Thursday, May 31, 2007

duh...azab betul bila almost 3 hari tokleh online
sempena minggu baru minggu depan dan bulan baru minggu depan
saya pun akan menjadi org baru, di tempat baru, dengan org baru, dengan keje baru, dan dengan tag baru..start keje baru minggu depan...
macam mula2 masuk j*** masa awal tahun hari tuh, sama jugakla apa yg di dlm hati untuk tempat baru ini
'..moga segalanya diberkati dan diredhai, harap akan jadi makin kuat, berani, yakin dan dipelihara dari segala yang buruk. doakan yg terbaik untuk diri sendiri dan segalanya..
owh, btw

muhammad haziq amsyar zaimi (31 mei) dan muhammad haris afham zaimi(16 mei) selamat ulangtahun.hadiah mateh kasik, main elok2 eh..besar elok2 tau, ikut cakap mama n abah.jgn lupakan mateh, nnt kalau2 mateh sorg2 dah tua nnt, jgn lupe jenguk2 eh..


Monday, May 28, 2007

ngokngek la weyyyyyy

..kan aku cuti khamis n jumaat hari tuh??
tp disebabkan pc nih ade network untuk printer..so, kena la on pc nih
n sbb account aku ada pswd, so makhluk allah nih, bukak guest punya account
but adalah amat c***** bila aku tgk list internet explorer aku td ada add website porno..
mangkuk ayun sungguh!
sape yg kuang hajar sangat bukak porno site kat pc aku nih???
mmg aku tak redha dunia akhirat
tak kire la walau pun pc nih hak kerajaan..
yg aku tau pc ni register bawah nama aku
so..kalau jadik hapehape aku la nnt yg akan hina dina tau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

owh..aku amat marah!

Wednesday, May 23, 2007

macam macam

baru pas jaga kaunter.. penat jg kaunter ni, penat tunggu cukup masa
tgu bas lagi penat, mcm pagi tadi, dari kul 7 sampai 755, bas tak sampai..pagi2 dah buat org hot

owh, in unrelated issue ...

tak tau la nak cerita mcm mana ..
lebih kurg mcm 'bukan diriku'
sedih bukannnnnnnnn????

esok n sabtu, tolong doakan yg terbaik untuk saye ye!

sampai jumpa lagi

hug n kisses

Tuesday, May 22, 2007

erm..erm..erm....

i hav a mixed feeling today. ini adalah kerana:
  1. my department dapat bos baru. lady bos.. mcm2 info dpt. smlm first time jumpa, blum buleh baca dia lagi..
  2. regardless dapat baju baru, event semlm ntahhapehape. hotel n*** tak best pon. mkn nye tak sedap... sedap lagi yg aku masak.kehkehkeh
  3. mata gua amat la ngantuk because of event smlm yg abis lambat, tp disebabkan pak lah baru kasi up gaji, gua kena la berpura2 hardworking untuk impress org yg tak keje gomen..hahahahahh
  4. jumaat ni pagi2 lagi akan off to my hometown, jumpa dentist. tak sabar nak dpt band baru. kaler ape lak bulan nih..yehah!
  5. but then, sabtu, ada exam nak kena amek. MTest, wish me luck ekkkkkk
  6. owh, ada akak PA baru masuk bilik ni utk promot barang zhulian? anybody interested???????
  7. walaupun mila menang mlm hari tuh, aku lagi suka kalau dafi yg kiut atau shawal yg sore besar tu ada masa final. hikhikhik
  8. balik nih kena basuh baju yg amat banyak.. owh i'm sooooooooooo la tertekan
  9. sebenarnya yg buat aku tak betul hari ni adalah kerana, bapak aku tepon pagi tadi..dan bertanyakan soklan2 standard yg aku kelu tokleh nak jawapp..owh bapak!!!!!!!!
  10. adakah dikala ini aku memerlukan coklat @ aiskrim @ kek..
  11. result matriks abg head kuar hari nih...dpt ape la budak sorg tuhhhh. mana la pulak dia tercampak pas nih
  12. tak sabar nak BALIKKKKKKKKKKKKKKKKkk

babai

Monday, May 21, 2007

akan menjadi penyambut tetamu ini malam
nnt kalau ada gambar yg best, buleh share ekkk

ok hepi working guys..

oh btw, pink belacan telah diambil org.. itu la lambat sgt!

Thursday, May 17, 2007

keGILAan yang mengGILAkan

rasanya semua org penah ada kegilaan pada satu satu benda. it is normal aku rasa.. bagi aku, kegilaan aku kebiasaannya bersifat sementara, mungkin sebab aku cepat jemu dengan satu satu benda. but, kadang2 tanpa disedari kegilaan itu akan keep on datang dan datang dan datang sampai ianya menjadi satu yg wajib..eh! ape aku ngarut nih?well, satu antara kegilaan aku ialah, BOYBAND.euwwwwwwwwww. tp itulah hakikatnya. bila dah beso sket skrang nih, aku ingat kegilaan itu dah tak dek la, but, adakah itu kan still dipanggil gila bila aku telah mencurik cd bsb dari umah akak aku, n hari2 aku akan bukak utube untuk tgk westlife, bsb, n sync dll? gila la tu kannnnn???????

aku rasa pengaruh ini dibawa oleh akak aku. masa sekolah rendah, dia ajar aku layan NKOTB..u tau kan..mamat cute2, jambu2 pakai baju besar, lompat2 owh..comel. nyanyi lagu tonight n ape tah lagi.. then masa aku sekolah menengah, aku gile ngan 911 n bsb..owh..sanggup simpan duit belanja sekolah utk beli tape ..kahkahkah. sume lagu hafal. antara lagu yg aku suke, tajuk dia ape tah tp starting dia 'like a flower to the tree, that's how close i wanna be, in ur heart..' sampai aku tulis lirik tuh kat atas kertas kuning, a.k.a autograph si aniza masa final sem kat melaka dulu..pastu, sanggup jalan laju2 bila lepas tuition sebab nak tgk hit chart kat tv..padahal tiap2 mgu dia akan tayang video clip sama jek..kehkehkeh


sampai zaman u pun aku suka lagi. tp masa tu tambah lagi satu band, westlife..ya allah..gile mendengar lagu2 diorg. flying w/out wing, if i let u go, my love, macam2 lagi la. kalau bsb lagu yg aku suka sampai sekarang, drowing ngan shape of my heart..
tp bila dah keje.. mcm dah tertinggal lak. dah tak beli pon cd ke ape ke..tp lately nih, hari2 aku g utube, semata2 nak dgr incomplete, unbreakable, god must have spend a little time on you, gone, world of our own, queen of my heart..aiseyman.. rasa mcm nak carik semua cd westlife n bsb dari yg first sampai sekarang..buleh layan hari2.. :)


mesti ada org yg akan gelak dengan aku pasal kegilaan aku nih. tp mesti la aku suka bersebabkan? selain dari kecomelan dan kejambuan mereka2 inih, aku suka boyband kerana lagu2 mereka yg sweet dan senang untuk di paham dan seronok untuk dikinja2 kan. tidak perlu menjerit2 sehingga tegang urat tekak anda. selain itu, imej smart, kemas, hensem, bergaya dan yg sewaktu dengan nya, amatlah sentiasa menarik minat aku..adapun kesopanan lagu mereka itu sentiasa mampu menemankan aku dikala berkerja pada setiap hari..

so, since cd band2 ini talah mengakibatkan wishlist aku bertambah, ada tak sape2 yg sukerela dan sukehati untuk menghadiahkan aku cd tersebut, aku akan sayang lebih org yg bertuah tuh. betul, janji!

Wednesday, May 16, 2007

cikgu oh cikgu

kalau la aku still budak sekolah, mesti aku teruja nak g sekolah hari ni. ini adalah kerana hari ni adalah hari guru. so tak yah belajar, ada mcm2 acara, sukaneka, dpt mkn free, tak dek kelas tambahan petang2 dan mcm2 lagi la. ckp pasal hari guru, ada beberapa org guru yg aku sentiasa ingat..
cikgu bukhori
- dia ni cikgu maths aku masa form 2 and form 3. yg buat aku sentiasa ingat dia ialah cara dia menghukum org.. cikgu ni style dia, lepas dia ajar satu bab, dia akan bagi homework, kata la satu latihan tuh ada 50 soalan, so kita kena buat semua no ganjil. esoknya, dia akan randomly pick sape2 yg dia suka untuk buat soklan yg dari no genap pulak. buat kat papan hitam, pastu cerita balik kat dia mcmana buleh dpt jawapn tuh. kalau betul, and dia puashati, alhamdulillah. tp kalau salah, ahhahhaha tak kira lelaki atau perempuan, kena lari at least 2 round di padang sekolah. can u imagine kalau la waktu maths tuh kul 12, kena lari tgh padang..duh....n seperti biasa, aku mmg selalu kena la.....hahhaahah. tak serik2 kan..
cikgu hamidah
-ini pun cikgu maths aku jugak. tp masa form 4 n 5. dia ni mmg komited, dedicated n semua yg ada ted ted kat belakang la.. dia akan bagi hand out nota kat kitorg.. dan kitorg kena tampal elok2 dlm buku nota tuh..korg penah ade buku nota maths? yg buat aku ingat sangat dia ialah ..
masa form 5, aku ada kelas tambahan pagi hari sabtu, kalau ikut jadual, kelas start kul 830 sampai 1030, dua jam je..sila faham aku bukan ddk hostel so paling cikai kul 730 dah kena kuar umah n of course lum breakfast ape ape pon. kebetulan hari tuh, dia nak ajar bab baru, ala bab yg kena lukis2 plan tuh..yg pandangan atas, pandangan sisi..bila jam menunjukkan 1000, tiada tanda2 kelas akan berhenti...masuk kul 11 pun dia mcam tak dek jam je.. mula la aku tak senang duduk kan..ngan lapo nye..so untuk menghilangkan busan..aku jenguk la keluo tingkap untuk mencuci2 mata..abih, ngan perut lapar..tgk pemandangan sayup2 syahdu je mata aku nih. skali aku dgr 'betul tak hanizannnnnnnnnnnn?' dem! ape aku nak jawap nih.. dengan muka belacan nya aku pun 'betul2' alih dia balas 'apa dia yg best sgt kat luaq tuh?' adehhhhhhhhh..terkiput2 la kan aku...
cikgu asmah
- dia ni pulak cikgu akaun aku.. org nye kecik jek.tp teriakan dia macam linda jasmin. 'heyy............. hampa ni tidoq ka?????' dan serta merta la sume org akan kalut2 carik jawapan untuk respon jeritan halilintar dia tuh. tp sebab hali lintar dia tu lah yg buat aku suka akaun tau.. sekarang ni pun dia still mengajar kat sekolah aku tuh.. baru ni aku tgk year book sekolah aku(adik aku sekolah aku sekarang) dia dah berisi sket. siap ada anak dia sekolah yg sama...
mmmmm..kalau nak dicerita, ramai lagi cikgu2 yg besss..n aku sentiasa ada kisah ngan cikgu2 tuh.maklumlah.. budak bermasalah..hikhikhik
ape ape pun, kalau takdek cikgu2 nih, idakla aku sampai kat sini skang kan..? so untuk sume cikgu2 ..berbaktilah, sebab ilmu yg dicurahkan tuh lah akan jadik antara tiga unsur utama bila dah mati nnt kan? pahalanya tak putus..
dan untuk ustazah noriza zakaria, teacher zulfa zakaria, cikgu rahim ishak, cikgu fuziati omar n teacher mazlini othman, selamat hari cikgu, kalau hari nih pak lah kata gaji cikgu naek.. buleh la korg2 open table untuk kita satu family..heheheheh. ramaikan cikgu dalam keluarga pak ya?

Tuesday, May 15, 2007

a-ha!

kenapa org yg tak g semyang jumaat atau suke2 tinggal subuh waktu wiken atau mmg tak penah sembahyang langsung dapat je apa yg diorg nak?

saja berpikir pikir

Monday, May 14, 2007

i hav my own way dlm menggembirakan diri. salah satu caranya ialah berpeleseran sorg2 sambil menikmati apa jua benda yg tergerak di hati. eceh! since dah lamaaaaaaaaa aku tak melayan kerenah diri sendiri, makanya last saturday i treat myself dengan mcm2 benda. ada org tanya kenapa aku kuar sorg2. hehehehe. ini disebabkan oleh, aku takmo terikat dengan mana2 rules or peraturan. meaning, kalau aku dah masuk satu kedai tu..tetiba kalau aku nak masuk lagi dua belaskali pun, aku akan masuk...bukankah itu satu yg amat menjengkelkan bagi sesetengah org..especially for those yg cepat penat berjalan? so..aku takmolah xtivity renggang aku di diganggu dengan benda2 yg aku sendiri malas nak layan..

so, last saturday, aku telah menjalan2 di klcc.since klcc tu dekat and aku pon mmg suka klcc compared dengan mall lain. sebabnya ialah:
  • klcc, dekat ngan umah, naik train, soploh minit dah sampei
  • ada byk kedai kasut yg besss.tp ini tak bermakna aku suka beli kasut, aku suka try kasut..heheheheh
  • ada byk store yg aku leh masuk hanya untuk cuci mata, takyah masuk, tgk dr luar pun dah bessss
  • foodcourt dia bess, ada mcm2 benda yg aku buleh makan. tak mcm tepanyaki kat m****
  • klcc ni tak byk budak2 tak semenggah berfuye2..takdek la aku jumpa budak yg pakai stoking lain2..gilo!
  • surau nye pun beso...ewah!

antara xtivity yg akan aku buat adalah mencuba kasut2 di kedai kasut.tp vincci aku tak masuk la..org mcm tgh rebut buah durian jual lambak..ramai nak mampus..byg kasut pun tak nampak. selain tu, aku akan masuk bookstore especially times, untuk baca n belek2 mag, selain tu aku suka baca sinopsis buku..hahahah sinopsis jek..then, aku akan masuk sasa, esprit, adidas, d'nata, nike, diesel,converse,quicksilver, mark & spencer, himalaya, best dengki, sony dan sume kedai kasut :)..dan yg paling penting..aku akan pastikan diri aku dapat at least a scope of mana2 aiskrim yg aku nak atau mana2 juice yg aku nak try la...bess kan?

normally xtivity mcm nih, aku takkan shoping ape pun, kalau ada pun benda yg org pesan. last saturday aku cuma belikan batery rechargeable untuk chuyah n besdey present utk budak dua beradik kat penang..aku cuma beli roti boy n juice dari jj juice. hahah. sekarang aku dah ada dua kad, satu dari jj juice n satu lagi dari alamak, tak bwk pulak..ala, yg juice kiosk kat fudcourt atas tuh...

owh..kan bes kalau buleh buat mcm ni hari2?

Thursday, May 10, 2007

bila semua org berpaling, tidak suka dan hilang dari dalam hidup aku, aku tahu kau masih setia di situ..
.:selamat hari ibu:.

Tuesday, May 08, 2007

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalan yang sepi
Jalan kebenaran kian terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang akan melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti?
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap?

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai menunggu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..

Monday, May 07, 2007

sejak smlm, badan suam suam kuku, kepala pening lalat
kalau ikutkan hati, hari ni tak nak keje
tp rasa mcm kuat lagi..makanya dtg keje jugak

tp apa apa pun, aku akan kuat jugak ptg nih ...
sbb mlm ni nak nonton SUMOLAH...
hahaahaa keji kan?



'opah..please make my barbie like ibu(pakai tudung)'

Thursday, May 03, 2007

tatkala menghayun2 kan kaki sementara menunggu ERL di Putrajaya last night, aniza came out with this idea. nak tulis activity dia untuk sepanjang minggu dari 26 April sampai 2 Mei 2007. and, dgn tak malunya aku pun nak tiru jugak la...

26 April 2007

lepas tgk upacara pertabalan agong, aku n met temankan 'org yg nak kawen' g jln TAR untuk servey/beli perkakas buat bunga telur. just imagine dari kul 12 sampai kul 6 ptg, bukan setakat bunga telur org tu, siap ngan kitorg pun dah buleh imagine nnt nak buat macam mana.

malamnya 'org yg nak kawen' itu, telah membuat satu prototype bunga telur. jengjengjeng, aku lah consultantnya..mcm2 la kan aku komen....

27 April 2007

aiseyman..dah bes2 cuti, kena keja lak hari nih. tp takpe hari jumaat, break nya lama. mlmnya g carefour n mkn char keow tiaw kat NZ..besss

28 April 2007

hari ini, berjalan2, mkn2 dan cuci mata di midvalley.. sambil layan baskin..bestnye, nak nak ada org bayar pulak tuh...

mlm, aku telah diberikan kepercayaan untuk membentuk reben bunga telur.. uish, tak sangka buleh harap jugak keras tangan aku nih

29 April 2007

hari bunga telur.. bukan setakat reben jek..lain2 pun dah pandai buat. konfius pulak aku, sape yg nak kawen sebenarnye nih

30 April 2007

minggu baru..diakhir bulan.. once aku punch in jek, baru aku teringat, ari nih turn aku jaga kaunter a.k.a jadi receptionist..duh... malasnya nak tgu kat depan ni haaaa..

1 Mei 2007

mmmm hari ni pun tak dek ape ape aktiviti.. melainkan sambung tolong 'org nak kawen' buat bunga telur. lepas zohor.. for the first time ever, aku mencuba resipi baru..yg dinamakan cekodok tauhu..mmm not bad la.siap aku tukar2 tambah tokok benda2 yg tak patut letak, yg ada pulak aku tak masukkan kan. komen aku, buleh la kalau aku nak kata...'mmmm sedap la jugak'. gambar takdek sebab aroma nye yg semerbak itu, tidak mampu menahan dari terus dimakan sebaik masak..(sape kata aku tak dek buat ape ape kalau duk umah?)

2 Mei 2007

hahahahah. hari ni g melawat kandang kambing..( itu yg aku ingat?) tak la hari ni temankan 'org yg nak beli rumah'. mcm2 aku belajar sepanjang hari. termasuklah erl transit yg lebih murah kalau stop stop, pasal jual beli umah, pasal 'hari pertama bertentang mata' (keji tau!), pasal kutip duit syiling kat mesin tiket, mcm2 lagi la...seronok betul betul

all in all, takde la poyo sangat minggu aku nih, dan untuk hari nih, 3 Mei 2007, hari bekerja, mulakan hari dengan menjumpai satu ulser di dalam mulut, dia parking baik punya betul2 kat besi aku, so.. pedih la kan bila berlaga...tp takpe.. hadapi segalanya dengan senyuman :)

'..kenape nak mengharapkan langit biru yang tinggi sedangkan rumput hijau yg dipijak lebih bagus, siap buleh bagi embunan pagi diwaktu pagi lagi...indahkan?'