Tuesday, April 08, 2008

untukmu encik J

surat ini khas untuk encik J..

Encik J,

Kehadapan encik J yang gagah, kacak dan berkarisma. diharapkan encik dalam keaadaan bahagia seadanya. moga-moga apa yang dirancangkan sebelum ini akan dapat dilaksanakan dan seterusnya dicapai dengan jayanya.

Encik,

tujuan saya mengutus kan surat ini adalah untuk meluahkan perasaan dan rasa hati saya terhadap encik. adapun kehebatan encik yang sering kali ditonjol itu, telah berjaya menarik minat ramai orang. termasuk saya. kalau dulu kehebatan encik jarang sekali saya ambil peduli, tp kini, semuanya berubah. kehebatan encik, membuat saya kagum. kagum dengan kebolehan dan ke-karisma-an encik. macam tau tau je, saya mmg suka pada sesuatu yang hebat, bergaya, karisma dan berpesonaliti tinggi. saya suka! saya mudah jatuh cinta dengan perwatakan sebegitu rupa. tahniah! sedikit sebanyak encik telah berjaya meruntun hati saya. hebat!

Encik,

walau pun encik telah berjaya meruntun hati saya, tp kadang kala encik juga telah berjaya membuatkan hati saya remuk redam. saya berkecil hati dengan encik. mana tidaknya, kekuatan dan kehebatan encik telah melibatkan perubahan besar pada diri saya. tak perlulah saya ceritakan apa kesah sedihnya. biarlah apa sahaja yang terpendam dalam hati saya ini saya simpan sendiri. biar saya sendiri memujuk hati saya yang sayu. cuma, satu saya pinta, kadang kadang kita perlu bertimbangrasa dengan org lain. jangan terlalu mementingkan diri sendiri. beringatlah, apa saja yang diatas, suatu hari nnt, pasti akan jatuh ke bawah jua. mungkin bukan sekarang..mungkin nanti..masanya akan tiba jua. oleh itu, ambil kira lah perasaan org sekeliling. jagalah hati mereka, setidak tidaknya..

Encik,

sekali lagi, tahniah!. atas kejayaan encik. tp ingatlah, satu masa nnt, masa jatuh akan tiba jua. bersedialah. sampai jumpa lagi..


p/s: surat ini dititipkan khas untuk encik J, yg telah berjaya menakluk muka saya. hampir hancur dagu sebab JERAWAT yang bertimpa timpa..tensi laa

No comments: