Monday, March 31, 2008

saya sedang sangap

jam d pc pukul 1534
sedang sangap
sangap yang sangat

hari ini, kekonon nya mau berpuasa
sebab semalam membaham bagai nak gila
sekali ada org bwk pulut kuning
beriya iya dia nak tapaukan bila kata nak puasa
tak sampai hati
buka aja lah
lagi pun niat puasa sunat saja

esok dah 1hb
cepat betul masa sekarang
tak sedar pun

owh, btw
telah gagal pereksa
tiada harapan lagi
mungkin itu bukan yang terbaik
saya tidak perlu pilih

dan
sedang homesick
ingat mak
nak balik
ya 'ah
inilah yang terbaik!
saya mesti pilih!

(",)

Wednesday, March 26, 2008

serious? yes, i am

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara susuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


:: i dedicate this song to this someone, who i met last november; intura ::

Tuesday, March 25, 2008

bahagia sampai bila bila

'..doakan aku bahagia ye zan. aku pun doa turn ko plak pasni. boleh aku turun penang'

dan aku reply mcm ni

'...ko jgn risau la yin. everything will gonna be fine. just enjoy urself.life is too short, tak yah ko nak pk benda yang semak2 kepala.part doakan aku tu y paling best. aku pun tak sabar nak g penang, attend kenduri aku'

n of course ayin reply mcm ni

'hahahhah. mengong la ko..'

kisahnya, ada org tu nak kawen wiken ni. so, dia mintak aku doakan dia bahagia. hahahha sedih je aku rasa. dlm ramai2 kawan aku, dia ni sorg jek yg direct soh aku doakan dia bahagia. taktau la. mayb sebab mcm2 kitorg dah lalui sama. keje tempat yg 'best' sama sama. kena marah ngan bos sama sama. problem pun share sama sama kan? sedikit sebanyak, bila dia nak 'pegi' dulu, mmg la both of us sedey.

pelikkan. kadang kadang ada setengah org, kita baru sgt kenal, tp dah boleh ngam macam dah kenal bertahun2. penah tak dengar benda nih.

'org kata kalau kawan kita tu kita rapat sgt, walau pun baru kenal, dia tu sebenarnya kita dah kenal dia lama dulu, dari zaman perut mak lagi @ alam roh..or mungkin kelahiran yg lampau..'

hikhikhik

to ayin, jgn risau. kita akan bahagia sampai bila bila. tak lama je lagi, dpt la ko turun penang.

Monday, March 24, 2008

sampai ke telinga senyum nya

sebagai umat islam, kita perlu yakin dengan sepenuh hati akan perancangan dan ketentuan ALLAH

almost 9 months keje sini, at last, effective this saturday, tiada lagi kerja pada hari sabtu. yea!
dan bermula pada hari ini, org besar ufis aku ini di nasihatkan berundur. alasan nya, ahli lembaga yang lain tak nak dia buat keputusan yang akan memalukan negara. (ye, org paling besar sinih adalah org yg dikenali ramai di Malaysia)
dan bermula hari ini juga, pengurus umum diberikan cuti 2 minggu untuk memudahkan siasatan atas mana mana penyelewengan yang telah dilakukan..

nah! betapa gembiranya aku hari ini. sampai ke telinga senyum nya. maklumla, sabtu cuti. dapat balik dunia aku. hahahha

pasni, kerap la aku balik penang. fuh! seronok sungguh

Friday, March 21, 2008

hujan di hati tiada siapa yang tahu

ada org pesan, balik kampung nnt soh aku risik2 betul ke kerajaan negeri nak kasik elaun 300 sebulan untuk anak negeri. sbb dia kata benda ni ada dlm manifesto ari tuh. akak ni kalau nak tahu, sbelum ni menyumpah2 penang tu tak guna, mmg dah tak mengaku org penang, padahal mak pak tuk tuk wan semua org penang. cuma dia ja menikah ngan org perak, n duk kl..tp bila dengaq elaun bulan2 teruih mengaku penang. aduhhh makcik oi...toksah buat malu la.setakat 300 tu tak payah la nak berebut. kot ya pun depa nak bagi, apa jadah dia nak bagi kat makcik, gheja ada, laki gaji besaq, kreta besaq, biaq la depa bagi kat org lain..(suka sangat bagi aku menuturkan kata kata kesat)

bos aku yg kap-lam-ye-nge tuh asyik2 ulang statement yang aku tak buat kerja. rasa-rasa aku, dlm 15 kali aku masuk bilik dia, 13 kali dia ulang statement tuh. sebenarnya, bukan aku tak mo buat kerja yg dia bebel tuh, tp itu bidang tugas org lain. kang kalau aku buat, org kata aku masuk campur keje diorg, tak pun nnt diaorg kata aku gila kuasa. lagi aku tak tahan, kalau aku buat, nnt diorg2 tuh nak buat keje ape..tak pasal2 diorg makan gaji buta. yg aku pelik, bos aku dah 5 tahun keje sinih. tp flow staff n even flow keje pun dia macam blur lagi..perlukah aku yg citer semua benda kat dia? kenkadang, flow akaun pun dia mcm konfius..membuatkan aku lagi konfius..nih sapa yg ada prof cert nih? aku ke dia?

itu baru cerita pasal bos, belum lagi kisah staff aku yg sorg nih. last wik dia MIA 3 hari, dtg keje cuma 3 hari. this week, dengan jayanya the whole week dia MIA. pagi2, dia diam jek, dah menganjak ke ptg baru la dia sms bgtau, sakit la, tertidur la, tak sihat la, ada emergency la..hari khamis ari tuh, aku jadik one man show..keje kerani pun aku buat, kerja pegawai pun aku buat, dah la unit aku takdek org, unit yg aku tanggung pun tak dek org..diorg paham tak keje kat sinih tak bleh delay?? FAHAM TAK????

unit yg aku tanggung tu pun rupa rupanya ada problem. staff diorg nih terlalu dimanjakan oleh bos aku(bos yg melayu), makanya diorg tak takut pada sapa sapa. just imagine, last week the whole week g diorg outstation, isnin masuk keje, tp mcm tak keje..selasa sorg mc..rabu..report tak siap2 jugak. yg sorg lagi..isnin n selasa EL..aku terkapai2 sorg2 kejar claim, kejar payment, kejar report2 yg mcm2 tuh. mcm nak mati! lagi bos kata aku tak buat keje.

ye, aku tau, aku merungut. mmg. dah sampai masa aku nak merungut. aku tak tau nak cerita kat sapa. aku sakit hati. org kalau dah lama keje kat satu tempat, mcm ni la jadiknya, mentaliti tak bley nak di ubah. ckp sket, mengamuk. bila nak ubah, marah tak pasal2..sampai satu tahap, aku jadik fed up!

sampai satu tahap, td aku nyaris2 nak call SPA LONDON. sebab aku ada nampak ads walk -in interview. tanpa berlengah terus aku capai phone, bila nak tekan nu, aku pelik bila start ngan 02..owh, kat london je rupanya..sheesssssshhhh

pethetic!

Monday, March 17, 2008

mobile water tank

effective from today, if sapa sapa nampak sorg pompuan(agak comel) naek lrt ngan botol air beso siap digalas di bahu, itu lah aku..

muhahahhahahhahah

kisahnya sebab ufis nih semuanya tak dek, pantry takdek, water cooler tak dek, cafetaria pun tarak, kedai makan luor pagar yg limited, keai runcit pun tarak, petrol pam punya kedai pun tak dak..so, aku pun terpaksa la mengusung botol air hari hari

lagi pun aku nak paksa diri telan air kosong banyak banyak. almaklumla nak chantek

pasni aku makin chantek, jgn jeles!

Saturday, March 15, 2008

all mixed up

1] baby roket dah ade nama la. nur alia najwa lebey kurg ngan kak na punya nama (nur aina damia). tak dek unsur roket pun...shesh!

2] ada org soh aku pakai spek sbb terluluskan resit yg terkurg 30 sen sbb aku salah tengok. hello! salah tengok ngan rabun dua perkara berbeza okeh. kecoh la lu!

3] hari ni dtg keje ngan mata garfield, mengantuk tahap chipan. aku tatau la pasei apa. plus, hari ni last day merdeka. nex wik, bos masuk keje balik. hmmmrrppp tak best nye

4] kat ufis ni ada budak baru masuk. loyar buruk dia tahap dewa2. duk sebelah meja aku pulak tuh.hahhaha. kenkdg, aku je paham loyar buruk dia, mokcik2 nih oldskoll sket, so tak bley nak pick up. hahahahha. best btul

5] aku rasa aku jakun la. sbb nya kadang kadang aku rasa macam aku lagi suka duk sensorg diam2. jadik malas nak cakap, malas nak berfikir..owh, inikah sindrom lonely dan keseorangan? tp bila jadik mcm ni aku mmg sedar la yang aku ni jakun. chait!

6] mmg betul la apa omputih ckp. your heart is where your sayang sayang is. walau pun aku kat mana2, aku still rasa duk penang lagi best..adoih laaaa

7] cuti semasa aku ada lagi 10 hari seteng, total cuti aku untuk tahun nih ada lagi 35 hari seteng..suku tahun dah nak habis..camne aku nak abiskan cuti aku nih? hahhahaha, aku plan nak cuti panjang bulan depan. ada sapa2 nak pinang aku? bagitau cepat, bley aku reserved cuti aku siap2..nnt dah takdek cuti plak..muhahahahhahah gilo!

8] aku ingat dengan kemerapuan aku nih, cepat la masa berlalu, buleh la balik, skali skang baru kul 1020. ada lagi 2 jam lebey nak balik..haih..penantian satu penyiksaan.

dah la.
kang korg pun gila macam aku

tata

Thursday, March 13, 2008

jap
sebelum ke entry yg sebenar

masa aku log in tadi, kat radio ade topik kenapa recycle bf/gf
skali ada la minah ni call (dgn suara terhegeh hegeh)
dia ckp dia dah 4 kali recycle bf dia (gaduh-baek-gaduh-baek)
dia recycle sebab tak sampai hati ngan bf dia yg baek
baek bermaksud belikan dia banyak benda handbag, rantai, kasut
ayat dia nih "..ala..bukan salah pun. lagi pun brg2 tu sume branded tauuuu.."
hoh!
bongok la kau!
kau tau tak..cara kau tu dah buat semua org ingat semua pompuan macam tuh
pisau cukur
bodoh la.. pompuan tak dek maruah!
hoh!

okeh..entry yg sebeno beno nye

result spm dah keluar
best student peringkat kebangsaan, budak lelaki(at last)dari kedah. dari SMKA Yan
best student paling muda budak pompuan dari SMKA Sheikh Abdul Malik
best student OKU pun dari SMKA mane tah

hhehehehhe
aku bangga la jadik budak SMKA. (tak pasal pasal nak menompang)
betul la.. budak SMKA ni mmg pandai2, baek2, muka pun bersih bersih jeee
(owh, pujian ini tidak berkaitan dengan aku)
so, nnt korg2 yg dah ade anak tuh, kasik le masuk SMKA
bahasa arab tu tak susah pun ..

owh,
ada sorg lagi budak SMKA
hajat dihati nak dapat 12A1 tp tak dapat
sian ..
takpe la 9A pun okeh ape
kan chu yah kannnnnnnn


model2 SMKA..hikhikhik

Tuesday, March 11, 2008

siti nur roket

pagi ahad lepas, 9 mac 2008
pakya dapat cucu lagi !!!!!
yea!
kali ni cucu pompuan
so dah ada 3 laki, 3 popuan ..

bersempena dengan kejayaan parti roket memerintah negeri tanah tumpah darah mateh, ma ju, babah yet, cik eman dll, makanya baby diberi nama siti nur roket!
huh!
jgn men men, lagi 25 tahun, siti nur roket akan jadi angkasawan negara (sbb nama ada unsur2 roket)
hahahhahahahha

alhamdulillah
wakil kawasan kami masih wakil dari bangsa yang sama, mengucap kalimah dan salam yang sama

tp..
pemerintahnya dari bangsa itu, dan gengnya pun dari bangsa itu

kalau dah kerajaan negeri ketuanya dari kaum dan parti bangsa itu,
banyakkkkk yang buleh di ubah, kanun tanah, persempadanan, cukai arak dan b*bi dll

so
kepada hampa2 (kawan2 ku di sana)
kalau ada apa2
bgtau aku cepat2
best jugak kalau jadik pembangkang nih

huh!
gile semangat menjaga anak bangsa

Wednesday, March 05, 2008

comfort and safety zone

hari ini dan esok ada audit SIRIM ISO
hmmmppp..nape la di awal bulan diorg dtg
dtg la tgh bulan, time akaun aku dah settle

yang aku kecut perut tu bukan la ape sgt
unit aku punya prosedur ada 7
unit yang ditanggung pulak prosedur ada 6
total prosedur ada 13
hahahah
tak ke terkincit aku?

kalau yg unit aku tuh ok la aku leh handle
yg unit ditanggung itu,
aku baru abes tempoh edah (14 hari takbley cuti)
baru 8 bulan keje sinih
kahakahakah
mane la aku ade bijak sgt nak komen2 prosedur keje org laen
silap2 NCR kang

tapi tak pe
aku redah je
in fact sambil taip post nih fail ISO ade sebelah, tgh hafal2
(poyo bukannnnnn?)

takpe takpe
aku buleh handle
sampai bila aku nak senang lenang dalam safe and comfort zone?
bila lagi aku nak cabar otak aku?
bila lagi aku nak cabar diri sendiri?
bila lagi aku nak cabar diri jadi sabar layan auditor tuh?
yg penting bila lagi aku nak tajamkan skill putar belit aku?

kehkehkeh
kita tgk la nnt ..

Tuesday, March 04, 2008

parit

19hb ari tuh ada miskol dari nu 034***6859
bila rasa ingin tahu membuak2, aku pun call la nu tuh
operator yg jawab.
'terima kasih.anda telah menghubungi pejabat SMART, jabatan pengairan dan saliran..'

tp sebab line busy, aku tak dek la tahu sapa yg kol aku dari sana
terpk pk siapa kawan aku keje sana
tak dek rasanya ..

dan semalam
nu nih naik lagi ..

nixan: hallu.. (jawab syle gedik2 sebab aku ingat ayin, no ufis lebey krg sama)

aweks: hello, puan hanizan zakaria?

nixan: ye saye (ngaku je puan sbb bior le dia respect aku..hahah)

aweks: saya ** (aku lupe nama dia) dari SMART. saya telefon puan bagi pihak Puan Ratna. dia nak mintak konfemkan dengan puan berkenaan dengan ceramah yang dia nak kena bagi kat Hotel Hilton Kuching.

nixan: (sambil terpinga-pinga)..mmmm..ceramah ape ek?

aweks: owh, ceramah berkenaan dengan projek tebatan banjir di kepala batas. jadi atau tak?

nixan: errr..saya tak tahu la pasal benda nih. ,mane u dapat my number ek?

aweks: aaaa(dia pun dah start konfius) saya dapat dari puan ratna la. dia yg bagi nama dan nu phone puan.

nixan: owh ye ke.. sekejap ek...(aku pun tgk lagi skali nu phone. aku mati mati ingat ayin nak kena kan aku. tp aku teringat jugak mmg no ni la yg aku call tp dapat ufis SMART. lagi pun ufis ayin nu nye lain.)

aweks: mmmm puan, puan skrg keje ngan JPS Pulau Pinang kan?

nixan: aaaa tak. saya tak dek kaitan pun dgn JPS. saya rasa Puan Ratna dah salah org kot. macam ni la.. ape kata u refer balik ngan puan ratna, mintak dia semak balik, betul atau tak nu phone nih..

aweks: aaa ok ok. mintak maaf la puan..terima kasih

nixan: owh, takpe takpe. hal kecik je. sama sama

ahahahhaha. pelik tak?
dah la mmg nu aku, nama aku siap dia tahu penuh tuh
bila pulak aku keje ngan JPS?
kalau pun aku nak buat ceramah, ape hal sampai ke Kuching
mcm tau tau pulak aku ni org kepala batas..
kalau pun nak cerita pasal projek tebatan banjir kat kepala batas, kenapa org SMART nak kena bagi, org JPS penang tak dek ke?

uishhhh.. sape lagi ade nu hp ngan nama penuh aku? sila angkat tangan

Saturday, March 01, 2008

umur masih panjang

kiranya umur aku masih panjang dan masih terpelihara dari mala bencana
kalau tak, mungkin sekarang aku sedang disoal mungkar nangkir
berdepan dengan 5 soalan bocor dan mungkin korang2 sedang nanges sebab aku tetibe di 'jemput'
kalau tak pun, mungkin aku sekarang lam icu, nyawa2 ikan.

hoh! seram ...

kisahnya
semalam balik lapo
konon nak g pasar malam jelatek, tp hujan turun agak lebat
so, makan kat damai je la

bila turun kereta, sebab aku tgk, met mcm senang je lintas jalan, aku pun melulu je la

tp.. tetibe aku tergerak tgk ke kanan, sekali ada van tengah laju meluru ke aku..
aku pulak sebab terkujat, terus stop sambil tahan tangan ke van tu suruh dia stop (ala2 polis trafik)

seb baik ..van tuh emergency break, aku selamat
tapi sebenar..

di sebelah kiri, ada crv hijau tengah meluncur ke arah aku..dan sebab aku tgh terpacak kat tgh2 jln, dia pun break agak lambat, dia dah tolak sket kaki kiri aku..

dengan menjerit 'makkkkkk..', buat kali kedua aku terkasima di tgh2 jalan dalam hujan yg agak lebat, kiri ada crv, kanan ada van.

jarak crv dengan aku adala seinci..dan jarak van dlm semeter..

uish..
cuba bayangkan kalau van n crv tuh bawak laju n tak sempat break, sure aku dah berkecai tgh jalan kan?

nasib aku mmg baik semalam ..

p/s: semalam layan bihun tomyam dalam keadaan lutut menggeletar ..