Wednesday, November 03, 2010
unreconcile
1] benda tuh dah appear as unreconcile item almost a year, apesal kau boleh buat dek je?
2]bila dah lebey 6 months, cek tu pun matilah dengan sendiri nya.apesal kau terus terus nak point dekat i? dey..itu bukan nya kes cek tamat tempoh laku macam biasa, itu lain..apesal kau tak check n balanced dengan statement yang hari hari i printout kasik kat kau?
3]bila dah tahu itu mmg kau yg terlepas pandang..apesal kau tak cuba settle kan?lagi kau pikir pikir cari alasan supaya benda tuh nampak macam salah i jugak..watde...la u nih
4]fine..i dah tunjuk jalan..kau kena ganti those cheque..tapi apesal kau tak kensel kan dalam unreconcile item tuh?
5]ouh..tak kensel sebab tak tahu kod?wahhhhh..abes i ke nak kena fikir kan kod untuk kau?dah nama nya tuh kod kau, apehal i plak nak bagi tau?kalau pun semua kod dah balance, takdek yang hangging, fikir alternatif lain plis. jangan campak semua atas meja i.kau ingat i kau punya tukang cuci ke?
kesimpulan:
lain kali jangan suke claim yang kau pandai account.kak, saya ada degree account, tapi sampai sekarang, saya still tak pandai.dan saya masih belajar.kalau tak tahu, jangan terus cakap tahu, usaha sikit bagi tahu, boleh?
Wednesday, October 13, 2010
pagi
ini cerita pagi tadi..
1/ macam biasa dlm jam 0615 i akan keluar rumah berjalan kaki ke stesen lrt.rumah i dekat dengan simpang tiga.lebih kurang 100 meter dari simpang, ada sebuah masjid, dan betul betul dekat simpang ada gerai buah.gerai buah ni owner dia memang seorang pakcik berbangsa melayu.pakcik ni memang produktif, seawal pagi dia dah start his business.normally by the time i berjalan kaki, jemaah di masjid masih ada, imam akan lead mengaji.still boleh dengar sebab mengaji guna speaker.dan imam amat sedap lenggok mengajinya.kalau faham maksud, mesti lagi sedap.tapi kan..pagi tadi, telinga sedikit terganggu sebab pakcik gerai buah dengan suka nya pasang dvd karaoke dangdut sekuat kuatnya.bagai mahu melawan alunan quran imam masjid..sheeessshhhh.i tau lah i takdek la keimanan menebal dalam diri.tapi i still faham bahawasanya kalau kita dengar azan atau orang mengaji atau ceramah agama atau ada majlis ilmu, kalau pun tak nak dengar, sekurang kurang nya kita kena la hormat.mana tahu, dengan menghormati, keberkatan tu dapat sama pada kita.
2/masa naik bas tadi, macam biasa bila dah bayar, uncle driver akan kasik tiket.tapi kan..tadi, uncle hamzah(si driver), dia takkasik tiket kat i, tapi dia kasik ular getah.i cuma tersentak, tapi tak jerit ke atau tak marah marah.sampai pakcik hamzah pelik dan tanya i kenapa tak jerit dengan muka sedikit disappointed.ahahahha.i cuma senyum je lah sambil cakap tengkiu.haih..takkan orang macho macam i nak jerit jerit bagai.i kan macho.
Friday, October 08, 2010
naik
Tuesday, October 05, 2010
emak
i : mak, hari ni besdey mak lah!
mak : ha'ah la..hari ni 4hb..mak pun tak ingat.ko ingat eh..
i : i mmg tip top, besdey orang semua i ingat.mak je tak penah ingat besdey i.ahahhahah
i mmg macam tuh.tak reti nak wish betul betul.sebab i tak reti nak jiwang jiwang.men redah je, janji mak faham.
a'ah memang betul pon.mak jarang, eh, amat jarang ingat besdey i.last 20hb ogos (motif nak mentioned tarikh?) ari tuh pun mak tak wish.orang lain lagiiiiiiiiiiiiiiiiii la, tak wish jugak.memang derhaka la depa nih.eh. tapi jupa best, dia wish i.tokei beras wish jugak, tapi asyik mintak paw je.tapi tak pe.takde hal.benda remeh temeh...
ouh..merapik plak..
untuk mak,
hepi besdey..
walau pun i jarang jarang kol mak (and mak pon jarang jarang kol i), tapi jangan risau, hari hari i ingat kat mak.hari hari i doa semoga allah ampun kan mak, berkati hidup mak, limpahkan rahmat kat mak, mudahkan urusan mak, dunia akhirat.mmmm..dan murah kan rezeki mak supaya mak boleh terus menerus tolong orang macam yang mak suke buat.
ps: mak doakan i tak?
Tuesday, September 28, 2010
ayohh
Friday, September 17, 2010
faktaS
balik raya kali ni, my discoverieS are:
- budak kecik umor dua tahun pun ada digi cam.sedangkan i yang umor berbelas kali ganda dari dia cuma ada phone cam 3.2 megapixel..haisshhh
- ade jugak sesetengah budak kecik bila kena bunga api, rileks je.tak nanges pun.bole diam masuk umah, sapu minyak gamat and duk diam diam dalam rumah.budak kecik meaning 3 tahun.giler steady.
- i found out mother adalah amat amat pandai kaver kekurangan. dia boleh bagi alasan tak makan canned pineapple yang i belikan kat pekan nenas, pontian sebab sibuk tak dek masa, padahal dia dah misplaced can opener.and again dia bagi alasan dia bizi tak sempat nak gilap gilap queen anne dalam display jati tuh, padahal again..dia misplaced the keyss..duhhh..mak ..mak
- hiks.pakya rupa rupanya berperangai dan berpikiran budak budak jugak.haih..bapak..bapak..
- baru i perasan hari raya di rumah jalan maju, kepala batas akan transform jadik nursery budak budak.main, main dan main.penah hari raya main buih sabun?
- raya tahun ni beraya sampai aloq staq.wahahahahha.dan raya ni first time i jumpa rumah yang atas meja ada 21 ketul balang kueh.pergghhhhh.terbaek!
- and i also discover, pakcik yang founder famous amos adalah hebat.tetapi dia perlu berhati hati sebab now dah ade banyak cookies yg lagi best dari famous amos..especially cookies dia yang hitam pekat tuh.hati hati pakcik..i dah jumpa yg setanding.ahahahah
- ouh.dan..i juga telah makan cookies raya sultan.ahaaaaa..sultan punya taste tau.bukan calang calang.
- terima kasih tuh cukin sebab ajar i buat yong tau foo and laichi kang beberapa hari sebelum balik kepala batas.menu menu tersebut telah menjadi hidangan akhir romadhan umah pakya.dan abes licin.sedap la tuh..saje je depa takmau puji i.aahahhahaha.
all.raya walau pun sama macam tahun tahun lepas, tapi musti ada lain sket.tak faham?takpe, janji i dapat feel nye.
ps: bile la nak jam 5 neh?
Tuesday, September 07, 2010
Thursday, September 02, 2010
tension
Monday, August 30, 2010
20
1]os kos, puasa nya dah berlubang
2]ibadat nya tak banyak mana
3]makan nya kalah orang palestin or pakistan
4]teraweh nya.haih..ikut syarat je
3]quran nya baru nak masuk surah ke 3
4]shopping nya, aduuihhhh like there's no tomorrow
5]hati nya, dah kat depan simpang masuk umah kepala batas
6]jasad nya, nih..depan pc kat ufis
7]kesimpulan nya, ramadhon ni macam tak bagus je
bila nya kau nak insaf nih?
Monday, August 23, 2010
ehem!
ari sabtu lepas, i temankan my fren pagi klcc.sbb dia kata dia nak pegi kedai kasut atuk dia [apa saja kegemaran kitorang, kitorg akan kasik gelaran atuk.sebab akan pegi kedai tuh berulang kali tanpa jemu sebab suke sgt.cth: gerai yong tau foo dekat pangsamurni, kitorg gelar kedai makan atuk, kedai kasut prima**** kedai kasut atuk..dan lain lain]. my fren ni kata kedai kasut atuk kat alaman*da ada buat sale, so, dia nak serang yang kat klcc.konfius tak? dia duk putrajaya, dah tau kedai kasut atuk kat alaman*da ada buat sale, tapi nak serang kedai kasut atuk yang kat klcc? konfius tak? ouh, rupe rupe nya dia nak pegi kedai buku atuk kat tingkat atas klcc. sebab dia nak kena buat book review [dah kerja pun kena buat book review..apadaaaa]
ahahhaha.
ok..mukadimah terpanjang di situ.okeh okeh.then, bila dah sampai klcc, kitorang plan lah perjalanan.since bulan puasa, tenaga kena simpan.waalu pun jalan dalam ekon, tapi kalau dah tua tuh, buat la cara tua kan..kekdg semput jugak.since gaji belom masuk and duit dalam poket pon tinggal lime belas hengget, we decided to buat sneak preview duluh kat kedai kasut atuk. if and only if ada yang berkenan, baru pegi mesin cop duit untuk amek duit lebey sket, yang ngam ngam dengan harga kasut.ahahahah.ini lah bahananya menjadi orang yang suke shopping, kena la self control duit tuh.penggunaan duit plastik amat amatlah di larang.
maka, selepas dipersetujui..sekonyong konyong berjalan lah kami berdua ke kedai kasut atuk.akan tetapi....sebelom sampai kedai kasut atuk, tiba tiba mendapati diri berada dalam kedai pak habib..woh.saje je lah nak cuci mata, nak berangan kawen dengan anak raja atau menjadi diva..ahahahha.kitorang memang bajet nak masuk senyap senyap je sebab hari tuh dah la pakai tshirt gambo beruang koala je.harus lah orang pak habib takmo layan kan..selekeh siyut ari tuh.
akan tetapi [berapa kali akan tetapi nihhh]..seorang anak didik anak pak habib bernama tasneem amatlah baik hati.beliau melayan kami dengan tip top sekali.walau pun kami tanya tanya pasal rantai barlian bernilai 50 ribu pun dia tetap layan dengan supan..ouh..sungguh baik hati.i like!
sempat jugak lah kitorang menerai seketul dua bentuk cencen barlian sebab masa ni pak habib tengah buat sale sempena raya..ahahahahah.merasalah jari montok sate samuri i parking barlian..besides, tasneem pon ajo kitorang pasal barlian.jenis dia macam mana, certificate dia macam mana..rupa nya dalam seketul barlian yang cinonet tuh ade bar code.kira nya kalau kena curik..bole detect lah.haaaaaaaa kagom kagom.
dan selepas almost satu jam, dalam kedai pak habib, kitorang pun melangkah keluar lah ke tujuan utama pendakian klcc.tapi..masa langkah keluo tuh, i rasa lain macam.rasa mcam tak percaya.kejap rasa cam nak senyum, kejap rasa macam nak jerit..tapi rasa macam nak nanges pun ade gak.aik.pelik nih..kira sampai sekarang lah i still rasa mcam di awang awangan..sebab ape eh?tasneem dah mandrem i ke?
erm..maybe sebab by the time i masuk kedai pak habib, i lenggang je.tapi mase i kluo, i ade pegang paper bag, dalam tuh ade dua kotak kurma, satu flyers, satu kotak isi ape tah.and ada sehelai resit dari pak habib.
maybe benda tuh kot buat i seram seram sejuk.ahahhahahahahah.
