Wednesday, October 31, 2007

cerewet

ye, aku mmg cerewet
tp still ada toleransi
aku cerewet dlm beberapa benda je

environment, makanan, orang orang dan beberapa lagi la

but, kalau aku penat..mcm sume benda aku akan cerewetkan
contoh macam malam tadi
aku balik tak la lewat sgt tp lambat dari biasa dan sebab sebok sket smlm, so aku jadi penat+lapar..sbb tak lunch, makan kul 11 mee kari sket je

pas maghrib, aku ngan wani g makan kan satu restoran mamak nih
kitorg g kedai ni sbb servis dia cepat (tak sanggup nak tgu lama sbb lapar)

aku order bubur nasik ayam (seperti di tulis dalam menu)

sekali bila order aku sampai..

bubur nasik, dia tabur daun bawang, daun sup (yg bau kumbang tuh), bawang goreng, serai hiris, and ikan bilis goreng then dia curah sup..

aku pun gaul gaul mencari mana ayamnya..(i am chicken lover..aku sakit hati kalau food tu nama belakang ayam tapi satu ayam pun aku tak nampak)..then, aku panggil la ane tuh, aku ckp ngan dia mayb dia salah hantar order kat aku, sbb aku mintak bubur ayam bukan bubur ikan bilis..sekali ane tu ckp dengan bongkaknya '..ada la, makan dulu, dlm2 ada..'

dlm dua tiga sudu aku suap, konfem, tak dek ayam...sakitnye hati dah la lapar .

then, bila bayar '..hempat inggit setengah, 3.50 bubur, 1 ringgit limau suam..'

dem! teruk la..buli aku. benci betul..nak je aku tanya dia atau gertak2 kata nak report kpdnhep..tapi sian kat wani, nnt dia malu lak (sbb org ramai kan..)

takpe takpe..aku tak mau dah pegi kedai dia..benci!

Tuesday, October 30, 2007

tu la.. kalau ikhlas ..

ini cerita dari aniza asri

kawan niza, tak berapa cantik, berbadan agak besar, keje pun biasa2 jek (mcm aku la..)

then, satu hari ada mamat(driver lori) swit swit dia, so, dia pun layan..sbb dlm hati dia, kawan je la sapa2 pun. lagi pun kalau memilih sgt, tak dek org pun nak suka dia..semua lelaki nak kawan dengan yg cantik2 jek.dan mmg diorg terus berkawan dan berchenta chenta. walau pun minah ni ada degree, tp dia tak kesah terima mamat tu walau pun driver lori je..

dan satu hari (on merdeka day) family lelaki tuh datang merisik..alangkah terkejutnya minah n family nya bila rupa2 nya mamat nih, anak org kaya, he is an engineer dlm company bapak dia sendiri..yg dia bwk lori tuh sebab dia tolong pakcik dia meniaga..n lebih bahagia lagi, mamat tuh amat lah hensem dan berbudi bahasa...

duh...rezeki org kan..sure mamat tuh tak pikir panjang nak terima minah tuh, sbb walau pun minah tuh ada degree tapi stil leh terima dia yg bwk lori jek..ikhlas berkawan..

nota:

tu la, kita kalau kawan ngan org, jgn tengok rupa ke, warna kulit ke, harta ke, pangkat ke..sapa yg dtg as long as baik budi bahasa nya, kawan je la.. mana tau dia tuh putera di raja dari mana2, tak pasal pasal aku jadik permaisuri..hahahahahhaha
BERANGAN!

Monday, October 29, 2007

tulunggg

tulunggg

tulunggg

nak tgk little manhattan sekali lagi .....

gile fanatik..kalau layan utube pun dah tak layan anuar zain..layan gabe ngan rosemary je ..

owh..

i-am-little-manhattan-maniac

pathethic!

