Thursday, March 22, 2007

bapak ku yg di panggil pak ya


kenapa nak creta pasal bapak hari nih?
sebab nya ialah ...

aku dah plan nak balik 31 hb nih, which is hari sabtu 31 mac bersamaan dengan hari maulud nabi(cuti umum), so aku akan ke bhar dental pada 2 april pd pukul 2 ptg dan akan terus ke umah tini dan terus berangkat pulang ke kl..

so kiranya bapak ku inilah yg akan menghantar aku ke klinik dan umah cik tini sperti biasa. minggu lepas aku dpt tahu yg 31hb nih bapak ku ni dah di pilih untuk jadi ketua kontingen untuk pasukan mana tah (since dia byk sangat involve) untuk perarakan sempena maulidur rasul peringkat negeri. 1 hb dia maybe akan ke bangi sebab adik bongsu dia nak kawenkan anaknya, being the eldest man in his own family, dia rasa macam kehadiran nya amatlah diperlukan since atuk n nenek gua dah meninggal...

aku dah cuak sebenarnya, kalau dia pegi kenduri kawen itu, mmg konfem la aku balik ni duk sorg2 kat umah dan yg lebih aku cuak, sape nak anto aku g klinik n umah tini pada 2 hb? tp mak aku (bapak's PA) dah konfemkan yg diorg akan balik malam tu jugak, so gua pun tarik nafas lega...

but, baru 5 minit tadi PA call memaklumkan yg kemungkinan dan besar kemungkinan (kira mcm betul la) bapak ku akan ke melaka pada 2 hb. alahai..pak ya pak ya. tp masih ade sinar bila PA kata '..tapi mak tak tahu le kalau bapak ko pegi malam..' oh...marilah kita berdoa moga2 rombongan ahli masjid se'penang' itu akan ke melaka pada 2hb tp diwaktu malam..

itulah antara sedikit cerita yang gua nak describe pasal pak ya. ini baru sikit. pagi2 nih, masa mak call, dia dah takdek. kata mak dah keluo, ke hospital..ingat sakit, rupa2nya ade kursus ape tah.. haih..kursus ape kat hospital..

kalau musim raya haji..lagi tiga empat bulan, dia dah sibuk cari lembu, kutip duit korban, untuk mualaf dan perkim. masa hari raya haji, org sume anak2 cucu2 dah sibuk tgu kat umah, tapi dia tak balik2..ngesahkan lembu2 korban..itu belum kira nak agih2kan, call sana, call sini.

kalau raya aidilfitri, dia sibuk kira zakat, untuk mualaf, sekolah agama, masjid...pagi2 raya atau hari jumaat, dia sebok kan tabung duit masjid, almaklumlah, bendahari masjid. itu belum kira kalau nak meeting, meeting masjid, sekolah agama, perkim. oh tak lupa..pengerusi tetap UMNO (sebab tuh dulu ustaz fahim panggil gua ketua wanita UMNO) kehkehkeh...

itulah pakya, kalau korg sampai area kepala batas, especially pekan kepala batas, tanya la mana umah pak ya, tak pun pak ya tanaman..gerenti org kenal..dahsyat siot pak ya aku

tp lagi aku kagum..dengan jadual yg padat, ke aktif annya tuh, dia cuma ada sorg PA je, tanpa gajet yg dipanggil 'handphone'. lagi la aku kagum..tp sebenarnya PA dia lagi hebat la...!

oh mak dan bapak!

hajah norriah mat rasit (PA) dan haji zakaria mat amin




No comments: