Monday, July 16, 2007

'...kasut gombak?'

mmmmmmm...i hav to admit

sblom ni mcm perasan cuma suka 'menziarah' kedai kasut n cuba2 jek. rupa2nya aku mmg suka beli kasut. sampai sekrg, kasut g ofis ada lima. bukan ape, suke tukau2. tetambah bila keje kat daerah sini, kena seswaikan kaki dengan sesi perjalanan yg agak jauh..so, kasut memainkan peranan utama.

makanya untuk mendapatkan bilangan kasut yg lebih byk, aku kena la beli kasut yg harga nya lebih termampu. takkan la untuk 5 pasang kasut, gua kena beli tiap2 pasang tuh hundred something kannnnnn, kayap la. bukannya byk duit pon.kalau pun nak yg mahal jugak, kena la beli waktu sale. tp kadang2 bila dah tak tahan, beli jugak la yg biasa dan murah

but, masalahnya ialah.. mungkin cara aku berjalan membuatkan kasut cepat rosak kot. mana tak nya ari tuh ada sepasang sandal, baru pakai seminggu dah putus. then, pagi tadi batu besar kat sandal yg satu lagi ni pulak tertanggal dan terpelanting masa gua turun tangga kat stesyen lrt..duh baru beli 2 bulan sudah n baru pakai dua tiga kali.. kacau betul la..

persoalannya adakah gua kena beli kasut yg mahal2 jek. ini adalah kerana kasut2 yg agak beharga, mak aaaiiii walau ke mana jua ku redah baik hujan, banjir, panas, paso tani, paso mlm.. masih lagi utuh , kukuh, gagah, kuat dan hensem bila dipakai..

bukan gua tak nak pakai kasut gombak tapi...

No comments: