Monday, April 14, 2008

hutang

baca paper hari nih?
dipercayai bahawa dana pinjaman JPA akan kontang dlm masa 2 tahun
apakah?
rupa-rupanya adalah masalah penghutang tegar..
yg tak reti2 nak bayau lepas bermewah2 masa belajar dulu

sssheeesssshhhhhh
tak paham betui
dah hutang tu bayar la wei
biar la org lain pun nak meminjam jugak
org lain pun ada anak jugak nak soh belajar pandai2, tinggi2

dulu masa aku keje kat jabatan kerajaan
ada sorg member tuh, harap je PTD, tp loan PTPTN takmo bayar
ape jadah kau penggubal dan pelaksana dasar kerajaan kalau kau pun tak buat.
ini pulak nak soh org laen buat
kata 'leadership by example'

bukan nak bangga diri la
tp cuma nak share
aku bayar ptptn monthly almost 400
masa keje sambilan gaji sebulan 900 lebey pun bayar tau
sbb aku rasa, itu mmg dah tanggungjawab
dulu masa susah susah belajar tak dek duit, dgn duit tu la aku survived
so, cuba bygkan kalau adik2 korg ke, anak2 korg ke, jadik camtu
hajat kat hati nak belajar tinggi, tp tak mampu, sbb loan dah tak dek,
tak leh la nak belajar..

yg aku marah sgt tu bukan ape
kalau mmg tak dek keje, tak mampu bayar tak pe lah
tp ini , keje beso, bwk kete beso, umah beso, bini pun beso
tp hutang belajar tak bayar
huh! penting diri sendiri
pehtu, bila let say JPA kena limitkan budak2 yg layak dpt loan or scholar
n kena pulak anak dia tak dpt, mula la kutuk sana sini
itu tak adil, itu tak kena
hmmmpppp
bodoh sombong la namanya tuh!

makanya langkah diorg nak sekat org2 yg tak bayar hutang tuh mmg aku sokong sesgt
nak nak kalau yg keje ngan kerajaan
hahahhaha! nasib la aku kutuk org gomen!
sapa makan cili, sendirik la nganga sebab pedas

2 comments:

afidalina said...

takpe nizan.. part of our rezeki belongs to others..insya Allah aku pun dh byr Mara loan .. dan jugak Telekom nnt after abes PhD baru start byr..lega jugakla kan..x risau kena byr2 pun sbb yakin rezeki Allah ada di mana2 saja..=) ko kena publish dlm ruangan 'coretan hati' kat mingguan mesia ka?! barula orang rasa pedas sikit nizan..!! =P

nizan zakaria said...

itu la
aku rasa diorg ni ada jugak unsur penting diri sendirik
sungguh tidak baik
tidak patut kita pilih!