Wednesday, May 16, 2007

cikgu oh cikgu

kalau la aku still budak sekolah, mesti aku teruja nak g sekolah hari ni. ini adalah kerana hari ni adalah hari guru. so tak yah belajar, ada mcm2 acara, sukaneka, dpt mkn free, tak dek kelas tambahan petang2 dan mcm2 lagi la. ckp pasal hari guru, ada beberapa org guru yg aku sentiasa ingat..
cikgu bukhori
- dia ni cikgu maths aku masa form 2 and form 3. yg buat aku sentiasa ingat dia ialah cara dia menghukum org.. cikgu ni style dia, lepas dia ajar satu bab, dia akan bagi homework, kata la satu latihan tuh ada 50 soalan, so kita kena buat semua no ganjil. esoknya, dia akan randomly pick sape2 yg dia suka untuk buat soklan yg dari no genap pulak. buat kat papan hitam, pastu cerita balik kat dia mcmana buleh dpt jawapn tuh. kalau betul, and dia puashati, alhamdulillah. tp kalau salah, ahhahhaha tak kira lelaki atau perempuan, kena lari at least 2 round di padang sekolah. can u imagine kalau la waktu maths tuh kul 12, kena lari tgh padang..duh....n seperti biasa, aku mmg selalu kena la.....hahhaahah. tak serik2 kan..
cikgu hamidah
-ini pun cikgu maths aku jugak. tp masa form 4 n 5. dia ni mmg komited, dedicated n semua yg ada ted ted kat belakang la.. dia akan bagi hand out nota kat kitorg.. dan kitorg kena tampal elok2 dlm buku nota tuh..korg penah ade buku nota maths? yg buat aku ingat sangat dia ialah ..
masa form 5, aku ada kelas tambahan pagi hari sabtu, kalau ikut jadual, kelas start kul 830 sampai 1030, dua jam je..sila faham aku bukan ddk hostel so paling cikai kul 730 dah kena kuar umah n of course lum breakfast ape ape pon. kebetulan hari tuh, dia nak ajar bab baru, ala bab yg kena lukis2 plan tuh..yg pandangan atas, pandangan sisi..bila jam menunjukkan 1000, tiada tanda2 kelas akan berhenti...masuk kul 11 pun dia mcam tak dek jam je.. mula la aku tak senang duduk kan..ngan lapo nye..so untuk menghilangkan busan..aku jenguk la keluo tingkap untuk mencuci2 mata..abih, ngan perut lapar..tgk pemandangan sayup2 syahdu je mata aku nih. skali aku dgr 'betul tak hanizannnnnnnnnnnn?' dem! ape aku nak jawap nih.. dengan muka belacan nya aku pun 'betul2' alih dia balas 'apa dia yg best sgt kat luaq tuh?' adehhhhhhhhh..terkiput2 la kan aku...
cikgu asmah
- dia ni pulak cikgu akaun aku.. org nye kecik jek.tp teriakan dia macam linda jasmin. 'heyy............. hampa ni tidoq ka?????' dan serta merta la sume org akan kalut2 carik jawapan untuk respon jeritan halilintar dia tuh. tp sebab hali lintar dia tu lah yg buat aku suka akaun tau.. sekarang ni pun dia still mengajar kat sekolah aku tuh.. baru ni aku tgk year book sekolah aku(adik aku sekolah aku sekarang) dia dah berisi sket. siap ada anak dia sekolah yg sama...
mmmmm..kalau nak dicerita, ramai lagi cikgu2 yg besss..n aku sentiasa ada kisah ngan cikgu2 tuh.maklumlah.. budak bermasalah..hikhikhik
ape ape pun, kalau takdek cikgu2 nih, idakla aku sampai kat sini skang kan..? so untuk sume cikgu2 ..berbaktilah, sebab ilmu yg dicurahkan tuh lah akan jadik antara tiga unsur utama bila dah mati nnt kan? pahalanya tak putus..
dan untuk ustazah noriza zakaria, teacher zulfa zakaria, cikgu rahim ishak, cikgu fuziati omar n teacher mazlini othman, selamat hari cikgu, kalau hari nih pak lah kata gaji cikgu naek.. buleh la korg2 open table untuk kita satu family..heheheheh. ramaikan cikgu dalam keluarga pak ya?

2 comments:

aniza said...

since ko penah jadi cikgu kan, aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU CIKGU HANIZAN :D

nizan zakaria said...

thank you thank you
doakan aku pun jadik cikgu jugak
kehkehkeh