Thursday, July 29, 2010

kuih

halo..


walau pun hari ni khames, i tetap still rasa tak best bangun pagi tadi.sebab i ingat hari ni dah jemahat..lambat pulak rasa minggu ni bergerak.


owh, hari ni i nak gusip sket.bukan pasal artis sebab i dah lama tak baca pancaindera.i rasa bila i baca gusip artis diri jadi makin boduh.ade ke i kesah artis tu nak ngorat laki orang ni, artis tuh langgar kontrak, artis tu cinta bagai nak gile ngan artis ni..ouhhh..tak koser!


ari ni i nak gusip pasal kuih.ahahahha..


gusip nye camni..


rumah i kan dekat dengan pasar..dalam pasar tuh pulak ada la banyak stall stall jual kuih.salah satu stall tuh ada lah stall abang yang masih jual kuih 3 seringgit yang mana kuih nya boleh tahan sedapnya, comel comel, bersih dan presentable.untuk makluman, i memang dari kecik kecik mak ajar [mak lagiii] kalau nak beli kuih ke, makanan ke, air minom ke..tengok dulu benda yang nak dibeli.antara ciri ciri yang dititik beratkan ialah [ya ampunnn..ayat skema gile]..kebersihan tempat jual dan juga orang yang menjual.kalau nampak selekeh je orang yang jual, jangan beli.tambah tambah kalau orang yang jual tuh kuku panjang..lagi la mak i pantang, tak bagi beli.[tapi mak i lagi dahsyat, sampai ke kuku kaki orang jual pun dia nak intai] hahah.


berbalik pasal abang jual kuih 3 seringgit ni.dia nih bersih, henskem dan kuih dia cantik.tapi bukan semua kuih dia buat.setenderd la orang jual kuih..ada setengah yang orang letak dekat dia.nak dijadikan cerita, dekat abang ni ade satu kuih ni rupa macam dorayaki.ala..kuih feveret doremon..haa..rupa dia mcm tuh la.kuih ni memang orang lain yang buat. sebab i selalu nampak awal awal pagi ada sorang abang-yang-macam-baru-bangun-tido akan hantar sedulang penuh kuih doriyaki ni dekat gerai dia.erm..i tak penah lagi beli kuih tuh sebab i suspek sure dia rasa plain je..takdek lemak dan takdek daging dalam tuh..ahahhah.jadi i tatau la kuih tu sedap ke idak.tapi maybe sedap kot sebab kuih tu senantiasa je sold out.


baru baru ni masa i jalan kaki subuh subuh dalam gelap dari rumah nak ke stesen lrt, i terserempak dengan tukang buat kuih doriyaki nih..rupa rupanya tempat abang kuih doriyaki ni adalah macam satu ruang kecik je antara dua buah kedai makan.kat situ lah dia bancuh adunan kuih, kat situ lah dia lompat lompat main main dan kat situ jugak la dia masak kuih dia tuh..maknanya tempat dia bukan la dekat ruang masak dalam rumah yang proper..


..dan..yang lebih mengejutkan ialah abang tuh dan adik dia [his assisstant] buat kuih tuh dalam keaadan yang amat lah tidak proper..selamba je dia masak dengan seluo pendek nya, siap dia men cangkung kan aje adunan tuh sambil godak godak..kiranya dia letak je tong adunan tuh atas lantai, dia menyangkung sambil godak godak sambil leterkan adik dia..u bayangkan dah berapa banyak air luir dia tersembur dalam adunan tuh..wahhh..dah la tempat dia masak kuih tuh kat situ jugak..dan i suspek abang tuh tak mandi pun masa buat kuih tu..aduiii..i rasa kalau la orang jabatan kesihatan buat spotcheck, harus harus la kuih doriyaki dia tidak lagi mampu dijual di pasar ni.mana tak nya, konfem konfem la tak lepas.dah la pasar ni padang permainan tikus beso beso peha i..eeuuwww..nasib baik i tak penah beli kuih doriyaki tuh.kalau tak..mau kembang tekak i.


jadi i rasa, i nak soh sapa sapa yang rasa dia ada tanggungjawab untuk luas kan penggunaan sijil halal ke semua penjual makanan dan minuman kat malaysia ni [macam ayat orang NGO ahahha]. sebab sefaham i, sijil halal bukan saja dapat based on ingredients tapi juga persekitaran dan kawasan masak memasak..baru la tak was was masa makan..baru la sahsiah manusia jadi elok, sebab kalau dietition [eh silap..ala..pegawai diet..] cakap you are what you eat. kira kalau kau kuat makan lemak, badan kau memang penuh lemak..tapi dulu ustaz pun penah pesan..you are what you eat..kalau kau suke makan benda syubhah..perangai kau pun na'uzubillah..ahahhahah. awat, terasa ka?


p.s: ade hati sesetengah orang tuh suruh longgar syarat sijil halal..ape ko ingat soal halal haram, syurga neraka boleh mintak kurang ke?

Tuesday, July 27, 2010

niat

okeh, i serious..


hari ni 15 sya'aban. ada orang cakap kat i, hari ni buku amalan yang ratib atib kiri kanan bahu dengan dakwat hitam merah catat ni akan bertukar buku baru. kenapa orang cakap, sebab sepanjang umur ni, i tak penah jumpa lagi dari mana mana bacaan yang mentioned pasal ni.[sila ambil maklum, ruang lingkup bacaan i tak la seluas mana]


ada orang pesan, sebaik baik nya pada maghrib 15 sya'aban @ nisfu sya'aban nih, baca surah yaasin 3 kali. setiap kali selesai bacaan, akan ada doa nya yang tersendiri. seingat ingat i, seumur hidup, i penah buat dua kali je benda ni. sekali masa zaman belajar kat melaka dulu.buat secara berjemaah kat surau [penah jugak la join orang surau, takdek la jahat sangat i ni]. mungkin sebab buat ramai ramai, jadi tak terasa sangat kesemputan masa baca tiga kali tuh. dan doa nya imam yang baca.i amin kan sahaja.


kali kedua, i penah try buat sorang sorang kat rumah..mak aihhhh..tipu la kalau i cakap i rileks je bila dah settled. penat jugak la. dan doa nya i pakai bahasa melayu je..erm..i tak tau la ape kesah nya doa doa i tuh. yang penting, i doa dan i tawakkal..apa rasional nya tiga kali tuh, pasti la ada hikmahnya. yang tuh i blom master lagi..


bila di kenang kenang balik, i terpikir pikir jugak, macam mana la rupanya buku amalan i yang dulu dulu. banyak dakwat merah atau dakwat hitam? masa kecik kecik dulu, mak penah bagi tau kat i, kalau kita terniat nak buat jahat, malaikat blom tulis lagi, dia hanya akan tulis bila kita dah buat benda jahat tuh. tapi kalau kita baru je terdetik kat hati nak buat perkara baik, serta merta malaikat akan tulis, walau pun end up nya kita tak buat pon benda baik tuh. masa mak i bgtau tuh, i dah berkobar kobar nak berniat buat baik je..


tapi tetibe mak i potong, mak i ckp


'..tapi tengok la kita niat baik tuh untuk apa, kalau niat baik nak riak riak, nak tayang kat orang, terus malaikat tuko dakwat pen, jadik kaler merah..sebab tu semua benda kita nak buat, kita kena niat lillah-hi-ta'ala..'


ouh, ada syarat rupanya. i baru plan nak jadik macam robin hood..ahahahhah.


jadi, tahun ni i berazam la nak buat baik banyak banyak, bior buku i nanti cantik je..bersih macam buku cerita eh silap macam novel tebal ahadiat akashah. kertas putih, tulisan hitam, takde gambo gambo, takde kaler kaler lain. [ahahah bajet macam diri malaikat..ahahha]. tapi takpe, kurang kurang, pagi nih, dah ade dakwat itam satu line, sebab i bukak buku baru dengan niat baik nak berniat baik sepanjang tahun [keling tak ayat?].aminn..


p.s:ouh, ini betul betul, i niat nak khatam kan quran sebelum 1 ramadhan.now dah juzu' 28.


Monday, July 26, 2010

ape-hal

jam dah pukul dua seteng.hari ni hari senin.pagi tadi, selepas tiga tahun kerja sini, buat pertama kali nya i tido balik [sekejap] lepas sembahyang subuh.apesal ntah pagi tadi badan rasa berat betul.macam mengandung anak kembar lapan..hiks! ye ye je, macam lah penah mengandung.


kalau ikut hasutan syaiton nir rojim, sure i dah ponteng kerja.tapi bila terbayang bayang mak i yang suke psiko psiko kan anak dia bila nak buat jahat, otomatik, badan dah ada kat ufis.hah! tak ke i pandai men magik..cheh! majik kunun.padahal libang libu bersiap sebab takut lambat.


ouh.sabtu lepas gaji dah masuk..walau pun i check masa on the way nak p jalan jalan cuci mata tambah dosa kat the curve..tapi i tahan nafsu.i tak cucuk banyak banyak..cukup untuk alas perut.sebab lepas tuh i pakai duit plastik!ahahahhaha..bijak tak i?


erm..tadi i baca paper, depa kata mega sale dah setart eh?haih..i tak perasan pon masa p the curve ari tuh.memang la ade gantung perkataan sale tuh, tapi mcam tak mega pon offer kat kedai kedai tuh.kalau tak sure dah berbondong bondong paper beg i bawak balik..


tapi takpe, baucer jusco yang dapat masa family day ari tuh belum guna lagi..harap bersabar ye, hanizan..tak lari gunung di kejar..ahahahha


eh..nak cakap ape beno nye nih?


tak, sebeno nya nak cakap..i malas hari ni..nak bunuh masa..kot kot la abes taip nih, jam jadik nombor 5!


Friday, July 23, 2010

kenyang

burrppp..alhamdulillah.


i baru lepas cuci mangkuk makan laksa.murah rezeki betul pagi pagi jemahat ni.ada org buat laksa, bawak datang ufis untuk menjamu kawan kawan especially kengkawan bujang yang mak bapak jauh di pandangan..wahwahwah..kata aje lah kau memang malas nak masak..


sedap pulak laksa tuh.pas tu ada jugak kuah durian cecah roti..marvelus! makin gemuk la i.dah la sedia gemuk..tapi i tau i menten comel.


bebenonya i tengah ragu dan gusar nih.[wahhhh ayat kau..gedik gile] bukan ape, akibat dari kepandaian dan kecekapan i me'manage' kerja, i selalu siap kerja awal.dah la memang sah sah kerja dealing dealing i dengan banker waktu pagi.lepas kerja dealing settled, kalau awal bulan ada jugak la i kena busy busy buat recon akaun bank yang beberapa ketul tuh..tapi bila dah tengah bulan and hujung bulan macam sekarang nih, i dah takdek nak buat apa.kesannya, i macam lepak lepak dan bersuka suki je.kalau tak percaya, u try ajak i borak thru gtalk or ym, anytime, i sure tanpa gagal layan u all dengan jaya nya..


oleh itu..[adehhh] i bukan sahaja rasa macam i bergaji buta, tapi..memang sah sah lah i bergaji buta. kadang kadang i reka-cipta juga buat kerja, tapi macam tak berhasil.yelah, kejadahnya buat benda yang tak relate, itu tindakan yang memang tidak bijak...


orang kata, makan gaji buta nih tak bagus.antara kesan gaji buta ni ialah..


1] duit bulan bulan tak penah cukup [cukup..tapi cukup cukup je la]

2] hidup macam tak best [erm..kalau sekali sekala meroyan tuh normallah kan?]

3] macam tak semangat nak pegi kerja [tak semangat? i bangun pukui 5 okeh hari hari]

4] bila makan tak penah kenyang [wah..yang ni i ragu ragu..]


abes..camne? kita tuko kerja nak?

Thursday, July 22, 2010

gaji

yuha..

hari ni i datang kerja dengan imej selekeh.apesal selekeh? sebab semalam abeskan masa pegi doraisami untuk melantak macam orang kebulur lima belas tahun tak dapat makan.tapi xtiviti lantakan ini ada sebabnya.ape sebabnya nanti la i cerita..i sibuk ni

*sibuk? kejadahnya kau sibuk..manade i sibuk, kalau i sibuk, sure lima minit sekali i letak status kat fb berbunyi 'wah..busynya aku hari ni kerja melambak lambak' @ 'i am super busy' @ 'kerja aku ni bila la nak abes?'..jadi memandangkan i tak penah letak status camtu, jadi i consider i memang set set datang kerja makan gaji buta..no, i tak busy..*

okeh..sbb malam tadi sibuk melantak, balik umah dah lewat, malas nak iron baju beriya jadi pakai baju ape yang ade..bajet macam orang miskin takde duit nak beli baju kat jakel yang perlu di dry cleaning..

okeh(lagi sekali). sebenarnya i nak cerita pasal gaji..

memandangkan sekarang dah musim orang bayo dan dapat gaji, jadi nya sebagai orang yang control duit kat kompeni ni, i pun sibuk sibuk la tanya bila nak standby duit gaji..supaya senang nanti banker kat hujung nun nak masukkan gaji kat akaun kitorang masing masing (faham tak ayat keling i nih?)

tetapi..jawapan yang i dapat ialah ..

'..tak tau lagi la bila.sebab orang HR belom settle mengira lagi..'

apeeeeeeekah? kau tak tau ke, ada orang kat sini yang dah tinggal tige ringgit enambelas seng sahaje? kalau pun tak suke kat i yang vasss ni, jangan la kejam sangat sampai nak lewat lewat kan bayo gaji..sian kat i.apetah lagi kat lanlord rumah, rapidkl dan paling kesian ptptn..camne i nak bayo mereka mereka ini?

jadi, untuk sedapkan hati, i tanya lagi..

'..agak agak, bila HR boleh settle, nih dah nak wiken..takkan minggu depan baru nak standby duit?'

dan jawapan yang diterima hamattt menikam sukma..

'..tak boleh nak bagi exact date sebab memang banyak lagi tak settle..'

dan dengan ini, andai anda semua sayangkan i, dan tak nak i mati kebuluran, sila lah lancarkan tabung kemanusiaan atas nama i.adapun i janji sape sape yang menggerakkan usaha murni ini akan dapat kasih sayang lebih dari i.janji!

Tuesday, July 20, 2010

wish

..i wish i have the guts to tell u..

and..

i wish you feel the same..

Thursday, July 15, 2010

redha

extract dari utusan malaysia pagi ni:



wirid : segala amal soleh yang dilakukan oleh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah.hendaklah dilakukan secara berterusan.wirid adalah menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang wajib dan menampung dengan amalan sunat.



warid : sesuatu anugerah atau kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya berkat dari amal soleh yang telah dilakukan.datang dari Allah dalam bentuk nur.tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu ketuhanan dan keimanan bertambah.


makna-hu, warid adalah kurniaan Allah atas patuh dan taat-nya seorang hamba kepadaNya (wirid).

Ibn 'Ataillah Al-Askandari menyebut bahawa 'datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan kepada sejauh mana persiapan hamba-Nya'


dan sabda Nabi S.A.W 'sebaik-baik amal kepada Allah adalah amal yang sedikit tetapi berterusan'


:: bermohon lah kepada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.dan lahirnya redha Allah adalah dari redha ibu dan bapa.hablu minnAllah wa hablu minnannaas ::

Wednesday, July 07, 2010

habis

lepas settle satay beberapa cucuk..dan sambil hirup limau suam..


miss A : ..yang aku bengang tuh, lepas dia gula gula kan aku, baik punya janji macam macam, alih alih dia boleh kata tak jadi.bengang aku...

ehemm : dah.tak payah fikir lagi.buang masa je..baik fikir benda lain


miss B : ..aku rasa si X dan si Y adalah orang yang sama.cuma tukar identiti.sebabnya bila aku cakap cakap pasal si X pada si Y, tuptup terus si X akan contact aku.kalau betul la X dan Y orang yang sama, apesal dia nak buat macam ni kat aku..dah tak nak dah la..jangan main main kan perasaan orang.

ehemm : dia saja ja nak test market.nak tengok laku ke idak..untung la kau layan dia.dah la..jangan layan.dah la kau tak kenal sapa pun dia.kalau dia betul betul nak kau, buat la cara betul betul.jangan main main kan..


miss C : ..setakat yang aku tau, dan dia bagitau aku, dia memang belom kawen la..tapi tak tau la kan..

ehemm : kau percaya ke?jangan percaya sangat..eh, jangan percaya langsung.ce try google nama dia..silap silap dah beranak..


miss A : ..aku kadang kadang rasa marah, geram dan rasa jugak nak balas dendam..sakit hati la.tapi kadang kadang aku berharap jugak

ehemm : adoiiii..tak yah buang masa..dia suke suke je nak main main kan sambil bagi alasan mak bapak dia la..semua tuh boleh di reka reka..ntah ntah dah belambak pompuan dia buat macam nih..


miss B : tapi aku percaya la dia kata mak bapak dia dah carikan orang lain untuk dia..dia anak yang baik..kena ikut cakap mak dia..lelaki kan memang macam tuh..

ehemm : it's TOO GOOD too be true!


ehemm..bercakap berdasarkan kepada pengalaman.baik yang di alami sendiri, dari observation, pembacaan dan cerita kisah orang sekeliling.nampak macam ehemm..telah habis hati akan hal yang satu ini ekoran dari pelbagai kisah -ve yang di alami bertubi tubi..


ya, habis hati itu lah perkataannya..


Friday, July 02, 2010

sorang sorang

entah ape mimpinya..
tuptup

net, padil + sukin berkonyong konyong balik kepala batas+prai secara berjemaah
tinggalkan i sorang sorang yang dah berjanji dan berkomitmen

dan
tuptup
zar pulak nak pegi panjat broga esok
malam ni dia overnite kat umah member kat kajang

harap harap
niza ada kat rumah
therefore, tak de la i macam ala ala sorang kat rumah.

walau pun hakikatnya
esok ada event kat putra*jaya.

*huh! macam la tak penah kena tinggal sorang sorang kat metropolitan sesak nafas ni. kecoh la lu!*

Thursday, July 01, 2010

makan

ade tak orang yang tak suke makan?kalau ade i nak p intebiu orang tuh la..nak sangat tahu kenapa dia tak suke makan..ade pulak yang jenis tak kesah makan ke idak..macam budak budak kecik cucu pak ya..tak kesah makan ke idak..kadang kadang dah suap kat mulut pun tak mau makan..uishh pelik betui..tak macam i yang memang suke makan.tak penah rasa puas makan.pantang pelawa, pantang diajak..mahu saje.even worst, almost semua benda i belasah.benda yang orang kata tak sedap pun, i selamba makan, ape lagi benda yang orang kata sedap...lagi la i beriya riya makan.
  • nak lagi best, semua kawan kawan i, hosemet, ufismet,skolmet,jimba2met semuanya suke makan.semua benda musti akan di lengkapkan dengan acara makan makan.be it adegan seronok, best, sedih atau takdek perasaan pun akan di lengkapkan dengan makan.
  • normally operasi makan kitorg ni tak la hanya kat restoren restoren je, semua nye kitorang layan.restoren ada nama, tak de nama, warung, fudkod,tepi jalan,campak campak masak sendiri,menu redho dan pasrah dan tak lupe jugak makanan dua tiga minggu lepas yang di panaskan balik..ahahahhah.terbaek!
  • i ade habit makan yang pelik.kalau orang lain tak suke benda yang dah masuk angin..i suke pulak.ingat lagi masa musim raya, purposely, i masukkan kuih sepit@kapit dalam peti ais.nak bagi masuk angin..then agak2 dah ok, makan la..liat liat tuh masyukk bila kunyah..sama gak kalau cikedis..kopok ikan..besss..sbb tuh kekdg, ahkak ahkak kat ufis ni kalau ade keropok masuk angin suke simpan kan untuk i..ahahahha..gile bongok habit i ni..
  • lately, kegilaan adalah makan stimbot..wohooo best wo..asap asap, panas panas, peluh peluh sambil makan..mak aih..lupe donia jap.nak pulak makan dengan jimba2met..bahagia gile..sambil makan sambil ngumpat.takpun sambil gosip @ kutuk orang..kalau seoul garden ada bbq, asap asap bau dia lagi..wahhhh..mmg ralit la makan.
  • dulu dulu zaman tak berapa bijak, i belasah je makan ape pon.penah dulu selamba dlm satu hari almost sebantal roti gar*denios i habeskan.sedap sangat sebab sapu dengan chuncky peanut butter, dan letak pulak extra honey..mak aihhhh..mana la tak gemuk pejal badan ni.siap dengan naek jerawat lagi..tapi sejak sejak sedar diri 'sikit' benda yang dimakan dikira kira jugak la.kalau dah banyak makan goreng goreng, esok tak makan dah..dah pandai la jugak nak kontrol.
  • aaa...dari kecik i memang tak makan sayur..aduhh..takde satu tumbuhan pun i boleh makan.ingat lagi dulu masa sekolah rendah, pagi pagi brekfes adalah roti dua keping, telur dan penuh dengan sayur sayuran, timun, tomato, kerot,salad..aduiii..kena paksa makan depan pakya pulak tuh..hazaaaabbb.tapi bila dah masuk MM*U, duk kat melaka, makanan kadang kadang takdek selection sangat..lagi pun tengok semua orang cantik makan sayur banyak banyak..jadi nya i pun paksa diri makan sayur..sebab tuh la i cantik gilerrr sekarang..kehkehkeh.
  • dan..adalah yang paling heaven bila balik kepala batas.memang betul la ape orang cakap, penang tuh syorga makanan.tapi as for me, bukan la kat penang banyak makan sedap sedap, tapi dah mak i kat penang..haruslah penang makan sedap sedap.mak i dia punya telur goreng pon macam ade ape je.sedap nak mampos..telur goreng, nasik panas, curah kicap..haih...tiga pat pinggan pun blom tentu cukup.ape mak i baca masa goreng telur tuh pun i tatau lah.itu belom lagi dia buat muratabak, dadar gulung, seri muke, kueh apom, cok keria, pengat pisang.jangan suruh i start dengan lauk pauk..haih..kalau balik mak malas masak @ banyak kenduri akan jadi satu ke'up-set'an okeeehhhhhhh..

kehkehkeh..kalau cakap bab makan, memang la tak cukup satu entry.seb baik i tak pandai masak.kalau tak harus i akan ade satu blog khas untuk resipi dan menu menu semua..ibaratnya kalau hari tuh i puasa, sesudah subuh i dah sebok sebok diskusi dengan metsss ape nak makan mase berbuke..tak ke parah tuh?

tapi, i suke..