Friday, April 13, 2007

bila april datang

dah 40 tahun..
i discovered benda nih masa form one dulu, waktu tu kena buat buku scrap pasal sejarah keluarga. masa tu la baru aku tahu yg atuk aku ni mmg datang dari indon.. nasib baik bapak aku lahir kat malaysia, bukan indon, kalau tak aku musti anak indon.. adoi..
masa buat kajian ni jugak la baru aku tahu yg my parents telahpun di nikah kan pada April 1967. so, pejam celik pejam celik, tahun ni dah 40 tahun mak aku hidup ngan bapak aku.. dahsyat kan? aku cuma bersama 27 tahun je ngan diorg(buat masa ni la). 13 tahun yg sebelum tuh, sure lagi mcm2 benda jadi... aku tak pandai mengarang la.. so better aku tulis point form
1] sepanjang 40 tahun, parents aku penah accident. kat rawang, jatuh gaung. masa tu tahun 1990. accident on d way balik anta kakak sulung aku register kat UM. teruk jugak. hospitalised 3 hari
2] ada byk achievement for both of them. but, yg paling aku kagum, ialah bila 6 out of 8 anak anak dpt masuk IPTA/S. 2 dari 6 tuh, grad oversea, no 7 tengah matriks, no 8 br nak amek spm. harap2 2 org ni pun dpt jg
3] hari2 mesti ada 'gaduh'.. tp diorg pandai kautim aaaa
4] impian bapak aku, aku rasa satu je lagi yg dia belum dapat. kalau buleh dia nak satu dari anak dia jadi MD..
5] mak, impiannya aku pun tak tahu tp dia nak sgt g mekah sekali lagi. dah hampir2 nak dapat dah
6] dulu, mak aku selalu kena tgl masa bapak aku outstesen. g indon la, g australia la, seluruh malaysia la. so skang, bapak aku pulak selalu kena jaga umah. mak aku kuat pulak berjalan skang nih.. hahah sweet kan?
7] dalam byk2 perkara, ada satu benda yg aku tak pernah tgk mak aku buat, iaitu naik public transport. i bet u, mak tak reti.. sbb dia sentiasa ada bapak yg akan anto @ bawak dia g mana2
8] bapak aku pulak, aku tak penah tgk dia masak. nak nyalakan dapur gas pun dia tak reti aku rasa...
9] bapak aku ni garang.. tp aku bangga ngan kegarangan bapak aku ni.. baru la aku jadi org.. mak pulak dia tak reti marah2.. kalau dia dah ckp sekali anggap je benda tu last warning. kalau ulang jugak, nahas la. aku penah ke tonyoh mulut ngan cili merah sebab sebut perkataan 'setan'
mmmm ni je yg aku ingat setakat ni. yg lain rasanya sama je mcm mak bapak org lain... aku tak penah wish hepi anniversary ke ape ke.. cuma aku doa moga2 diorg bahagia dunia akhirat..
..macam mana eh kalau mak ngan bapak aku tak dek?...

No comments: