Friday, February 27, 2009

ipiinnn!!! ingat masa depan...

bismillah hirrohmanir rohim ..

allah humma solli 'alla saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim

ya allah ya rahman ya rohim
ya azeez ya hakeemm

ya allah
engkau maha pengasih lagi maha penyayang
engkau maha berkuasa lagi maha bijaksana
hanya engkau yang layak untuk mentadbir sekalian alam
dan hanya engkau yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui

ya allah
seandainya engkau catat ini yang terbaik untuk kami
bantulah kami dalam membuat keputusan ya allah
kurniakanlah petunjuk mu ya allah
tetapkan hati kami ya allah
agar kami tenang dengan pilihan ini ya allah

ya allah
seandainya engkau catat ini rezeki untuk kami
permudahkan urusan kami ya allah
kuatkan semangat kami ya allah
berkatilah kami ya allah
dan kurniakanlah kebahagiaan kepada kami
di dunia dan diakhirat nanti ya allah

tetapi ya allah
seandainya engkau catat ini bukan rezeki kami
jauhkan hati kami kepadanya ya allah
buangkannya dari ingatan kami
dan ganti kan ia dengan yang lain ya allah

ya allah
hanya engkau tempat aku mengadu
dan aku redho atas ketetapan mu ya allah

bismillah hi tawakkal tu allah
la hau la wala khu wa ta illa billah hil 'ali yul 'azhim
wasollallah hu 'ala saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim
walhamdulillah hirob bil 'aalameen.

ameen .

Tuesday, February 17, 2009

mengidam

lately nih ada sindrom teringin yang maha dahsyat. tapi itulah benda nya blom dapat lagi. susah betul nak jumpa

1] nak kuih pau inti kentang n daging. tapi nak pau yang kampung punya style. yang dia lapik dengan daun pisang tuh. yang pau dia gebu di dalam tapi keras di luar. rupanya buruk tapi rasanya sedappppp. nak nak kalau makan panas panas..mak aiiiii. dulu cik noriah selalu buat pau nih. silap silap satu pengukus tuh i sorang je yang makan...tapi sekarang nih cik noriah dah jarang aaa buat kuih. selalu beli je. beli sure tak sedap. tetambah kalau pau ahmad ke, pau nusantara ke (yang jual jual kat kedai la ni) tak sedap langsung. inti tah ape ape..

2] nak sukun goreng. ari tuh ada nampak akak kat pasar keramat tu jual. akak nih mmg gorengan dia marvellous. tapi disebabkan ari tuh nak cepat and ada unsur unsur nak diet..so, buat buat macam tak nampak je la. tapi now, bila dah tak bley tahan tekak ni nak makan, akak tuh dah tak goreng. mayb supply sukun dia tak dek kot. duh..kat kelana jaya nih ada. tapi tak sedap..tipis sangat, jadi minyak nye je banyak. gemuk la i..

3] aiskrim batang yang sarung dia pakai kertas tuh. dulu dulu masa kecik kecik harganya seketul sekupang je. cover dia ada gambo gambo buah. tapi perisa dia ada sarsi, oren and ape la tah. best tau sebab dia aiskrim bodo je. maklumlah harga sekupang je. tapi kalau macam tengah panas panas sekarang nih, dapat layan ais krim tuh bawah pokok sambil tunggu bas ke, perghhh...syahdu

4] makaroni n cheese yang cheese nya giler aa banyak. koman koman yang macam kenny rogers punya tuh. kaler cheese dia yang kuning tu je dah really tempting and salivating..owh. tp apa daya, i perlu menahan nafsu. takmo lagi makan lemak lemak nih. eh! bukan la takmau langsung, nak, tp tak bley la main redah je. kena kontrol la kan

erm...rasanya macam ada lagi yang teringin. tapi malu pulak nak buat list panjang panjang nih. kang ada pulak orang kata budak ni ingat makannnnn je..

huh!

Wednesday, February 11, 2009

bukan...bukan begitu

hai..

1] bukan..blogspot dan rangkaian blog yg lain tidak diblock oleh pihak sini. terima kasih :), sesungguhnya kemurnian hati anda amat saya hargai. cumanya lately nih sibuk sikit. bukan apa pun, banyak pulak nak cover. bila awal bulan sibuk prepare monthly report, tgh bulan catch up keje my staf yg dah berhenti tuh. owh, btw, my staf yg bermasalah tuh dah resign. betapa senang nya sekarang. dah dapat pengganti, tp biasa lah budak lelaki. banyak pulak kepoyoan nya. takpe takpe, dia nak main api..silakan...saya ada minyak yang banyak.. muhahahahahh. so, bila dah ralit catch up keje my staf, dah awal bulan balik. siap kan report bulan lepas pulak. then, hari nih baru lega sikit. lagi pun bos cuti hari nih. no, my bos bukannya yg jenis hambat atau suka kacau staf, tp sebab dia terlalu mesra, sampai dia tak suka duduk dalam bilik dia. dia suka lepak lepak kat meja satf dia..penat tau nak berlakon jadi pekerja berdedikasi nih..

2] penah tak rasa macam malas yang amat malas? kaki ni pagi pagi bagai di angkat angkat untuk pegi bekerja. aduhai..susah la macam ni. muda muda lagi dah ada sindrom paksa diri.tapi itulah, walau malas macam mana pun, setiap pagi mesti tak cukup tanah untuk di pijak. sejak sejak subuh masuk lambat nih, ribut ribut diri ni pagi pagi. bayangkan kalau 610 baru azan, sedangkan pukul 625 dah nak kena keluar rumah. huh! mencabar

3] penah tak dengar this quote? 'jangan halang orang bila mereka mahu membuat kebaikkan'. ini quote dari ustaz fahim (masa MMU dulu). contoh, kalau orang tuh dah niat nak belanja (sedekah), terima sebaiknya. kalau kita tolak, kita dah kecik kan hati dia dan dia tak berpeluang nak membuat pahala. teringat kata kata nih sebab bila dalam train ada sesetengah warga tua yang tak mahu menerima pelawaan seat dari anak muda. manis juga kalau pelawaan itu ditolak dengan baik, tapi ada sesetengah nya akan suka marah marah. entahlah, bukannya orang nak ajak menjahat, mungkin mereka sangka pada orang muda itu mereka amat lemah. owh! tolonglah jangan berburuk sangka. sedangkan itu tanda hormat orang pada dia. haih..life is so unfair(motif?)

4] memang betulla lirik lagu ungu '..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan..' sebab ada masa masa nya kita tak tahu macam mana nak terang, cerita hatta dan keluarkan cerita berkenaan satu satu cerita.

5] penah tak ada kawan yang dia nih nampak naif, macam blur dan blank. bila ditanya, banyak yang dia respon tak tahu...kadang kadang ada juga yang dia tahu tapi cara dia cakap tuh, macam tak meyakinkan je. tapi sebenarnya banyak benda yang dia tahu. sebab bila kita test test dia..banyak yang dia bole cerita.tak sangka...takut kan ngan orang macam nih. siapa? saya lah..hahhahahahh

dah pun sampai tengah bulan februari .. cepatnyaa..