Wednesday, May 27, 2009

sudahlah.belajarlah engkau mencari dan menjadi diri sendiri

yes.aku bukan orang lama dan aku pun bukan la hebat mana pun.tapi kan, kebiasaannya aku boleh tahu satu satu orang tuh dia memang betul betul menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi seorang yang bukan dia.

susah sangat ke menjadi diri sendiri? atau kenapa nak potray sifat seperti yang orang lain mahu? atau kenapa nak menjadi seperti orang lain? bukan kah bagus biar orang kenal diri kita yang sebenar. yang kuat ketawa, yang bersin kuat, yang blur kadang kadang, yang tak pandai bergurau, yang tak tahu nak ambik hati orang, yang bermulut laser, yang kuat mencarut dan lain lain lah. susah eh?

aku lagi suka orang tahu perangai aku yang sebenar supaya orang dah boleh agak apa yang dalam hati aku. baru baru ni, aku ada baca satu artikel, lebih kurang macam nih katanya '..sifat seseorang itu boleh kita lihat dari cara dia bercakap. maksudnya kalau dia suka bercakap benda benda tak elok, maksudnya itulah sifat hatinya..'
tapi kan lebih bagus begitu sebab nya bila kita mengamuk atau meroyan, pastinya respon orang keliling akan jadi '..ala..dia kan memang macam tuh, kejap je tuh hangin nya, jap lagi elok lah tuh' daripada selalu bersopan santun, tapi sampai satu masa mencarut carut, mengamuk ngamuk, pastilah respon orang pun bercampur campur sebab macam tak percaya.

sebenarnyakan kalau kau rasa kau nak jadi macam orang lain hanya sebab kau berharap kau boleh 'get in' dengan keadaan, tak payah lah. it is totally not you! dan juga kalau kau buat lawak hanya sebab 'terpaksa' untuk amek hati orang atau sebab kau nak show kat orang how care you are or how concern you are, tak payah lah. seriously, kau sebenarnya dah dilahirkan sebagai seorang yang tak ada bakat berlawak bodoh. kau dah dilahirkan sebagai seorang yang serius, mat buku. so, kenapa tidak kau amik hati orang atau show your concern dengan ilmu ilmu di dada kau.

janganlah nak susah susah fikir apa yang tak kena pada diri sendiri. lagi senang kalau kau duduk diam diam, kenal diri sendiri dan terus lah menjadi diri sendiri. jangan paksa diri jadi orang lain. kalau pun kau rasa kau bole impressed orang dengan perangai fake kau, kau kena ingat yang ada orang boleh tahu yang sebenarnya itu bukan diri kau. dan dari keadaan itu orang akan rasa jelak dengan perangai kau tuh.

kau faham ke maksud aku nih?

No comments: