Friday, April 20, 2007

rumah saya

Ini rumah saya. rumah saya dua tingkat. ade 3 bilik di atas dan 3 bilik di bawah. selain rumah dan garaj dlm gambar ini, di bahagian belakang ade lagi satu bilik air dan tandas. sebenarnya rumah saya ni asalnya bukan begini.
rumah saya siap dibina pada tahun 1979. pada asalnya rumah saya cuma ada 3 buah bilik di bahagian atas. bahagian bawah cuma ada dapur dan bilik air. pada tahun 1990, rumah saya diubahsuai. bahagian bawah, dijadikan bilik. ada tambahan 3 buah bilik. kemudian pada tahun 1997, sempena dengan perkahwinan kakak sulung(anak sulung) saya, bahagian depan diubahsuai. dari pintu papan kepada pintu sliding door. dan pada tahun 2000 sempena perkahwinan abg sulung(anak kedua) saya, ruang depan diubahsuai pula.. dijadikan tempat beristirehat.. pintu grill kecik diubah ke sebelah tepi menghala garaj kereta. kata bapak.. senang kalau hujan terus masuk kereta, tak basah sgt.. dan pada tahun 2002, semasa perkahwinan abang kedua(anak ketiga) , bahagian dapur pula diubah suai.. tak banyak..cuma ada dapur bahagian luar.. jadi ada dua ruang untuk mak saya masak...
dulu..mak saya cakap itulah kali terakhir rumah kami ini akan diubah suai..tetapi.. penghujung tahun 2006, rumah saya diubahsuai lagi.. kali ini ruang tamu dijubinkan.. dengan alasan, mak dah tak larat dah menyapu atas karpet, berhabuk.. makanya, ruang tamu termasuk 3 bilik bawah dah ditinggikan sikit, dan dijubinkan..ubah suai ini tak dek kaitan dengan mana2 majlis istimewa..saya rasa itulah kali terakhir.. tapi.. tibe tibe.. tahun ini, diubah lagi.. bahagian dapur dijubinkan jugak(sama macam ruang tamu), bilik air dalam rumah, dikecilkan dan dialihkan, dapur dah dikecikkan.tak ada lagi dapur luar atau dalam. tapi ruang makan...amatlah luas...itu sebab ada org nak beli meja pingpong. sebab renovate? bukan sebab majlis, bapak kata.. 'mane tau kalau2 ada yang pergi, ramai org buleh ddk dalam rumah, bacakan yasin, takla berpanas kat luar..' oh, tidakkkkkkkkkkk..
sebenarnya rumah saya ni tak panas pun. semua orang yang datang suka ngan rumah saya. sentiasa nyaman..bukan sebab air-cond(rumah saya tak ada air-cond), tp sebab keliling rumah saya ada byk pokok.. belakang rumah saya masih ada kawasan yang amat luas..byk pokok2 belimbing dan rambutan dan ciku dan jambu air dan beri dan jagung dan cili dan bendi dan pisang dan ulam2 yang bapak saya tanam. bapak saya mmg suka berbudi dengan tanah. byk hasilnya. sbb tu rumah saya sejuk, sentiasa berangin, kalau bagun pagi2 nyaman sgt, nak mandi sejukkkk. cuba bygnkan dulu masa sekolah sy akan bangun pukul 530 pagi..dan mandi waktu tu... aaaaa sejuk sangat tambah2 dulu masih beratap zink. lagiiiii sejukkkkkkkk..tp alah bisa tegal biasa.. lagi sedap mandi air nyaman dan sejuk2 nih. segar badan..
dlm byk2 ruang kat rumah saya, ada satu sudut yg mmg saya suka duduk. kat situ la pusat menung saya, situ la jugak tempat saya ngadu itu ini ngan mak, tempat saya temankan mak saya masak. tempat itu ialah kat anak tangga pertama kat dapur. tangga untuk naik ke atas, ada kat dapur. anak tangga first ialah batu yg tinggi, sedap duduk situ sbbnya dia straight menghala ke pintu, angin sepoi2 masuk. saya suka bersandar pada palang tangga tuh..aduhhhhh syahdu. saya penah ckp ngan mak walau ape pun jadi, jangan hilang kan anak tangga tu..itulah tempat kenangan saya. saya rasa tenang bila ddk kat situ. itulah tempat saya merajuk, menangis, berfikir dan semuanya. tapi, bulan lepas masa balik, rasa nak menitik air mata, bila tgk batu tu dah tak ada. dah ganti dengan bogkah lain dan dah berjubin.. sedihnya saya. bila ckp ngan mak yg batu tu dah tak ada..'ala..sori la..mak tak teringat pulak nak suruh budak2 tuh biorkan aje anak tangga ko tuh.. cepat betul diorg buat kereje..'. rasa nya saya terlalu sygkan tangga rumah tuh sebab saya dilahirkan dibawah tangga tu lah. situlah bermulanya kehidupan saya. bg org lain, tangga tu tak dek ape ape pun, tp bagi saya semacam ada tarikan untuk sentiasa ke tangga rumah tiap kali balik..
tp tak apelah..asalkan rumah tu cantik, mak ngan bapak saya selesa ddk, itu lebih membahagiakan saya..saya rasa semua orang(adik-beradik) saya mmg sayangkan rumah tuh. abag2 dan kakak yg dah ada rumah sendiri pun lebih suka melepak2 kat rumah saya tuh (aiceh claim rumah sendiri).
mmmm.. kalau nnt2 ada yang sampai kepala batas, jemput la singgah. boleh rasa kenyamanan rumah kami :). jangan risau, mak ngan bapak saya suka org datang rumah diorg, maklumlah org suka berkawan.. ;)

No comments: