Tuesday, October 17, 2006

ada kisah yang perlu diceritakan

tahun 1992.. kelas 6B, srk hashim awang

'..kalau hang lepas area meja aku... siap hang'
'..peduli apa aku.. aku punya pasai la, bukannya meja pak hang pun!.'
'.. hang jgn kuang ajaq ngan aku buleh dak, hang ingat hang baguih sangat ka?...'
skrip hari2 ntara sorg budak kecik lelaki ngan sorg budak kecik pompuan yg duduk meja sebelah2..tak penah nak baik, ada je silap...yg betul pun silap, yang silap lagi la, kiamat kelas...
dan benda nih berterusan la dr sebelum UPSR, tunggu result, sampai la hari last sekolah...

tahun 1993..orientasi budak tingakatan 1, smka al-irshad

'..la...mangkok ni sekolah ni jugak, pasai pa la dia pun skolah nih..p la skolah lain..'
kalau dah rezeki dan kalau itu yg dah tertulis di loh mahfuz, kita tak dek kuasa nak halang.. budak kecik dua-dua org tuh jumpa balik kat sekolah menengah. tp sebab dendam masa kecik2 dulu, tak pernah nak tegur sapa, kalau bertembung pun sorg tgk langit, sorg tgk pokok... jakun sungguh..

benda macam nih.. berlanjutan sampai masing2 dah besar, dah amik pmr, dah naik form 4. tp mungkin sebab dah besar, dah jumpa ramai org n dah buleh berfikir dgn lebih matang,.. at least, bila bertembung dah buleh senyum.. tp belum nak bercakap lagi..

16 oktober 1996..koridor blok C, smka al-irshad

.. ari tuh ujan renyai2 musim tengkujuh dah nak mula gamaknya..entah kenapa, masa bertembung td, for the first time, budak yg dulunya kecik, tp skrg dah besar.. dah bertegur sapa. tp cuma tanya pasal preparation untuk final exam yg akan start hari isnin, 21 oktober 1996. masing2 macam dulu2 jugak rupanya.. masih main2.. tak reti nak blaja betul2. budak lelaki tuh bgtau budak pompuan tu yg dia dah tak ddk hostel, sbb dah dpt lesen moto. so dia dah berjaya pujuk bapak dia utk bwk kapchai buruk bapak dia g sekolah hari2.. smgat betul dia bercerita pasal kisah dia yg akan berulang naik moto.

17 oktober 1996.. bus stop, simpang 3 keling, dekat smka al -irshad

mcm smlm, kul 230 ptg, hujan renyai2.. tp masing2 balik jugak.. yg pompuan tgu bas.. tgh2 tgu bas.. kwn lelaki dia yg baru baik balik tuh.. lalu dan berenti depan bas stop tp seberang jalan.. dia borak2 jap ngan kawan2 dia. tetiba dia pusing.. tgk kawan pompuan dia yg dia baru baik tuh.. dia angkat kening dan beri senyum yg paling manis.. senyum yg tak pernah dia bagi sblum2 nih kat budak pompuan tuh...budak pompuan tu pun balas balik.. suke rasa hati budak pompuan tuh. dlam hati dah berazam.. mulai esok.. bila jumpa akan senyum balik kat dia..

18 oktober 1996, jumaat, tapak perhimpunan smka al-irshad..

...tgh ucapan pengetua, tetiba budak pompuan tuh nampak ada sorg lelaki g ke barisan guru2, dia bisik something.. n teacher rosni.. jln ke belakang, peluk nazdia.. bisik something.. n tetibe nazdia nangis.. what happened? udak pompuan tuh tertanya.. something to do with.. kawan lelaki yg dia baru baik dua tiga hari lepas.. sbb nazdia tuh adiknya..

'....faidz, accident dan dipercayai mati...'

budak pompuan tuh diam... abis assembly, balik kelas.. hati berdebar2, tangan menggigil..otak serabut..tetiba clasmet balik dari hospital,

'...faidz selamat, tp icu lagi..'

aduh, lega sedikt hati ini.. doa dan terus berdoa.. moga doa hari jumaat ini dimakbulkan allah. baru tergerak hati nak tolong clasmet lain susun meja utk final exam isnin nih..

pukul 12, 18 oktober 1996, jumaat, kelas 4 al-farabi, smka al-irshad

'...jenazah nak dkebumikan lepas asar..'

innalillah.. telah ter tulis di loh mahfuz.. sampai sini sj kisah kita.. budak pompuan tu terus nangis.. nangis yg mcm2 sedih, berdeabr dan yg pasti dia menyesal.. sbb tak pernah nak berbaik ngan kawan dia sebelum nih. dan patut lah.. senyum yg manis semlm utk di simpan sampai bila2....

..17 oktober 2006...kuala lumpur

dah 10 tahun masa berlalu.. malam tadi mimpikan faidz lagi. sama mcm dulu2..tp sekarang dah kurang.. cuma bila dah nak sampai tarikhnya mesti ingat dia.. masa mula2 dulu selalu jugak mimpi kan dia.. ape maksudnya ek?

mcm biasa.. walau tak pernah secara rasmi mohon ampun maaf dari faidz.. tp hari2 mintak maaf dgn dia.. lepas baca yasin.. mesti mintak maaf dengan dia.. dah 10 tahun.. tak tahu lah faidz maafkan tak atau belum..

..i'm typing this dengan background lagu nassier wahab, andai kau di sini..

tak pernah aku menghargai dirimu
masanya takkan bersatu
sesalku tak menentu
bila kau tiada di sisi

..untuk allahyarham faidz radzwan bin abdul aziz...walau gaduh budak2.. tp sesal aku pada kau.. rasanya sampai kini. kau ajar aku untuk hargai apa yang ada depan mata.moga aku takkan buat kesilapan yg sama untuk kali yg kedua...

3 comments:

aniza said...

huhu sedey nye cite nih

nizan zakaria said...

mmg sedey
tp nak wat cam ne

Unknown said...

salam .. tak tau la hang dapat msg aku nie ke tak tapi faidz radzwan is my best friend masa kat SMAI dulu ..

aku sampai sekarang dok teringat jugak kat dia, miss someone special.

aku rasa ko sama batch ngan aku SPM tahun 1997 kan ? tapi aku tak sure ko sapa.

anyway aku hafiz ramly kalau ko kenal le, clanx-at-hafizonline.net