Friday, August 20, 2010
tigaploh
Wednesday, August 18, 2010
cuti
Friday, August 13, 2010
kejadian
ade beberapa kejadian puasa yang i akan ingat sampai bila bila.kejadian ni pasti lah berlaku di rumah bujang, bukan kepala batas.sebab kalau kat kepala batas kan power rangers a.k.a mak ade..
ps:tetibe budak yang nyaris terencat tempoh hari, akan cuti dan balik lebey lama dari i..haih..tak abes abes nak jeles dengan i yang vassss nih.
Wednesday, August 11, 2010
melanda
nah..
1 ramadhon 1431, hanizan di landa demam, sakit kepala dan batuk kelat kelat..
'kuatkan semangat aku ya allah..'
salam ramadhon,
9 days left. and i'm still counting
Monday, August 09, 2010
perasaan
Thursday, August 05, 2010
puas-a
- i start puasa penuh betul betul [tak tipu punya]..tak ingat bila.tapi rasanya darjah 4 @ 5 kot.
- hiks..sebenarnya yang penuh sebulan dari darjah 3..tapi takdek orang lain tahu yang masa darjah 3 tuh, i penah curi curi minom masa mandi.ahahhahahahh.mak..i sori..
- dulu masa sekolah menengah bila azan je, i konfem bole abes kan 2 mug beso air.sebab masa dulu balik sekolah pukul 2.naek bas..lepas turun kat bus stop kubo hindu, kena jalan sampai rumah tengah panas terik.jalan agak jauh dalam setengah kilometer macam tuh.gila ah melepek.
- kecik kecik dulu, masa bulan puasa, mak rajin anto kuih ke rumah sebelah.i la tukang anto.i paling suke kalau makcik sebelah balas cucur udang kuah kacang.sedap cucur udang dia...rasa macam nak mintak lebih.ahahahhah
- masa dulu jugak i tak penah pegi atau buat sembahyang terawih.first pegi sembahyang terawih masa belajo kat melaka.dah tua baru nak buat.seb baik sempat.ahah
- kat rumah sekarang, awal awal dulu pegi terawih kat masjid.tapi bila ada warga emas yang perangai macam kekanak.i jadi tensen n marah.terus i buat sendiri je kat rumah.gigih tuh print out tasbih tasbih yg imam baca in between..ahahahha
- makanan specific buka puasa?takdek.i jenis balun semua.ahahahah.senang kan bela i? bela ikan laga pun tak semudah bela i..
- if in case i mendapat keuzuran untuk berpuasa, i takkan makan beriya sepanjang hari.cukup dengan minom air lepas azan subuh.tu pun sebab nak men'different'kan puasa dengan tak.i hanya makan waktu orang berbuka.
- kejadian di atas berlaku sebab dulu dulu i ade adik laki sampai 2 orang [eh, sekarang pun still adik laki i dua orang..ahah]so, bila tak bole puasa nak curi curi makan takut bebudak tuh nampak.nanti diorang banyak tanya.i sanggup tahan lapar dari nak menjawab soalan yang macam polis pencen tuh.jadi sebab dah biasa..terus terbawak bawak sampai ke tua ni haaa..
- best nya puasa kat rumah kepala batas, oskos la sebab mak i masak.best nya puasa kat melaka zaman belaja dulu sebab kadang kadang ada berbuka free kat masjid M*MU.best nya puasa kat keramat zaman kerja tempur! wira! er..er...entah.best nya puasa masa kerja sekarang sebab sekali dua kala ada banker invite berbuka..tapi all in all, buka di rumah lagi best.
ouh..tak sabo nak puasa.lagi tak sabo i nak balik on 13th..ahahha..ada orang nyaris terencat sebab tak bley balik skali, nasib la, sapa soh jadik student yang ada kelas on saturday..babai chuyah..ahahahha
Thursday, July 29, 2010
kuih
Tuesday, July 27, 2010
niat
Monday, July 26, 2010
ape-hal
Friday, July 23, 2010
kenyang
Thursday, July 22, 2010
gaji
hari ni i datang kerja dengan imej selekeh.apesal selekeh? sebab semalam abeskan masa pegi doraisami untuk melantak macam orang kebulur lima belas tahun tak dapat makan.tapi xtiviti lantakan ini ada sebabnya.ape sebabnya nanti la i cerita..i sibuk ni
*sibuk? kejadahnya kau sibuk..manade i sibuk, kalau i sibuk, sure lima minit sekali i letak status kat fb berbunyi 'wah..busynya aku hari ni kerja melambak lambak' @ 'i am super busy' @ 'kerja aku ni bila la nak abes?'..jadi memandangkan i tak penah letak status camtu, jadi i consider i memang set set datang kerja makan gaji buta..no, i tak busy..*
okeh..sbb malam tadi sibuk melantak, balik umah dah lewat, malas nak iron baju beriya jadi pakai baju ape yang ade..bajet macam orang miskin takde duit nak beli baju kat jakel yang perlu di dry cleaning..
okeh(lagi sekali). sebenarnya i nak cerita pasal gaji..
memandangkan sekarang dah musim orang bayo dan dapat gaji, jadi nya sebagai orang yang control duit kat kompeni ni, i pun sibuk sibuk la tanya bila nak standby duit gaji..supaya senang nanti banker kat hujung nun nak masukkan gaji kat akaun kitorang masing masing (faham tak ayat keling i nih?)
tetapi..jawapan yang i dapat ialah ..
'..tak tau lagi la bila.sebab orang HR belom settle mengira lagi..'
apeeeeeeekah? kau tak tau ke, ada orang kat sini yang dah tinggal tige ringgit enambelas seng sahaje? kalau pun tak suke kat i yang vasss ni, jangan la kejam sangat sampai nak lewat lewat kan bayo gaji..sian kat i.apetah lagi kat lanlord rumah, rapidkl dan paling kesian ptptn..camne i nak bayo mereka mereka ini?
jadi, untuk sedapkan hati, i tanya lagi..
'..agak agak, bila HR boleh settle, nih dah nak wiken..takkan minggu depan baru nak standby duit?'
dan jawapan yang diterima hamattt menikam sukma..
'..tak boleh nak bagi exact date sebab memang banyak lagi tak settle..'
dan dengan ini, andai anda semua sayangkan i, dan tak nak i mati kebuluran, sila lah lancarkan tabung kemanusiaan atas nama i.adapun i janji sape sape yang menggerakkan usaha murni ini akan dapat kasih sayang lebih dari i.janji!
Tuesday, July 20, 2010
Thursday, July 15, 2010
redha
Wednesday, July 07, 2010
habis
Friday, July 02, 2010
sorang sorang
tuptup
net, padil + sukin berkonyong konyong balik kepala batas+prai secara berjemaah
tinggalkan i sorang sorang yang dah berjanji dan berkomitmen
dan
tuptup
zar pulak nak pegi panjat broga esok
malam ni dia overnite kat umah member kat kajang
harap harap
niza ada kat rumah
therefore, tak de la i macam ala ala sorang kat rumah.
walau pun hakikatnya
esok ada event kat putra*jaya.
*huh! macam la tak penah kena tinggal sorang sorang kat metropolitan sesak nafas ni. kecoh la lu!*
Thursday, July 01, 2010
makan
- nak lagi best, semua kawan kawan i, hosemet, ufismet,skolmet,jimba2met semuanya suke makan.semua benda musti akan di lengkapkan dengan acara makan makan.be it adegan seronok, best, sedih atau takdek perasaan pun akan di lengkapkan dengan makan.
- normally operasi makan kitorg ni tak la hanya kat restoren restoren je, semua nye kitorang layan.restoren ada nama, tak de nama, warung, fudkod,tepi jalan,campak campak masak sendiri,menu redho dan pasrah dan tak lupe jugak makanan dua tiga minggu lepas yang di panaskan balik..ahahahhah.terbaek!
- i ade habit makan yang pelik.kalau orang lain tak suke benda yang dah masuk angin..i suke pulak.ingat lagi masa musim raya, purposely, i masukkan kuih sepit@kapit dalam peti ais.nak bagi masuk angin..then agak2 dah ok, makan la..liat liat tuh masyukk bila kunyah..sama gak kalau cikedis..kopok ikan..besss..sbb tuh kekdg, ahkak ahkak kat ufis ni kalau ade keropok masuk angin suke simpan kan untuk i..ahahahha..gile bongok habit i ni..
- lately, kegilaan adalah makan stimbot..wohooo best wo..asap asap, panas panas, peluh peluh sambil makan..mak aih..lupe donia jap.nak pulak makan dengan jimba2met..bahagia gile..sambil makan sambil ngumpat.takpun sambil gosip @ kutuk orang..kalau seoul garden ada bbq, asap asap bau dia lagi..wahhhh..mmg ralit la makan.
- dulu dulu zaman tak berapa bijak, i belasah je makan ape pon.penah dulu selamba dlm satu hari almost sebantal roti gar*denios i habeskan.sedap sangat sebab sapu dengan chuncky peanut butter, dan letak pulak extra honey..mak aihhhh..mana la tak gemuk pejal badan ni.siap dengan naek jerawat lagi..tapi sejak sejak sedar diri 'sikit' benda yang dimakan dikira kira jugak la.kalau dah banyak makan goreng goreng, esok tak makan dah..dah pandai la jugak nak kontrol.
- aaa...dari kecik i memang tak makan sayur..aduhh..takde satu tumbuhan pun i boleh makan.ingat lagi dulu masa sekolah rendah, pagi pagi brekfes adalah roti dua keping, telur dan penuh dengan sayur sayuran, timun, tomato, kerot,salad..aduiii..kena paksa makan depan pakya pulak tuh..hazaaaabbb.tapi bila dah masuk MM*U, duk kat melaka, makanan kadang kadang takdek selection sangat..lagi pun tengok semua orang cantik makan sayur banyak banyak..jadi nya i pun paksa diri makan sayur..sebab tuh la i cantik gilerrr sekarang..kehkehkeh.
- dan..adalah yang paling heaven bila balik kepala batas.memang betul la ape orang cakap, penang tuh syorga makanan.tapi as for me, bukan la kat penang banyak makan sedap sedap, tapi dah mak i kat penang..haruslah penang makan sedap sedap.mak i dia punya telur goreng pon macam ade ape je.sedap nak mampos..telur goreng, nasik panas, curah kicap..haih...tiga pat pinggan pun blom tentu cukup.ape mak i baca masa goreng telur tuh pun i tatau lah.itu belom lagi dia buat muratabak, dadar gulung, seri muke, kueh apom, cok keria, pengat pisang.jangan suruh i start dengan lauk pauk..haih..kalau balik mak malas masak @ banyak kenduri akan jadi satu ke'up-set'an okeeehhhhhhh..
kehkehkeh..kalau cakap bab makan, memang la tak cukup satu entry.seb baik i tak pandai masak.kalau tak harus i akan ade satu blog khas untuk resipi dan menu menu semua..ibaratnya kalau hari tuh i puasa, sesudah subuh i dah sebok sebok diskusi dengan metsss ape nak makan mase berbuke..tak ke parah tuh?
tapi, i suke..
Monday, June 28, 2010
tade hal
mmm..rasanya kan adalah lebey senang bila bercakap dalam point form..lebih organize dan agak rileks.tapi provided macam ade banyak benda nak borak la.kalau setakat nak cerita pegi supermarket pun nak cerita beriya, tak dapat jacckkk!
this coming wiken ada family day kat put*rajaya.i have to drag myself untuk pegi sebab tak sampai hati dengan wani yang nak kena drive sorang sorang all the way from ampang..woh..tetibe rasa mulia.
apehal badan dah berat balik? aduyai..
Friday, June 25, 2010
random
- day by day apesal makin boring? dah tak tahu nak buat ape kasik hip hidup.lately, kul 7 maghrib elok sampai rumah je, mata pun dah start kuyu. ade skali tido dari kul 815 malam sampai 530 pagi esoknya. seb baik set alarm..kalau tak, declare cuti umum lah jawab nya. seriously, macam dah tak de yang menariknya hidup nih.something missing lah!ape benda, i pon tatau.mayb my heart got colder and colder day by day..ouh come onnnn..ayat macam big fat loser la..
- ari tuh balik kepala batas. sebelom sebelom ni i ingat tempat yang paling best untuk spend 'me' time adalah masa jogging every subuh wiken. but then, baru ni i discover satu tempat yang lagi best..tengah tengah bendang waktu awal pagi..mak aihhhh..dia punya masyuk..macam kita kat carribean..hoh! walau pon i tak penah sampai carribean..but the feeling tuh sampai la..senyap sunyi..cuma dengar dengung telinga sendiri. bila duk tengah tengah bendang tuh, try pikir mati..kalau tak takut jugak..memang la diri tuh syaiton niro jimmmm..
- apesal ada orang yang suka ada sikap dengkhi dalam diri. yang lagi pelik dengki dengan kawan yang sebelum ni comolot lage bontot dengan kita..aduyaiii..dulu dulu bila nak buang sampah sampah dalam hidup, i lah yang dia carik..alih alih bila kita baru nak dapat lebih sikit, dia dah gelupur report sana sini..dia tak penah kira ke yang dia tuh dah sentiasa lebih dari orang lain..tp bila orang baru nak dapat..dah dengkhi dengkhi bagai..last last, i jugak yang kempunan..tapi takpe, orang macho, sabar dan penuh budi bahasa..i takdek hal..g jahanam la..like wt*!
- woh..aura mazmumah memang senang masuk dalam hati insan lemah dan kerdil macam i..bebeno nya i dari subuh tadi belum dapat meal yang proper.lunch hour dari jam 1215 tadi, i lepak lepak duk ufis..surf surf sambil otak kosong..tak ingat nak makan. pagi tadi buat buat sibuk, langsung terlepas brekfes.cuma minom milo panas kasik kuar angin kembong dlm perut sbb semalam tak lunch jugak..ouh..aura dah nak mati suda datang.
- semua orang dlm ufis pegi melawat ufismet yg dah sebulan bersalin.i tak folo sebab i dun have the mood. seriously, i dah takdek mood pegi tgk orang kawen, dapat anak dan yang sewaktu dengan nya. mana tak nya, i dah buhsan.bila pegi kenduri kawen, member member sibuk citer pasal anak anak. kang tgk orang bersalin, citer pasal anak anak lagi..duhhhhh..perlu ke every time nak kena cerita pasal hal ehwal anak. kat blog, kat fb, kat twitter, kat ufis, dlm kereta, masa makan, dalam bas, tunggu bas, dlm tren..duhhh..tau tak i tak dek anak? letey la..give some space boley dak?
- ouh.jap lagi kul 3 ada miting beso ape tah, most of the ufismet terlibat, exclude me..jaga ufis lagi lah nampaknya.bagus..i suke..
- last couple of nights accidently i watched p.s i love you (again~~~)can't help. akan tgk jugak walau dah beribu kali nonton.sama macam cerita you've got mail dan beberapa cerita lain..haih...
- did i mentioned pasal my pc get corrupted. so habes semua fail dan folder yg langsung i tak buat back up tuh. dah la sekarang sudah june. closing yearly. next next month external auditor datang, harus la i kena buat gedik gedik buat muke simpati yg i takdek simpan softcopy report. even worst, my lagu lagu pun dah habis, tak dek backup..and even even worst..masa nak charge ipod, dengan bijak nya i g erased semua 200++ lagu dalam tuh..mak aihhhhhhh..kosong terus ipod ku..tiada lagi jeritan beyonce..macam mana nak buat senaman kasik fit bontot nihhhhh?????
erm..sudah sudah la kot meroyan untuk kali ini..rasa nak g bertaubat lah!
p.s 'ubat bagi hati yang karat itu ada dua. dengan limpahan bacaan al quran dan dengan mengingati mati'
Tuesday, May 11, 2010
platinum
hah! i tahu sebab apa
- lrt hari ni weng gamaknya. masa dekat stesen damai, almost 15 minutes stop. without any announcement, terpinga pinga semua orang dalam tren tuh. dari yang tertido pun boleh berjaga..owh..kenapakah?
- then, dekat pasar seni jadi sekali lagi.and again, tak de announcement pun.ape hal pun tatau.kacau betul la. apesal la tren ni suke suki buat hal waktu pagi?
- dan keadaan ini berterusan la sampai stesen taman bahagia. patut nya gap between two tren adalah 6 minit dari jam 0600 sampai 0620 dan akan di cepatkan ke 4 dan 2 minit bila peak hours which is from 0630 and above, but then, tadi i sempat jeling kat screen, it takes 9 minutes gap between 2 tren. masa tuh dah 0651..sebab sebab delay? tak bgtau. even sorry sebab delayed pun tak dek. huh! rapidkl punya customer servis belom start kerja gamaknya..
- bila sampai taman bahagia, biasa la feeder bus rapidkl waktu jalan dia ikut jam-atuk-tiri-belah-bapak-angkat depa..i arrived taman bahagia 0659. supposed bus akan gerak on 0710. tapi tadi, 0710, station master baru perasap sebatang rokok, yg driver bus pulak tak tahu la lepak mana. bas nya ada..tp tak gerak..
- 0715, station master rilek je perasap sebatang lagi rokok. sambil borak borak dengan another rapidkl staff..hanjeng okehhh!!! kau datang kerja nak merokok je ke? memang rapidkl bagi elaun rokok ke tiap tiap bulan? yang driver bus tuh mmg dah ada dlm bus, tapi tak jalan..duk gurau senda dengan sape ntah dlm bus tuh..banyak main la depa nih..orang tunggu beratur dah panjang, hari dah makin terang dah nih..
- 0718..baru la bas tuh gerak kedek kedek tapi tak gerak terus..berenti, orang masuk..dia tunggu lagi..tunggu ape pun i tatau lah..0725 baru jalan betul.
- sampai kat simpang 4 beso nak masuk area kelana jaya, traffic light pulak mampus. great! dan takdek sorang polis pun yang datang. MBPJ nih tak dek sistem alert ke? kalau trafic light mampus, pepagi orang kalut kalut nih, tak boleh ke tolong panggil abang polis sorang jaga traffic..sudah nya berebut rebut la kereta nak gerak. dapat pulak driver bapak kiasu tuh kan..aduyaiiii..
- dan di akhiri dengan jem depan sekolah kelana jaya..yelah kalau dah sampai situh 0730, mmg la sesak. sesak dengan kereta mak bapak anto anak, dengan kereta cikgu yang dah lambat. dan sebelah tuh pulak ada one private school..lagiiiiiiiiiii la banyak kereta since this private school rasanya tak cukup parking space untuk cikgu cikgu nya. dah nak tunggu cikgu cikgu ni berebut parking pulak..bagus! buat lah selalu. masalah yang macam ni tak mau di settle kan awal awal..dah semua orang effected. aduii
nasib baik i tak lewat sampai. kalau lewat, apekah alasan yang boleh i beri untuk defend diri sendiri. bila dah lewat, HR dept akan percaya ke alasan alasan semua tuh? tak dapat jackkk!!! sure dia kata i yang lembab, bangun lewat, tak reti nak manage time, sengal..dan segala mala yang buruk..padahal?
untuk mereka mereka yang rasa anda lah punca masalah di waktu pagi..tolong la jadi lebih alert, observed dan sensitif. sebab bagi sesetengah orang, satu minit tuh emas, dua minit itu platinum, bayang kan kalau 5 atau 10 minit, apekah harga nya?
Friday, May 07, 2010
blur, blurism..
...dalam satu kawasan hutan, ada beberapa ekor binatang sedang bual bual. tiba tiba si singa telah mencipta satu permainan yang dipanggil sebagai...permainan-cerita-benda-lawak-sampai-semua-binatang-gelak. tetapi..kalau ada binatang yang tak gelak, binatang yang menyampaikan lawak tersebut akan di bunuh...[owh..kejammm..]
lawak pertama disampaikan oleh si monyet..entah kelakar apa yang dibuatnya sampai semua binatang gelak bagai nak mati..singa yang garang nak mampus pun gelak beriya-riya..monyet berasa amat lega..tetapi kelegaan monyet disentap, apabila si kure kure rileks sahaja..tiada respon gembira atau geli hati..duhhhhhh...makanya kata si singa 'rules will always be rules' [ampunkan grammatical errorr i..]..matilah monyet di bunuh singa...
mati nya si monyet, si gajah pula mencuba nasib..sama macam lawak monyet, lawak gajah juga tidak kurang hebatnya..berdekah dekah binatang binatang tuh gelak..lawak gila babi kata si babi..ahahahhahahah..tapi macam tadi jugak..si kure kure masih tak gelak gelak..celaka kure kure, getus gajah dalam hati..matilah aku si bapak gajah...seperti dijangka..singa pun terpaksa membunuh gajah..
kemudian..si harimau mencuba..fokus harimau cuma satu..kure kure..pasti gelak dengan lawak aku..gaya gaya si rimau nak bercerita..tiba tiba, si kure kure gelak guling guling..bagai kan tiada lagi lawak di atas muka bumi ini..been curios, si singa pun bertanya pada si kure kure..
