Thursday, February 15, 2007

surat untuk mak

Mak,

Org tulis surat ni mmg khas untuk mak. Semua benda yg akan org cerita n tulis dalam surat nih, ini lah ape yg selama hari nih org pendam. Org mmg nak cerita kat mak, tp org tak tau nak start mcm mana. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab org malu sgt kat mak.

Mak,

Org tau apa hajat hati mak. Org tahu mak nak org jadi org pandai. Org tahu mak nak semua anak mak senang dan boleh hidup sendiri. Sebab tuh mak sentiasa usaha supaya kiotrg adik beradik dpt yg terbaik masa kitorg kecik2 and masa kitorg belajar dulu2. mlm2 mak akan make sure kitorg makan kenyang2 n minum milo panas campur madu supaya kitorg cergas n boleh belajar betul2 kat sekolah esok. Kalau kitorg demam, mak pun akan risau sgt2. mak mmg nak kitorg berjaya, ada ijazah, ada ilmu, ada keje yg elok, ada famili dan boleh hidup atas kaki sendiri. Mak nak mcm tuh sebab mak tak peluang dpt mcm tuh.. tp mak, mak jgn risau. Mak dah dapat semua tuh. Mak dah ada satu family yg cukup bahagia, ada suami yg mmg tak buleh hidup tanpa mak, ada anak2 yg mcm2 ragam dan ada cucu yang mmg cukup cerdik dan comel. Lagi seronok nnt mak nak dpt cucu kembar.mesti mak tak sabar nak menjaga kembar..kan mak kan.

Mak,

Walau pun mak tak penah belajar sampai sekolah menengah, ape tah lagi ke universiti, tp dah byk universiti mak pegi untuk tgk anak2 mak terima ijazah baik yg sarjana muda atau pun yg sarjana. Insya-allah 2 tahun lagi akan ada lagi majlis konvo dan dua tahun lagi dan dua tahun lagi..kalau mak nak tahu, walau pun kitorg adik beradik tak pernah secara terus terang, tp kan mak, dlm hati kami, kami selalu janji, mak lah org pertama yg akan jadi saksi kejayaan kami. Sbb tuh kalau pun kitorg dpt ape2 yg lebih sikit, sure mak lah org pertama yg kami bgtau. Sbbnya kami tahu berkat solat hajat mak ngan bapak yg tiap2 tgh mlm tuh lah yg jadi benteng kuatnya hati kami adik beradik.

Tapi mak,

Skrg nih org sedih sgt2. sebabnya dlm ramai2 anak mak, org je yg masih lagi terkapai-kapai, tercari2 arah tuju hidup. Org je yg tak dek ape2. org je yg belum buktikan kejayaan.. dan yg paling org sedih, org tahu mak risau. Risau yang amat sgt ngan hidup org nih.

Mak,

Mgu depan 20hb, makna lagi setengah tahun, org cukup 27 tahun. Terukkan? Anak mak yg lain, umur 27 dah ada mcm2. kak umur 27 dah jadi cikgu n dah bertunang, banchak, 27 dah keje hebat, dah ada kete, tgh buat master n tgh sebok buat preparation kawen, achik pun sama 27 tahun keje dah mmg stable dan akan kawen tahun berikutnya.jupa, 27, dah sampai london, dah jadi cikgu, dah ade kereta n dah separuh jalan buat master.. tp anak mak yg sorg nih..jgn kata kereta, kerja pun tak ada..mak....nape org teruk sgt mak..mak tau tak, sampai satu tahap ari tuh, org tak nak balik kampung..org malu, malu nak jumpa mak, malu nak jumpa bapak, malu nak jumpa adik beradik lain.. malu nak jumpa jiran2.org rasa org hopeless sgt2.paling org sedih bila tgk muka mak, muka mak yg harap sgt org jadi mcm kakak2 dan abg2 yg lain...yang dah boleh berdiri atas kaki sendiri..

Mak,

Kalau mak risau, org lagi risau. Risau yg amat sgt.org rasa teruk sgt. Hari2 org doa, supaya org dapat bahagiakan mak mcm org lain. Dpt bagi mcm org lain bagi.org pun nak balas jasa mak jugak. Org pun nak belikan mcm2 benda mcm kak selalu bagi kat mak..org pun nak bgtau yg org akan naik pangkat mcm banchak selalu buat, org pun nak belanja mak bila gaji naik mcm achik selalu buat..org pun nak bwk mak ngan kete org sendiri n mcm jupa selalu bagi bapak bawak kete dia bila mak ngan bapak nak g jemaah subuh kat masjid. Seronoknya.. tp org tak buleh pun nak buat mcm tuh..org lain, dah ada umah sendiri.ptg2 mak suka g tgk2 bunga kat umah kak, pusing2 kat umah banchak n tgk2 cucu kat umah achik. Kalau mak nak jenguk abg kat arau, mak akan singgah umah jupa kat kodiang. Mak buleh mandi2, buleh sembahyang, buleh rileks2 kat situ..tp kalau mak dtg kl? Org tak berpeluang bwk mak pusing2 kl naik kete sendiri..mak pun mcm tak nak susah kan org.

Mak,

Org janji.. kalau pun ditakdirkan org akan terus macam nih, org takkan kecewakan mak. Org akan usaha juga untuk bahagia kan mak.org tahu, mak bukannya nak sgt benda2 dr org, Cuma mak nak tgk org bahagia ngan hidup org..takpe mak..berkat doa mak dan doa org sendiri, moga2 org pun akan dpt buat lebih kurg mcm adik beradik yg lain. Mak tgu tau, mak kena tgk org capai semua tuh. Org pun nak tgk muka bahagia mak, kebahagiaan mak atas kebahagiaan org.. org sayang mak sangat sangat..

No comments: