Tuesday, May 05, 2009

qada dan qadar bukan dalam tangan kita

1/ ada sorang dalam department nih, asalnya kerani je, then, dia sambung belajar, amek diploma, dia grad diploma, sambung degree. lepas satu semester dia persue degree, ada opening untuk post chief clerk, he applied dan dengan jayanya dia dapat. rezeki kan?

2/ another young man, pun mcm lelaki dlm nu [1]. start dengan jawatan kerani. bila dah kerja amek sijil dekat politeknik. bila dah dapat sijil sambung buat diploma. bila dah abes diploma, ada opening untuk pegawai (with kelulusan diploma), he applied. seminggu selepas convo diploma, dia dah pegang post pegawai. rezeki kan?

3/ ada seorang kakak, dah bertunang. tunangnya memang baik. untung dan bertuah badan kakak tu. lagi seminggu majlis nak langsung, bum! tunang kena hentam dengan kereta, meninggal on the spot, berterabur kad jemputan kahwin atas jalan. beberapa bulan selepas kejadian, sedang masih dalam esak tangis, kakak nih jumpa seorang lelaki, kenal sebulan, terus khawin. sekarang sedang bahagia dengan anak anak. rezeki kan?

4/ ada sorang kawan, dulu kitorang dah excited nak pegi bercuti ke satu tempat nih. dah baik punya book tiket flight. dah plan nak berjalan ke sana, ke situ bila sampai nanti. tup tup, tak jadi. tiket pun burn. then after a year, plan lagi. pegi ke tempat yang sama jugak. dah beli tiket flight dan dah booked bilik hotel. dah beli beg, kasut untuk berjalan. dah search sana sini, study sana sini. tup tup, tuhan maha kaya, ada lagi barrier yang tak bleh elak. tak dapat pegi lagi. dan sekali lagi, sejarah berulang, tiket burn begitu sahaja. takpe, rezeki kan?

5/ dan..diri sendiri. 5 tahun lepas, telah menerima jawatan N*41 secara kontrak (2+1) dengan j*pa. beberapa bulan masuk, ada lagi satu batch masuk. sepanjang 3 tahun itu, macam macam usaha dah buat, pegi exam bertulis balik, pegi assessment balik, tapi tak dpat jugak. ada jugak ura ura yang kontrak akan absorb terus ke permenant. tapi, sampai habis 3 tahun, habis macam tu je. tup tup lepas dua bulan tamat kontrak (yang tiga tahun tuh) member kontrak yang selepas itu, di mudahkan jalan, tak perlu pegi exam bertulis, tak perlu pegi assessment, just attend interview. dan, most of them, terus dapat permenant post. duhh.. tatau nak cakap apa. adilkah? tapi nak buat macam mana, rezeki masing masing kan?

sebenarnya banyak lagi cerita pasal orang keliling dan diri sendiri kalau nak cakap pasal rezeki, jodoh dan maut nih.kadang kadang benda yang tak sangka sangka yang jadi.

penah sekali borak dengan member, i ask him,

'..u.. penah tak terfikir, kenapa allah tetapkan kita tak tahu masa depan?'

and he replied .

'..sebab kita bukan tuhan.'

betul lah..

1 comment:

mama syaza said...

not ur rejeki yet. n always remember, Allah will give u the best for you. never stop pray to Allah.