Thursday, July 15, 2010

redha

extract dari utusan malaysia pagi ni:



wirid : segala amal soleh yang dilakukan oleh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah.hendaklah dilakukan secara berterusan.wirid adalah menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang wajib dan menampung dengan amalan sunat.



warid : sesuatu anugerah atau kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya berkat dari amal soleh yang telah dilakukan.datang dari Allah dalam bentuk nur.tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu ketuhanan dan keimanan bertambah.


makna-hu, warid adalah kurniaan Allah atas patuh dan taat-nya seorang hamba kepadaNya (wirid).

Ibn 'Ataillah Al-Askandari menyebut bahawa 'datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan kepada sejauh mana persiapan hamba-Nya'


dan sabda Nabi S.A.W 'sebaik-baik amal kepada Allah adalah amal yang sedikit tetapi berterusan'


:: bermohon lah kepada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.dan lahirnya redha Allah adalah dari redha ibu dan bapa.hablu minnAllah wa hablu minnannaas ::

1 comment:

Momster said...

aku insaf... :(