Tuesday, May 11, 2010

platinum

hari ni keluar rumah macam biasa 0610, sampai lrt datuk keramat 0616..tetapi, kenapakah i swipe in tadi jam 0734? it takes almost half an hour nak sampai office..apeeeeeeeekaaaaaaaaahhhhhhh? [tanda tanda meroyan sudah mariiii]

hah! i tahu sebab apa
  • lrt hari ni weng gamaknya. masa dekat stesen damai, almost 15 minutes stop. without any announcement, terpinga pinga semua orang dalam tren tuh. dari yang tertido pun boleh berjaga..owh..kenapakah?
  • then, dekat pasar seni jadi sekali lagi.and again, tak de announcement pun.ape hal pun tatau.kacau betul la. apesal la tren ni suke suki buat hal waktu pagi?
  • dan keadaan ini berterusan la sampai stesen taman bahagia. patut nya gap between two tren adalah 6 minit dari jam 0600 sampai 0620 dan akan di cepatkan ke 4 dan 2 minit bila peak hours which is from 0630 and above, but then, tadi i sempat jeling kat screen, it takes 9 minutes gap between 2 tren. masa tuh dah 0651..sebab sebab delay? tak bgtau. even sorry sebab delayed pun tak dek. huh! rapidkl punya customer servis belom start kerja gamaknya..
  • bila sampai taman bahagia, biasa la feeder bus rapidkl waktu jalan dia ikut jam-atuk-tiri-belah-bapak-angkat depa..i arrived taman bahagia 0659. supposed bus akan gerak on 0710. tapi tadi, 0710, station master baru perasap sebatang rokok, yg driver bus pulak tak tahu la lepak mana. bas nya ada..tp tak gerak..
  • 0715, station master rilek je perasap sebatang lagi rokok. sambil borak borak dengan another rapidkl staff..hanjeng okehhh!!! kau datang kerja nak merokok je ke? memang rapidkl bagi elaun rokok ke tiap tiap bulan? yang driver bus tuh mmg dah ada dlm bus, tapi tak jalan..duk gurau senda dengan sape ntah dlm bus tuh..banyak main la depa nih..orang tunggu beratur dah panjang, hari dah makin terang dah nih..
  • 0718..baru la bas tuh gerak kedek kedek tapi tak gerak terus..berenti, orang masuk..dia tunggu lagi..tunggu ape pun i tatau lah..0725 baru jalan betul.
  • sampai kat simpang 4 beso nak masuk area kelana jaya, traffic light pulak mampus. great! dan takdek sorang polis pun yang datang. MBPJ nih tak dek sistem alert ke? kalau trafic light mampus, pepagi orang kalut kalut nih, tak boleh ke tolong panggil abang polis sorang jaga traffic..sudah nya berebut rebut la kereta nak gerak. dapat pulak driver bapak kiasu tuh kan..aduyaiiii..
  • dan di akhiri dengan jem depan sekolah kelana jaya..yelah kalau dah sampai situh 0730, mmg la sesak. sesak dengan kereta mak bapak anto anak, dengan kereta cikgu yang dah lambat. dan sebelah tuh pulak ada one private school..lagiiiiiiiiiii la banyak kereta since this private school rasanya tak cukup parking space untuk cikgu cikgu nya. dah nak tunggu cikgu cikgu ni berebut parking pulak..bagus! buat lah selalu. masalah yang macam ni tak mau di settle kan awal awal..dah semua orang effected. aduii

nasib baik i tak lewat sampai. kalau lewat, apekah alasan yang boleh i beri untuk defend diri sendiri. bila dah lewat, HR dept akan percaya ke alasan alasan semua tuh? tak dapat jackkk!!! sure dia kata i yang lembab, bangun lewat, tak reti nak manage time, sengal..dan segala mala yang buruk..padahal?

untuk mereka mereka yang rasa anda lah punca masalah di waktu pagi..tolong la jadi lebih alert, observed dan sensitif. sebab bagi sesetengah orang, satu minit tuh emas, dua minit itu platinum, bayang kan kalau 5 atau 10 minit, apekah harga nya?

Friday, May 07, 2010

blur, blurism..

joke ini i got from reader's * digest, may 2010..tapi i translate kan ke bahasa melayu. i kan nak memartabatkan bahasa melayu [tapi geli geli bahasakan diri i..owhh..come onnn...]. lawak dia lebey kurang macam ni..

...dalam satu kawasan hutan, ada beberapa ekor binatang sedang bual bual. tiba tiba si singa telah mencipta satu permainan yang dipanggil sebagai...permainan-cerita-benda-lawak-sampai-semua-binatang-gelak. tetapi..kalau ada binatang yang tak gelak, binatang yang menyampaikan lawak tersebut akan di bunuh...[owh..kejammm..]

lawak pertama disampaikan oleh si monyet..entah kelakar apa yang dibuatnya sampai semua binatang gelak bagai nak mati..singa yang garang nak mampus pun gelak beriya-riya..monyet berasa amat lega..tetapi kelegaan monyet disentap, apabila si kure kure rileks sahaja..tiada respon gembira atau geli hati..duhhhhhh...makanya kata si singa 'rules will always be rules' [ampunkan grammatical errorr i..]..matilah monyet di bunuh singa...

mati nya si monyet, si gajah pula mencuba nasib..sama macam lawak monyet, lawak gajah juga tidak kurang hebatnya..berdekah dekah binatang binatang tuh gelak..lawak gila babi kata si babi..ahahahhahahah..tapi macam tadi jugak..si kure kure masih tak gelak gelak..celaka kure kure, getus gajah dalam hati..matilah aku si bapak gajah...seperti dijangka..singa pun terpaksa membunuh gajah..

kemudian..si harimau mencuba..fokus harimau cuma satu..kure kure..pasti gelak dengan lawak aku..gaya gaya si rimau nak bercerita..tiba tiba, si kure kure gelak guling guling..bagai kan tiada lagi lawak di atas muka bumi ini..been curios, si singa pun bertanya pada si kure kure..
'di manakah lawak nya kelakar enche rimau since rimau blom lagi membuka mulut?'
..balas si kure kure..

'..bukan..aku gelakkan lawak si monyet tadi..kelakar nak mampus..'

..sambil guling guling sambung gelak..

get it?

kalau tak faham, n tak gelak dengan lawak di atas..harus..hari ini mengaku lah anda pun seekor kure kure..ahahhah

ps: i bet..zufa tak faham lawak ni..

Wednesday, May 05, 2010

sabtu

last wiken, we [me, padil and net] berfoya foya hingga ke bukit tinggi. not bad. ada jugak la tempat untuk tengok tengok dan gedik gedik untuk ambil gambar. dan merasa lah kami terutama diri i sendiri untuk feeling feeling jalan kat kota paris dan itali zaman dulu kala. ptui!

owh..bukit tinggi ada admission fee ye anak anak..dua blas hengget satu kepala, ye, diulangi satu kepala. mungkin sebab last saturday adalah labour day, merangkap awal bulan, jadi orang agak ramai..nak jalan pun kena tengok kiri kanan takut takut kita pass by orang tangah nak amek gambar..kalau nonong je nanti kena sumpah dek orang, tak aman dunia..

all in all..it is so so la. sama macam fraser hill. kalau untuk kill the time, boleh la pegi sana and provided u suka la tempat rileks rileks ni. kalau u jenis yang suka kecoh kecoh, riuh riuh..this is not the right place.

okes..seperti biasa, selepas bergedik gedik mengambil gambar, kitorang turun dan mencari pasal pula di tanah rata. balik ke pangkal jalan istilah nye..singgah di wangsa * walk untuk sessi ehem ehem..abes sesi ehem ehem..perut pun dah bunyi..

owh..terlupa nak cerita. on the way ke bukit tinggi, kitorg isi perut kat r&r genting * sempah. betapalah kitorang ni ramah mulut, kat kedai buah berangan dan asam asam pun kitorg boleh dapat kawan. ahahahha. rupa rupa nya uncle kedai tu adalah orang kampung okeh..dia penah duduk kat sungai puyu. hiks! lama jugak sembang sembang. siap boleh tahu sejarah pembabitan penjualan buah berangan dari kereta tolak sampai lah masuk dalam kedai kat r&r tuh..

okeh..sambung perenggan atas tadi..bila perut dah nyanyi lala lala..kitorg pun melayan perut dengan steambot d kak *eita steambot..erm..not bad. sedap jugak. selection buffet dia banyak jugak la..lagi i suke sebab yg barbeque dia buatkan, jadi nya tak la bila abes makan satu badan bau asap..tapi sebab kitorang sampai dah agak lewat, ikan kembung, cencaru untuk di bakar dah abes. tinggal ayam, kambing dan satay sahaja. tapi sedap sedap belaka. since kitorang bertiga memang layan makanan yang macam nih..nampak gaya nya boleh la pegi lagi..

kat kedai steambot ni lah kitorang agak hangin. bukan marah tuan kedai, tapi marah dekat beberapa family ni..

nak di jadikan cerita, kat sudut tepi restoran ni ada fountain kecik, ada la ikan beberapa ekor. dan restoran ni punya interior pun boleh tahan..area luar depa tabur2 dengan batu yang ala ala refleksologi tuh..cantik la..

sekali adalah meja kat hujung tuh dalam dua tiga family jugak la, mcam tgh family gathering. masalahnya ialah..mak bapak semua tengah sibuk melantak dan bergusip, anak anak depa baik punya lepas tak ambik port..budak budak ni pulak duk keliling fountain tuh nak gagau ikan dalam tuh. lama lama nak gagau tak sampai, depa pakat pakat kutip batu batu hiasan yg kat jalanan tuh baling masuk fountain. amboi mak.. dah la fountain tuh betul betul belakang meja kitorang, budak budak tuh dok berebut rebut, bila lawan lawan baling air fountain terpercik la. kalau ikut kan hati mau aja i simbah sup steambot tuh atas kepala mak bapak depa. mangkuk! kau sedap sedap melantak, anak, ko buat bodoh!

bila kami dah geram, i dgn net mula la jeling jeling dan buat bunyi. wahhhh...tak takut okeh..sampai ada sorang budak pompuan tuh i dah tahap angkat garfu, buat gaya nak ketuk dia pun dia buat rilek je..huh! sama perangai macam mak dia. tak makan saman! nasib la bukan anak buah i, kalau tak..dah lama kena cubit.

bila depa dah blah..baru la aman dunia..haih..untuk mak mak yang bawak anak makan luar..tolong la ajar sikit anak tu sopan santun. duduk diam diam. jangan la bagi alasan ' ala..budak budak, mana reti duduk diam .' owhhh plisss la..ada okeh budak yang tahu hormat keadaan. dia nakal kat rumah je..bila ada orang, kat luar dia pandai behave. kau la tak ajar anak kau..

abes makan, macam biasa bayar, balik umah, tido lah. sambil hati masih bebel bebel tak puas hati dengan mak budak budak tuh! cess!