aku.. hikhikhik. aku suke bila ada yg memujuk2, say sorry lah, sibuk la, tak berapa sihat la..tp aku terima je la..sbb aku tau, kerabat2 aku nih mmg syg kat aku..hikhik

Monday, August 20, 2007

.o.g.o.s.

Ya Allah Ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
serta hindarkanlah kami ini daripada seksa azab api neraka dan masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama-sama orang yang berbuat kebaikan. Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa, Tuhan yang Maha Pengampun, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Amin ..

'..salam ulangtahun yang ke 27..'
hanizan binti zakaria
20082007
(Keramat-Kelana Jaya)Kepala Batas

Wednesday, August 15, 2007

tiada gunanya

pagi tadi tiba2 auditor botak itu muncul di ofis ku..
makanya hatiku melonjak kegirangan..

byk kali jugak dia kuar masuk ofis nih
tp dalam byk2 kali tuh
sekali pun dia tak jumpa aku ini ...

duh..
tak dek makne nye la kan ...

sedey laaaaaaaaaa

tak pe2.. tak dek hal

Friday, August 10, 2007

susahnya menjadi org ini

ada sesetengah org, mmg susah nak suka dengan org. 'suka' di sini boleh lah ditafsirkan sebagai, senang dlm segala hal dan serasi dengan sikap org tuh.

selalunya dr first time kita jumpa org tuh, kita dah tau sama ada kita buleh suka yang eeeiiiii sukanyaaaaa, suka yg terpaksa suka, atau tak suka yang mmg ohhhh tidak suka (ok, aku exegeret!) dan kebiasaannya suka ni bila ada yg kurg kita mcm lelap mata jek.. hikhikhik.. kalau hati dah suka, tiang letrik pon kita leh pujikan kan..

dan kebiasaannya untuk org yg dlm golongan ini (susah nak suka org) akan susah sangat nak jumpa org yg macam tuh. dan kalau pun dah jumpa mesti ada jek barrier yg dtg. paling biasa ialah bila peluang jumpa tuh mmg sekejap jek. jarang2 buleh kekal lama dan berkawan..cth: jumpa hari selasa, hari jumaat dah last day jumpa. meaning dah tak kan jumpa dah.. duhhhhhhhhh

tulah kan.. bila ada depan mata takmo lak mintak2 no phone ke ape ke.. skang baru nak menyesal nyesal..

tolonggg....tolong kembalikan auditor botak aku tuuuu.. hahahah yeee... buat pertama kalinya aku minat mamat botak. tp cute, baik n sempoi sgt budak nih...

ok dah. nak balik. dah nak maghrib

bahagia

from the first day report duty di daerah sini, tertanya2 dikepala kenapa ada ramai org kat sini yg masih setia hingga lima belas, dua ploh n even ada yg almost tiga ploh tahun keje kat sini. apa yg buat dia setia kat sini. bukan ada apa2 kelebihan pon (compare ngan kat tempat lain). increment? no, setakat annual increment yg paling tinggi pun dlm 150 hengget jek. bonus? jarang2 sekali diorg dpt bonus. takdek pon golden handshake mcm kat government. other elaun? tak dek setakat elaun biasa dlm 150-160 hengget jek sebulan. .gaji? mmg rendah compared to tempat lain..siap kene keje hari sabtu. so, ape yg buat diorg nih betul2 setia kat sini?

bila berborak2 ngan org lama n bila tgkkan environment keje kat sini, maybe sikit2 jawapan pada soalan tu sebenarnya ada. kata diorg, keje kat sini diorg tenang. tak dek masalah teruk2. setakat masalah2 kecik tuh adatlah menjadi rencah dan rempah dlm hidup..kalau yang perempuan, senang dengan ofis hournya yg mudahkan pergerakan dan aktiviti harian diorg boleh dikawal.. yelah maksudnya kuar awal pagi sesaing anak2 ke sekolah then balik masih awal, sempat untuk masak, kemas rumah dan melayan anak2. yg lelaki pon sama. maknanya even macam mana teruk diorg keje pun, they still hav diorg punya quality time with family... tak payah struggle2 nak men politik2 kat ofis nih.. diorg tak layan politik ofis.. benda keji mmg susah nak masuk sini.

kait dgn benda nih, teringat dua hari lepas bila wani bgtau ape punca kita bahagia? dan wani jugak ckp, kita HANYA akan bahagia bila kita TENANG. tenang, adalah something yg amat subjektif. mungkin pada org tenang adalah bila bukak pay slip.. ada jumlah yg besar, ada setengah org tenang adalah bila tak dek masalah2 besar lam idup dan ada setgh2 org, tenang adalah bila dia puas dgn apa yg dia ada, walau tak mewah, tapi hidupnya balance, gelak2, tak dek hutang yg bertimbun2 ada org yg sayang dan sume2 lah.

so, bila fikir2 balik mmg betul wani ckp, kita hanya akan bahagia kalau hati tenang. nak dapat hati yg tenang, patutnya kita bersyukur dgn apa yg kita ada. tak payah la nak kejar puluh2 ribu ringgit semata2 nak beli macam2 yg kadang2 kita hanya nak benda tuh untuk nak tunjuk kat org yg kita 'ada'. tp belakangnya hutang bertimba2.. tak pyh lah nak jadik hamba duit, sampai niat g kerja pun dah bertukar dari lillahita'ala kepada 'aku g keje sebab nak carik byk duit'.. duit tokleh masuk kubur sama2...

dan.. at this point of time, aku rasa, aku bahagia ;)