Wednesday, February 21, 2007

kepala batas ku

sila refer para 8..
ngehngehngeh..
mmg betul la ape yg paper nih tulis.
series la korang..mmg tak tipu

Pembangunan Kepala Batas lebih rancak


KEPALA BATAS 19 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kawasan Kepala Batas bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak, sekali gus memberi keselesaan dan keharmonian kepada penduduknya.

Menurut Perdana Menteri, kawasan itu sedang melalui proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya yang lebih tersusun, sesuai dengan imejnya sebagai pusat pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pemimpin utama kerajaan, namun setiap perkembangan yang berlaku di kawasan itu berada dalam pengetahuannya.

Sehubungan itu beliau mahu seluruh jentera pentadbiran sama ada pemimpin politik, pegawai daerah sehingga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerja keras memastikan Kepala Batas terus mengecapi pembangunan lebih pesat.

‘‘Dari segi infrastrukturnya semakin berkembang, kemudahan semakin bertambah, jalan-jalan raya pula dilebarkan agar Kepala Batas dapat dihubungkan dengan kawasan-kawasan lain.
‘‘Saya percaya pembangunan-pembangunan ini, akan menjadikan kehidupan penduduk di sini akan lebih selesa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama parti Gerakan dan MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Infrastruktur

Abdullah berkata, dengan pembangunan infrastruktur yang pesat, Kepala Batas akan turut menjadi tumpuan orang luar untuk tinggal atau menjalankan perniagaan, sekali gus memakmurkan ekonominya.

Malah, kata Perdana Menteri, banyak pihak yang mengakui kawasan Kepala Batas kini sedang melalui perubahan dari aspek pembangunan, selain sifat penduduk yang cukup terkenal dengan kesopanan dan keramahan mereka.

‘‘Inilah yang kita kena pelihara sepanjang masa. Kita tidak mahu hubungan baik penduduk di Kepala Batas dirosakkan dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Dalam hal itu kata beliau, seluruh penduduk tanpa mengira kaum perlu terus bekerja kuat dan bekerjasama memelihara perpaduan dan keharmonian sesama mereka.

Bagi mencapai hasrat itu katanya, pemimpin sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua parti, pegawai daerah serta penghulu kampung mesti peka dan mengambil tahu hal yang berlaku di kawasan mereka.

‘‘Tunjuklah kepada rakyat bahawa kita (pemimpin) ambil berat semua penduduk di Kepala Batas, kita mahu jadi kawan bukan lawan. Kita kena kerjasama bukan gaduh,” katanya.

No comments: