Thursday, April 29, 2010

melayu

saya adalah seorang melayu. walau pun saya tahu mak dan bapak saya ada campuran dengan jawa, tetapi saya tetap yakin bahawasanya saya adalah seorang melayu.

masa muda muda dulu..[sekarang pun muda jugak], saya selalu terbaca dalam surat khabar pasal subsidi. orang kata orang melayu ni orang subsidi, semua nya nak subsidi. kalau boleh beli seluar dalam pun nak pakai duit subsidi. masa tuh ape kebende subsidi pun saya tidak faham. jadi bila semakin keliru, saya pun membuat la pembacaan..baru lah faham sikit sikit.rupanya subsidi ni macam bantuan. bila ada bantuan ni senang la sikit. tak de la kita tanggung semua benda. subsidi ni ada macam macam, subsidi baja, barang makan, buku teks, ubat ubat, minyak banyak lagi lah.

kiranya selama hari ni bukan lah semua semua kos barang kita tanggung seratus peratus. ada yang kita kena bayar beberapa peratus sahaja.

mungkin bila kita dah terbiasa ditanggung dan biasa rasa mudah, kita jadi susah bila kena berubah. contoh bila ada sesetengah subsidi tu ditarik, kita kena la tanggung seratus peratus harga barang tersebut. makanya, timbullah kemarahan sesetengah pihak. bahagian ni, saya tak mahu komen, sebab dah ramai sangat orang bercerita pasal benda ni. dah muak nak baca.

yang saya nak cerita kan kali ni lebih kurang konsep subsidi ni lah. tapi lebih kepada kemudahan dan kesenangan seseorang. mudah saja kekusutan saya. kenapa ada orang yang masih mengharapkan kemudahan di sediakan di depan mata? maksudnya kenapa tak boleh nak bersusah susah [sikit] untuk keuntungan diri sendiri? senang cakap, kenapa masih ada orang yang mahu kerja yang pejabat nya di depan mata, tak payah nak bangun awal hari hari, tak payah nak menempuh perjalanan jauh hari hari? sedangkan semua itu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. disebabkan tak mahu bersusah payah, ada orang yang sanggup menganggur, menagih simpati sana sini. berkorban lah sikit untuk diri sendiri, bukan orang lain.

saya pun bukan lah sempurna mana. kadang kadang merungut jua. tapi bila di fikir fikir kan semula, siapa lagi yang boleh ubah hidup kalau bukan diri sendiri. sampai bila nak bergantungan dan harapkan orang lain. kalau orang kurang upaya boleh merubah diri sendiri, kenapa saya yang sempurna cukup sifat segala masih nak merungut mengeluh bagai? tidak adakah rasa malu walau sekelumit dengan golongan tersebut. pada saya, pakcik buta yang berdiri di tepi tangga sambil memegang raga tisu, adalah lebih mulia dari orang yang merayau rayau tanpa hala tuju dan kerja serta meragut sini sana. entahlah. bukan orang lagi gamaknya. syaitan pun berusaha bekerja bersungguh sungguh menyesatkan manusia. maka, siapa kita yang nak bermalas malas dan berkira kira segala? bukan, saya bukan sama kan manusia dengan syaitan, nauzubillah..tapi fikir fikir kan lah.

mungkin sebab dah terlalu senang, berat punggung nak berubah. entahlah

ps: nasihat untuk diri sendiri [dan orang lain]

No comments: