Friday, October 31, 2008

terlalu ingin ketawa..
lihat apa yang mendamaikan jiwa















tiada bahagia..

Friday, October 24, 2008

enuf!

awal awal dulu my unit ada 5 org
seorg officer (me)
dan 4 org kerani.

lepas tuh dec last year
one of my staf promoted to ketua kerani and transfered to other unit
so, tinggal 3

then, early this year
post ketua kerani telah diwujudkan dlm my unit but, dgn syarat kerani akan ada 3 org shaja. fine..tak de masalah (dlm hati aku berkata)
lagipun yg dpt post ketua kerani tuh one of my staf jugak
tp, disebabkan yg dpt ketua kerani tuh my staf jugak, so my kerani tinggal 2 org sahaja.

bila HR buat interview baru, untuk ganti my staf
my 'upper level' telah mengambil org itu dan diletakkan di satu unit baru. yg bertanggungjawab untuk menjaga claim org2 besar yg-tah-hapa-hapa-diorg-nih-mengampu
maka, aku short one staf. b*bilah!

so, there goes..aku ada seorg ketua kerani dan 2 org kerani

nak dijadikan cerita, seorg kerani aku nih asyik MIA
kalau tak EL, sure MC
memula dia kata dia ada migrain..dah lama lama nih dia kata dia ada darah tinggi pulak
kalau hilang tuh bukan sehari, kekdg sampai direct seminggu tak datang
ape jenis manusia pun aku tatau
fine..aku paham dia kata dia sakit, but, sampai bila dia sakit yg membuatkan org lain pulak bole sakit tanggung keje dia

lagi satu dia nih mmg banyak kes. dari dulu lagi dia nih dah buat perangai. MC< MIA< EL nih mmg dah lama dia buat. pernah previous officer bertumbuk dengan dia bila jumpa dia duk meniaga buah. padahal dia kata dia tgh migrain
pada aku jadahnya org sinih nak percaya lagi ko migrain ke ape ke, kalau ko dah penah tipu org

bygkan kerja yg sepatutnya dibuat oleh 3 org, kena delegate kat dua org. bila sorg lagi selalu tak dtg, konfem la yg sorg nih kena buat. yang menambahkan risau aku ialah yg sorg nih pulak mengandung, terpaksa pegi bank pagi2, panjat van sana sini sebab nak bank in check semua bagai. buatnya akak kerani aku tuh terberanak ke, tak ke jenuh aku nak menjawab ngan laki dia

yg aku geram mamat yg selalu MIA nih, kata sakit, tak bole tido lah ape lah, takbley angkat kepala la, tp bini duk beranak jugak. haih...sakit hati aku
dan yang aku sakit hati, bila dia tak datang, dalam pukul 2 ptg mcm tuh, baru nak sms aku bgtau mc la, EL la apa la..sakit hati tau!

dan semlm for the first time ever aku jawab sms dia yg aku harap dia paham..
aku ckp,

"sampai bila nak mc? sampai bila org lain nak buat kerja kamu? tolong pk pasal org lain jugak boleh. org lain pun ada masa tak sihat, nak jugak apply cuti untuk famili. jgn beban kan org lain"

dia bole jawab

"saya tau saya dah susahkan ramai org. hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa. saya akan sentisa doakan yg terbaik untuk org yg dah byk tolong saya"

aku tau aku mmg bukan org yg baik. dan bila aku dah marah, tolong la jgn main2 atau guna2 nama Allah, doa dengan aku, mmg silap banyak dan akan buat aku bertambah marah. so, aku jawab balik

"takpe, takpayah nak sibuk2 doakan untuk org lain. doakan untuk diri sendiri lagi baik. saya dah letih nak dengar maaf2 nih. macam nih lah. tolong buat keputusan. jagan bebankan org2 lain. saya dah malu nak jawab ngan org keliling"

amek. sebeanrnya aku nak jawab mcm nih

'lu berenti je bole tak? gua nak carik org lain. kecik2 takmau mampos, dah beso menyusahkan org!'

tp, aku rasa aku baik lagi dan aku kenangkan anak bini dia yg aku tatau bulan nih dia nak bg makan apa sebab dah kena cuti tanpa gaji. SHAIT!!!

Wednesday, October 22, 2008

about me

kukin_sukri: jan tu kan
kukin_sukri: dia ok
kukin_sukri: baik
kukin_sukri: tapi kadang2 ada la anginnya
kukin_sukri: angin jiwa kacau
kukin_sukri: dia ada banyak falsampah (kalau pakai falsafah mcm geli)
kukin_sukri: dia sorang ja paham
kukin_sukri:
kukin_sukri: tapi baik hati
kukin_sukri: orangnya
kukin_sukri: (sekian)
Me: yg tak eloknya aku nih?
Me: cepat..bgtau
kukin_sukri: hemm
kukin_sukri: susah nak paham la kot
kukin_sukri: bagi org lain
kukin_sukri: aku susah nak ckp
kukin_sukri: sebab aku kenai hang
Me: la..giii....?
kukin_sukri: hang tak pandai nak express feelings hang kot
Me: so obvious?
Me: demmmmmmm

ps: those come from a good-observer..dah kenal lama. mcm betul la hasil observe dia tuh.

Tuesday, October 21, 2008

always tag in my heart

how should i start?

i have them years ago (betul ke ayat nih?) and i still have them until now.
sejak kami kenal, kami kenal parents and family masing masing, kami kunjung mengunjung rumah masing masing. contoh rumah cukin, dari kuarters kat sekolah khir johari, kuarters kastam and now kat mutiara court..semua kitorg tahu..cuma kitorg takpenah tinggal serumah. tapi berfuya fuya mmg itu lah kehebatan kami. dari zaman sekolah, kelas tambahan, zaman belajar belajar and sampailah sekarang. walau separuh di sini dan separuh di sana, but, the bond never been fade but, even close..

siapa kami? kami la power rangers, charlie's angel, satria baja hitam, puak pelampau irshad, sayap kiri, dan bahan eksperimen yang gagal. hahahahhah.



siti hajar binti ismail a.k.a chegu



kenal siti dari darjah dua kat sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas. dari darjah dua sampai darjah enam, kitorg satu kelas. and masa form 1 masuk irshad sama sama.
siti nih la dalam kelas bole kata paling bijak. hahahha. bijak makan dalam kelas. bayangkan cikgu midah math yang garang tuh mengajar kat depan, dia bole bukak nasik lemak daun pisang makan dalam meja. perrrgghhh..cekap tak hengat. sebab gua duduk sebelah dia (deskmet), gua pun join skali. nak buat camna, nasik lemak dia sedap aaaa.
masa sekolah rendah, kitorg lah ahli koir sekolah. setart dari darjah satu, sampai darjah 5. darjah 6, kitorg dah tak join kior kitorg join pancaragam pulak. hahahha. kitorg bukan la budak pandai, tp tiap tiap tahun hari penyampaian hadiah, kitorg sure naek pentas. tp bukan amek hadiah, perfom je. hahahahah.
parents siti kenal ngan my parents. satu hari beberapa tahun lepas, bapak siti accident, koma dan icu. kesian dia masa tuh. tak tentu arah. yelah, bila bapak dah mcam tu kan..tp takpe, bapak dia dah ok sekarang cuma kaki sebelah kena potong sebab dah tak bley selamat lagi.
siti nih mmg seswai jadik cikgu sbb mmg ada bakat la. bukan mcm kitorg, baran. hahahha.

nurfadzillah binti abd. aziz a.k.a padil



inilah umat paling baik antara kami. hahahah. tp sekarang tidak lagi. mulutnya pun dah laser macam kitorg. kalau ada masalah income tax, cari la dia nih. sekarang nih, dia la palaing kaya antara kami semua. hahahha.
kenal padil dari form 1. satu kelas kat irshad, selain dari form 2, yg lain semua kitorg satu kelas. hahahah. balik balik mmg muka makcik ni lah.
dulu..padil nih tokei roti/bun kitorg. sbb kalau ade add class ptg padil nih la akan belikan bun atau muffin kat kitorg sbb umah dia dekat ja..dia balik umah, kayuh beskal..lunch and tapau kan bun untuk kitorg yang kelaparan nih..
padil nih anak tunggal pompuan, mayb sebab tuh dia lebih ladies dari kitorg. dia dulu lagi dah pandai pakai henbeg, lipstick..sampai sekarang la. dia la pandai groom diri. tak macam kitorg. apa yang ada ja. hahahha
mak padil nih cikgu, bapak dia kastam. bapak padil satu ufis ngan bapak cukin..what a small world kan? so, kalau pegi beraya umah padil, cukin sure kena interview macam macam ngan parents padil. kalau tak silap mak padil pun baik ngan mak cukin. ye lah mak cukin pun cikgu. hahahahahahh. sungguh penang tuh kecik

tengku munira binti tengku izhar a.k.a net



camne leh jadik net? hahahaha. asalnya kitorg panggil tengku. dari tengku, susah nak sebut, kitorg pusing jadik tennet. last2 tennet panjang, tinggal la NET. hahahah. seswai kan.
net, dikenali masa form 3 satu kelas. tp tak baik sgt. sbb net nih budak hostel. jadi dia kadang kadang terkontrol ngan panduan dan amalan hidup budak hostel. ahahahah. lagi pun net nih dia jenis sempoi. tak banyak masalah, tak reti melawan. bagus kan?
net nih, parents dia duk alor star, so kat penang dia duk ngan atuk dan wan nya kat jalan baru, perai. kalau pegi beraya umah net nih, tak penah tak ada orang. paling paling akan ada 5 orang kanak kanak. orang besar, tak payah kira la...
dulu dulu masa form 5, kitorg amek tuisyen kat bukit mertajam (foo siang). tp net tak join. dia kan budak hostel. tp kitorg akan share apa2 ilmu lebih ngan net, ngan org lain..kalau depa tanya, baru kitorg ajar..hahahha jahat kan kitorg? besa la.. nak idupppp.
net skang nih org HR kat Aident bukit minyak. jadik kalau ada nak refer pasal hak hak tuntutan sebagai kakitangan..silahlah merujuk pada dia. hahahhahah

asyiqin binti mohd syukri a.k.a sesukin @ sukin @ cukin @ qin



cukinnnnnn..dia nih asalnya kitorg panggil qin. tapi penah panggil sukin, sesukin sesyukri sestokin..hahahhahahh. dia nih aku kenal since form 2. tp mula baek masa form 4. dia nih la agent foo siang. mana dia dapat tuisyen nih pun tatau la. kitorg yg lain ikut je. kat foo siang nih la kitorg main main mata ngan kok liang, hee chua and the gang. kitorg tak layan mamat melayu sbb poyo.
cukin..hang ingat tak kedai roti canai tepi wayang tuh. hahahhaha. roti panas ngan air barli, pasti pandai akaun. hahahahhah. kat kedai mamak nih la kitorg suka ngorat ngorat mamak tuh. untung untung dapat diskaun nak lagi hebat dapat roti free satu. hahha
cukin ni la satu satunya yang terkeluar dari landasan. haha. sbb dulu kitorg belajaq akaun. tetiba dia amek degree IT. la nih keja dia buat buat pasal IT nih lah kat kompeni sunquick n gula gula hacks. and lagi hebat dia part time photograper.. perghh terangkat. sapa sangka kan? kisah hidup berpusing 360 darjah dari apa yang telah dilalui sebalum nih..
dan kehebatan cukin adalah..dulu dia hari hari nama kena amek ngan pengawas sbb datng lambat. tp being cukin, dia selamba ja. bole jawab ngan prefect 'amek la nama aku..tak abeh haih..' hahhahah. cayalah cukin!

kisah kitorg nih sebenarnya banyak mula di bumi irshad. sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad, pokok sena, kepala batas. kat situ lah kitorg membesar, tengok dan mengadap muka masing masing. kat situ la kena denda, jalan itik, kena marah, gaduh ngan classmet, lawan cakap prefect, larik dari spot-check. hahahhaha.

bila hari raya, beraya dari satu rumah ke rumah yang lain. dari dulu dari pagi sampai petang beraya. walau pun hanya dengan org yang sama, tp takpenah kitorg diam. eh ada satu masa kitorg diam.. bila dapat makanan. hahahhaha. memang dari dulu..kalau tak makan, mulut masing masing, bagai bertih jagung. but, datang je makanan, 10 minit pertama musti sunyi sepi. menghayati dan menghargai rezeki. itu yang kitorg belajar. hahah

hampa..aku tak sabaq nak balik penang lagi. layan seoul lagi nak?

Monday, October 20, 2008

tak perlu diucapkan

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

ps : sape rasa i sayang dia and pehtu dia pun sayang kat i? angkat tangan..
kasi la lagu ni kat i. hahah

Thursday, October 16, 2008

aku lah hero hindustan itu, kalah dulu, menang last2

hikhikhik

1] penah tak cakap sorang sorang? semalam sampai datuk keramat pukul 650 petang, dalam keadaan hujan lebat dan kilat sabung menyabung. sungguh la bertawakkal dalam jalan balik ke rumah. gelap pulak tuh. macam dah malam. being seorang yang penakut, saya pun berkata katalah seorang diri untuk memberanikan diri. rupa rupanya ada orang kat belakang terdengar. tersenyum sorang sorang mamat tu.. takpe takpe, hari raya, kena maaf kan semua orang.

2] ada vacancy untuk post Pegawai Kewangan dan Akaun dekat unit sebelah (unit yang selalu tak puas hati ngan saya and the other way around). ada orang sungguh sungguh suruh saya apply sebab dia kata schemenya lebih tinggi (gaji lagi tinggi of course). but, dengan penuh helah, saya tolak. bukan tolak rezeki, bukan jugak menjadi bodoh, tapi keje kat situ tak berkembang. hanya monitor payment thru sistem in daily basis. takde kena prepare apa apa akaun. cuma report je. takmo lah. dah la orang orang nya semuanya veteran yang sudah amat susah untuk di handle. maklum la orang lamaaaaaa. plus, tiada lagi connection dengan bankers bankers yang sometimes really make my day.

3] beberapa hari lepas someone kata saya adalah orang yang susah untuk di layan. hah! memang la. dah lamaaaa dah tahu, dan dah lamaaaaa jugak diberitahu dan dah banyakkkkk kali memberitahu. and excuse me, saya pun tak hadap layanan dari orang lain dan tak mintak pun di layan. full stop.

4] beberapa malam lepas, buat kali kedua nya saya menonton 'the pursuit of happyness'. dan buat sekelian kalinya saya menumpang bahagia kala dia berlari lari dan melompat keluar masa dia dapat jadi agent kat dean witter tuh. and of course rasa seronok masa

'knock.knock.'
'who's there?'
' no body..'
'no body who?'
' .... '
' no body who?'
'... '
' hahahha..ok i got u..'

kiut kan.. believe me. kadang kadang hidup akan jadi dull kalau semua benda yang kita nak kita dapat dengan mudah. for example, masa belajar, dapat scholar, lepas belajar dah ade keje (tak yah interview), bila dah keje, tak payah bayar loan, gaji maha banyak. best ke macam tuh?

atau nak macam nih. keje sandaran 2 bulan, intern 6 bulan, kontrak 3 tahun, sambilan 6 bulan. dapat permanent tapi bukan dalam scheme yang sepatutnya. gaji, alhamdulillahh..cukup cukup untuk bayar loan yang satu perlima dari gaji bulanan, sewa rumah, bla bla bla. owh..untuk dapat kan pelbagai post di atas, interview dah berkali kali. applications? tak terkira. tapi takpe. have faith. walau tak dapat macam org lain, but the knowledge that count. ilmu tentang dunia, tentang orang orang dan tentang kenal diri sendiri.

satu hari, my happyness will come. i will jumping for joy...

Wednesday, October 15, 2008

bunyi gagak

jumaat lepas balik penang sbb nak amek retainer.

sbb trus nak ke bhar dental kat jalan tenggiri, jadik, turun bas dekat megamall.
dari bus stop, kena la jln sket ke taxi stand
masa jalan jalan sorang sorang tuh..terdengar kicauan burung. er..to be exact, bunyi gagak.

a-ha! ..
inilah perbedaan berjalan di penang dengan kola lumpo

kalau jalan jalan kat area kepala batas, walau banyak kereta macam mana pun,
di tepi tepi jalan still ada ayam ayaman, burung terkincit kincit, kucing kucingan and kekanak kecik main beskal.

kalau jalan jalan kat area bagan atau perai walau sibuk mana pun, still boleh dengar kicau burung, walau pun gagak. sebab area nih dekat dengan pantai, dengan laut. gagak walau pun hitam, jahat and kotor, tp bunyi dia yg garuk tuh, skali skala layan masyukkk jugak

kalau jalan jalan area chowrasta, walau pun panaih, banyak ah so and ah pek..tp bau hanyir nya cuma ada kat situh jek. lagi menyengat kalau dapat layan cendoi yang tepi tangga tuh..perghhhhhhh..nikmat dunia. tengah tengah layan cendoi..terbau pulak bau manis manis jeruk betik, salak, jambu, pelam, bawang, cermai, kelubi, kundang, pair waduh waduh..

peh tu, kalau jalan jalan kat teluk tempoyak waktu maghrib ( cukin..keh keh keh) mmg pantai dia best..masa tuh tak main la umbai (ape kelassss) nak nak dapat hidu haruman ikan bakaq..dengan tomyam yang org tuh kata sedap gila nak mampuih!

pehtu, kalau nak balik kepala batas, lagi best layan feri..alahai..angin sepoi sepoi bahasa, rebut rebut duk tepi, bau ayaq laut.mana nak dapat kalau bukan kat penang? owh, lagi satu..sebelum balik, baek pekena pasemboq. perghhh...terangkat

okeh cukin. hang tak bley gelak dah. aku tak kira gagak pun gagak la. tolong la bawak aku balik penang. jadi maid hang pun ok.

Monday, October 13, 2008

the troooop



JENERAL
Tuan Haji Zakaria bin Mat Amin

B. JEN
Puan Hajjah Norriah binti Mat Rasit

MEJARsss
Noriza binti Zakaria
Zainur Rijal bin Zakaria
Zaimi bin Zakaria

MEJARss (IMPORTED)
Abdul Rahim bin Ishak
Fuziati binti Omar
Mazlini binti Othman

KAPTENss
Zulfa binti Zakaria
Hanizan binti Zakaria
Mohd Nurzaid bin Zakaria

PEGAWAI WARANss
Muhamad Aimaduddin bin Zakaria
Nur Amirah binti Zakaria

SARJAN
Rabia'tul Adawiyah binti Zainur Rijal

KOPERALss
Muhammad Haziq Amsyar bin Zaimi
Muhammad Harris Afham bin Zaimi

PREBETss
Nur Ainaa Damia binti Zainur Rijal
Muhammad Faris Daniel bin Zainur Rijal
Nur Aliyaa Najwa binti Abdul Rahim

Tuesday, October 07, 2008

pertama kali

akhir ramadhan 1429, macam macam pertama kali yang jadi :

27 Ramadhan 1429

pertama kali bersahur luar rumah. sebab dah on the way balik kepala batas, kami singgah kat pelita Juru. walau pun tak makan sebab still kenyang belasah sate kajang kat sg buloh, tp kira teguk air kosong n temankan org lain bersahur kira bersahur jugak la.
best jugak kalau bersahur kat luar. tetambah kalau kat mamak, happening jugak la

28 Ramadhan 1429

pernah tak terpk yang diri kita pandai berposing depan kamera? huhu..kitorg telah berjaya membuktikannya..yeaa...sepetang di botanical garden, macam macam pose kitorg buat. hahahahah. maklumla best fren pgotographer (qin, tauliah tak hang? muhahahaha). ya, photographer itu yg telah membuktikan yang kitorg nih berbakat dalam bergambar. muhahahahha. nak tgk? tp sikit je la kitorg expose ke public. tgk sinih www.flickr.com/photos/syiqin select kat high school reunion.






29 Ramadhan 1429

penah tak dgr org kata jgn terlalu bersuka suka, nescaya ada yang buruk menanti? (lebey kurg la ayat tuh). menjelang sahur, my opah meninggal. meninggal kat umah kitorg. jadinya, first time la rumah tu menguruskan jenazah. first time i tolong org mandikan jenazah, first time tgk semua proses menguruskan jenazah...first time untuk semuanya.segala-galanya. part paling sedih bila tolong makcik tuh mandikan jenazah. sbb mak anak perempuan tunggal opah, jadi kalau dalam pantang, mmg opah la yang akan jaga mak. opah la yang akan mandikan kitorg masa baby dulu..kira hari tuh bayar balik la, i mandikan opah. sedih kan? tp takpe, opah pegi ngan cara baik, menguruskannya amat mudah, ramai yang dtg ziarah walau pun takdek sape pun kat kepala batas tuh kenal dan tahu kewujudan dia..rezeki masing masing kan? owh, hari ni jugak first time berbuke ngan nasik bungkus kat kepala batas. sepanjang 28 tahun, takpenah berbuka ngan nasik bungkus..takpe lah..sedap jugak mkn hari tuh

30 Ramadhan 1429

sebab semalamnya sibuk menguruskan kematian, rumah mmg la berubah. brg brg nak raya pun dah hilang susur letak, ketupat, kueh raya..merata rata. jadiknya sebuk betul..dari pagi sampai mlm..tak menang tangan. tp sempat jugak kitorg berlima pegi ziarah jusco yang baru bukak kat bandar perda tuh. huh! tak senonoh. takpe, pakya n cik noriah dah bagi green light. tak beli ape ape pun, temankan kekanak dua org tuh beli brg raya...i cuma kasik komen, chantek ke idak. hikhikhik

kalau takdek yang pertama, sure tak de yang kedua atau ketiga. semua benda jadi ada sebabnya.

owh, now baru i paham kenapa dapur jadik luas n panjang, ada lubang tempat kluar air n ade getah paip yang panjanggggggg kat umah..

n sape sangka, kitorg yg lama duk pajak song tuh, tup tup, arwah opah yang first dikebumikan kat situh.

raya nih, first time masuk kubur pajak song, sebab ziarah kubur opah yang baru dua hari tuh. bau air mawar wangi lagi..assalamualaikum opah..

Monday, October 06, 2008

bila




hari raya 1429

macam macam yang jadi sepanjang sepuluh hari di kepala batas. akan diceritakan satu persatu. kesimpulan, hidup ini banyak benda yang tidak kita sangka. maka, better sangka di unsangkarable..

hari nih, masuk ufis, keje sorang. semua staff ghoib. takpe takpe, ade ubi ada batas. cheh! baru je mintak maaf dua tiga hari lepas.