Thursday, June 04, 2009

tahun ke-2

hari ni 4 jun 2009
maka nya sudah dua tahun di sini
ye, dua tahun yang simple
tapi ada jugak merubah sedikit sebanyak hidup aku

antaranya :

biological clock yang dulu pukul 630++ dah bertukar pukul 5 pagi. wohoooo. impak ganas okeh. sampai wiken pun tersedar jam 5. makanya kalau ada sapa sapa nak ajak i buat aktiviti pagi i tak de masalah. boleh aje

travel daily dengan lrt and bas rapid kl.ahahh. ada masa masa ku maki maki si rapid kl. tapi ada masa masa macam best pulak naek lrt dan rapid kl. tetambah lately nih ada driver kiut tuh. ahahahhahah

ilmu penuh di dada. tapi bukan semua ilmu la. hanya several types of ilmu. ahahhah. maklumlah kawan ngan mokcik mokcik..

yang paling best ialah tak de lagi kena attend miting yang berlambak dan makan masa macam dulu dulu. heaven i tell u..sebab sini bos je yang attend miting. kalau kena pun miting ISO among department. alah, itu kacang je. ahahhahahahah

eh, ada lagi satu best. network ngan orang luar. sebab deal ngan banker daily, so ada ramai la kawan baru. then, kalau bulan puasa dan raya banyak la invitation. dan banyak jugak la door gift. tuh belum year end party lagi. ahahah

yang tak best nya:

takde member se level peringkat umur. kalau ada pun, mind set tak sama. kira nak borak borak kena select topik dulu la. penah jugak buat buat lawak and loyar buruk yang orang tak boleh terima. sakit jugak la

ufis agak jauh dari rumah. kadang kadang rasa jugak penat travel nya.

dan ufis nih dalam kawasan perumahan. tak banyak tempat bole ronggeng ronggeng. buhsan sket la bila ari jemaat.

apa apa pun, ok jek keje sini. tak complicated sangat. bila ada masalah dengan orang, diam je. tak payah melawan, kalau melawan, jadi lagi besar, sendiri juga susah.

so, agak agak berapa lama nak duk sini?

No comments: