Wednesday, October 13, 2010

pagi

hola!



ini cerita pagi tadi..



1/ macam biasa dlm jam 0615 i akan keluar rumah berjalan kaki ke stesen lrt.rumah i dekat dengan simpang tiga.lebih kurang 100 meter dari simpang, ada sebuah masjid, dan betul betul dekat simpang ada gerai buah.gerai buah ni owner dia memang seorang pakcik berbangsa melayu.pakcik ni memang produktif, seawal pagi dia dah start his business.normally by the time i berjalan kaki, jemaah di masjid masih ada, imam akan lead mengaji.still boleh dengar sebab mengaji guna speaker.dan imam amat sedap lenggok mengajinya.kalau faham maksud, mesti lagi sedap.tapi kan..pagi tadi, telinga sedikit terganggu sebab pakcik gerai buah dengan suka nya pasang dvd karaoke dangdut sekuat kuatnya.bagai mahu melawan alunan quran imam masjid..sheeessshhhh.i tau lah i takdek la keimanan menebal dalam diri.tapi i still faham bahawasanya kalau kita dengar azan atau orang mengaji atau ceramah agama atau ada majlis ilmu, kalau pun tak nak dengar, sekurang kurang nya kita kena la hormat.mana tahu, dengan menghormati, keberkatan tu dapat sama pada kita.



2/masa naik bas tadi, macam biasa bila dah bayar, uncle driver akan kasik tiket.tapi kan..tadi, uncle hamzah(si driver), dia takkasik tiket kat i, tapi dia kasik ular getah.i cuma tersentak, tapi tak jerit ke atau tak marah marah.sampai pakcik hamzah pelik dan tanya i kenapa tak jerit dengan muka sedikit disappointed.ahahahha.i cuma senyum je lah sambil cakap tengkiu.haih..takkan orang macho macam i nak jerit jerit bagai.i kan macho.

1 comment:

mama syaza said...

control macho banget u ni... pacik tu baru nak manja2..ngeh2