Wednesday, June 03, 2009

rencam kata

ahahahaha (gelak dulu)

1/ anuar zain nak masuk IB. ada sapa sapa dengan suka hatinya nak ajak i pegi? teringin pulak

2/ kenapa semua orang akan ingat semua orang yang datang dari penang tuh anak mami? duhhhh..gamaknya korang ingat penang tuh ada anak mami je ke? kalau korang nak tau, mengikut statistik aku, 55% adalah cina, 20% india, 20% melayu, 10% lain lain bangsa. dan 20% tuh, aku rasa 5% je anak mami. eh anak mami bukan melayu, lain lain bangsa kot. tak kesah la ape pon. yang pasti aku bukan anak MAMI. mak aku orang perak, bapak aku orang selangor. secara tak sengaja je aku beranak kat penang. faham?

3/ setakat ke hari ini, ada beberapa perkara dah masuk dalam list 'perbelanjaan' akan datang aku. so now, tengah check check it out perlu atau tidak untuk commit or proceed. erm....kalau kaya, pasti tak yah timbang timbang, jalan saja. ahahahhaha

4/ next week ada orang nak belanja makan kat warung paksu nasi ketam kat kuala juru. wahahahha. macam tau tau je aku tengah mengidam nak makan seafood. nak nak kerang bakar ke, kerang rebus ke. owh, btw, hanizan dah pandai makan udang dan ketam walau pun bukan dalam portion yang besar...best nih, tak sabar.

5/ dan kaalau tak silap aku jugak sekarang nih dah setart musim buah kayu like durian, manggis, rambutan dan lain lain. wah..heaven nya kalau dapat balik sekarang. sure tak payah beli dah. kat sini ada, tapi kan macam tak best je. lagi pun macam tak berbaloi beli compare quality ngan duit yang mengalir keluor. (ape ape je lah)

6/ last wiken, padil citer nama anak buah baru nya adalah kucheng sebab DAMIA = DAMIAAUU. ahahahah. kenapa aku gelak? ye aaa pas ni bole panggil kak aainaa damiauuuu.. ahahahhahaha comel nya kak ainaaa

7/ jap. nape aku tgk muke nye seripah aini dah rupe nita serawak? diorg tuh buat muke ke? ke diorg ejas sama sama? pelik aku, dagu tajam, pipi tinggi, bibir jangan cakap la..si jolie tuh pun tabik spring ngan diorg. hahah. aku kalau bibir tebal tebal sangat nih aku teringat la one of the tribe kat afrika nun.. but, diorg dah memang originally macam tuh.

8/ aku suka la buku wajah sekarang. sebab ada ramai kawan kawan lama. lepas tuh depa rajin pulak bawak keluaq cerita lama. ahahahah. lawak lawak. best betui bila ingat ingat kisah lama. akan sentiasa rasa muda. rasa mcam nak masuk sekolah balik. kalau la dapat masuk sekolah balik, benda paling nak buat ialah kena denda dengan cikgu maths. ahahahha.

okeh. dah abeh sesi perah otak minggu ini.

2 comments:

mama syaza said...

meto dah mkn udang.. wallahhh.. tahniah. ketam kat juru aa.. sedap2.. penah p skali.. teringin nak p lagi.. best2..

nizan zakaria said...

betul eh sedap?
wahh..
menariks. tak sabo nak pegi melantak nih
lagi best sbb org belanja.
ahahha