Tuesday, July 27, 2010

niat

okeh, i serious..


hari ni 15 sya'aban. ada orang cakap kat i, hari ni buku amalan yang ratib atib kiri kanan bahu dengan dakwat hitam merah catat ni akan bertukar buku baru. kenapa orang cakap, sebab sepanjang umur ni, i tak penah jumpa lagi dari mana mana bacaan yang mentioned pasal ni.[sila ambil maklum, ruang lingkup bacaan i tak la seluas mana]


ada orang pesan, sebaik baik nya pada maghrib 15 sya'aban @ nisfu sya'aban nih, baca surah yaasin 3 kali. setiap kali selesai bacaan, akan ada doa nya yang tersendiri. seingat ingat i, seumur hidup, i penah buat dua kali je benda ni. sekali masa zaman belajar kat melaka dulu.buat secara berjemaah kat surau [penah jugak la join orang surau, takdek la jahat sangat i ni]. mungkin sebab buat ramai ramai, jadi tak terasa sangat kesemputan masa baca tiga kali tuh. dan doa nya imam yang baca.i amin kan sahaja.


kali kedua, i penah try buat sorang sorang kat rumah..mak aihhhh..tipu la kalau i cakap i rileks je bila dah settled. penat jugak la. dan doa nya i pakai bahasa melayu je..erm..i tak tau la ape kesah nya doa doa i tuh. yang penting, i doa dan i tawakkal..apa rasional nya tiga kali tuh, pasti la ada hikmahnya. yang tuh i blom master lagi..


bila di kenang kenang balik, i terpikir pikir jugak, macam mana la rupanya buku amalan i yang dulu dulu. banyak dakwat merah atau dakwat hitam? masa kecik kecik dulu, mak penah bagi tau kat i, kalau kita terniat nak buat jahat, malaikat blom tulis lagi, dia hanya akan tulis bila kita dah buat benda jahat tuh. tapi kalau kita baru je terdetik kat hati nak buat perkara baik, serta merta malaikat akan tulis, walau pun end up nya kita tak buat pon benda baik tuh. masa mak i bgtau tuh, i dah berkobar kobar nak berniat buat baik je..


tapi tetibe mak i potong, mak i ckp


'..tapi tengok la kita niat baik tuh untuk apa, kalau niat baik nak riak riak, nak tayang kat orang, terus malaikat tuko dakwat pen, jadik kaler merah..sebab tu semua benda kita nak buat, kita kena niat lillah-hi-ta'ala..'


ouh, ada syarat rupanya. i baru plan nak jadik macam robin hood..ahahahhah.


jadi, tahun ni i berazam la nak buat baik banyak banyak, bior buku i nanti cantik je..bersih macam buku cerita eh silap macam novel tebal ahadiat akashah. kertas putih, tulisan hitam, takde gambo gambo, takde kaler kaler lain. [ahahah bajet macam diri malaikat..ahahha]. tapi takpe, kurang kurang, pagi nih, dah ade dakwat itam satu line, sebab i bukak buku baru dengan niat baik nak berniat baik sepanjang tahun [keling tak ayat?].aminn..


p.s:ouh, ini betul betul, i niat nak khatam kan quran sebelum 1 ramadhan.now dah juzu' 28.


No comments: