Thursday, April 29, 2010

melayu

saya adalah seorang melayu. walau pun saya tahu mak dan bapak saya ada campuran dengan jawa, tetapi saya tetap yakin bahawasanya saya adalah seorang melayu.

masa muda muda dulu..[sekarang pun muda jugak], saya selalu terbaca dalam surat khabar pasal subsidi. orang kata orang melayu ni orang subsidi, semua nya nak subsidi. kalau boleh beli seluar dalam pun nak pakai duit subsidi. masa tuh ape kebende subsidi pun saya tidak faham. jadi bila semakin keliru, saya pun membuat la pembacaan..baru lah faham sikit sikit.rupanya subsidi ni macam bantuan. bila ada bantuan ni senang la sikit. tak de la kita tanggung semua benda. subsidi ni ada macam macam, subsidi baja, barang makan, buku teks, ubat ubat, minyak banyak lagi lah.

kiranya selama hari ni bukan lah semua semua kos barang kita tanggung seratus peratus. ada yang kita kena bayar beberapa peratus sahaja.

mungkin bila kita dah terbiasa ditanggung dan biasa rasa mudah, kita jadi susah bila kena berubah. contoh bila ada sesetengah subsidi tu ditarik, kita kena la tanggung seratus peratus harga barang tersebut. makanya, timbullah kemarahan sesetengah pihak. bahagian ni, saya tak mahu komen, sebab dah ramai sangat orang bercerita pasal benda ni. dah muak nak baca.

yang saya nak cerita kan kali ni lebih kurang konsep subsidi ni lah. tapi lebih kepada kemudahan dan kesenangan seseorang. mudah saja kekusutan saya. kenapa ada orang yang masih mengharapkan kemudahan di sediakan di depan mata? maksudnya kenapa tak boleh nak bersusah susah [sikit] untuk keuntungan diri sendiri? senang cakap, kenapa masih ada orang yang mahu kerja yang pejabat nya di depan mata, tak payah nak bangun awal hari hari, tak payah nak menempuh perjalanan jauh hari hari? sedangkan semua itu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. disebabkan tak mahu bersusah payah, ada orang yang sanggup menganggur, menagih simpati sana sini. berkorban lah sikit untuk diri sendiri, bukan orang lain.

saya pun bukan lah sempurna mana. kadang kadang merungut jua. tapi bila di fikir fikir kan semula, siapa lagi yang boleh ubah hidup kalau bukan diri sendiri. sampai bila nak bergantungan dan harapkan orang lain. kalau orang kurang upaya boleh merubah diri sendiri, kenapa saya yang sempurna cukup sifat segala masih nak merungut mengeluh bagai? tidak adakah rasa malu walau sekelumit dengan golongan tersebut. pada saya, pakcik buta yang berdiri di tepi tangga sambil memegang raga tisu, adalah lebih mulia dari orang yang merayau rayau tanpa hala tuju dan kerja serta meragut sini sana. entahlah. bukan orang lagi gamaknya. syaitan pun berusaha bekerja bersungguh sungguh menyesatkan manusia. maka, siapa kita yang nak bermalas malas dan berkira kira segala? bukan, saya bukan sama kan manusia dengan syaitan, nauzubillah..tapi fikir fikir kan lah.

mungkin sebab dah terlalu senang, berat punggung nak berubah. entahlah

ps: nasihat untuk diri sendiri [dan orang lain]

Wednesday, April 28, 2010

facebook

i heard about facebook lebih kurang end of 2007. masa tuh i read someone's blog yang dia bagitau dia suka facebook sebab boleh main game gila gila. dan the blogger bukan mention sekali, tapi beberapa entry ada cerita pasal keseronokan facebook.
been curious, i klik facebook punya web.within minutes, taraaaa i pun dah ada akaun facebook. [ye, semuanya berlaku semasa office hour..hiks!] i explored, studied, digest, absorb, understand, blur and on and on..sebab masa tuh tak berapa ramai kawan..i letak facebook sebagai benda KIV..nanti nantilah..
dalam tahun 2008, my facebook akaun macam dah di pinggirkan terus. sebab utama adalah kerana belum ramai orang exposed pasal facebook. i ingat lagi masa tuh niza dah memang hardcore dengan facebook, sampai dia merayu rayu mintak kitorang [housemetss] mencreate akaun facebook. tapi sebenarnya by that time, i memang dah ada akaun cumanya malas nak aktif bagai. i tak nampak apa yang seronoknya dalam tuh. it is just typical social web macam frenster my space yang dipenuhi oleh budak budak tak cukup umur amek gambar sendiri sambil buat aksi aksi manja terencat.
but then, day by day..bertambah jugak la list of my frens, but i dun give a dem dengan wat ever happen dalam facebook tuh, orang nak expressed marah ke, seronok ke, dapat bonus ke..i just add my fren yang request itu je..
at the end of 2008, bila mana dah ramai orang terexposed dengan facebook, keadaan menjadi sedikit happening. sebab curious nak tahu gosip gosip terkini [yang kadang kadang ada orang ngumpat dalam facebook], i pun mula la mengaktifkan diri. ahahahah. then baru i rasa wahhhhh seronok pulak facebook ni. boleh menjadi medium perantara [gosip] yang cemerlang, pantas dan tuntas..
dan..in 2009, i added my siblings..woh..dunia menjadi semakin kecoh bila those people coming in. biasala kan..bila u ada siblings yang kecoh, benda kecik pun bole terbalik dunia. itu belum part tagging gambar kekanak nakal seketurunan. pecah perut walau pun tengok gambar sorang sorang. dan termasuk jua kawan kawan sekolah yang lagi hebat penangan mereka. tagging gambar gambar lama [yang sumpah i benci tengok] berlaku dengan jaya nya. ya allah..buruk betul i zaman dulu dulu.
dari facebook tanpa sengaja kita akan terexpress 'la...dia kawen dengan orang ni ke?' @ 'owh..nama betul mamat ni macam ni, sumpah aku tak tahu nama dia dulu..' @ 'mak aaaaaiiiiihh..gile kurus kau dulu..' @ 'mangkaq, dah anak dua baru nak bagitau dah kawen' @ 'ceh..hari hari nak cerita dia banyak kerja, orang lain datang kerja goyang kaki je kot' @ 'hek ennaaa..poyo siot minah ni..' dan macam macam hal. kalau dulu bila i ym dengan my fren, gelak gelak atau cakap cakap sorang depan monitor, my officemet bilang i sudah gila, tapi kini bila diorg pun dah pandai facebook..hah! sama sama la kita gila ehhh..
but then, mungkin sebab ramai sangat yang ralit dengan facebook ni, pihak yang jaga connection kat office mula la panas punggung. kalau dulu, zaman tak ramai exposed dengan facebook, 24, 7 facebook boleh di surf..tapi tiba tiba satu masa di sekat, within office hour..jatuh haram sape yg bukak facebook. dah di blocked. hanya available sebelum dan selepas office hour dan during lunch hour.
tapi kini..mulai minggu ni, orang yang menjaga connection telah menghadkan lagi penggunaan hanya pada waktu lunch hour sahaja. maka nya, tersisirlah i dari dunia gosip tanpa sempadan. tersekatlah keupayaan i dalam menjadi juri gambar gambar fotoshoot kawan dan lawan..dan tersekat jua lah i dalam usaha mengkonfius kan kawan kawan terutama my siblings dengan my shout out..ada pun pendengkhi itu ada di mana mana, kita seharusnya redha jua..
now tell me..apa guna kesungguhan pentadbir negara dalam menerapkan kepentingan explorasi ilmu dengan penggunaan teknologi maklumat. kita kan kearah minda kelas pertama tapi kalau semuanya disekat sekat, lebih baik kita teruskan hidup macam zaman dulu kala.

Wednesday, April 21, 2010

iman

dia pegang satu barang.tak semena mena, tiba tiba, barang tuh jatuh.walau pun tiada tindakan refleks serta merta seperti orang melatah, tapi mulut nya tetap jugak keluar kan ayat ni..

'..allah hu akbar kabiiroo..walhamdulillah hi kathiroo..'

wah..hebat [ala-ala] latahan beliau..hati i berkata kata..dan tiba tiba, selepas habis [ala-ala] latahan itu, terpacul dari mulut mamat itu..

'..tgk macam mana orang BERIMAN melatah.keluar ayat quran..takde la macam sesetengah orang, mencarut lah, babi la, ayam la..apa la..haih..tah hape hape..'

huh! patut la muka i takdek cahaya, rupa rupanya i tak de keimanan.sebab bila melatah i sebut 'oh mak kau!'..dan baaru la i tahu..selama hari ni keimanan seseorang bergantung kepada sebutan latah masing masing.

haih..apesal ustazah masa belajar syariah dan quran sunnah dulu tak penah ajar pun benda ni?

Wednesday, April 14, 2010

kipas

sekarang kan musim panas..ye..walau pun ada hujan sekejap sekejap, tapi kuasa dan bahang panas tuh lagi power.kalau dulu kipas pusing no 2 je, tp kekdg teringin nak pusing no 5 cumanya i takut je nnt terbang pulak katil..kang kalau katil terbang, mana i nak berswit dream..eheh.

tapi hari ni bahang panas memang to the max la orang putih kata..sebab nya, biasa la.kan kerja dengan orang.lain kalau kerja jaga lembu, agak agak marah boleh la kata lembu bodoh.tapi kalau dah kerja dengan orang..berdosa la pulak kata orang bodoh..{macam la i pandai sangat}.ahahha

mula nya hari ni adalah hari yang indah.bermula dengan riang tawa dan senyum mesra dengan banker comel i tuh..tapi kenyamanan itu tersentap oleh orang yang berlagak-pandai-mcm-tahu-semua-benda-but-yet-tak-tahu-malahan-kaki-kipas-baek-punya!

i kan ade degree akaun{wah! riak nye i} tapi hari ni ada orang query macam mana i reconcile akaun. masalahnya mmg macam tuh la pun kalau recon akaun.dia yang salah faham.dia ASSUMED benda dia dah clear, tp sebenarnya yg dah clear tuh yang bulan lepas..yg hanging unrecon tuh yg bulan ni punya..aduyaiiiii..

jadi nya.i pon bagi la satu panggilan "BERHIKMAH" kepada kakak itu.sambil gigil gigil tangan tahan marah.panas satu badan.panas satu hati..tapi..biasa la.dia suke nak tunjuk pandai..sampai keluar dari mulut dia '..eh..mana boleh recon macam tuh' waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.bodoh piang ke i? sabar je la..i jamin.esok, bos dia yang kuat meroyan tuh masuk ofis, pasti i kena royan..berkodi kodi.dem lah!

untuk akak itu..

'akak..akak kan dah naik haji, baru balik umrah.tak yah la akak nak ngadu dombe kat bos sana sini.tak yah la nak kipas kipas kejar jawatan.jawatan, duit, nama, glamer semua tak boleh masuk kubor..dah tua tuh, buat la cara dah tua.tunjuk contoh baik sikit dekat saya yang muda ni..'