Thursday, December 04, 2008

self-centered

hai.

lately, agak rasa tertekan bila orang sana sini mula bercakap pasal kurangnya penglibatan aku dalam aktiviti mereka (orang office ini)

mana tak nya 3 minggu berturut turut ada aktiviti sosial di office ini, haram satu pun aku tak join.

aktivitinya ialah
1] dinner kelab sukan dan kebajikan di restoran nelayan, titiwangsa
2] hari keluarga di taman komenwell, kepong @ rawang
3] hari keluarga department di cherating

orang orang ini tak puas hati dan rasa amat pelik kenapa aku tak attend satu pun aktiviti diorg. ada yang kata aku nih tak reti nak meriahkan majlis, tak reti nak ramah ramah mulut, tak reti nak join, tak reti itu dan ini.

i'm like .. 'hoi! suke hati bapak aku la..aku nak reti ke tak reti ke..!'

mmg aku nih jenis berat mulut. sebagai contoh kalau aku tengah tunggu bas, jangan harap la aku nak borak ngan akak akak tuh pasal macam macam. aku akan jawab kalau orang tanya aku je. sebab tuh majoriti orang yang tengok aku kata aku berlagak, bapak sombong. dah..nak buat macam mana.. dah cara aku macam nih.

dan isu ketidak'join'an aku ke aktiviti itu telah membuatkan orang lebih percaya dengan kesombongan dan keberlagakan aku. sebabnya kalau banker buat function gedik gedik pulak aku pegi..

oho..kalau nak tau 13hb nih aku akan ke club 'the mist' kat bangsar, ada banker buat year-end party. tergedik gedik aku nak pegi..siap dah ada baju. hello..dah mmg ini job scope aku. kena pegi dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan bankers. job scope kau tak dek..jgn komplen boleh?

sebenarnya aku anti-sosial. tak reti nak ramah ramah. sebab aku tak tau nak borak pasal anak, pasal corning ware, pasal vision, pasal langsir, pasal tupperware, pasal mak mentua, pasal laki orang tuh yg sedara ngan atuk tiri orang yg nun, dan aku tak suka nak ngumpat ngumpat kawan sendiri..sebab tuh, kalau kat office nih, aku mmg declare jadik anti sosial. sapa tahan ngan aku silakan.. kalau tak..blah!

lagi pun mmg la..aku cuma nak spend kat tempat yang ada kelas je. kalau setakat nelayan titiwangsa tuh ape la sangat. malas aku nak layan

dan aku mmg penting diri sendiri sebab aku tau..kalau nanti satu hari aku terjelepok jatuh..korang still biarkan aku jugak. jadik baik aku pikir pasal diri aku, buat apa yang aku suka..sebab aku tau, perangai korang sama ja.

'..i myself don't care whether you stand on your head or you stand on your feet. perhaps by standing on one's head, the blood will go there more and you will think more. it is up to you what you think. i have my own..' (tun mahathir mohammad)

No comments: