Tuesday, September 28, 2010

ayohh

sepanjang puasa dan ganti puasa, i memang dah tak jogging, skipping, lompat bintang hatta naek tangga pun tak.jadi boleh imagine tak lemak tepu berkepuk kepuk dalam badan i?betapa sempitnya darah nak lalu dalam pembuluh darah?azab gile..


therefore...[kehkehkeh]


last week, lepas sembahyang kat surau tingkat 2, i balik department di tingkat 5 dengan memanjat tangga..


dan..i found out kepala lutut di kedua dua belah kaki mengeluarkan irama bagai konsert band indie.kruk-krak-kruk-krak.mak aihhh..ade jugak bunyi macam engsel pintu karat tak letak minyak.duhhhhh..


kemudian, since pagi sabtu lepas, i dah mula balik jogging kat taman keramat tuh.kalau sebelum puasa 10 laps tuh takdek hal..tapi pagi sabtu ari tuh, nak complete kan 3 laps pun hazab.macam nak tercabut urat tekak, leher, kentut segala.gila ah!


ape nak jadi ni weyyhhhh?


even worst, ari nih pakai shirt faveret..rasa sesak didada..macam anytime je boleh merekah dan meletup macam incredible hulk!


demmm..series dem!


ps:tapi dalam masa yang sama, jemputan demi jemputan sampai atas meja ni hah...

Friday, September 17, 2010

faktaS

hui..

balik raya kali ni, my discoverieS are:

  • budak kecik umor dua tahun pun ada digi cam.sedangkan i yang umor berbelas kali ganda dari dia cuma ada phone cam 3.2 megapixel..haisshhh
  • ade jugak sesetengah budak kecik bila kena bunga api, rileks je.tak nanges pun.bole diam masuk umah, sapu minyak gamat and duk diam diam dalam rumah.budak kecik meaning 3 tahun.giler steady.
  • i found out mother adalah amat amat pandai kaver kekurangan. dia boleh bagi alasan tak makan canned pineapple yang i belikan kat pekan nenas, pontian sebab sibuk tak dek masa, padahal dia dah misplaced can opener.and again dia bagi alasan dia bizi tak sempat nak gilap gilap queen anne dalam display jati tuh, padahal again..dia misplaced the keyss..duhhh..mak ..mak
  • hiks.pakya rupa rupanya berperangai dan berpikiran budak budak jugak.haih..bapak..bapak..
  • baru i perasan hari raya di rumah jalan maju, kepala batas akan transform jadik nursery budak budak.main, main dan main.penah hari raya main buih sabun?
  • raya tahun ni beraya sampai aloq staq.wahahahahha.dan raya ni first time i jumpa rumah yang atas meja ada 21 ketul balang kueh.pergghhhhh.terbaek!
  • and i also discover, pakcik yang founder famous amos adalah hebat.tetapi dia perlu berhati hati sebab now dah ade banyak cookies yg lagi best dari famous amos..especially cookies dia yang hitam pekat tuh.hati hati pakcik..i dah jumpa yg setanding.ahahahah
  • ouh.dan..i juga telah makan cookies raya sultan.ahaaaaa..sultan punya taste tau.bukan calang calang.
  • terima kasih tuh cukin sebab ajar i buat yong tau foo and laichi kang beberapa hari sebelum balik kepala batas.menu menu tersebut telah menjadi hidangan akhir romadhan umah pakya.dan abes licin.sedap la tuh..saje je depa takmau puji i.aahahhahaha.

all.raya walau pun sama macam tahun tahun lepas, tapi musti ada lain sket.tak faham?takpe, janji i dapat feel nye.

ps: bile la nak jam 5 neh?

Tuesday, September 07, 2010

salam aidilfitri
maaf zahir batin
semoga selamat semuanya
pulang dengan senyuman

ps:ouh..i tak sabar nak balik.

Thursday, September 02, 2010

tension

hoi hoi


musti semua orang dah sexcited nak balik raya kan?

tetambahla kalau budak sekolah.sebab sabtu ni dah setart cuti sekolah.tapi i rasa, budak sekolah biasa je, cikgu sekolah je yang sexcited lebih.ahahhahaha.


same lah dengan i.kalau la ufis ni i ade saham sama, harus la ni i dah tercegat kat kepala batas nun.tapi ape daya..i kan kais pagi, makan malam.maka nya perlu lah berusaha sedaya upaya.hati hati dan perasaan ni tolak tepi lah sat.


woh.pasal tension kan?perasan tak sejak bila kita pandai tension tension nih?


seingat i, dulu dulu masa kecik kecik, masa sekolah rendah and even masa sekolah menegah, i tak penah tension.i tatau pun macam mana rasa tension tuh.hepi je.macam pelik kan?sebab sekarang ni bila i tengok budak budak sekolah, depa tuh macam tension memanjang.ape la yang depa tension kan?i dulu masa nak spm teruk jugak.sekolah setart kui 730 sampai kui 2. kui 3 sampai 5 ade kelas tambahan.kui 6 baru sampai rumah.malam kena siapkan homework.kui 10 dah tido [tak belaja pun]..hari sabtu, kui 830 sampai 1230 ade kelas tambahan lagi. ahad pulak personal tution kat bukit mertajam.kui 7 dah kluor umah, kui 2 macam tuh baru sampai rumah.packed giler jadual.tapi seronok je, sexcited lagi nak pegi sekolah.


tapi..keseronokan itu dikikis sedikit demi sedikit bila masuk alam kerja.betul la kata orang.kadang kadang, kerja tuh ok aje, tapi bila relate dan deal dengan orang, itu lah yang menekan kan tuh.sebabnya, just imagine, macam mana perfect pun kita plan kerja kita, ikut macam mana yang dah di schedule, semua dah ok, tapi bila ada sorang yang kacau, rosak semua nya.time tuh, datang la tension dan sakit hati nya.perasaan nak bunuh orang ade jugak.kalau hilang sabar..


sebenarnya tension nih tak bagus tau.kalau selalu tension, darah boleh naik.possibility mendapat darah tinggi @ hypertension amatlah tinggi.nak nak kalau tak penah kontrol makan, tak exercise[pergghhh..macam kevin zahari punya ayat].as for me, tension ni kena kontrol.jangan di ikutkan sangat marah tuh.kalau ada orang yang suke buat kita marah, amik satu masa, marah balik orang tuh.eh, bukan marah, terus terang dengan orang tuh.bagitau dia yang kita tak suka dengan perangai dia yang tak bagus tuh.sebab kadang kadang orang nih, dia tak sedar dia buat silap.jadi baik kita sedarkan dia.lagi satu, kalau benda remeh temeh, tak payah la nak gelupur gelebah bagai.rileks rileks dah la.lagi kita fikir fikir kan sangat, lagi jadi serabut.itu yang pening kepala tuh.tak pasal pasal, orang lain buat hal, kau pulak nak sakit kepala.apekes?


hiks!buleh pulak bagi nasihat macam dalam ruangan kesihatan dalam majalah wanita.ahahhaha.

tapi series weyh..diri kita, kita sendiri la yang nak kena jaga.takyah la nak penuh kan diri dengan tension tension tak sebrapa nih.chill!

Monday, August 30, 2010

20

sudah sampai ke hari 20

1]os kos, puasa nya dah berlubang
2]ibadat nya tak banyak mana
3]makan nya kalah orang palestin or pakistan
4]teraweh nya.haih..ikut syarat je
3]quran nya baru nak masuk surah ke 3
4]shopping nya, aduuihhhh like there's no tomorrow
5]hati nya, dah kat depan simpang masuk umah kepala batas
6]jasad nya, nih..depan pc kat ufis
7]kesimpulan nya, ramadhon ni macam tak bagus je

bila nya kau nak insaf nih?

Monday, August 23, 2010

ehem!

ehem! ehem! eheeeemmmmm!!

ari sabtu lepas, i temankan my fren pagi klcc.sbb dia kata dia nak pegi kedai kasut atuk dia [apa saja kegemaran kitorang, kitorg akan kasik gelaran atuk.sebab akan pegi kedai tuh berulang kali tanpa jemu sebab suke sgt.cth: gerai yong tau foo dekat pangsamurni, kitorg gelar kedai makan atuk, kedai kasut prima**** kedai kasut atuk..dan lain lain]. my fren ni kata kedai kasut atuk kat alaman*da ada buat sale, so, dia nak serang yang kat klcc.konfius tak? dia duk putrajaya, dah tau kedai kasut atuk kat alaman*da ada buat sale, tapi nak serang kedai kasut atuk yang kat klcc? konfius tak? ouh, rupe rupe nya dia nak pegi kedai buku atuk kat tingkat atas klcc. sebab dia nak kena buat book review [dah kerja pun kena buat book review..apadaaaa]

ahahhaha.

ok..mukadimah terpanjang di situ.okeh okeh.then, bila dah sampai klcc, kitorang plan lah perjalanan.since bulan puasa, tenaga kena simpan.waalu pun jalan dalam ekon, tapi kalau dah tua tuh, buat la cara tua kan..kekdg semput jugak.since gaji belom masuk and duit dalam poket pon tinggal lime belas hengget, we decided to buat sneak preview duluh kat kedai kasut atuk. if and only if ada yang berkenan, baru pegi mesin cop duit untuk amek duit lebey sket, yang ngam ngam dengan harga kasut.ahahahah.ini lah bahananya menjadi orang yang suke shopping, kena la self control duit tuh.penggunaan duit plastik amat amatlah di larang.

maka, selepas dipersetujui..sekonyong konyong berjalan lah kami berdua ke kedai kasut atuk.akan tetapi....sebelom sampai kedai kasut atuk, tiba tiba mendapati diri berada dalam kedai pak habib..woh.saje je lah nak cuci mata, nak berangan kawen dengan anak raja atau menjadi diva..ahahahha.kitorang memang bajet nak masuk senyap senyap je sebab hari tuh dah la pakai tshirt gambo beruang koala je.harus lah orang pak habib takmo layan kan..selekeh siyut ari tuh.

akan tetapi [berapa kali akan tetapi nihhh]..seorang anak didik anak pak habib bernama tasneem amatlah baik hati.beliau melayan kami dengan tip top sekali.walau pun kami tanya tanya pasal rantai barlian bernilai 50 ribu pun dia tetap layan dengan supan..ouh..sungguh baik hati.i like!

sempat jugak lah kitorang menerai seketul dua bentuk cencen barlian sebab masa ni pak habib tengah buat sale sempena raya..ahahahahah.merasalah jari montok sate samuri i parking barlian..besides, tasneem pon ajo kitorang pasal barlian.jenis dia macam mana, certificate dia macam mana..rupa nya dalam seketul barlian yang cinonet tuh ade bar code.kira nya kalau kena curik..bole detect lah.haaaaaaaa kagom kagom.

dan selepas almost satu jam, dalam kedai pak habib, kitorang pun melangkah keluar lah ke tujuan utama pendakian klcc.tapi..masa langkah keluo tuh, i rasa lain macam.rasa mcam tak percaya.kejap rasa cam nak senyum, kejap rasa macam nak jerit..tapi rasa macam nak nanges pun ade gak.aik.pelik nih..kira sampai sekarang lah i still rasa mcam di awang awangan..sebab ape eh?tasneem dah mandrem i ke?

erm..maybe sebab by the time i masuk kedai pak habib, i lenggang je.tapi mase i kluo, i ade pegang paper bag, dalam tuh ade dua kotak kurma, satu flyers, satu kotak isi ape tah.and ada sehelai resit dari pak habib.

maybe benda tuh kot buat i seram seram sejuk.ahahhahahahahah.

Friday, August 20, 2010

tigaploh

bismillah-hirr-roh-maa-nir-rohimmmm.


ya allah,


ampun kan dosa dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, keluarga ku, saudara mara ku, orang orang yang menyayangi ku, orang orang yang membawa kebaikan pada ku dan seluruh muslimeen dan muslimat.


ya allah, ya rahman, ya raheem..


tabahkan hati ku menerima dugaan dari mu ya allah, kuatkan semangatku, tingkatkan kesabaran ku ya allah, berkatilah hidupku dan peliharalah diriku dalam redho mu ya allah..


ya allah yang maha agung


murahkan rezeki ku, permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat dan peliharalah diri ku dari azab neraka mu..


ameen...


ps: salam 30 dengan penuh kasih dan sayang.

Wednesday, August 18, 2010

cuti

yuha~


bila dah puasa, maka nya umat islam akan berhari raya.selain isu kuih raya, duit raya, baju raya dan lain lain, bila sudah kerja dan menjadi seorang bos [kecik], ada isu lain kena consider..iaitu cuti.woh..every year, harus merasa tertekan dengan perkara cuti nih.


being me, bos-kecik-pompuan-bujang-belom-kawen-takdek-anak-kampung-satu-tiada kampung mertua ni..serba salah dan tak senang duduk weyhhh.my current situation adalah mempunyai tiga orang staff perempuan-dah-kawen-ada-anak-dan-ada-dua-kampung-iaitu-kampung-sendiri-dan-kampung-mertua-nak-pulak-satu-utara-satu-selatan.


soalan> jadi adakah proper untuk i nak rebut rebut cuti lama jugak? walau pun diorang adalah my staf dan patutnya i bole je amalkan sikap kuku besi, tapi..tak baik..mak tak ajar jadik jahat dan kehji...worst, my unit kan deal hari hari dengan banker ala ala bursa saham.jadi, siapa yang perlu tinggal dan sapa yang boleh cuti lama lama beraya sakan pakai baju bling bling sampai raya ke saploh?


sape? sape? harus lah bukan i..


jadi..bertolak ansurlah anda ye..maka nya..andai kata 9hb, ufis nih masih zalim dengan tidak men'declare' cuti ehsan, terpaksa lah i deal all the transaction dari mana mana tempat yang i berada tika dan waktu tersebut.kejadian ini terpaksa berlaku sebab all my staff dah balik kampung, dan i pun terpaksa balik kampung dan terpaksa tidak hadir ke pajabat sebab driver nak balik 8hb malam atau subuh 9hb. kalau by the time dealing dah ade kat rumah, bole la sedap sedap di rumah kepala batas atau silap silap masih di atas jalan tengah tengah highway perak yang kenkadang takdek signal tuh?aaaaaa..dan, akan balik lebey awal lepas raya untuk tercegat di dalam ufis membuat urusan pasaran kewangan tersebut di atas [apekahhh sungguh la ayat nihhh]


redahkan aje lah.i tokleh nak zalim zalim.bior le i yang beralah.


owh..tetibe rasa diri seorang yang murni


p.s: series tak tipu, tiap kali raya, musti rasa macam nak kawen cepat cepat dengan orang jauh jauh..bole apply cuti raya lama, sebab dah ada dua kampung dan kampung tuh pulak bapak jauh..ahahahha

Friday, August 13, 2010

kejadian

masih lagi pasal puasa.ouh..batuk kelat kelat sudah abes.tinggal hingus degil je.tak ngape le..layan kan aje..


ade beberapa kejadian puasa yang i akan ingat sampai bila bila.kejadian ni pasti lah berlaku di rumah bujang, bukan kepala batas.sebab kalau kat kepala batas kan power rangers a.k.a mak ade..


1] ade satu hari tuh.i taktau nak buke ape.dah dekat tujohblas seteng kali i pusing param keramat tuh.tapi still tatau nak beli ape.last last i balik rumah tangan kosong.i selongkar peti ais.jumpe telur sebijik, i rebus sampai keras.jumpa bilis, goreng garing, potong bawang, cili, campak masuk dalam kuali, curah sos.dengan lauk bodoh tuh i berbuke sampai dua pinggan nasi.ouh..plus, kicap.memang setenderd asnaf zakat gile lah rasa..


2] tapi lagi kesian kisah ni.masa kat ufis, i dah bajet bajet, balik nak goreng kow tiew yang ade dlm fridge.kow tiew tuh dah berumur dalam seminggu..so..tanpa membeli lain lain sajian..dari lrt keramat i tros balik rumah.maklom le..nak goreng kow tiew..dlm pukui nam steng i setart la goreng..kui 7 camtu..taraaaa...kow tiew goreng pun siap.tapi keadaan nya adalah sedikit hancur..tapi kekonfidenan boleh makan, masih ade..by the time azan..i pun amek la gerfu, nak dug in la..skali amek kau..kow tiew goreng tadi membeku..dah jadik macam kueh bengkang.mak aihhhh... try jugak potong.tapi once masuk mulut..i rasa mcam masukkan sesudu tepung dalam mulut..langsung tak bley makan.last last, rendam megi..kesian

3] ouh..episod rendam megi..tidak berakhir di situ.penah sekali masa tuh first time keje sini.awal bulan. lagi dua, tiga hari dah nak balik kampung.bos cakap, kalau akaun tak settle, tak boleh balik..giler ahhh..jadik terpaksa kuar lambat sket.sampai keramat, ngam ngam pukui 7.orang param semua dah lipat payung.depa dah pakatpakat nak balik.maksudnya, i takdek makanan.balik rumah, bukak pintu azan pun berkumandang [perghh..ayat orang tivi].dah la hari tuh berbuka sorang sorang, hosmet sedap sedap buke luor, makan kat hotel tak bawak i..terpaksa la i rendam megi..haiiiihhhh..


erm..walau pun i tahu kejadian kejadian i ni tak la seteruk orang lain..tapi i bet, ade setengah setengah orang kalau kena macam i nih sure dah nages nages tepon mak ngadu dombe..tapi i rileks aje..ala..setakat benda benda macam ni, tak yah la nak kecoh kecoh[tapi kecoh jugak nak tulis lam blog.ahahahha]..kalau semua nya sedap je..tak best jugak.tak dek thrill..

ps:tetibe budak yang nyaris terencat tempoh hari, akan cuti dan balik lebey lama dari i..haih..tak abes abes nak jeles dengan i yang vassss nih.






Wednesday, August 11, 2010

melanda

entah dosa besar apa yg dah dibuat sepanjang tahun ni..

nah..

1 ramadhon 1431, hanizan di landa demam, sakit kepala dan batuk kelat kelat..

'kuatkan semangat aku ya allah..'

salam ramadhon,

9 days left. and i'm still counting

Monday, August 09, 2010

perasaan

di satu subuh ahad yang hening...waktu orang lain tengah sedap sedap tido..seorang budak menelefon mak nya nunnn jauh berhasta hasta..tujuan menelefon bukan lah untuk bertanya khabar [ciri ciri anak derhaka ada di situ] tapi adalah untuk hint hint mak dia bahawasanya jemahat depan ni dia nak balik, so, sila lah prepare menu berbuka yang mantap lagi marvelos..


hint dah sudah..dan alhamdulillah..mak nya faham akan niat utama..so, boleh lah borak borak pasal benda lain..


anak: eh mak, semalam i pegi so*go punya membercard sale..

mak: ye ke..banyak ko shopping? hikhik.. [ye..mak nye pun boleh tahan gedik]

anak: takde la sangat..tapi i dah belikan siap siap hadiah raya untuk mak ngan bapak.

mak: ouh ye ke..ko belikan ape? [nada suke sambil sengih sengih di situ]

anak: ala..untuk bapak macam biasa la, tapi untuk mak lain sket tahun nih..ce teka..

mak: ye ke? alah..tak pandai la mak nak teka teka..

anak: ouh kalau camtu, tunggu je la jemahat nih..sepriseeeeee..

mak: kehkehkeh..


ye..mak budak ni memang gedik gedik jugak. sebab tuh la anak nya menurun..it's running in the blood la weyhhh..


tapi bila menung menung, anak tuh rasa, antara perasaan paling best, indah dan berbunga bunga adalah bila mak ngan bapak dia suka dengan apa saja perkara baik yang telah, akan dan bakal anak anaknya buat. entah lah..rasa sedap tuh tak sama dengan mana mana rasa best yang lain.tak sama dengan rasa makan stimbot, rasa makan eskrem, rasa makan coklat [apesal rasa sedap anak tuh pasal makan je?], atau apa apa rasa ..sungguh tak sama.

Thursday, August 05, 2010

puas-a

ehem.next week dah nak puasa..cerita pasal puasa yang maybe orang lain tak pernah tahu.tapi kalau tahu, diam diam sudah la..bior la i nak cerita kat sini
  • i start puasa penuh betul betul [tak tipu punya]..tak ingat bila.tapi rasanya darjah 4 @ 5 kot.
  • hiks..sebenarnya yang penuh sebulan dari darjah 3..tapi takdek orang lain tahu yang masa darjah 3 tuh, i penah curi curi minom masa mandi.ahahhahahahh.mak..i sori..
  • dulu masa sekolah menengah bila azan je, i konfem bole abes kan 2 mug beso air.sebab masa dulu balik sekolah pukul 2.naek bas..lepas turun kat bus stop kubo hindu, kena jalan sampai rumah tengah panas terik.jalan agak jauh dalam setengah kilometer macam tuh.gila ah melepek.
  • kecik kecik dulu, masa bulan puasa, mak rajin anto kuih ke rumah sebelah.i la tukang anto.i paling suke kalau makcik sebelah balas cucur udang kuah kacang.sedap cucur udang dia...rasa macam nak mintak lebih.ahahahhah
  • masa dulu jugak i tak penah pegi atau buat sembahyang terawih.first pegi sembahyang terawih masa belajo kat melaka.dah tua baru nak buat.seb baik sempat.ahah
  • kat rumah sekarang, awal awal dulu pegi terawih kat masjid.tapi bila ada warga emas yang perangai macam kekanak.i jadi tensen n marah.terus i buat sendiri je kat rumah.gigih tuh print out tasbih tasbih yg imam baca in between..ahahahha
  • makanan specific buka puasa?takdek.i jenis balun semua.ahahahah.senang kan bela i? bela ikan laga pun tak semudah bela i..
  • if in case i mendapat keuzuran untuk berpuasa, i takkan makan beriya sepanjang hari.cukup dengan minom air lepas azan subuh.tu pun sebab nak men'different'kan puasa dengan tak.i hanya makan waktu orang berbuka.
  • kejadian di atas berlaku sebab dulu dulu i ade adik laki sampai 2 orang [eh, sekarang pun still adik laki i dua orang..ahah]so, bila tak bole puasa nak curi curi makan takut bebudak tuh nampak.nanti diorang banyak tanya.i sanggup tahan lapar dari nak menjawab soalan yang macam polis pencen tuh.jadi sebab dah biasa..terus terbawak bawak sampai ke tua ni haaa..
  • best nya puasa kat rumah kepala batas, oskos la sebab mak i masak.best nya puasa kat melaka zaman belaja dulu sebab kadang kadang ada berbuka free kat masjid M*MU.best nya puasa kat keramat zaman kerja tempur! wira! er..er...entah.best nya puasa masa kerja sekarang sebab sekali dua kala ada banker invite berbuka..tapi all in all, buka di rumah lagi best.

ouh..tak sabo nak puasa.lagi tak sabo i nak balik on 13th..ahahha..ada orang nyaris terencat sebab tak bley balik skali, nasib la, sapa soh jadik student yang ada kelas on saturday..babai chuyah..ahahahha

Thursday, July 29, 2010

kuih

halo..


walau pun hari ni khames, i tetap still rasa tak best bangun pagi tadi.sebab i ingat hari ni dah jemahat..lambat pulak rasa minggu ni bergerak.


owh, hari ni i nak gusip sket.bukan pasal artis sebab i dah lama tak baca pancaindera.i rasa bila i baca gusip artis diri jadi makin boduh.ade ke i kesah artis tu nak ngorat laki orang ni, artis tuh langgar kontrak, artis tu cinta bagai nak gile ngan artis ni..ouhhh..tak koser!


ari ni i nak gusip pasal kuih.ahahahha..


gusip nye camni..


rumah i kan dekat dengan pasar..dalam pasar tuh pulak ada la banyak stall stall jual kuih.salah satu stall tuh ada lah stall abang yang masih jual kuih 3 seringgit yang mana kuih nya boleh tahan sedapnya, comel comel, bersih dan presentable.untuk makluman, i memang dari kecik kecik mak ajar [mak lagiii] kalau nak beli kuih ke, makanan ke, air minom ke..tengok dulu benda yang nak dibeli.antara ciri ciri yang dititik beratkan ialah [ya ampunnn..ayat skema gile]..kebersihan tempat jual dan juga orang yang menjual.kalau nampak selekeh je orang yang jual, jangan beli.tambah tambah kalau orang yang jual tuh kuku panjang..lagi la mak i pantang, tak bagi beli.[tapi mak i lagi dahsyat, sampai ke kuku kaki orang jual pun dia nak intai] hahah.


berbalik pasal abang jual kuih 3 seringgit ni.dia nih bersih, henskem dan kuih dia cantik.tapi bukan semua kuih dia buat.setenderd la orang jual kuih..ada setengah yang orang letak dekat dia.nak dijadikan cerita, dekat abang ni ade satu kuih ni rupa macam dorayaki.ala..kuih feveret doremon..haa..rupa dia mcm tuh la.kuih ni memang orang lain yang buat. sebab i selalu nampak awal awal pagi ada sorang abang-yang-macam-baru-bangun-tido akan hantar sedulang penuh kuih doriyaki ni dekat gerai dia.erm..i tak penah lagi beli kuih tuh sebab i suspek sure dia rasa plain je..takdek lemak dan takdek daging dalam tuh..ahahhah.jadi i tatau la kuih tu sedap ke idak.tapi maybe sedap kot sebab kuih tu senantiasa je sold out.


baru baru ni masa i jalan kaki subuh subuh dalam gelap dari rumah nak ke stesen lrt, i terserempak dengan tukang buat kuih doriyaki nih..rupa rupanya tempat abang kuih doriyaki ni adalah macam satu ruang kecik je antara dua buah kedai makan.kat situ lah dia bancuh adunan kuih, kat situ lah dia lompat lompat main main dan kat situ jugak la dia masak kuih dia tuh..maknanya tempat dia bukan la dekat ruang masak dalam rumah yang proper..


..dan..yang lebih mengejutkan ialah abang tuh dan adik dia [his assisstant] buat kuih tuh dalam keaadan yang amat lah tidak proper..selamba je dia masak dengan seluo pendek nya, siap dia men cangkung kan aje adunan tuh sambil godak godak..kiranya dia letak je tong adunan tuh atas lantai, dia menyangkung sambil godak godak sambil leterkan adik dia..u bayangkan dah berapa banyak air luir dia tersembur dalam adunan tuh..wahhh..dah la tempat dia masak kuih tuh kat situ jugak..dan i suspek abang tuh tak mandi pun masa buat kuih tu..aduiii..i rasa kalau la orang jabatan kesihatan buat spotcheck, harus harus la kuih doriyaki dia tidak lagi mampu dijual di pasar ni.mana tak nya, konfem konfem la tak lepas.dah la pasar ni padang permainan tikus beso beso peha i..eeuuwww..nasib baik i tak penah beli kuih doriyaki tuh.kalau tak..mau kembang tekak i.


jadi i rasa, i nak soh sapa sapa yang rasa dia ada tanggungjawab untuk luas kan penggunaan sijil halal ke semua penjual makanan dan minuman kat malaysia ni [macam ayat orang NGO ahahha]. sebab sefaham i, sijil halal bukan saja dapat based on ingredients tapi juga persekitaran dan kawasan masak memasak..baru la tak was was masa makan..baru la sahsiah manusia jadi elok, sebab kalau dietition [eh silap..ala..pegawai diet..] cakap you are what you eat. kira kalau kau kuat makan lemak, badan kau memang penuh lemak..tapi dulu ustaz pun penah pesan..you are what you eat..kalau kau suke makan benda syubhah..perangai kau pun na'uzubillah..ahahhahah. awat, terasa ka?


p.s: ade hati sesetengah orang tuh suruh longgar syarat sijil halal..ape ko ingat soal halal haram, syurga neraka boleh mintak kurang ke?

Tuesday, July 27, 2010

niat

okeh, i serious..


hari ni 15 sya'aban. ada orang cakap kat i, hari ni buku amalan yang ratib atib kiri kanan bahu dengan dakwat hitam merah catat ni akan bertukar buku baru. kenapa orang cakap, sebab sepanjang umur ni, i tak penah jumpa lagi dari mana mana bacaan yang mentioned pasal ni.[sila ambil maklum, ruang lingkup bacaan i tak la seluas mana]


ada orang pesan, sebaik baik nya pada maghrib 15 sya'aban @ nisfu sya'aban nih, baca surah yaasin 3 kali. setiap kali selesai bacaan, akan ada doa nya yang tersendiri. seingat ingat i, seumur hidup, i penah buat dua kali je benda ni. sekali masa zaman belajar kat melaka dulu.buat secara berjemaah kat surau [penah jugak la join orang surau, takdek la jahat sangat i ni]. mungkin sebab buat ramai ramai, jadi tak terasa sangat kesemputan masa baca tiga kali tuh. dan doa nya imam yang baca.i amin kan sahaja.


kali kedua, i penah try buat sorang sorang kat rumah..mak aihhhh..tipu la kalau i cakap i rileks je bila dah settled. penat jugak la. dan doa nya i pakai bahasa melayu je..erm..i tak tau la ape kesah nya doa doa i tuh. yang penting, i doa dan i tawakkal..apa rasional nya tiga kali tuh, pasti la ada hikmahnya. yang tuh i blom master lagi..


bila di kenang kenang balik, i terpikir pikir jugak, macam mana la rupanya buku amalan i yang dulu dulu. banyak dakwat merah atau dakwat hitam? masa kecik kecik dulu, mak penah bagi tau kat i, kalau kita terniat nak buat jahat, malaikat blom tulis lagi, dia hanya akan tulis bila kita dah buat benda jahat tuh. tapi kalau kita baru je terdetik kat hati nak buat perkara baik, serta merta malaikat akan tulis, walau pun end up nya kita tak buat pon benda baik tuh. masa mak i bgtau tuh, i dah berkobar kobar nak berniat buat baik je..


tapi tetibe mak i potong, mak i ckp


'..tapi tengok la kita niat baik tuh untuk apa, kalau niat baik nak riak riak, nak tayang kat orang, terus malaikat tuko dakwat pen, jadik kaler merah..sebab tu semua benda kita nak buat, kita kena niat lillah-hi-ta'ala..'


ouh, ada syarat rupanya. i baru plan nak jadik macam robin hood..ahahahhah.


jadi, tahun ni i berazam la nak buat baik banyak banyak, bior buku i nanti cantik je..bersih macam buku cerita eh silap macam novel tebal ahadiat akashah. kertas putih, tulisan hitam, takde gambo gambo, takde kaler kaler lain. [ahahah bajet macam diri malaikat..ahahha]. tapi takpe, kurang kurang, pagi nih, dah ade dakwat itam satu line, sebab i bukak buku baru dengan niat baik nak berniat baik sepanjang tahun [keling tak ayat?].aminn..


p.s:ouh, ini betul betul, i niat nak khatam kan quran sebelum 1 ramadhan.now dah juzu' 28.


Monday, July 26, 2010

ape-hal

jam dah pukul dua seteng.hari ni hari senin.pagi tadi, selepas tiga tahun kerja sini, buat pertama kali nya i tido balik [sekejap] lepas sembahyang subuh.apesal ntah pagi tadi badan rasa berat betul.macam mengandung anak kembar lapan..hiks! ye ye je, macam lah penah mengandung.


kalau ikut hasutan syaiton nir rojim, sure i dah ponteng kerja.tapi bila terbayang bayang mak i yang suke psiko psiko kan anak dia bila nak buat jahat, otomatik, badan dah ada kat ufis.hah! tak ke i pandai men magik..cheh! majik kunun.padahal libang libu bersiap sebab takut lambat.


ouh.sabtu lepas gaji dah masuk..walau pun i check masa on the way nak p jalan jalan cuci mata tambah dosa kat the curve..tapi i tahan nafsu.i tak cucuk banyak banyak..cukup untuk alas perut.sebab lepas tuh i pakai duit plastik!ahahahhaha..bijak tak i?


erm..tadi i baca paper, depa kata mega sale dah setart eh?haih..i tak perasan pon masa p the curve ari tuh.memang la ade gantung perkataan sale tuh, tapi mcam tak mega pon offer kat kedai kedai tuh.kalau tak sure dah berbondong bondong paper beg i bawak balik..


tapi takpe, baucer jusco yang dapat masa family day ari tuh belum guna lagi..harap bersabar ye, hanizan..tak lari gunung di kejar..ahahahha


eh..nak cakap ape beno nye nih?


tak, sebeno nya nak cakap..i malas hari ni..nak bunuh masa..kot kot la abes taip nih, jam jadik nombor 5!


Friday, July 23, 2010

kenyang

burrppp..alhamdulillah.


i baru lepas cuci mangkuk makan laksa.murah rezeki betul pagi pagi jemahat ni.ada org buat laksa, bawak datang ufis untuk menjamu kawan kawan especially kengkawan bujang yang mak bapak jauh di pandangan..wahwahwah..kata aje lah kau memang malas nak masak..


sedap pulak laksa tuh.pas tu ada jugak kuah durian cecah roti..marvelus! makin gemuk la i.dah la sedia gemuk..tapi i tau i menten comel.


bebenonya i tengah ragu dan gusar nih.[wahhhh ayat kau..gedik gile] bukan ape, akibat dari kepandaian dan kecekapan i me'manage' kerja, i selalu siap kerja awal.dah la memang sah sah kerja dealing dealing i dengan banker waktu pagi.lepas kerja dealing settled, kalau awal bulan ada jugak la i kena busy busy buat recon akaun bank yang beberapa ketul tuh..tapi bila dah tengah bulan and hujung bulan macam sekarang nih, i dah takdek nak buat apa.kesannya, i macam lepak lepak dan bersuka suki je.kalau tak percaya, u try ajak i borak thru gtalk or ym, anytime, i sure tanpa gagal layan u all dengan jaya nya..


oleh itu..[adehhh] i bukan sahaja rasa macam i bergaji buta, tapi..memang sah sah lah i bergaji buta. kadang kadang i reka-cipta juga buat kerja, tapi macam tak berhasil.yelah, kejadahnya buat benda yang tak relate, itu tindakan yang memang tidak bijak...


orang kata, makan gaji buta nih tak bagus.antara kesan gaji buta ni ialah..


1] duit bulan bulan tak penah cukup [cukup..tapi cukup cukup je la]

2] hidup macam tak best [erm..kalau sekali sekala meroyan tuh normallah kan?]

3] macam tak semangat nak pegi kerja [tak semangat? i bangun pukui 5 okeh hari hari]

4] bila makan tak penah kenyang [wah..yang ni i ragu ragu..]


abes..camne? kita tuko kerja nak?

Thursday, July 22, 2010

gaji

yuha..

hari ni i datang kerja dengan imej selekeh.apesal selekeh? sebab semalam abeskan masa pegi doraisami untuk melantak macam orang kebulur lima belas tahun tak dapat makan.tapi xtiviti lantakan ini ada sebabnya.ape sebabnya nanti la i cerita..i sibuk ni

*sibuk? kejadahnya kau sibuk..manade i sibuk, kalau i sibuk, sure lima minit sekali i letak status kat fb berbunyi 'wah..busynya aku hari ni kerja melambak lambak' @ 'i am super busy' @ 'kerja aku ni bila la nak abes?'..jadi memandangkan i tak penah letak status camtu, jadi i consider i memang set set datang kerja makan gaji buta..no, i tak busy..*

okeh..sbb malam tadi sibuk melantak, balik umah dah lewat, malas nak iron baju beriya jadi pakai baju ape yang ade..bajet macam orang miskin takde duit nak beli baju kat jakel yang perlu di dry cleaning..

okeh(lagi sekali). sebenarnya i nak cerita pasal gaji..

memandangkan sekarang dah musim orang bayo dan dapat gaji, jadi nya sebagai orang yang control duit kat kompeni ni, i pun sibuk sibuk la tanya bila nak standby duit gaji..supaya senang nanti banker kat hujung nun nak masukkan gaji kat akaun kitorang masing masing (faham tak ayat keling i nih?)

tetapi..jawapan yang i dapat ialah ..

'..tak tau lagi la bila.sebab orang HR belom settle mengira lagi..'

apeeeeeeekah? kau tak tau ke, ada orang kat sini yang dah tinggal tige ringgit enambelas seng sahaje? kalau pun tak suke kat i yang vasss ni, jangan la kejam sangat sampai nak lewat lewat kan bayo gaji..sian kat i.apetah lagi kat lanlord rumah, rapidkl dan paling kesian ptptn..camne i nak bayo mereka mereka ini?

jadi, untuk sedapkan hati, i tanya lagi..

'..agak agak, bila HR boleh settle, nih dah nak wiken..takkan minggu depan baru nak standby duit?'

dan jawapan yang diterima hamattt menikam sukma..

'..tak boleh nak bagi exact date sebab memang banyak lagi tak settle..'

dan dengan ini, andai anda semua sayangkan i, dan tak nak i mati kebuluran, sila lah lancarkan tabung kemanusiaan atas nama i.adapun i janji sape sape yang menggerakkan usaha murni ini akan dapat kasih sayang lebih dari i.janji!

Tuesday, July 20, 2010

wish

..i wish i have the guts to tell u..

and..

i wish you feel the same..

Thursday, July 15, 2010

redha

extract dari utusan malaysia pagi ni:



wirid : segala amal soleh yang dilakukan oleh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah.hendaklah dilakukan secara berterusan.wirid adalah menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang wajib dan menampung dengan amalan sunat.



warid : sesuatu anugerah atau kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya berkat dari amal soleh yang telah dilakukan.datang dari Allah dalam bentuk nur.tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu ketuhanan dan keimanan bertambah.


makna-hu, warid adalah kurniaan Allah atas patuh dan taat-nya seorang hamba kepadaNya (wirid).

Ibn 'Ataillah Al-Askandari menyebut bahawa 'datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan kepada sejauh mana persiapan hamba-Nya'


dan sabda Nabi S.A.W 'sebaik-baik amal kepada Allah adalah amal yang sedikit tetapi berterusan'


:: bermohon lah kepada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.dan lahirnya redha Allah adalah dari redha ibu dan bapa.hablu minnAllah wa hablu minnannaas ::

Wednesday, July 07, 2010

habis

lepas settle satay beberapa cucuk..dan sambil hirup limau suam..


miss A : ..yang aku bengang tuh, lepas dia gula gula kan aku, baik punya janji macam macam, alih alih dia boleh kata tak jadi.bengang aku...

ehemm : dah.tak payah fikir lagi.buang masa je..baik fikir benda lain


miss B : ..aku rasa si X dan si Y adalah orang yang sama.cuma tukar identiti.sebabnya bila aku cakap cakap pasal si X pada si Y, tuptup terus si X akan contact aku.kalau betul la X dan Y orang yang sama, apesal dia nak buat macam ni kat aku..dah tak nak dah la..jangan main main kan perasaan orang.

ehemm : dia saja ja nak test market.nak tengok laku ke idak..untung la kau layan dia.dah la..jangan layan.dah la kau tak kenal sapa pun dia.kalau dia betul betul nak kau, buat la cara betul betul.jangan main main kan..


miss C : ..setakat yang aku tau, dan dia bagitau aku, dia memang belom kawen la..tapi tak tau la kan..

ehemm : kau percaya ke?jangan percaya sangat..eh, jangan percaya langsung.ce try google nama dia..silap silap dah beranak..


miss A : ..aku kadang kadang rasa marah, geram dan rasa jugak nak balas dendam..sakit hati la.tapi kadang kadang aku berharap jugak

ehemm : adoiiii..tak yah buang masa..dia suke suke je nak main main kan sambil bagi alasan mak bapak dia la..semua tuh boleh di reka reka..ntah ntah dah belambak pompuan dia buat macam nih..


miss B : tapi aku percaya la dia kata mak bapak dia dah carikan orang lain untuk dia..dia anak yang baik..kena ikut cakap mak dia..lelaki kan memang macam tuh..

ehemm : it's TOO GOOD too be true!


ehemm..bercakap berdasarkan kepada pengalaman.baik yang di alami sendiri, dari observation, pembacaan dan cerita kisah orang sekeliling.nampak macam ehemm..telah habis hati akan hal yang satu ini ekoran dari pelbagai kisah -ve yang di alami bertubi tubi..


ya, habis hati itu lah perkataannya..