Wednesday, April 30, 2008

aku & dirimu

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang mimpi yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpi malam kita

duhai cintaku, sayangku
lepaskanlah
perasaanmu, rindumu
s’luruh cintamu
dan kini hanya ada
aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan s’gala mimpi-mimpi jadi knytaan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku
kita

Monday, April 21, 2008

sayang sayang

baru balik dari bercuti. sungguh suka menghapdet benda dari kepala batas

1] setelah bertahun2, mlm sabtu ari tuh, tido ngan mak. dah lama sangat sangat tak tido ngan mak.

2] penatnya mengepung dan menjaga anak buah yg 6 orang itu. bukan apa, yg sorg tuh hyperaktif sket. kalau tak, tak la dia buleh daratkan bontot dia yg berpampers tuh atas piring kueh n telur rebus.

3] the twins dah besar, dah buleh meniarap dan angkat2 bontot sket. daniel sungguh hensem. senyum dia buat mateh cair..and ainaa yg bermata kuyu tuh, amat amat comel..

4] ba'atun dah makin tinggi. and dah jadik sikit pemalu. tp hobi bercerita sorg2 dia tak hilang hilang

5] chu yah, dapat matriks yg 2 kilometer je dari rumah. kolej matriks pongsu seribu, pulau pinang. jauh lagi sekolah lama dia dari rumah

6] cikman dah abeh matrik. tgh bermalas malasan tgu offer mana2. hajat di hati nak ke sabah. huh! pandai ke jaga diri budak tuh

7] baby paling kecik dah kena cukur rambut. baby nih nakal sket..kalau mateh yg kena jaga, sure kurus mateh..

8] mateh, dah start investment di merata rata tempat. siap simpan angan2 nak masuk board bank-yang-dah-start-expand tuh!

9] zufa tertinggal kekainan. cheh! tau aaa semangat nak balik mengajor ngan kete baru dia

haih..asal balik kampung je sure homesick. tak senonoh!

Wednesday, April 16, 2008

lallaalllaa

aku bermimpi riang terbang
pagi sampai senja
cinta dihati sudah kembang
untuk engkau saja ..
tidur atau jaga ..
rindu sentiasa..


hati sedang berbunga-bunga
esok cuti
balik penang
jumpa sayang sayang

lalalllalalla

Tuesday, April 15, 2008

hanizan

What Hanizan Means

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

Monday, April 14, 2008

hutang

baca paper hari nih?
dipercayai bahawa dana pinjaman JPA akan kontang dlm masa 2 tahun
apakah?
rupa-rupanya adalah masalah penghutang tegar..
yg tak reti2 nak bayau lepas bermewah2 masa belajar dulu

sssheeesssshhhhhh
tak paham betui
dah hutang tu bayar la wei
biar la org lain pun nak meminjam jugak
org lain pun ada anak jugak nak soh belajar pandai2, tinggi2

dulu masa aku keje kat jabatan kerajaan
ada sorg member tuh, harap je PTD, tp loan PTPTN takmo bayar
ape jadah kau penggubal dan pelaksana dasar kerajaan kalau kau pun tak buat.
ini pulak nak soh org laen buat
kata 'leadership by example'

bukan nak bangga diri la
tp cuma nak share
aku bayar ptptn monthly almost 400
masa keje sambilan gaji sebulan 900 lebey pun bayar tau
sbb aku rasa, itu mmg dah tanggungjawab
dulu masa susah susah belajar tak dek duit, dgn duit tu la aku survived
so, cuba bygkan kalau adik2 korg ke, anak2 korg ke, jadik camtu
hajat kat hati nak belajar tinggi, tp tak mampu, sbb loan dah tak dek,
tak leh la nak belajar..

yg aku marah sgt tu bukan ape
kalau mmg tak dek keje, tak mampu bayar tak pe lah
tp ini , keje beso, bwk kete beso, umah beso, bini pun beso
tp hutang belajar tak bayar
huh! penting diri sendiri
pehtu, bila let say JPA kena limitkan budak2 yg layak dpt loan or scholar
n kena pulak anak dia tak dpt, mula la kutuk sana sini
itu tak adil, itu tak kena
hmmmpppp
bodoh sombong la namanya tuh!

makanya langkah diorg nak sekat org2 yg tak bayar hutang tuh mmg aku sokong sesgt
nak nak kalau yg keje ngan kerajaan
hahahhaha! nasib la aku kutuk org gomen!
sapa makan cili, sendirik la nganga sebab pedas

Friday, April 11, 2008

selamat hari raya

senin lepas, aku ckp ngan budak umah, aku dah tak sabar nak raya. infact kat telinga aku (on that time) sedang terngiang ngiang lagu raya.

mcm biasa, mmg la budak2 tu pelik kan? ape ke hal nya dah menggedik nak raya. baru bulan apa?

tp beberapa minit kemudian, sedang kami bertiga (atas muka bumi ini...) menonton rancangan kegemaran, kuar la pulak iklan ringtone siti nurhaliza. back ground lagu iklan tu, lagu raya siti yg 'sesuci..lalal.., sesuci...'

hahhaha

that's it la man...bukan aku sorg je meroyan n kemaruk nak raya okehhh...siap iklan tivi pun dah tak sabar nak raya...dan malam tadi, sedang aku separuh sedar tgk american idol, kuar lagi sekali iklan tuh, dan serta merta membuatkan daku menjadi segar bugar kembali..ngehngehngeh

macam budak budak!

Thursday, April 10, 2008

ta.ya.pa.waw

saya rasa dan hampir hampir meyakini yang saya di tipu.
oleh orang yang tidak mahu mengaku.
tak mengapa.
saya relakan sahaja.
mungkin ini rezeki saya.
dan saya redhakan sahaja apa yang sudah terjadi.
lagi pun saya tiada bukti kukuh.
hanya perasaan dan perasan saya sahaja.
kot-kot lah, saya tersalah sangka.

saya amat amat memohon pada dia yang saya sangka menipu saya itu.
buka kan lah pintu hati anda.
berkata benarlah pada saya.
kerana saya masih waras untuk menerima segalanya seadanya.
ya, saya rela.

Wednesday, April 09, 2008

sakit

*hanya untuk perempuan, kalau bukan perempuan, jgn baca [mcm la aku tau korg baca ke tak kan?]*

ptg semalam sakit perut. err...bukan sakit perut sebab tak makan @ cirit birit, tp sakit perut period pain.sakitnya, mak aihhh..tak yah la cite.

sebenarnya dah lama tak kena period pain nih. dulu-dulu zaman sekolah selalu kena. kalau kena mmg rasa mcm nak menangis. mana tak nya, duduk tak sedap, baring tak sedap, berdiri pun tak selesa. seriesly, position yg best kalau period pain adalah menonggeng @ sujud. baru rasa lega sket. tp takkan nak bersujud dalam bilik darjah kan?

masa kat uni, sekali sekala je dia datang. tp still buleh tolerate lagi rasa sakitnya. aku tak sure sama ada rasa sakitnya dah kurg, atau aku dah imune dengan rasa sakit tuh..

n now, dia dtg balik. kalau tgk muka aku mmg akan pucat gila, perut rasa sengal, nak bernafas pun susah..pening pun lain mcam. so smlm,lagi banyak aku merapu dari jadik diri sebenar. nak tido pun susah smlm. sbb perut sengal, rasa loya nak muntah..tp aku abaikan..n pejam kan jugak mata..hahahha, last2 tido jugak.

bila aku period pain, mmg aku jarang telan ubat. masa sekolah, kalau dah tak tahan sgt, aku belasah telan coke satu tin.muhahahhaha. mmg lega la lepas tu. tp sebenarnya tak elok kalau waktu2 macam tuh telan benda2 byk gula, ape lagi air bikarbonat, mmg carik nahas la..

last year, zufa ajar telan pharmathon..mmg ok. tp lepas telan, aku akan tido senyenyak2nya. haih..kalau kat ofis, bahaya tuh.kang tak pasal2 bos aku kata aku malas..makanya, skang nih, kalau sakit aku tahan kan aje la..telan air kosong berbaldi baldi..huh! naek kembong perut aku nih.

pagi tadi still sakit lagi. ada akak sini ckp gaya aku mcm org lam pantang. siot jek. dia tak tau ke aku tgh tahan sakit, mcm2 diorg describe aku. tp one of my fren ckp ada ubat baekkk punya. kawen, n beranak, sure tak dek lagi masalah period pain. cheh! terima kasih je la..buat masa ni, ubat tuh, tak bley di applikasikan lagi. sekian terima kasih!

Tuesday, April 08, 2008

untukmu encik J

surat ini khas untuk encik J..

Encik J,

Kehadapan encik J yang gagah, kacak dan berkarisma. diharapkan encik dalam keaadaan bahagia seadanya. moga-moga apa yang dirancangkan sebelum ini akan dapat dilaksanakan dan seterusnya dicapai dengan jayanya.

Encik,

tujuan saya mengutus kan surat ini adalah untuk meluahkan perasaan dan rasa hati saya terhadap encik. adapun kehebatan encik yang sering kali ditonjol itu, telah berjaya menarik minat ramai orang. termasuk saya. kalau dulu kehebatan encik jarang sekali saya ambil peduli, tp kini, semuanya berubah. kehebatan encik, membuat saya kagum. kagum dengan kebolehan dan ke-karisma-an encik. macam tau tau je, saya mmg suka pada sesuatu yang hebat, bergaya, karisma dan berpesonaliti tinggi. saya suka! saya mudah jatuh cinta dengan perwatakan sebegitu rupa. tahniah! sedikit sebanyak encik telah berjaya meruntun hati saya. hebat!

Encik,

walau pun encik telah berjaya meruntun hati saya, tp kadang kala encik juga telah berjaya membuatkan hati saya remuk redam. saya berkecil hati dengan encik. mana tidaknya, kekuatan dan kehebatan encik telah melibatkan perubahan besar pada diri saya. tak perlulah saya ceritakan apa kesah sedihnya. biarlah apa sahaja yang terpendam dalam hati saya ini saya simpan sendiri. biar saya sendiri memujuk hati saya yang sayu. cuma, satu saya pinta, kadang kadang kita perlu bertimbangrasa dengan org lain. jangan terlalu mementingkan diri sendiri. beringatlah, apa saja yang diatas, suatu hari nnt, pasti akan jatuh ke bawah jua. mungkin bukan sekarang..mungkin nanti..masanya akan tiba jua. oleh itu, ambil kira lah perasaan org sekeliling. jagalah hati mereka, setidak tidaknya..

Encik,

sekali lagi, tahniah!. atas kejayaan encik. tp ingatlah, satu masa nnt, masa jatuh akan tiba jua. bersedialah. sampai jumpa lagi..


p/s: surat ini dititipkan khas untuk encik J, yg telah berjaya menakluk muka saya. hampir hancur dagu sebab JERAWAT yang bertimpa timpa..tensi laa

Thursday, April 03, 2008

atas muka bumi ni .....

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

i'll be strong and walk away

Wednesday, April 02, 2008

gua rimas lu tau tak!

gua rimas kalau

1] org yg ckp style bisik2 kat gua. sampai gua kena ha? ha? byk kali. cuba terima hakikat yg gua ni bukan la sorg yg romantik. ckp bior terang plissssssss

2] org yg tak paham bahasa. dah gua kasik arahan, tp still buat benda tak sama. masa gua tanya paham ke tak, lu mengangguk jek. len kali kalau tak paham ckp la tak paham. gua tak kesah beb kena ulang byk kali. janji ape yg di suruh sama la. setakat salah sket2, bley la di ampun2 lagi..tp...

3] benda bersepah n selerak. bukan takat mata gua je rimas, semua sekali la rimas. tak bley ke lu kemas2 kan sket...duh...kalau tgk kan gaya nya macam bergaya tp selekeh...!

4] org yang suka control n sebok2 pasal apa yg gua tengah buat. wey....suka hati la gua nak ke hulu ke hilir usung fail pon. gua buat kerja la. kalau gua nak mengulau, pe jadahnya gua nak ngulau lam ufis. lu concern sgt pasal gua nih pehal? kalau suka ckp suka..

5] arah-arah gua buat benda yg bukan kerja gua..apetah lagi yg arah gua tu not in the same level. sori la mmg skang gua tgh bongkak! apehal lu kerani nak arah2 gua buat kerja. bukan patutnya kerja tu unit lu punya? pehal lu nak arah gua yg officer unit lain ni buat? lu ke byr gaji gua

gua amat rimas sekarang! rasa mcm nak menaga ja! better gua cari mana2 tempat supaya boleh kasik heal sket bara hati gua nih!

RIMAS!

Tuesday, April 01, 2008

berfikir

last nite, tertonton satu movie
'the wheather man'
heronya nicholas cage
agak busan, tp ada something yg buat aku tgk jugak citer nih

sedikit sebanyak
hero ni senasib la dengan aku
hidup tunggang langgang, tak dek achievement, pokai, loser in the making
melainkan, dia punya gaji annually 240k
n even dia dah divorced with 2 kids, but, at least, he used to (married)

problem dia ialah
dia tercari2 hala tuju hidup
mcm2 usaha dia buat untuk betulkan keadaan
kalau buleh dia nak baek balik ngan wife dia, amek berat pasal anak2
tp dlm macam2 usaha, lagi mcm2 dtg timpa
1]bapak dia (a well-known) di diagnos ada penyakit lymphoma(aku belasah je eja ni) mmg dah nak mati la
2]dan dia mmg sentiasa di benci dgn public(he is a public figure)
hari2 mesti dpt 'hadiah'
3] n byk lagi la

kesudahannya?
tak payah la di ceritakan
walau pun dia tak dpt semua yg dia nak
but, at least dia tak lagi di keji oleh public
decision dia ubah tempat keje
buat org respect
in fact, it is 1.2m untuk satu tahun. sangat bernilai!
akhirnya, dapat jugak dia ubah hidup dia, up to one level, bila org respect dia.kagum dgn dia.at last n at least...

huh! dalam keadaan aku yg mcm nih, aku berharap sgt aku dpt jadik mcm dia. ada something yg datang dan ubah hidup aku nih. at least, sikit. tp, suddenly, aku pun teringat, mana ada benda yang datang bergolek!