Thursday, July 22, 2010

gaji

yuha..

hari ni i datang kerja dengan imej selekeh.apesal selekeh? sebab semalam abeskan masa pegi doraisami untuk melantak macam orang kebulur lima belas tahun tak dapat makan.tapi xtiviti lantakan ini ada sebabnya.ape sebabnya nanti la i cerita..i sibuk ni

*sibuk? kejadahnya kau sibuk..manade i sibuk, kalau i sibuk, sure lima minit sekali i letak status kat fb berbunyi 'wah..busynya aku hari ni kerja melambak lambak' @ 'i am super busy' @ 'kerja aku ni bila la nak abes?'..jadi memandangkan i tak penah letak status camtu, jadi i consider i memang set set datang kerja makan gaji buta..no, i tak busy..*

okeh..sbb malam tadi sibuk melantak, balik umah dah lewat, malas nak iron baju beriya jadi pakai baju ape yang ade..bajet macam orang miskin takde duit nak beli baju kat jakel yang perlu di dry cleaning..

okeh(lagi sekali). sebenarnya i nak cerita pasal gaji..

memandangkan sekarang dah musim orang bayo dan dapat gaji, jadi nya sebagai orang yang control duit kat kompeni ni, i pun sibuk sibuk la tanya bila nak standby duit gaji..supaya senang nanti banker kat hujung nun nak masukkan gaji kat akaun kitorang masing masing (faham tak ayat keling i nih?)

tetapi..jawapan yang i dapat ialah ..

'..tak tau lagi la bila.sebab orang HR belom settle mengira lagi..'

apeeeeeeekah? kau tak tau ke, ada orang kat sini yang dah tinggal tige ringgit enambelas seng sahaje? kalau pun tak suke kat i yang vasss ni, jangan la kejam sangat sampai nak lewat lewat kan bayo gaji..sian kat i.apetah lagi kat lanlord rumah, rapidkl dan paling kesian ptptn..camne i nak bayo mereka mereka ini?

jadi, untuk sedapkan hati, i tanya lagi..

'..agak agak, bila HR boleh settle, nih dah nak wiken..takkan minggu depan baru nak standby duit?'

dan jawapan yang diterima hamattt menikam sukma..

'..tak boleh nak bagi exact date sebab memang banyak lagi tak settle..'

dan dengan ini, andai anda semua sayangkan i, dan tak nak i mati kebuluran, sila lah lancarkan tabung kemanusiaan atas nama i.adapun i janji sape sape yang menggerakkan usaha murni ini akan dapat kasih sayang lebih dari i.janji!

No comments: