Tuesday, March 03, 2009

kerja

agak agak korang suka tak dengan kerja korang sekarang?
penah tak rasa nak kerja lain
nak buat benda lain
contoh kalau sekarang seorang penyanyi, penah tak terasa nak jadik akauntan?
atau sekarang seorang arkitek tapi teringin nak jadik ustazah?
penah tak?
sure penah kan?

sejak habis belajar dah penah kerja macam macam
tapi basic kerja nya lebih kurang la

1] cikgu tution akaun
bila abis belajar je, terus dapat offer mengajar kelas tution kat satu sekolah agama rakyat kat rumah. yang bestnya sekolah nih sekolah lelaki.wahh..
masa mengajar nih tgh musim world cup. adoyai. ada satu hari tuh, kelas dah start tapi sorang pun takdek. sbb ptg tu ada game england lawan. dah 20 minit cam tuh baru la sorang sorang datang...tution nih tak lama sbb diorg nih semua macam tak berapa minat nak belajar. jadi nya tution tuh di stop kan.

erm..bukan la apa sangat. rasa nya masa waktu sekolah, cikgu akaun diorg ajar, diorg mmg tak paham. so bila ajar tution bagi macam macam latihan and diorg tak bole jawab, diorg malas nak buat..malas nak belajar. aku yg bagi soalan, aku yg jawab, aku yang buat, akhirnya, aku yg pandai..

2] guru sandaran tak terlatih
hahhahah. jadik gstt dekat sek ren keb st mark, butterworth. sekolah nih pun semua lelaki. sbb sekolah rendah, nakal nya up sket. adoyai. ganti seorg cikgu laki nih yg dah tukar sekolah. cikgu nih ajar english darjah 6 dan 5 dan pegang kelas darjah 6. huh mencabar betul ajar. tapi kira untung jugak sebab aku masuk lepas diorg UPSR, jadi lebih banyak monitor diorg punya aktiviti. time gelak best la, tapi time diorg bergaduh...tuhan sahaja la yang tahu.

student kat sekolah nih background macam macam. bilangan melayu, cina dan india sama banyak (penang kan..) pehtu ada yang anak tokei, anak org keje gomen, anak org keje kilang dan ada jugak budak keluarga termiskin. so, nak deal ngan diorg nih kena ada macam macam cara.

kat sini jugak ada kes, my hp kena curi. sekejap sangat. tak sampai 5 minit tinggal, lesap! takpe la tak dek rezeki..then penah jugak join diorg camping. tapi satu hari je, siap jadik juri lawan masak lagi. penah tak korg makan makanan budak india ngan cina masak. yg bahan bahan diorg prepare kat rumah? hahahahha. ya saya pernah (dengan bangga) dah nama pun juri masakan...kena la kan ..and last skali masa diorg punya hari penyampaian hadiah dan hari keluar result UPSR. banyak jugak belajar masa jadi gstt nih.

3] intern kat m*dec
intern kat sini tak lama. 6 bulan je. 3 bulan dekat finance department. handle payment. hari hari kena kejar dengan orang yang memerlukan wang. buhsan.

then, 3 bulan berikutnya kena transfer buat admin dekat MSC central i*ncubator. dia punya bussines adalah menyewakan bilik atau office untuk company msc status yang kecik kecik. so, my job adalah kutip duit sewa, bagi ikan dalam kolam makan, betulkan aircond rosak, betulkan lampu rosak dan mcm macam. pun busan jugak.

and kat m*dec nih pun mmg busan sket. sebab jauh kat cyberjaya. travel hari hari pun dah berjam jam. sebab masa nih stay kat kl, m*dec ada provide bas naik kat daya bumi..pegi bulan balik bulan. pehtu, environment kat sini pun tak berapa best, terlalu ramai wannabess..orang orang nya stylo sgt, kaya sgt dan mindset pun tak sama.

yang best nya keje sini masa pegi training kat cameron highland. nama ja training tapi penat ya robbi..aktiviti paling tak boleh lupa..waktu malam..jalan ramai ramai masuk hutan, nak balik kena jalan sorang sorang tanpa lampu, meng gagau jalan..tapi berjaya. kira berani dan kuat semangat jugak la aku nih..

4] kontrak dengan kerajaan malaysia
wah..di sini la paling mencabar hidup. menangis penah, gelak beso penah, lawak bodo penah, hati kering pun dah penah..

di tempat kan di bahagian kewangan, J*LKN, kementerian ptahanan malaysia. erm..kalau nak cerita in details..kena buat entry khas. maklum lah 3 tahun kat sini. dari zero sampai la jadi pandai menjawab.

paling tak bole lupa masa kena back stabbed dengan bos sendiri. hoh! ingat sampai mati. ha..ada lagi satu, penah menyorok, buat buat tido bawah meja sebab nak lari dari bos yg asyik nak mengelak je dari kena soal audit. dan penah jugak sebab terlalu tension pegi mengulau ke JJ wangsa maju separuh hari. pergghhh..

overall, boleh dikatakan sifat dan perangai aku sekarang nih banyak di develop masa kerja kat sini.

5] sambilan dengan kerajaan malaysia
lepas abes kontrak, patut nya ada offer buat akaun kat one of supplier kat j*lkn tuh. but, because of certain issues, offer itu terpaksa ditolak dengan sebaiknya.
then, di offer untuk post sambilan kat jabatan yang sama.

after consideration yang amat dalam (pakya punya consideration sebenarnya) bekerja la secara sambilan tapi dalam unit yang berbeza. kalau dulu buat finance, untuk post nih buat latihan pulak. sini la tempat paling aman sekali. rileks jeee..tak rasa terbeban pun nak pegi kerja. cuma nya gaji hari kan..so susah la kalau cuti, gaji kena potong, dah la gaji mmg sikit..

6] di angkasa raya ..
dan akhirnya sampai di sini. jauh tuh. angkasa. hahahh.

kat sini best jugak kadang kadang. bestnya kalau banker nak open table..hahahha. tak la. sebenarnya yang best kat sini sebab dapat apply akaun yang sebenarnya. dapat buat reconcile, dapat tengok statement. plus ada unsur2 finance sket kat sini.

cumanya environment dan background org kat sini yg agak berbeza sket dengan the way of my thinking. (eh ape aku ckp nehhh).. tapi takpe, setiap hari by 8-5 my mind set mcm lain. then during wiken dan selepas jam 5, mind set tukar balik.. hahahhahah
compliceted kan? alah..tak pe la. nak idup...ok ape..colours la sket my life...

overall..semua tempat keje ada yg best nya. walau pun rasa mcm kat j*lkn tuh paling banyak develop my mind, my personality dan lain lain, tapi rasa nya setiap tempat yg penah di singgah, ada sahaja yang menyumbang sesuatu. setiap masa ada yang bergunanya.

wahhhh! matured nya aku.. tak sangka

5 comments:

Ku Murni Ku Izhar said...

byk plak tpt ang pernah berbakti no! mmg pahala byk nie...!!

nizan zakaria said...

hahahha
berbakti kah?
atau bersakit hati?
hahahha
what ever it is..
bagus jugak.
bole bina jati diri..
muhahahhahah

mama aqeelah said...

sob.sob.sob.ko bkk blk cite2 lama kat jlkn tu..tp siyes beb, aku pon rase best gile mase keje kat sana sama best mcm aku keje kat petronas dulu..tp kali ni best sket sbb kt situ le aku kenal dunia org2 gomen ni..tp syg aku cuma 8 bln je kt sana..cuma part aku paling suke adalah bila kita pegi course kat puswatan tu..hahahahah..kenal ngan geng2 p*d yg poyo nak mampos!tido dlm ponco, heret beg berat turun naik bukit, kene geget nyamuk dalam kebun..isk3, cite byk pon xguna la..aku rindu nak balik jlkn!!!

nizan zakaria said...

ha'ah la yin.
part yang kita tido tepi sarang ular tuh..hebat betul
pehtu time naik kapal KD tuh pon best jugak
time pancit sebab bawak back packed redah kebun sawit..
adoyai..
dan berjumpa kapten fighter jet yg henskem nak mampos..
adoyai..
banyak siot citer kat situh
itu baru training puswatan..
belum lagi yg masa jadi kuli kat kem ayer tawar tuh
menjaga asokar asokar tuh..
hahhaha

mama aqeelah said...

hiyee..cite kat kem ayer tawar tu? sikit xbest pon sbb pompuan xde..so, kita ajelah yg tido kat dorm yg besar bagak..semayang atas katil..hahahhah..terserlah ke'poyo'an si kasim anak buang..gila jipang mamat tu! sib baik dia bkn pilihan ati ko..kalo x, sampai mati kot kene kutuk ngan aku..muahahahha.. :D