Wednesday, August 18, 2010

cuti

yuha~


bila dah puasa, maka nya umat islam akan berhari raya.selain isu kuih raya, duit raya, baju raya dan lain lain, bila sudah kerja dan menjadi seorang bos [kecik], ada isu lain kena consider..iaitu cuti.woh..every year, harus merasa tertekan dengan perkara cuti nih.


being me, bos-kecik-pompuan-bujang-belom-kawen-takdek-anak-kampung-satu-tiada kampung mertua ni..serba salah dan tak senang duduk weyhhh.my current situation adalah mempunyai tiga orang staff perempuan-dah-kawen-ada-anak-dan-ada-dua-kampung-iaitu-kampung-sendiri-dan-kampung-mertua-nak-pulak-satu-utara-satu-selatan.


soalan> jadi adakah proper untuk i nak rebut rebut cuti lama jugak? walau pun diorang adalah my staf dan patutnya i bole je amalkan sikap kuku besi, tapi..tak baik..mak tak ajar jadik jahat dan kehji...worst, my unit kan deal hari hari dengan banker ala ala bursa saham.jadi, siapa yang perlu tinggal dan sapa yang boleh cuti lama lama beraya sakan pakai baju bling bling sampai raya ke saploh?


sape? sape? harus lah bukan i..


jadi..bertolak ansurlah anda ye..maka nya..andai kata 9hb, ufis nih masih zalim dengan tidak men'declare' cuti ehsan, terpaksa lah i deal all the transaction dari mana mana tempat yang i berada tika dan waktu tersebut.kejadian ini terpaksa berlaku sebab all my staff dah balik kampung, dan i pun terpaksa balik kampung dan terpaksa tidak hadir ke pajabat sebab driver nak balik 8hb malam atau subuh 9hb. kalau by the time dealing dah ade kat rumah, bole la sedap sedap di rumah kepala batas atau silap silap masih di atas jalan tengah tengah highway perak yang kenkadang takdek signal tuh?aaaaaa..dan, akan balik lebey awal lepas raya untuk tercegat di dalam ufis membuat urusan pasaran kewangan tersebut di atas [apekahhh sungguh la ayat nihhh]


redahkan aje lah.i tokleh nak zalim zalim.bior le i yang beralah.


owh..tetibe rasa diri seorang yang murni


p.s: series tak tipu, tiap kali raya, musti rasa macam nak kawen cepat cepat dengan orang jauh jauh..bole apply cuti raya lama, sebab dah ada dua kampung dan kampung tuh pulak bapak jauh..ahahahha

1 comment:

mama syaza said...

time bujang meto.. harus begitu..tambah operation. berbaktilah utk syarikat.. yeehaa