Wednesday, March 18, 2009

facts

1/ malam esok balik kepala batas. yea! (lompat sekali) dah nak 2 bulan tak balik. tak sabar nih. dah siap beli kekainan. dengar dengar ada orang nak buat celebration besdey anak nya. yeaa! makan free (lompat dua kali)

2/ pagi pagi naik bas ke ufis ada this one young chinese. she is soo sweet. suke tengok dia. cakap teratur je (walau pun dia cakap cine). kan best kalau boleh transform jadi macam dia. err..tapi lebih baik jadi diri sendiri eh?

3/ baju raya tahun nih kaler hijau serindit. ingat kaler tuh macam tak ramai lagi orang pakai. but, lately ramai pulak nampak orang pakai especially baju dari kain chiffon or organza. gamaknya kain jenis tuh mmg banyak datang dalam kaler macam tuh kot.

4/ mulai minggu nih i bring back my headphone to office. so, hari hari dengar lagu thru headphone. ermm..bukan ape. macam dah malas nak dengar sangat celoteh celoteh orang kat sini. ada yang bagus dan interesting. tapi ada jugak yang patutnya tak payah dengar. so, better i duduk dalam dunia i sendiri..

5/ dan dekat dalam ufis nih jugak dah ada yang pandai cakap cakap belakang. why? dun ask. i also dunno. kenapa entah ada orang yang tak puas hati. mayb diorg tgk my unit nih rileks je kot. atau dia tak puas hati i hari hari balik sharp pukul 5. hello. i organized okeh. lagi pun kalau i stayback pun bukan dapat payment lebih. lagi pulak kalau i sampai umah lambat ada orang lain nak kesah? tak koserrr..

6/ isu sains dan maths dalam english sebenarnya bole di perluaskan lagi ke subjek lain. sebabnya dalam my job scope pun kekdg masalah akan timbul bila kita nak buat paper berdepan dengan wording english.mmm bukan nak buat paper je, dealing hari hari dengan banker pun masalah jugak. nak translasi ke bahasa melayu sendiri sendiri takut nanti maksud tak sampai. penggulungan kematangan, kecairan kematangan, kongsi keuntungan.kalau yang biasa macam pertaruhan tetap, wang panggilan, penggulungan keseluruhan. erm...patut kadang kadang akan timbul isu miscommunication atau komunikasi terlepas? erk! menggunakan yang sedia ada (yang telah diterima oleh semua pihak di peringkat global) adalah lebih mudah.

7/ keadaan jalan di kuala lumpur nih sebenarnya tak berapa elok especially area datuk keramat. jalan sahaja nampak rata, tapi sebenarnya tidak. kalau menggunakan kenderaan, mungkin tak perasan. tapi cuba anda jadi pejalan kaki tegar. dan sila berani kan diri berjalan ketika hujan lebat mencurah curah dan dalam keaadaan gelap. nescaya kaki anda akan tenggelam pada setiap dua langkah. oleh itu, untuk menggelakkan kaki tenggelam sehingga ke buku lali, pejalan kaki perlu berjalan di tengah tengah jalan yang sedikit sebanyak akan memperjudikan nyawa sendiri. sebab jalan waktu subuh = jalan lengang = pemandu membawa laju seperti di lapangan lumba. erm..terasa seperti setiap kali berjalan keluar rumah, nyawa di hujung tanduk.

8/ agaknya seronok dan puas hati kan kalau dapat menjadi pengipas kuat bos?

No comments: