Tuesday, October 21, 2008

always tag in my heart

how should i start?

i have them years ago (betul ke ayat nih?) and i still have them until now.
sejak kami kenal, kami kenal parents and family masing masing, kami kunjung mengunjung rumah masing masing. contoh rumah cukin, dari kuarters kat sekolah khir johari, kuarters kastam and now kat mutiara court..semua kitorg tahu..cuma kitorg takpenah tinggal serumah. tapi berfuya fuya mmg itu lah kehebatan kami. dari zaman sekolah, kelas tambahan, zaman belajar belajar and sampailah sekarang. walau separuh di sini dan separuh di sana, but, the bond never been fade but, even close..

siapa kami? kami la power rangers, charlie's angel, satria baja hitam, puak pelampau irshad, sayap kiri, dan bahan eksperimen yang gagal. hahahahhah.



siti hajar binti ismail a.k.a chegu



kenal siti dari darjah dua kat sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas. dari darjah dua sampai darjah enam, kitorg satu kelas. and masa form 1 masuk irshad sama sama.
siti nih la dalam kelas bole kata paling bijak. hahahha. bijak makan dalam kelas. bayangkan cikgu midah math yang garang tuh mengajar kat depan, dia bole bukak nasik lemak daun pisang makan dalam meja. perrrgghhh..cekap tak hengat. sebab gua duduk sebelah dia (deskmet), gua pun join skali. nak buat camna, nasik lemak dia sedap aaaa.
masa sekolah rendah, kitorg lah ahli koir sekolah. setart dari darjah satu, sampai darjah 5. darjah 6, kitorg dah tak join kior kitorg join pancaragam pulak. hahahha. kitorg bukan la budak pandai, tp tiap tiap tahun hari penyampaian hadiah, kitorg sure naek pentas. tp bukan amek hadiah, perfom je. hahahahah.
parents siti kenal ngan my parents. satu hari beberapa tahun lepas, bapak siti accident, koma dan icu. kesian dia masa tuh. tak tentu arah. yelah, bila bapak dah mcam tu kan..tp takpe, bapak dia dah ok sekarang cuma kaki sebelah kena potong sebab dah tak bley selamat lagi.
siti nih mmg seswai jadik cikgu sbb mmg ada bakat la. bukan mcm kitorg, baran. hahahha.

nurfadzillah binti abd. aziz a.k.a padil



inilah umat paling baik antara kami. hahahah. tp sekarang tidak lagi. mulutnya pun dah laser macam kitorg. kalau ada masalah income tax, cari la dia nih. sekarang nih, dia la palaing kaya antara kami semua. hahahha.
kenal padil dari form 1. satu kelas kat irshad, selain dari form 2, yg lain semua kitorg satu kelas. hahahah. balik balik mmg muka makcik ni lah.
dulu..padil nih tokei roti/bun kitorg. sbb kalau ade add class ptg padil nih la akan belikan bun atau muffin kat kitorg sbb umah dia dekat ja..dia balik umah, kayuh beskal..lunch and tapau kan bun untuk kitorg yang kelaparan nih..
padil nih anak tunggal pompuan, mayb sebab tuh dia lebih ladies dari kitorg. dia dulu lagi dah pandai pakai henbeg, lipstick..sampai sekarang la. dia la pandai groom diri. tak macam kitorg. apa yang ada ja. hahahha
mak padil nih cikgu, bapak dia kastam. bapak padil satu ufis ngan bapak cukin..what a small world kan? so, kalau pegi beraya umah padil, cukin sure kena interview macam macam ngan parents padil. kalau tak silap mak padil pun baik ngan mak cukin. ye lah mak cukin pun cikgu. hahahahahahh. sungguh penang tuh kecik

tengku munira binti tengku izhar a.k.a net



camne leh jadik net? hahahaha. asalnya kitorg panggil tengku. dari tengku, susah nak sebut, kitorg pusing jadik tennet. last2 tennet panjang, tinggal la NET. hahahah. seswai kan.
net, dikenali masa form 3 satu kelas. tp tak baik sgt. sbb net nih budak hostel. jadi dia kadang kadang terkontrol ngan panduan dan amalan hidup budak hostel. ahahahah. lagi pun net nih dia jenis sempoi. tak banyak masalah, tak reti melawan. bagus kan?
net nih, parents dia duk alor star, so kat penang dia duk ngan atuk dan wan nya kat jalan baru, perai. kalau pegi beraya umah net nih, tak penah tak ada orang. paling paling akan ada 5 orang kanak kanak. orang besar, tak payah kira la...
dulu dulu masa form 5, kitorg amek tuisyen kat bukit mertajam (foo siang). tp net tak join. dia kan budak hostel. tp kitorg akan share apa2 ilmu lebih ngan net, ngan org lain..kalau depa tanya, baru kitorg ajar..hahahha jahat kan kitorg? besa la.. nak idupppp.
net skang nih org HR kat Aident bukit minyak. jadik kalau ada nak refer pasal hak hak tuntutan sebagai kakitangan..silahlah merujuk pada dia. hahahhahah

asyiqin binti mohd syukri a.k.a sesukin @ sukin @ cukin @ qin



cukinnnnnn..dia nih asalnya kitorg panggil qin. tapi penah panggil sukin, sesukin sesyukri sestokin..hahahhahahh. dia nih aku kenal since form 2. tp mula baek masa form 4. dia nih la agent foo siang. mana dia dapat tuisyen nih pun tatau la. kitorg yg lain ikut je. kat foo siang nih la kitorg main main mata ngan kok liang, hee chua and the gang. kitorg tak layan mamat melayu sbb poyo.
cukin..hang ingat tak kedai roti canai tepi wayang tuh. hahahhaha. roti panas ngan air barli, pasti pandai akaun. hahahahhah. kat kedai mamak nih la kitorg suka ngorat ngorat mamak tuh. untung untung dapat diskaun nak lagi hebat dapat roti free satu. hahha
cukin ni la satu satunya yang terkeluar dari landasan. haha. sbb dulu kitorg belajaq akaun. tetiba dia amek degree IT. la nih keja dia buat buat pasal IT nih lah kat kompeni sunquick n gula gula hacks. and lagi hebat dia part time photograper.. perghh terangkat. sapa sangka kan? kisah hidup berpusing 360 darjah dari apa yang telah dilalui sebalum nih..
dan kehebatan cukin adalah..dulu dia hari hari nama kena amek ngan pengawas sbb datng lambat. tp being cukin, dia selamba ja. bole jawab ngan prefect 'amek la nama aku..tak abeh haih..' hahhahah. cayalah cukin!

kisah kitorg nih sebenarnya banyak mula di bumi irshad. sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad, pokok sena, kepala batas. kat situ lah kitorg membesar, tengok dan mengadap muka masing masing. kat situ la kena denda, jalan itik, kena marah, gaduh ngan classmet, lawan cakap prefect, larik dari spot-check. hahahhaha.

bila hari raya, beraya dari satu rumah ke rumah yang lain. dari dulu dari pagi sampai petang beraya. walau pun hanya dengan org yang sama, tp takpenah kitorg diam. eh ada satu masa kitorg diam.. bila dapat makanan. hahahhaha. memang dari dulu..kalau tak makan, mulut masing masing, bagai bertih jagung. but, datang je makanan, 10 minit pertama musti sunyi sepi. menghayati dan menghargai rezeki. itu yang kitorg belajar. hahah

hampa..aku tak sabaq nak balik penang lagi. layan seoul lagi nak?

4 comments:

Im No body said...

Huahuahua...
Aku 360 darjah terkeluar dari landasan... Baru aku perasan kakakakakka... Hahaha.. well, life is like that. (Oh aku ka yang intro Foo Siang tu :P Aku pun tak ingat) Tapi besa la aku. Kan ka poyo! Hahahhahha! Tak layan mamat melayu (ntah apa2) Walaubagaimanapun, hattanya saya ingin berterima kasih diatas nama timangan yang telah diberikan kerana sesungguhnya ianya melekat sampai sekarang. Kunci kira2 yang adan contiang di atas pembalut mejaku masih kusimpan hingga sekarang. Wait seminit! Seingat aku, aku tak pernah dapat roti free kat mamak cathay tu. Hang memang selalu. Hahahha.. maklumla. Orang berkenan. Minum ayaq barley dgn harapan pandai account mcm cikgu jalil. Gila! Hahahah! Siapa sangka aku jadi orang seni sekarang, hahahah! Irsyad pasti mengelupoq sekiranya mengetahui apa yang telah berlaku ke atasku… (tambah lagi ustaz bahasa arab yang dah cop mohor kat muka kita tu) Jan, hang lupa nak tulis pasal cikgu midah yang menjadikan aku sebagai subject mengajar topic hujah (matematik) ketika aku terpacul di depan pintu (pada pukul 9.30 pagi) hahahhaha! Akan ku sambung commentary ku ini sebentar lagi.. Cabuutttttt…

nizan zakaria said...

hahahhah
gila la hang
aku mmg suka la wey dunia kita dolu dolu
stress free. ingat enjoy saja. dan berhati kering, waima ngan cikgu midah pon..hhahahahahhaha
kalau aku nak tulis semua..tak cukup satu entry beb.
hahhahahahah

Ku Murni Ku Izhar said...

kuang...kuang....aku mmg dah tau yg aku nie kategori budak sempoi, tak dak masalah dan tak pandai melawan lama dah.....hehehe...tp skrg setelah matang nie rasa-rasanya dah pandai ckit kot! aku ingat lg, dulu ang mesti ingat aku sombong gila kan?!! ditambah plak dgn surname aku yg..... arrhh...!!! itu sekadar nama!!! tak kenai maka tak cinta, setelah kenai rupa-rupanya gila jgk hamba Allah bernama Tengku Munira nie..... (wei aku suka nama net lagi...!!). Paling aku tak boleh lupa, bila angpa2 semua pakat-pakat dok panggil nama glamor too... ada jgk ler hamba Allah yag sibuk nak cari siapa pemilik nama unik too! jeng...jeng... rupa-rupanya pemilik nama dok kat tengah-tengah kelas 5 AF! wei.....perasan tak yg kita dah tinggal sekolah hampir 11 tahun! tp rasa mcm baru saja...! (atau dok perasan muda lagi....! jiwa muda katakan!). chow dulu! will be continue...

nizan zakaria said...

sapa 'murni'?
aduh..net net
hahha
std la, budak2 tuh suka sebok2 pasai kita, jaki la tuh
owh, aku mmg muda
tatau la org lain.
ahhahahahha