'..bukan..aku gelakkan lawak si monyet tadi..kelakar nak mampus..'
..sambil guling guling sambung gelak..
get it?
kalau tak faham, n tak gelak dengan lawak di atas..harus..hari ini mengaku lah anda pun seekor kure kure..ahahhah
ps: i bet..zufa tak faham lawak ni..
Wednesday, May 05, 2010
sabtu
owh..bukit tinggi ada admission fee ye anak anak..dua blas hengget satu kepala, ye, diulangi satu kepala. mungkin sebab last saturday adalah labour day, merangkap awal bulan, jadi orang agak ramai..nak jalan pun kena tengok kiri kanan takut takut kita pass by orang tangah nak amek gambar..kalau nonong je nanti kena sumpah dek orang, tak aman dunia..
all in all..it is so so la. sama macam fraser hill. kalau untuk kill the time, boleh la pegi sana and provided u suka la tempat rileks rileks ni. kalau u jenis yang suka kecoh kecoh, riuh riuh..this is not the right place.
okes..seperti biasa, selepas bergedik gedik mengambil gambar, kitorang turun dan mencari pasal pula di tanah rata. balik ke pangkal jalan istilah nye..singgah di wangsa * walk untuk sessi ehem ehem..abes sesi ehem ehem..perut pun dah bunyi..
owh..terlupa nak cerita. on the way ke bukit tinggi, kitorg isi perut kat r&r genting * sempah. betapalah kitorang ni ramah mulut, kat kedai buah berangan dan asam asam pun kitorg boleh dapat kawan. ahahahha. rupa rupa nya uncle kedai tu adalah orang kampung okeh..dia penah duduk kat sungai puyu. hiks! lama jugak sembang sembang. siap boleh tahu sejarah pembabitan penjualan buah berangan dari kereta tolak sampai lah masuk dalam kedai kat r&r tuh..
okeh..sambung perenggan atas tadi..bila perut dah nyanyi lala lala..kitorg pun melayan perut dengan steambot d kak *eita steambot..erm..not bad. sedap jugak. selection buffet dia banyak jugak la..lagi i suke sebab yg barbeque dia buatkan, jadi nya tak la bila abes makan satu badan bau asap..tapi sebab kitorang sampai dah agak lewat, ikan kembung, cencaru untuk di bakar dah abes. tinggal ayam, kambing dan satay sahaja. tapi sedap sedap belaka. since kitorang bertiga memang layan makanan yang macam nih..nampak gaya nya boleh la pegi lagi..
kat kedai steambot ni lah kitorang agak hangin. bukan marah tuan kedai, tapi marah dekat beberapa family ni..
nak di jadikan cerita, kat sudut tepi restoran ni ada fountain kecik, ada la ikan beberapa ekor. dan restoran ni punya interior pun boleh tahan..area luar depa tabur2 dengan batu yang ala ala refleksologi tuh..cantik la..
sekali adalah meja kat hujung tuh dalam dua tiga family jugak la, mcam tgh family gathering. masalahnya ialah..mak bapak semua tengah sibuk melantak dan bergusip, anak anak depa baik punya lepas tak ambik port..budak budak ni pulak duk keliling fountain tuh nak gagau ikan dalam tuh. lama lama nak gagau tak sampai, depa pakat pakat kutip batu batu hiasan yg kat jalanan tuh baling masuk fountain. amboi mak.. dah la fountain tuh betul betul belakang meja kitorang, budak budak tuh dok berebut rebut, bila lawan lawan baling air fountain terpercik la. kalau ikut kan hati mau aja i simbah sup steambot tuh atas kepala mak bapak depa. mangkuk! kau sedap sedap melantak, anak, ko buat bodoh!
bila kami dah geram, i dgn net mula la jeling jeling dan buat bunyi. wahhhh...tak takut okeh..sampai ada sorang budak pompuan tuh i dah tahap angkat garfu, buat gaya nak ketuk dia pun dia buat rilek je..huh! sama perangai macam mak dia. tak makan saman! nasib la bukan anak buah i, kalau tak..dah lama kena cubit.
bila depa dah blah..baru la aman dunia..haih..untuk mak mak yang bawak anak makan luar..tolong la ajar sikit anak tu sopan santun. duduk diam diam. jangan la bagi alasan ' ala..budak budak, mana reti duduk diam .' owhhh plisss la..ada okeh budak yang tahu hormat keadaan. dia nakal kat rumah je..bila ada orang, kat luar dia pandai behave. kau la tak ajar anak kau..
abes makan, macam biasa bayar, balik umah, tido lah. sambil hati masih bebel bebel tak puas hati dengan mak budak budak tuh! cess!
Thursday, April 29, 2010
melayu
masa muda muda dulu..[sekarang pun muda jugak], saya selalu terbaca dalam surat khabar pasal subsidi. orang kata orang melayu ni orang subsidi, semua nya nak subsidi. kalau boleh beli seluar dalam pun nak pakai duit subsidi. masa tuh ape kebende subsidi pun saya tidak faham. jadi bila semakin keliru, saya pun membuat la pembacaan..baru lah faham sikit sikit.rupanya subsidi ni macam bantuan. bila ada bantuan ni senang la sikit. tak de la kita tanggung semua benda. subsidi ni ada macam macam, subsidi baja, barang makan, buku teks, ubat ubat, minyak banyak lagi lah.
kiranya selama hari ni bukan lah semua semua kos barang kita tanggung seratus peratus. ada yang kita kena bayar beberapa peratus sahaja.
mungkin bila kita dah terbiasa ditanggung dan biasa rasa mudah, kita jadi susah bila kena berubah. contoh bila ada sesetengah subsidi tu ditarik, kita kena la tanggung seratus peratus harga barang tersebut. makanya, timbullah kemarahan sesetengah pihak. bahagian ni, saya tak mahu komen, sebab dah ramai sangat orang bercerita pasal benda ni. dah muak nak baca.
yang saya nak cerita kan kali ni lebih kurang konsep subsidi ni lah. tapi lebih kepada kemudahan dan kesenangan seseorang. mudah saja kekusutan saya. kenapa ada orang yang masih mengharapkan kemudahan di sediakan di depan mata? maksudnya kenapa tak boleh nak bersusah susah [sikit] untuk keuntungan diri sendiri? senang cakap, kenapa masih ada orang yang mahu kerja yang pejabat nya di depan mata, tak payah nak bangun awal hari hari, tak payah nak menempuh perjalanan jauh hari hari? sedangkan semua itu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. disebabkan tak mahu bersusah payah, ada orang yang sanggup menganggur, menagih simpati sana sini. berkorban lah sikit untuk diri sendiri, bukan orang lain.
saya pun bukan lah sempurna mana. kadang kadang merungut jua. tapi bila di fikir fikir kan semula, siapa lagi yang boleh ubah hidup kalau bukan diri sendiri. sampai bila nak bergantungan dan harapkan orang lain. kalau orang kurang upaya boleh merubah diri sendiri, kenapa saya yang sempurna cukup sifat segala masih nak merungut mengeluh bagai? tidak adakah rasa malu walau sekelumit dengan golongan tersebut. pada saya, pakcik buta yang berdiri di tepi tangga sambil memegang raga tisu, adalah lebih mulia dari orang yang merayau rayau tanpa hala tuju dan kerja serta meragut sini sana. entahlah. bukan orang lagi gamaknya. syaitan pun berusaha bekerja bersungguh sungguh menyesatkan manusia. maka, siapa kita yang nak bermalas malas dan berkira kira segala? bukan, saya bukan sama kan manusia dengan syaitan, nauzubillah..tapi fikir fikir kan lah.
mungkin sebab dah terlalu senang, berat punggung nak berubah. entahlah
ps: nasihat untuk diri sendiri [dan orang lain]
Wednesday, April 28, 2010
Wednesday, April 21, 2010
iman
'..allah hu akbar kabiiroo..walhamdulillah hi kathiroo..'
wah..hebat [ala-ala] latahan beliau..hati i berkata kata..dan tiba tiba, selepas habis [ala-ala] latahan itu, terpacul dari mulut mamat itu..
'..tgk macam mana orang BERIMAN melatah.keluar ayat quran..takde la macam sesetengah orang, mencarut lah, babi la, ayam la..apa la..haih..tah hape hape..'
huh! patut la muka i takdek cahaya, rupa rupanya i tak de keimanan.sebab bila melatah i sebut 'oh mak kau!'..dan baaru la i tahu..selama hari ni keimanan seseorang bergantung kepada sebutan latah masing masing.
haih..apesal ustazah masa belajar syariah dan quran sunnah dulu tak penah ajar pun benda ni?
Wednesday, April 14, 2010
kipas
tapi hari ni bahang panas memang to the max la orang putih kata..sebab nya, biasa la.kan kerja dengan orang.lain kalau kerja jaga lembu, agak agak marah boleh la kata lembu bodoh.tapi kalau dah kerja dengan orang..berdosa la pulak kata orang bodoh..{macam la i pandai sangat}.ahahha
mula nya hari ni adalah hari yang indah.bermula dengan riang tawa dan senyum mesra dengan banker comel i tuh..tapi kenyamanan itu tersentap oleh orang yang berlagak-pandai-mcm-tahu-semua-benda-but-yet-tak-tahu-malahan-kaki-kipas-baek-punya!
i kan ade degree akaun{wah! riak nye i} tapi hari ni ada orang query macam mana i reconcile akaun. masalahnya mmg macam tuh la pun kalau recon akaun.dia yang salah faham.dia ASSUMED benda dia dah clear, tp sebenarnya yg dah clear tuh yang bulan lepas..yg hanging unrecon tuh yg bulan ni punya..aduyaiiiii..
jadi nya.i pon bagi la satu panggilan "BERHIKMAH" kepada kakak itu.sambil gigil gigil tangan tahan marah.panas satu badan.panas satu hati..tapi..biasa la.dia suke nak tunjuk pandai..sampai keluar dari mulut dia '..eh..mana boleh recon macam tuh' waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.bodoh piang ke i? sabar je la..i jamin.esok, bos dia yang kuat meroyan tuh masuk ofis, pasti i kena royan..berkodi kodi.dem lah!
untuk akak itu..
'akak..akak kan dah naik haji, baru balik umrah.tak yah la akak nak ngadu dombe kat bos sana sini.tak yah la nak kipas kipas kejar jawatan.jawatan, duit, nama, glamer semua tak boleh masuk kubor..dah tua tuh, buat la cara dah tua.tunjuk contoh baik sikit dekat saya yang muda ni..'