Saturday, October 27, 2007

'sekali sekala, 'stor' tu kena la dikemaskan..'

dari tercipta untukku - ungu

'..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan..'

dan malam hari tuh, tertengok 'little manhattan'. cerita nih kiut sangat. konsepnya sama mcam mukhsin, tp ini lagi kiut sbb gabe (budak lelaki) menjadi narrator, so apa aja yg terfikir dlm otak dan hati dia, dia akan ckp.

ini nasihat bapak gabe masa dia tanya bapak dia 'why love sucks?'

'..in our life, sometimes ada benda yang kita tak berani nak luahkan. akhirnya benda tuh tersimpan dalam hati yang akhirnya akan bersepah2 dalam hati kita, it is like our stor. benda nih lah yang menyakitkan. so, sometimes we have to cleann up our stor..'
(ye, bapak gabe tak ckp melayu, aku yg translate..)

owh, even bapak gabe tak bagus sgt in love life (since masa tuh bapak dia dlm proces nak divorce ngan mak dia) tp ayat bapak dia tuh amat betul kan?

hurmpp...

me: i HAVE TO clean up my stor, in fact storSSSS

Tuesday, October 23, 2007

nama saya ..

1]nama seperti dalam surat beranak - Hanizan Binti Zakaria

2]eja - H.A (ha) N.I (ni) Z.A.N (zan) H.A.N.I.Z.A.N

3]dekat rumah, mak bapak kakak abg dan adik adik panggil IJAN

4]bila masuk sekolah (rendah dan menengah) kekawan panggil NIZAN

5]bila masuk MMU ada yg panggil NIZAN, IZAN, ZAN dan NIXAN

6]bila kerja kat khidmat negara nama-nama di atas kekal, depends ngan org, cuma ada tambahan HA-HA

7]bila pindah keje kat sini, nama nama nih jugak kekal. cuma HA-HA tuh tak dek. n my bos tak reti sebut hanizan dia panggil HAIZA

8] tp hari nih, masa lam toilet, terkejut pulak ada sorg kakak nih panggil dengan nama HANNNN

nota:

see, walau pun nama aku nih, pendek simple dan hanya 3 suku kata, macam2 nama aku dpt. hahah tapi akak yg last nih la best..giler daring masa dia panggil aku tuh.. sekali bunyik macam hans isaac..sumpah, aku ingat dia panggil org lain..skali dah dia pandang aku plus, takdek org lain lam toilet..menyahut je la

as for me, as long as org tak panggil aku ngan HANI, aku akan jawap la...(dah penah ada kes org panggil aku ngan HANI, tp aku buat bodo jek. nampak BIMBO sgt nama HANI tuh) hikhikhik

Saturday, October 20, 2007

seribu tahun

salam .

hari sabtu dihening syawal pun keje.iskhiskhiskh. paklah tengok mesti bangga..

oh, btw, hav u listen to 'seribu tahun' imran ajmain OST kerana cintaku saerah?
ye ye aku tau lagu tu mendayu2 dan agak ke'pondan'an..tp tak kisah la, dah nak suka.
lagipun ade org tuh dah simpan itu lagu dalam henpon nya dan ada sorg lagi pun sebok2 nak jugak..(dua dua tuh bukan hanizan ye)

pasal angkasawan

ada macam2 aku dgr dan baca. ada yg suka ada yg tak. aku? aku suka. bertambah suka bila aku baca komen mufti perlis. '..program nih bagus, patutnya sebagai umat islam, kita yg perlu menerokai semua sebelum org lain sbb ini kekuasaan ALLAH, tp sebab kita terlewat umat lain dah mendahului..' mmg betul, ilmu ALLAH ni luas, setiap inci ada, kenapa kita nak had kan keupayaan kalau kita mampu. tak kesah la apa org lain nak ckp, but, based on kekuasaan ALLAH dan kebijaksanaan-NYA mmg patut kita explore. bukan sebab nak nama atau apa apa je. kalau ada umat agama lain yg nak kondem sana sini, lantak lah. mmg sifat mereka mcm tuh sejak dari zaman muhammad..tak buleh tgk islam maju ke depan.

ok? ok kan aje lah.. dah aku tulis macam ni dan ni blog aku..

Friday, October 19, 2007

patutla ...

patut la semalam sedih tak keruan tak pasal pasal.

1] semlm, balik dari kerja, aku angkat kain baju kat ampaian yg aku basuh dua mlm lepas (selasa malam), bukan takmo angkat hari rabu, tp sebab rabu hujan, kekainan aku tuh macam sejuk2. so semlm masa angkat, ada benda yg hilang. bukan satu, bukan dua, tp tujuh ok...mmg BAGERO la mangkuk hayun yg cilok kekainan aku..sbb smlm aku puasa + penat ngan keje yg banyak..aku pasrah dan redha je la. tp smlm sempat gak aku doa (aku tau, doa utk keburukan org tak elok ..tp tak kire) kalau BAGERO tuh curik sebab nak pakai sendirik, makanya sakit kulit lah dia. hanya akan pulih bila dia dtg mintak halal kat aku, kalau BAGERO tuh curik sebab nak jual kat bundle, maka tak berkat la dunia akhirat dan kalau BAGERO tuh curik untuk nak bomoh kan aku.. aku doa, sakit tuh kena kat dia.. amiinnnnn. nasib la, aku doa pas semyg, pas baca yasin, aku puasa lak tuh, aku teraniaya...mintak2 makbul. lantak la kau BAGERO!

2] dan semlam 18 oktober..ala, nape aku lupe. ingat pun masa tgk tiket rapidKL yg besar dan terpampang tarikh tuh. tp tahun nih tak dek pulak arwah dtg dlm mimpi aku mlm2.. mayb sebab tu aku lupe. tp smlm aku dah hadiahkan yasin untuk dia. walau pun dah 11 tahun, aku still doa moga dia ditempat yg baik kat sana, dan dia maaf kan dosa aku kat dia.. ape ade ngan semlm? smlm genap 11 tahun arwah faidz meninggal. aku penah citer salah aku kat lm blog nih.. carik la kalau nak tahu, aku malas nak link

3] dan aku lupa lagi.. ari tuh 5 Syawal besdey aku kalau ikut tahun islam. 5 syawal 1400. owh, kalau ikut tahun islam aku dah 28..lupa nak wish untuk diri sendiri.

mmmmm. patut la semalam tak keruan. rupanya ada benda yg jadik. tp takpe, aku kan macho..mane leh cenggeng2. tak seswaiiiii

Thursday, October 18, 2007

saya sedang sedih

sebab sedih:

1] hari nih kat ofis ada 5 termasuk sya. owh, termasuk jugak bos (manager india yg cuti awal dan naek lambat dari jadual). tp sekarang saya sensorg di ofis

2] saya sensorg sbb saya puasa, makanya waktu lunch n minum pagi tadi, saya kena jaga ofis, pick-up call dan sebagainya..benci

3] sedih sbb sampai sekrang dah 2 lebey, diorg belum lagi balik dari bfuye2 beramei2

4] sedih sbb bos saya tgh gabra sbb report negeri belum siap. makanya saya kena buat semata saya jek officer yg ade. officer in charge mc sbb miscarriage. dan saya tak pandai nak buat, dah siap separuh, lagi separuh tgh godeh2 lagi

5] sejak selasa, asyik sorg2. kat ofis, kat umah. seb baek smlm met dah balik..

6] sedih sbb tak puas beraya. nak raya lagiiiiiiiiiii

7] report saya belum printout n bind chantek2. baru adjust2..tak sempat

8] ingat tak dek org kat ofis, leh fuye2, sekali dpt keje urgent yg kena submit sblm monday. dah la tak reti buat.....

9] kat umah (kepala batas) semuanya ada lagi. sure diorg tgh gelak2, makan2, main macam2..nak join jugakkkkkkkkkkk

10] sedih sbb ptg ni tak tau nak berbuke ape?? (aik, nih pon masuk?)

ape ape je la hanizan oiiiiii. mengarut! dah la gi siapkan report tu cepat (hati aku berkata-kata secara tiba tiba) hikhikhik

Wednesday, October 17, 2007

And even if the sun refused to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
You’re all I need, my love, my Valentine






















href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYEFLEzdukAPmRs0JWtbNOkOTYtO_01tbmrjoJGrv6-PILzR-asI5d9uYs5Hw4XsCA6Qoy_nCfVWI9rA1d0RykeKMdAri7G9gRqUkSbpEjyqg2owP8zbayPuPGA5Asi11QDGuy4g/s1600-h/DSC01135.JPG">




p/s: even eldest sister tak dek lam gamba nih, tak bermakna i tak sayang dia :) sesungguhnya aku sayang semuanya

Tuesday, October 16, 2007

hai. sensorg kat ofis hari nih. busan!

how was ur raya? mine, pelik2 pulak tahun nih? macam2. nnt la cerita. nih ada gambar2 sebelum raya. salah satunya ialah my achievement tahun nih. yea! tak semua org buleh buat benda nih.



nih ba'atun si pengelat. org sibuk buat mcam2, dia sedap2 jek bersandar sana sini.



at last, menolong jugak, tp tu lah, tolong tengok babah yet mengemas, tengok n comment



hahahha. inilah s.jibeng. menjelang raya, s.jibeng dtg bukak daun palas kat umah kitorg.kahkahakhak



inilah proses buat ketupat palas. mula mula daun palas kena bukak. kena buat bentuknya dulu supaya senang masa nak bungkus pulutnya nnt



then, bila pulut dah siap di tanak, baru bungkus..hanya yg ada skill jek leh bungkus. dan tahun nih, hanizan dah pandai bungkus. itu the first ketupat yg i bungkus..hahhah(gile riak!)



tp kan..chu yah(my youngEST sister) lagi hebat, dia buleh anyam ketupat.aiseh, kena belajar jugak nih..

ini yg sebelum raya. for ur info, pas bungkus ketupat tu lah, hanizan diserang demam, n badan kena ape tah. muka bengkak tak ingat. dari malam raya sampai la pagi raya. as a result, tak dapat sembahyang raya..sedih tauuuuuuuuuuuu. dah tunggu setahun, tp tak dapat :(((

gambar raya? entry pas nih pulak, ok?

Tuesday, October 09, 2007

sabar tu besar rahmatnya, hanya yg mahu berfikir akan rasa nikmatnya, betul?

amek .. gile panjang tittle aku

gara-gara tutup akaun, dua hari sessi berbuka tak menentu.
hari jumaat lepas, azan maghrib masa tgh bukak kunci umah, sbb pasar ramadhan dah takdek ape2, hari tuh makan meggi jek

smlm pulak, baru nak tapau nasik kat pasar, dah azan..balik, minum air kosong seteguk, mandi, solat, baru mkn..

mlm tadi, sampai tertido ngan statement n trial balance. hari nih, panas kepala carik ape lagi yg tak balanced, bertinggung, melompat, menjerit, sume dah buat..

n akhirnya, jam 2, baru balanced. baru kasik division sebelah..dan officially dapat lah hanizan pulang beraya esok pagi..

kesimpulannya, sabar tuh mmg senjata manusia, kekdg, benda tuh simple, tp sebb tak sabar, kepala serabut, tuh benda tak settle..

apa apa pun

'selamat hari raya, maaf zahir batin, hati2 di jalan raya'

sign off sbelum off to my hometown

sayang kamu selalu
hanizanzakaria

Monday, October 08, 2007

rasa nak menangis

nak nangessssss

report dah 95% siap, but, sad to say, tak balance berjumlah 68 juta.
supposed my bos soh submit just now (before lunch), but, sampai sekarang still tak jumpa apa lagi yg belum di reconcile..mengakibatkan my account still unbalanced..duh

semua org push sbb sume org nak cuti raya, semua org nak siapkan report masing2 before end of this week.same goes to me, nak balik 10hb, so kena anta paling lewat pagi esok..tp mane nak carik 68 juta tuh..

nak nangeeeeesssssssss

owh, dah menitik air mata

Friday, October 05, 2007

ape aku buat mlm td?

since 10hb dah nak cuti, n month-end report kena submit sebelum balik raya, so kena la siapkan kerja. smlm terpaksa menilik bank statement yg begitu halus tulisannya. last2 bwk balik, buat kat umah bila dah tenang2 hati pas terawih..

so, bila dah siap, sj godeh2 kamera.


inilah apa yg dikerjakan. in baru satu bank, ada lagi 9 bank..berpinar mata

tiba tiba...amek gambar benda yg selama hari nih dikumpul..n share kat sinih


ini adalah collection masa awal awal reti pakai perfume..zaman belajar


ini pun same..dulu suke beli yg miniature jek..


bila mule kerja, beli yg body shop punya pulak..tp ada gak yg baru dibeli..


inilah perfume pertama. suke sgt, sbb bau dia sweet. blom habis lagi nih, dah byk tahun beli


yg nih pulak hadiah besdey tahun lepas..dah nak abis dah


yea! yg nih pulak hadiah besdey tahun nih. ingat hari tuh nak beli CK, skali amoi tuh promote nih, so, amek jek le..

ada sesape nak tambahkan?? highly appreciated :)

Wednesday, October 03, 2007

oho..dahulukan perut eh

semalam, berbuka di hartz, times square dgn aniza n ayin..
dari kul 6 beratur, 630 baru leh masuk..
seperti biasa, akan full house dan ada yg tak dpt masuk.

once dah masuk, semuanya(org lain) menderu2 pegi amek makanan
yg aku jakun sgt, semua nya amek byk2, sampai penuh meja memasing.
aku mmg pelik sbb nampak macam diorg nih dah lapan tahun tak makan..
sbb dah ramai sgt org beriya riya berebut makanan, kitorg bertiga settle down dgn buah n salad..sahaja.

then, berbuka pun makan la ape yg di amek duluh. compare ngan org lain yg pulun melantak ayam beriya2..

skali aniza n ayin pun bergerak lah untuk menunaikan solat maghrib..so, aku pun ditugaskan untuk menjaga meja..

sampai lah aniza n ayin balik dari sembahyang, aku tgk org lain tak gerak pun dari meja diorg..kali nih dah tak pulun makan, tp pakat pulun amek gambar pulak..aku pun pelik la kan..tp takpe mase tuh baru kul 8, then masuk 810, masuk 820, masuk 830, masuk 840.. pun org2 lain tak gerak pun..aiseh, aku mula la pk2 buruk..diorg nih tak sembahyang ke?

bila dah 850, majoriti gerak balik ... baru la angkat bontot..n terus la balik, kalau g surau pun, maghribnya ade lagi ke?

kesimpulannya ialah:
1]sempurnakah puasa kalau tak sembahyang 5 waktu?
2]bukan ke rukun islam, sembahyang tuh dtg dulu sebelum puasa di bulan ramadhan?
3]apa makna puasa kalau tak sembahyang?
3]apa makna kerja gaji tinggi2 tapi tak sembahyang?
4]apa masalah org islam yg tak mau sembahyang?
5]masa nak makan berebut2, kenapa tak berebut2 untuk sembahyang?
6]jgn jgn jgn aku jadik mcam diorg tuh na'uzubillah

kawan2 ku tersayang, jgn la korg jadik macam tuh ok...walau ape pun yg jadik, susah macammana pun, sembahyang tu jangan lupa ok? baru berkat semua benda..

Monday, October 01, 2007

untuk mak, ratu sanubari ku sampai akhir hayat

4 oktober 2007

ya allah,
kau ampunkan dosa ibu ku, berkatilah hidupnya, bahagiakanlah dia, peliharalah dia dari malapetaka, kurniakanlah kebaikkan perlindungan hey hey kepadanya di dunia dan diakhirat nnt..

mak,
moga mak bahagia sampai bila bila.

hug n kisses,
anak-mak-yang-comel-dan-loyar-buruk




mak ngan chu yah yg gedik..duhhh