Wednesday, March 28, 2007

membuka pekung di dada

hari ini, tergerak hati nak bukak rahsia2 diri. sbb teruja tgk org lain list kan kepelikan mereka. nak buat jugak lah!..bukan ape, kurang2 sedarkan diri sket..

1] kecik2 dulu aku tak pandai sebut perkataan 'kecuali'. so aku akan sebut 'ke-ce-ku-wa-li'.. hahhahh. teruk tau betulkan lidah. last2 skang pandai gak sebut 'kecuali'..dgn lancar ok..!

2] dulu2 jugak (skang pon sebenarnya) aku ni jenis merempan. merempan ni org utara sebut 'bebai' iaitu mengamuk atau terus rosakkan satu2 benda bila marah benda tu tak jadi. cth: kalau pagi2 nak g keje, tudung tak jadi seperti yg dikehendaki, terus tudung itu akan dileparkan/dicampak/dihumban dengan ganasnya ke atas katil, n tukar tudung lain, silap2 ngan baju2 skali tukar..buruk gile perangai..

3] dulu2 masa uni, kalau tension atau marah, akan masuk bilik air dan sental sume benda. hasilnya, berkilat ooo bilik air.

4] dulu sampai sekarang tak pandai sebut perkataan omputih yg ade 'lk' kat belakang. cth: 'milk' 'silk'. adoi..jenuh dah dok urut lidah nih...

5] dulu sampai la ni.. tak pandai la nak meluahkan rasa amarah. suka pendam..pendam..dan pendam. so bila sampai masa yg amat seswai, akan ku blow hingga tak terhingga..tapi bukan dengan ckp la. dengan tindakan. cth: markah penilaian prestasi yg amat rendah utk my staff sampai diorg tak tegur sapa 3 bulan..apa da..

6] ini memang pelik..tp benar. kalau first time jumpa org, sure dah tau leh masuk @ tak. lagi best, selalunya andainya dan gerak rasa hati pasal org tuh kebiasaannya tepat. aiseh, buleh bukak bisnes tilik nih.hahahha

7] cuping telinga gua, tak lekuk keseluruhan. bila dah kat tengah2, dia tak berlekuk..tak terkelepek. bapak aku ckp.. ini lah tanda2 org yg amat degil..yo yo oo je pak ya nih. tp mmg aku rasa cuping aku lain dr org lain..

8] benda ni tak pelik kot, tp nak listkan jugak. vocab aku utk bahasa melayu, ada macam2 yg pelik2. ini disebabkan faktor percampuran budaya semasa proses pembesaran. sampai kdg2 aku sendiri konfius vocab tu mmg bahasa melayu atau loghat perak atau loghat selangor atau loghat penang. lagi teruk kalau itu mmg vocab kg mak aku je. cth: melokek, cupui, liyun even merempan td tu pun aku tak tau asal mana perkataan tuh.

ok..ok. dah la ek. kalau ade lagi, biar aku simpan sorg je. kang dah tak dek org nak kawan ngan aku sebab byk sgt peliknya aku nih.

No comments: