Monday, June 28, 2010

tade hal

selepas mendapat servis rambut yang agak best semalam, dan selepas men'swipe' kad dengan jaya nya, tiba tiba hari nih rasa ringan nak datang kerja..hoh! lain mcm statement.

mmm..rasanya kan adalah lebey senang bila bercakap dalam point form..lebih organize dan agak rileks.tapi provided macam ade banyak benda nak borak la.kalau setakat nak cerita pegi supermarket pun nak cerita beriya, tak dapat jacckkk!

this coming wiken ada family day kat put*rajaya.i have to drag myself untuk pegi sebab tak sampai hati dengan wani yang nak kena drive sorang sorang all the way from ampang..woh..tetibe rasa mulia.

apehal badan dah berat balik? aduyai..

Friday, June 25, 2010

random

it is friday.and lunch time.i left alone in newly-renovate-office with damn cold air conditioned! gile membeku!..
  1. day by day apesal makin boring? dah tak tahu nak buat ape kasik hip hidup.lately, kul 7 maghrib elok sampai rumah je, mata pun dah start kuyu. ade skali tido dari kul 815 malam sampai 530 pagi esoknya. seb baik set alarm..kalau tak, declare cuti umum lah jawab nya. seriously, macam dah tak de yang menariknya hidup nih.something missing lah!ape benda, i pon tatau.mayb my heart got colder and colder day by day..ouh come onnnn..ayat macam big fat loser la..
  2. ari tuh balik kepala batas. sebelom sebelom ni i ingat tempat yang paling best untuk spend 'me' time adalah masa jogging every subuh wiken. but then, baru ni i discover satu tempat yang lagi best..tengah tengah bendang waktu awal pagi..mak aihhhh..dia punya masyuk..macam kita kat carribean..hoh! walau pon i tak penah sampai carribean..but the feeling tuh sampai la..senyap sunyi..cuma dengar dengung telinga sendiri. bila duk tengah tengah bendang tuh, try pikir mati..kalau tak takut jugak..memang la diri tuh syaiton niro jimmmm..
  3. apesal ada orang yang suka ada sikap dengkhi dalam diri. yang lagi pelik dengki dengan kawan yang sebelum ni comolot lage bontot dengan kita..aduyaiii..dulu dulu bila nak buang sampah sampah dalam hidup, i lah yang dia carik..alih alih bila kita baru nak dapat lebih sikit, dia dah gelupur report sana sini..dia tak penah kira ke yang dia tuh dah sentiasa lebih dari orang lain..tp bila orang baru nak dapat..dah dengkhi dengkhi bagai..last last, i jugak yang kempunan..tapi takpe, orang macho, sabar dan penuh budi bahasa..i takdek hal..g jahanam la..like wt*!
  4. woh..aura mazmumah memang senang masuk dalam hati insan lemah dan kerdil macam i..bebeno nya i dari subuh tadi belum dapat meal yang proper.lunch hour dari jam 1215 tadi, i lepak lepak duk ufis..surf surf sambil otak kosong..tak ingat nak makan. pagi tadi buat buat sibuk, langsung terlepas brekfes.cuma minom milo panas kasik kuar angin kembong dlm perut sbb semalam tak lunch jugak..ouh..aura dah nak mati suda datang.
  5. semua orang dlm ufis pegi melawat ufismet yg dah sebulan bersalin.i tak folo sebab i dun have the mood. seriously, i dah takdek mood pegi tgk orang kawen, dapat anak dan yang sewaktu dengan nya. mana tak nya, i dah buhsan.bila pegi kenduri kawen, member member sibuk citer pasal anak anak. kang tgk orang bersalin, citer pasal anak anak lagi..duhhhhh..perlu ke every time nak kena cerita pasal hal ehwal anak. kat blog, kat fb, kat twitter, kat ufis, dlm kereta, masa makan, dalam bas, tunggu bas, dlm tren..duhhh..tau tak i tak dek anak? letey la..give some space boley dak?
  6. ouh.jap lagi kul 3 ada miting beso ape tah, most of the ufismet terlibat, exclude me..jaga ufis lagi lah nampaknya.bagus..i suke..
  7. last couple of nights accidently i watched p.s i love you (again~~~)can't help. akan tgk jugak walau dah beribu kali nonton.sama macam cerita you've got mail dan beberapa cerita lain..haih...
  8. did i mentioned pasal my pc get corrupted. so habes semua fail dan folder yg langsung i tak buat back up tuh. dah la sekarang sudah june. closing yearly. next next month external auditor datang, harus la i kena buat gedik gedik buat muke simpati yg i takdek simpan softcopy report. even worst, my lagu lagu pun dah habis, tak dek backup..and even even worst..masa nak charge ipod, dengan bijak nya i g erased semua 200++ lagu dalam tuh..mak aihhhhhhh..kosong terus ipod ku..tiada lagi jeritan beyonce..macam mana nak buat senaman kasik fit bontot nihhhhh?????

erm..sudah sudah la kot meroyan untuk kali ini..rasa nak g bertaubat lah!

p.s 'ubat bagi hati yang karat itu ada dua. dengan limpahan bacaan al quran dan dengan mengingati mati'

Tuesday, May 11, 2010

platinum

hari ni keluar rumah macam biasa 0610, sampai lrt datuk keramat 0616..tetapi, kenapakah i swipe in tadi jam 0734? it takes almost half an hour nak sampai office..apeeeeeeeekaaaaaaaaahhhhhhh? [tanda tanda meroyan sudah mariiii]

hah! i tahu sebab apa
  • lrt hari ni weng gamaknya. masa dekat stesen damai, almost 15 minutes stop. without any announcement, terpinga pinga semua orang dalam tren tuh. dari yang tertido pun boleh berjaga..owh..kenapakah?
  • then, dekat pasar seni jadi sekali lagi.and again, tak de announcement pun.ape hal pun tatau.kacau betul la. apesal la tren ni suke suki buat hal waktu pagi?
  • dan keadaan ini berterusan la sampai stesen taman bahagia. patut nya gap between two tren adalah 6 minit dari jam 0600 sampai 0620 dan akan di cepatkan ke 4 dan 2 minit bila peak hours which is from 0630 and above, but then, tadi i sempat jeling kat screen, it takes 9 minutes gap between 2 tren. masa tuh dah 0651..sebab sebab delay? tak bgtau. even sorry sebab delayed pun tak dek. huh! rapidkl punya customer servis belom start kerja gamaknya..
  • bila sampai taman bahagia, biasa la feeder bus rapidkl waktu jalan dia ikut jam-atuk-tiri-belah-bapak-angkat depa..i arrived taman bahagia 0659. supposed bus akan gerak on 0710. tapi tadi, 0710, station master baru perasap sebatang rokok, yg driver bus pulak tak tahu la lepak mana. bas nya ada..tp tak gerak..
  • 0715, station master rilek je perasap sebatang lagi rokok. sambil borak borak dengan another rapidkl staff..hanjeng okehhh!!! kau datang kerja nak merokok je ke? memang rapidkl bagi elaun rokok ke tiap tiap bulan? yang driver bus tuh mmg dah ada dlm bus, tapi tak jalan..duk gurau senda dengan sape ntah dlm bus tuh..banyak main la depa nih..orang tunggu beratur dah panjang, hari dah makin terang dah nih..
  • 0718..baru la bas tuh gerak kedek kedek tapi tak gerak terus..berenti, orang masuk..dia tunggu lagi..tunggu ape pun i tatau lah..0725 baru jalan betul.
  • sampai kat simpang 4 beso nak masuk area kelana jaya, traffic light pulak mampus. great! dan takdek sorang polis pun yang datang. MBPJ nih tak dek sistem alert ke? kalau trafic light mampus, pepagi orang kalut kalut nih, tak boleh ke tolong panggil abang polis sorang jaga traffic..sudah nya berebut rebut la kereta nak gerak. dapat pulak driver bapak kiasu tuh kan..aduyaiiii..
  • dan di akhiri dengan jem depan sekolah kelana jaya..yelah kalau dah sampai situh 0730, mmg la sesak. sesak dengan kereta mak bapak anto anak, dengan kereta cikgu yang dah lambat. dan sebelah tuh pulak ada one private school..lagiiiiiiiiiii la banyak kereta since this private school rasanya tak cukup parking space untuk cikgu cikgu nya. dah nak tunggu cikgu cikgu ni berebut parking pulak..bagus! buat lah selalu. masalah yang macam ni tak mau di settle kan awal awal..dah semua orang effected. aduii

nasib baik i tak lewat sampai. kalau lewat, apekah alasan yang boleh i beri untuk defend diri sendiri. bila dah lewat, HR dept akan percaya ke alasan alasan semua tuh? tak dapat jackkk!!! sure dia kata i yang lembab, bangun lewat, tak reti nak manage time, sengal..dan segala mala yang buruk..padahal?

untuk mereka mereka yang rasa anda lah punca masalah di waktu pagi..tolong la jadi lebih alert, observed dan sensitif. sebab bagi sesetengah orang, satu minit tuh emas, dua minit itu platinum, bayang kan kalau 5 atau 10 minit, apekah harga nya?

Friday, May 07, 2010

blur, blurism..

joke ini i got from reader's * digest, may 2010..tapi i translate kan ke bahasa melayu. i kan nak memartabatkan bahasa melayu [tapi geli geli bahasakan diri i..owhh..come onnn...]. lawak dia lebey kurang macam ni..

...dalam satu kawasan hutan, ada beberapa ekor binatang sedang bual bual. tiba tiba si singa telah mencipta satu permainan yang dipanggil sebagai...permainan-cerita-benda-lawak-sampai-semua-binatang-gelak. tetapi..kalau ada binatang yang tak gelak, binatang yang menyampaikan lawak tersebut akan di bunuh...[owh..kejammm..]

lawak pertama disampaikan oleh si monyet..entah kelakar apa yang dibuatnya sampai semua binatang gelak bagai nak mati..singa yang garang nak mampus pun gelak beriya-riya..monyet berasa amat lega..tetapi kelegaan monyet disentap, apabila si kure kure rileks sahaja..tiada respon gembira atau geli hati..duhhhhhh...makanya kata si singa 'rules will always be rules' [ampunkan grammatical errorr i..]..matilah monyet di bunuh singa...

mati nya si monyet, si gajah pula mencuba nasib..sama macam lawak monyet, lawak gajah juga tidak kurang hebatnya..berdekah dekah binatang binatang tuh gelak..lawak gila babi kata si babi..ahahahhahahah..tapi macam tadi jugak..si kure kure masih tak gelak gelak..celaka kure kure, getus gajah dalam hati..matilah aku si bapak gajah...seperti dijangka..singa pun terpaksa membunuh gajah..

kemudian..si harimau mencuba..fokus harimau cuma satu..kure kure..pasti gelak dengan lawak aku..gaya gaya si rimau nak bercerita..tiba tiba, si kure kure gelak guling guling..bagai kan tiada lagi lawak di atas muka bumi ini..been curios, si singa pun bertanya pada si kure kure..
'di manakah lawak nya kelakar enche rimau since rimau blom lagi membuka mulut?'
..balas si kure kure..

'..bukan..aku gelakkan lawak si monyet tadi..kelakar nak mampus..'

..sambil guling guling sambung gelak..

get it?

kalau tak faham, n tak gelak dengan lawak di atas..harus..hari ini mengaku lah anda pun seekor kure kure..ahahhah

ps: i bet..zufa tak faham lawak ni..

Wednesday, May 05, 2010

sabtu

last wiken, we [me, padil and net] berfoya foya hingga ke bukit tinggi. not bad. ada jugak la tempat untuk tengok tengok dan gedik gedik untuk ambil gambar. dan merasa lah kami terutama diri i sendiri untuk feeling feeling jalan kat kota paris dan itali zaman dulu kala. ptui!

owh..bukit tinggi ada admission fee ye anak anak..dua blas hengget satu kepala, ye, diulangi satu kepala. mungkin sebab last saturday adalah labour day, merangkap awal bulan, jadi orang agak ramai..nak jalan pun kena tengok kiri kanan takut takut kita pass by orang tangah nak amek gambar..kalau nonong je nanti kena sumpah dek orang, tak aman dunia..

all in all..it is so so la. sama macam fraser hill. kalau untuk kill the time, boleh la pegi sana and provided u suka la tempat rileks rileks ni. kalau u jenis yang suka kecoh kecoh, riuh riuh..this is not the right place.

okes..seperti biasa, selepas bergedik gedik mengambil gambar, kitorang turun dan mencari pasal pula di tanah rata. balik ke pangkal jalan istilah nye..singgah di wangsa * walk untuk sessi ehem ehem..abes sesi ehem ehem..perut pun dah bunyi..

owh..terlupa nak cerita. on the way ke bukit tinggi, kitorg isi perut kat r&r genting * sempah. betapalah kitorang ni ramah mulut, kat kedai buah berangan dan asam asam pun kitorg boleh dapat kawan. ahahahha. rupa rupa nya uncle kedai tu adalah orang kampung okeh..dia penah duduk kat sungai puyu. hiks! lama jugak sembang sembang. siap boleh tahu sejarah pembabitan penjualan buah berangan dari kereta tolak sampai lah masuk dalam kedai kat r&r tuh..

okeh..sambung perenggan atas tadi..bila perut dah nyanyi lala lala..kitorg pun melayan perut dengan steambot d kak *eita steambot..erm..not bad. sedap jugak. selection buffet dia banyak jugak la..lagi i suke sebab yg barbeque dia buatkan, jadi nya tak la bila abes makan satu badan bau asap..tapi sebab kitorang sampai dah agak lewat, ikan kembung, cencaru untuk di bakar dah abes. tinggal ayam, kambing dan satay sahaja. tapi sedap sedap belaka. since kitorang bertiga memang layan makanan yang macam nih..nampak gaya nya boleh la pegi lagi..

kat kedai steambot ni lah kitorang agak hangin. bukan marah tuan kedai, tapi marah dekat beberapa family ni..

nak di jadikan cerita, kat sudut tepi restoran ni ada fountain kecik, ada la ikan beberapa ekor. dan restoran ni punya interior pun boleh tahan..area luar depa tabur2 dengan batu yang ala ala refleksologi tuh..cantik la..

sekali adalah meja kat hujung tuh dalam dua tiga family jugak la, mcam tgh family gathering. masalahnya ialah..mak bapak semua tengah sibuk melantak dan bergusip, anak anak depa baik punya lepas tak ambik port..budak budak ni pulak duk keliling fountain tuh nak gagau ikan dalam tuh. lama lama nak gagau tak sampai, depa pakat pakat kutip batu batu hiasan yg kat jalanan tuh baling masuk fountain. amboi mak.. dah la fountain tuh betul betul belakang meja kitorang, budak budak tuh dok berebut rebut, bila lawan lawan baling air fountain terpercik la. kalau ikut kan hati mau aja i simbah sup steambot tuh atas kepala mak bapak depa. mangkuk! kau sedap sedap melantak, anak, ko buat bodoh!

bila kami dah geram, i dgn net mula la jeling jeling dan buat bunyi. wahhhh...tak takut okeh..sampai ada sorang budak pompuan tuh i dah tahap angkat garfu, buat gaya nak ketuk dia pun dia buat rilek je..huh! sama perangai macam mak dia. tak makan saman! nasib la bukan anak buah i, kalau tak..dah lama kena cubit.

bila depa dah blah..baru la aman dunia..haih..untuk mak mak yang bawak anak makan luar..tolong la ajar sikit anak tu sopan santun. duduk diam diam. jangan la bagi alasan ' ala..budak budak, mana reti duduk diam .' owhhh plisss la..ada okeh budak yang tahu hormat keadaan. dia nakal kat rumah je..bila ada orang, kat luar dia pandai behave. kau la tak ajar anak kau..

abes makan, macam biasa bayar, balik umah, tido lah. sambil hati masih bebel bebel tak puas hati dengan mak budak budak tuh! cess!

Thursday, April 29, 2010

melayu

saya adalah seorang melayu. walau pun saya tahu mak dan bapak saya ada campuran dengan jawa, tetapi saya tetap yakin bahawasanya saya adalah seorang melayu.

masa muda muda dulu..[sekarang pun muda jugak], saya selalu terbaca dalam surat khabar pasal subsidi. orang kata orang melayu ni orang subsidi, semua nya nak subsidi. kalau boleh beli seluar dalam pun nak pakai duit subsidi. masa tuh ape kebende subsidi pun saya tidak faham. jadi bila semakin keliru, saya pun membuat la pembacaan..baru lah faham sikit sikit.rupanya subsidi ni macam bantuan. bila ada bantuan ni senang la sikit. tak de la kita tanggung semua benda. subsidi ni ada macam macam, subsidi baja, barang makan, buku teks, ubat ubat, minyak banyak lagi lah.

kiranya selama hari ni bukan lah semua semua kos barang kita tanggung seratus peratus. ada yang kita kena bayar beberapa peratus sahaja.

mungkin bila kita dah terbiasa ditanggung dan biasa rasa mudah, kita jadi susah bila kena berubah. contoh bila ada sesetengah subsidi tu ditarik, kita kena la tanggung seratus peratus harga barang tersebut. makanya, timbullah kemarahan sesetengah pihak. bahagian ni, saya tak mahu komen, sebab dah ramai sangat orang bercerita pasal benda ni. dah muak nak baca.

yang saya nak cerita kan kali ni lebih kurang konsep subsidi ni lah. tapi lebih kepada kemudahan dan kesenangan seseorang. mudah saja kekusutan saya. kenapa ada orang yang masih mengharapkan kemudahan di sediakan di depan mata? maksudnya kenapa tak boleh nak bersusah susah [sikit] untuk keuntungan diri sendiri? senang cakap, kenapa masih ada orang yang mahu kerja yang pejabat nya di depan mata, tak payah nak bangun awal hari hari, tak payah nak menempuh perjalanan jauh hari hari? sedangkan semua itu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. disebabkan tak mahu bersusah payah, ada orang yang sanggup menganggur, menagih simpati sana sini. berkorban lah sikit untuk diri sendiri, bukan orang lain.

saya pun bukan lah sempurna mana. kadang kadang merungut jua. tapi bila di fikir fikir kan semula, siapa lagi yang boleh ubah hidup kalau bukan diri sendiri. sampai bila nak bergantungan dan harapkan orang lain. kalau orang kurang upaya boleh merubah diri sendiri, kenapa saya yang sempurna cukup sifat segala masih nak merungut mengeluh bagai? tidak adakah rasa malu walau sekelumit dengan golongan tersebut. pada saya, pakcik buta yang berdiri di tepi tangga sambil memegang raga tisu, adalah lebih mulia dari orang yang merayau rayau tanpa hala tuju dan kerja serta meragut sini sana. entahlah. bukan orang lagi gamaknya. syaitan pun berusaha bekerja bersungguh sungguh menyesatkan manusia. maka, siapa kita yang nak bermalas malas dan berkira kira segala? bukan, saya bukan sama kan manusia dengan syaitan, nauzubillah..tapi fikir fikir kan lah.

mungkin sebab dah terlalu senang, berat punggung nak berubah. entahlah

ps: nasihat untuk diri sendiri [dan orang lain]

Wednesday, April 28, 2010

facebook

i heard about facebook lebih kurang end of 2007. masa tuh i read someone's blog yang dia bagitau dia suka facebook sebab boleh main game gila gila. dan the blogger bukan mention sekali, tapi beberapa entry ada cerita pasal keseronokan facebook.
been curious, i klik facebook punya web.within minutes, taraaaa i pun dah ada akaun facebook. [ye, semuanya berlaku semasa office hour..hiks!] i explored, studied, digest, absorb, understand, blur and on and on..sebab masa tuh tak berapa ramai kawan..i letak facebook sebagai benda KIV..nanti nantilah..
dalam tahun 2008, my facebook akaun macam dah di pinggirkan terus. sebab utama adalah kerana belum ramai orang exposed pasal facebook. i ingat lagi masa tuh niza dah memang hardcore dengan facebook, sampai dia merayu rayu mintak kitorang [housemetss] mencreate akaun facebook. tapi sebenarnya by that time, i memang dah ada akaun cumanya malas nak aktif bagai. i tak nampak apa yang seronoknya dalam tuh. it is just typical social web macam frenster my space yang dipenuhi oleh budak budak tak cukup umur amek gambar sendiri sambil buat aksi aksi manja terencat.
but then, day by day..bertambah jugak la list of my frens, but i dun give a dem dengan wat ever happen dalam facebook tuh, orang nak expressed marah ke, seronok ke, dapat bonus ke..i just add my fren yang request itu je..
at the end of 2008, bila mana dah ramai orang terexposed dengan facebook, keadaan menjadi sedikit happening. sebab curious nak tahu gosip gosip terkini [yang kadang kadang ada orang ngumpat dalam facebook], i pun mula la mengaktifkan diri. ahahahah. then baru i rasa wahhhhh seronok pulak facebook ni. boleh menjadi medium perantara [gosip] yang cemerlang, pantas dan tuntas..
dan..in 2009, i added my siblings..woh..dunia menjadi semakin kecoh bila those people coming in. biasala kan..bila u ada siblings yang kecoh, benda kecik pun bole terbalik dunia. itu belum part tagging gambar kekanak nakal seketurunan. pecah perut walau pun tengok gambar sorang sorang. dan termasuk jua kawan kawan sekolah yang lagi hebat penangan mereka. tagging gambar gambar lama [yang sumpah i benci tengok] berlaku dengan jaya nya. ya allah..buruk betul i zaman dulu dulu.
dari facebook tanpa sengaja kita akan terexpress 'la...dia kawen dengan orang ni ke?' @ 'owh..nama betul mamat ni macam ni, sumpah aku tak tahu nama dia dulu..' @ 'mak aaaaaiiiiihh..gile kurus kau dulu..' @ 'mangkaq, dah anak dua baru nak bagitau dah kawen' @ 'ceh..hari hari nak cerita dia banyak kerja, orang lain datang kerja goyang kaki je kot' @ 'hek ennaaa..poyo siot minah ni..' dan macam macam hal. kalau dulu bila i ym dengan my fren, gelak gelak atau cakap cakap sorang depan monitor, my officemet bilang i sudah gila, tapi kini bila diorg pun dah pandai facebook..hah! sama sama la kita gila ehhh..
but then, mungkin sebab ramai sangat yang ralit dengan facebook ni, pihak yang jaga connection kat office mula la panas punggung. kalau dulu, zaman tak ramai exposed dengan facebook, 24, 7 facebook boleh di surf..tapi tiba tiba satu masa di sekat, within office hour..jatuh haram sape yg bukak facebook. dah di blocked. hanya available sebelum dan selepas office hour dan during lunch hour.
tapi kini..mulai minggu ni, orang yang menjaga connection telah menghadkan lagi penggunaan hanya pada waktu lunch hour sahaja. maka nya, tersisirlah i dari dunia gosip tanpa sempadan. tersekatlah keupayaan i dalam menjadi juri gambar gambar fotoshoot kawan dan lawan..dan tersekat jua lah i dalam usaha mengkonfius kan kawan kawan terutama my siblings dengan my shout out..ada pun pendengkhi itu ada di mana mana, kita seharusnya redha jua..
now tell me..apa guna kesungguhan pentadbir negara dalam menerapkan kepentingan explorasi ilmu dengan penggunaan teknologi maklumat. kita kan kearah minda kelas pertama tapi kalau semuanya disekat sekat, lebih baik kita teruskan hidup macam zaman dulu kala.

Wednesday, April 21, 2010

iman

dia pegang satu barang.tak semena mena, tiba tiba, barang tuh jatuh.walau pun tiada tindakan refleks serta merta seperti orang melatah, tapi mulut nya tetap jugak keluar kan ayat ni..

'..allah hu akbar kabiiroo..walhamdulillah hi kathiroo..'

wah..hebat [ala-ala] latahan beliau..hati i berkata kata..dan tiba tiba, selepas habis [ala-ala] latahan itu, terpacul dari mulut mamat itu..

'..tgk macam mana orang BERIMAN melatah.keluar ayat quran..takde la macam sesetengah orang, mencarut lah, babi la, ayam la..apa la..haih..tah hape hape..'

huh! patut la muka i takdek cahaya, rupa rupanya i tak de keimanan.sebab bila melatah i sebut 'oh mak kau!'..dan baaru la i tahu..selama hari ni keimanan seseorang bergantung kepada sebutan latah masing masing.

haih..apesal ustazah masa belajar syariah dan quran sunnah dulu tak penah ajar pun benda ni?

Wednesday, April 14, 2010

kipas

sekarang kan musim panas..ye..walau pun ada hujan sekejap sekejap, tapi kuasa dan bahang panas tuh lagi power.kalau dulu kipas pusing no 2 je, tp kekdg teringin nak pusing no 5 cumanya i takut je nnt terbang pulak katil..kang kalau katil terbang, mana i nak berswit dream..eheh.

tapi hari ni bahang panas memang to the max la orang putih kata..sebab nya, biasa la.kan kerja dengan orang.lain kalau kerja jaga lembu, agak agak marah boleh la kata lembu bodoh.tapi kalau dah kerja dengan orang..berdosa la pulak kata orang bodoh..{macam la i pandai sangat}.ahahha

mula nya hari ni adalah hari yang indah.bermula dengan riang tawa dan senyum mesra dengan banker comel i tuh..tapi kenyamanan itu tersentap oleh orang yang berlagak-pandai-mcm-tahu-semua-benda-but-yet-tak-tahu-malahan-kaki-kipas-baek-punya!

i kan ade degree akaun{wah! riak nye i} tapi hari ni ada orang query macam mana i reconcile akaun. masalahnya mmg macam tuh la pun kalau recon akaun.dia yang salah faham.dia ASSUMED benda dia dah clear, tp sebenarnya yg dah clear tuh yang bulan lepas..yg hanging unrecon tuh yg bulan ni punya..aduyaiiiii..

jadi nya.i pon bagi la satu panggilan "BERHIKMAH" kepada kakak itu.sambil gigil gigil tangan tahan marah.panas satu badan.panas satu hati..tapi..biasa la.dia suke nak tunjuk pandai..sampai keluar dari mulut dia '..eh..mana boleh recon macam tuh' waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.bodoh piang ke i? sabar je la..i jamin.esok, bos dia yang kuat meroyan tuh masuk ofis, pasti i kena royan..berkodi kodi.dem lah!

untuk akak itu..

'akak..akak kan dah naik haji, baru balik umrah.tak yah la akak nak ngadu dombe kat bos sana sini.tak yah la nak kipas kipas kejar jawatan.jawatan, duit, nama, glamer semua tak boleh masuk kubor..dah tua tuh, buat la cara dah tua.tunjuk contoh baik sikit dekat saya yang muda ni..'

Monday, March 29, 2010

ehem!

hai!

i'm back!

Friday, July 10, 2009

akhirnya

puas..

walau pun tak puas sepenuhnya
tapi sekurang kurang nya
tembakan itu mengena

dah luak sikit rasa dendam hati

tuhan .
sedarkan dia

Tuesday, June 09, 2009

bye bye love



~ sampai jumpa lagi ~

Thursday, June 04, 2009

tahun ke-2

hari ni 4 jun 2009
maka nya sudah dua tahun di sini
ye, dua tahun yang simple
tapi ada jugak merubah sedikit sebanyak hidup aku

antaranya :

biological clock yang dulu pukul 630++ dah bertukar pukul 5 pagi. wohoooo. impak ganas okeh. sampai wiken pun tersedar jam 5. makanya kalau ada sapa sapa nak ajak i buat aktiviti pagi i tak de masalah. boleh aje

travel daily dengan lrt and bas rapid kl.ahahh. ada masa masa ku maki maki si rapid kl. tapi ada masa masa macam best pulak naek lrt dan rapid kl. tetambah lately nih ada driver kiut tuh. ahahahhahah

ilmu penuh di dada. tapi bukan semua ilmu la. hanya several types of ilmu. ahahhah. maklumlah kawan ngan mokcik mokcik..

yang paling best ialah tak de lagi kena attend miting yang berlambak dan makan masa macam dulu dulu. heaven i tell u..sebab sini bos je yang attend miting. kalau kena pun miting ISO among department. alah, itu kacang je. ahahhahahahah

eh, ada lagi satu best. network ngan orang luar. sebab deal ngan banker daily, so ada ramai la kawan baru. then, kalau bulan puasa dan raya banyak la invitation. dan banyak jugak la door gift. tuh belum year end party lagi. ahahah

yang tak best nya:

takde member se level peringkat umur. kalau ada pun, mind set tak sama. kira nak borak borak kena select topik dulu la. penah jugak buat buat lawak and loyar buruk yang orang tak boleh terima. sakit jugak la

ufis agak jauh dari rumah. kadang kadang rasa jugak penat travel nya.

dan ufis nih dalam kawasan perumahan. tak banyak tempat bole ronggeng ronggeng. buhsan sket la bila ari jemaat.

apa apa pun, ok jek keje sini. tak complicated sangat. bila ada masalah dengan orang, diam je. tak payah melawan, kalau melawan, jadi lagi besar, sendiri juga susah.

so, agak agak berapa lama nak duk sini?

Wednesday, June 03, 2009

rencam kata

ahahahaha (gelak dulu)

1/ anuar zain nak masuk IB. ada sapa sapa dengan suka hatinya nak ajak i pegi? teringin pulak

2/ kenapa semua orang akan ingat semua orang yang datang dari penang tuh anak mami? duhhhh..gamaknya korang ingat penang tuh ada anak mami je ke? kalau korang nak tau, mengikut statistik aku, 55% adalah cina, 20% india, 20% melayu, 10% lain lain bangsa. dan 20% tuh, aku rasa 5% je anak mami. eh anak mami bukan melayu, lain lain bangsa kot. tak kesah la ape pon. yang pasti aku bukan anak MAMI. mak aku orang perak, bapak aku orang selangor. secara tak sengaja je aku beranak kat penang. faham?

3/ setakat ke hari ini, ada beberapa perkara dah masuk dalam list 'perbelanjaan' akan datang aku. so now, tengah check check it out perlu atau tidak untuk commit or proceed. erm....kalau kaya, pasti tak yah timbang timbang, jalan saja. ahahahhaha

4/ next week ada orang nak belanja makan kat warung paksu nasi ketam kat kuala juru. wahahahha. macam tau tau je aku tengah mengidam nak makan seafood. nak nak kerang bakar ke, kerang rebus ke. owh, btw, hanizan dah pandai makan udang dan ketam walau pun bukan dalam portion yang besar...best nih, tak sabar.

5/ dan kaalau tak silap aku jugak sekarang nih dah setart musim buah kayu like durian, manggis, rambutan dan lain lain. wah..heaven nya kalau dapat balik sekarang. sure tak payah beli dah. kat sini ada, tapi kan macam tak best je. lagi pun macam tak berbaloi beli compare quality ngan duit yang mengalir keluor. (ape ape je lah)

6/ last wiken, padil citer nama anak buah baru nya adalah kucheng sebab DAMIA = DAMIAAUU. ahahahah. kenapa aku gelak? ye aaa pas ni bole panggil kak aainaa damiauuuu.. ahahahhahaha comel nya kak ainaaa

7/ jap. nape aku tgk muke nye seripah aini dah rupe nita serawak? diorg tuh buat muke ke? ke diorg ejas sama sama? pelik aku, dagu tajam, pipi tinggi, bibir jangan cakap la..si jolie tuh pun tabik spring ngan diorg. hahah. aku kalau bibir tebal tebal sangat nih aku teringat la one of the tribe kat afrika nun.. but, diorg dah memang originally macam tuh.

8/ aku suka la buku wajah sekarang. sebab ada ramai kawan kawan lama. lepas tuh depa rajin pulak bawak keluaq cerita lama. ahahahah. lawak lawak. best betui bila ingat ingat kisah lama. akan sentiasa rasa muda. rasa mcam nak masuk sekolah balik. kalau la dapat masuk sekolah balik, benda paling nak buat ialah kena denda dengan cikgu maths. ahahahha.

okeh. dah abeh sesi perah otak minggu ini.

Monday, June 01, 2009

boleh?

ada seorang budak
biasa biasa je budaknya
tak la cantik pun
tapi tak la selekeh sangat
tak la bijak
tapi kadang kadang pandai jugak
tak la baik sangat
sekali sekala mencarut jugak, pakai baju kecik jugak

tapi ..
budak neh perasan jugak sekali sekala
ada benda yang dia boleh tahu awal
kira macam instinct kuat la
bole pakai la gerak hati dia

macam contoh
dulu dulu masa zaman belajar
dua tiga hari nak keluar result
budak nih dah boleh agak result dia apa
sebab kadang kadang dapat ilham, dapat gerak rasa
dan bila result keluar, memang sebijik sebijik la result tuh
dengan apa gerak hati rasa

lepas tuh
kadang kadang macam teringat ingat
atau terasa rasa nak jatuh
tak lama lepas rasa tuh, elak la macam mana pun
mesti akan jatuh jugak
gaya jatuh, tempat jatuh, sama macam gerak hati sebelum tuh
banyak lagi la

dan ..

dua tiga hari lepas
budak nih asyik teringat kat bapak nya
mimpilah, tengah tengah tengok tivi pun boleh teringat
sebab dah selalu dapat gerak hati
terpikir pikir jugak lah
tapi tak dek la nak balik ke apa
since memang dah plan nak balik

tiba tiba
memang betul la
pagi tadi, bapak nya kena serang tebuan
terus kena admit emergency
kena warded sekejap
tapi by petang dah discharge
bukan sikit, kurang kurang sepuluh sengat kat kepala
kena 4 injections
kira boleh berpusing jugak la dunia

kan dah kata..
gerak hati budak nih, kadang kadang bahaya.
sebab kebiasaannya gerak hati perkara yang pelik pelik
belum pernah lagi yang indah indah

erm..
6th sense ke?
kalau 6th sense nak yang best best je boleh?

you!

'he is not that into you'







period!

Friday, May 29, 2009

Wednesday, May 27, 2009

sudahlah.belajarlah engkau mencari dan menjadi diri sendiri

yes.aku bukan orang lama dan aku pun bukan la hebat mana pun.tapi kan, kebiasaannya aku boleh tahu satu satu orang tuh dia memang betul betul menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi dia atau dia hanya berlakon menjadi seorang yang bukan dia.

susah sangat ke menjadi diri sendiri? atau kenapa nak potray sifat seperti yang orang lain mahu? atau kenapa nak menjadi seperti orang lain? bukan kah bagus biar orang kenal diri kita yang sebenar. yang kuat ketawa, yang bersin kuat, yang blur kadang kadang, yang tak pandai bergurau, yang tak tahu nak ambik hati orang, yang bermulut laser, yang kuat mencarut dan lain lain lah. susah eh?

aku lagi suka orang tahu perangai aku yang sebenar supaya orang dah boleh agak apa yang dalam hati aku. baru baru ni, aku ada baca satu artikel, lebih kurang macam nih katanya '..sifat seseorang itu boleh kita lihat dari cara dia bercakap. maksudnya kalau dia suka bercakap benda benda tak elok, maksudnya itulah sifat hatinya..'
tapi kan lebih bagus begitu sebab nya bila kita mengamuk atau meroyan, pastinya respon orang keliling akan jadi '..ala..dia kan memang macam tuh, kejap je tuh hangin nya, jap lagi elok lah tuh' daripada selalu bersopan santun, tapi sampai satu masa mencarut carut, mengamuk ngamuk, pastilah respon orang pun bercampur campur sebab macam tak percaya.

sebenarnyakan kalau kau rasa kau nak jadi macam orang lain hanya sebab kau berharap kau boleh 'get in' dengan keadaan, tak payah lah. it is totally not you! dan juga kalau kau buat lawak hanya sebab 'terpaksa' untuk amek hati orang atau sebab kau nak show kat orang how care you are or how concern you are, tak payah lah. seriously, kau sebenarnya dah dilahirkan sebagai seorang yang tak ada bakat berlawak bodoh. kau dah dilahirkan sebagai seorang yang serius, mat buku. so, kenapa tidak kau amik hati orang atau show your concern dengan ilmu ilmu di dada kau.

janganlah nak susah susah fikir apa yang tak kena pada diri sendiri. lagi senang kalau kau duduk diam diam, kenal diri sendiri dan terus lah menjadi diri sendiri. jangan paksa diri jadi orang lain. kalau pun kau rasa kau bole impressed orang dengan perangai fake kau, kau kena ingat yang ada orang boleh tahu yang sebenarnya itu bukan diri kau. dan dari keadaan itu orang akan rasa jelak dengan perangai kau tuh.

kau faham ke maksud aku nih?

Friday, May 22, 2009

demi sesungguhnya

" demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmatku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dan inkar, sesungguhnya azabku amatlah keras"
(surah ibrahim ayat 7)

Wednesday, May 20, 2009

di sumpah dek kemarau


Sikit Lagi Kau Akan Percaya
Bahawa Cintamu Berdaya
Mencetus Sebuah Kuasa
Yang Mampu Merubah Seluruh Dunia

Ramai Yang Telah Jatuh
Pabila Semangat Rapuh
Kau Pun Faham
Cinta Tidak Boleh Digenggam
Dan Kau Sudah Risau
Kau Akan Disumpah Dengan Kemarau


~dilanda cinta - shanon~