Friday, September 08, 2006

berkorban lah, mungkin itu akan membuatkan anda bahagia..

assalamualaikum..

jumaat di pagi nisfu sya'aban. hebat betul percaturaan dlm tahun hijrah ini bila rejabnya dimulakan dengan hujan rahmat dan nisfu sya'aban nya dijatuhkan pada hari jumaat. maka beruntunglah pada mereka yang berjaya berpuasa sunat dan bertiga kali yasin.. sekurang-kurangnya buku catatan di tutupkan dengan tammat yang tidak ternilai.. bagi mereka yang terlepas peluang ini.. sengaja atau tidak.. tak mengapa.. mungkin ada rezeki, panjang umur.. tahun depan cuba lagi.. bagi yg 'nikmat' telah dirampas buat saat-saat akhir.. (mcm cik nizan) berfikirlah...berfikirlah akan amaran-Nya yang tidak ingin awak terus leka dan lalai..amiklah pengajaran ..sesungguhnya apa jua kerja kebaikkan.. usahlah di tangguh2 mungkin awak masih punya masa atau mungkin tidak..

bila umur dah panjang, bila dah jumpa pelbagai jenis orang, tidak dapat tidak kita akan berdepan dengan jenis orang yang pelbagai ini. kadang-kadang bila kita tak suka dengan org.. tak semestinya sampai bila-bila kita takkan suka.. sebabnya kadang-kadang bila dah teralalu byk buruk orang yang kita nampak, kita akan jadi betul2 baik sebab kita dahbetul2 faham dia. dan tak semestinya bila kita baik dengan orang, kita betul-betul faham dengan orang tuh..


**************************
pernah dengar ayat nih > lepaskan benda yang kita suka pada org lain, moga2 kita akan lebih menghargainya
maknanya apa yang memang dah kita ada dan genggam, kita mmg akan sayang, tp sayang kita akan rasa lebih kalau kita serahkan benda tuh pada orang lain.. jumpa quote nih dulu2 masa baca satu artikel pasal 'korban'. kalau tak silap, itu antara pegangan ikhwanul muslimin.. supaya ikatan yang lebih erat.. kita di ajar untuk bekorban..
antara hikmah berkorban adalah kita akan lebih rasa lega dan bahagia. walau pun hikmah itu tak datang serta merta, mungkin nanti2, kita tak tahu. itu bukan caturan kita. itu aturanNya..makanya untuk berasa bahagia, lepaskan lah apa yang dirasakan patut..moga2 kita bahagia
*************************
'...ombak sentiasa menghempas pantai. menghempas dan pergi..ombak datang dan pergi..bila ombak pergi, pantai sedih.. tapi pantai tahu, ombak tak pergi sendiri2. ombak bawak pasir bersama..pasir itulah kenangan.kenangan ombak dan pantai bila bersama..'
semakin lama semakin jauh.. dan akhirnya akan terus hilang....terimalah seadanya. bersedialah untuk menghadapi apa jua keadaan dengan sendirinya. cuma kenangkan lah apa yang pernah dirasa. kerana kenangan andai di kenang akan mampu mengusik jiwa.

No comments: