Wednesday, April 29, 2009

away.apart

hey ..

i'll be away in any minutes ;)
jalan jalan carik pasal di tempat orang.




hhrrmmpp.. itu lah. dah tak dek baru nak tercari cari. babai

Tuesday, April 28, 2009

belum..saya muda lagi.

lately nih mostly everyday i spend my lunch time dengan akak akak kat ufis neh. owh sebenarnya daripada 13 orang kakitangan wanita dalam department ini, hanya tinggal dua orang yang belum berkahwen. salah seorang dari dua orang itu adalah saya..

erm...dalam erti kata lain, sebenarnya setiap kali lunch time, memang saya akan spend time dengan akak akak yang telah berkahwen dan mempunyai anak.

maka....................................

perbualan sepanjang waktu makan adalah akan berkisar mengenai:

1] anak anak yang kian membesar. sekolah macam mana. bayar nursery bulan bulan berapa.cikgu sekolah anak macam mana.

2] kisah para sesuami. wah..suami otstation mana. suka makan apa. garang ke idak ke.

3] pasal rumah. nak decorate macam mana. kitchen kabinet kaler ape. nak g langkawi beli set vintage. langsir raya nak buat double layer triple layer.

4] balik jumpa mak mentua. beli kain untuk mak mentua. nak amek hati mak mentua. ipar nak kawen. ngantar rombongan adik ipar kawen.

dan banyak lagi la. di samping itu, akibat terlalu berat dan banyak perkara yang di bincangkan antara mereka, pasti ada banyak pengajaran yang telah di pungut. dan bersesuaian dengan konsep saya yang masih bujang ini, haruslah berkodi kodi nasihat pada saya telah diperturunkan. sampaikan pening kepala nih..huh! penah dgr org dpt nasihat sampai pening kepala? ada...percaya la.

sebenar nya motif nak cakap hari ini ialah..dari jam 8 pagi hingga 5 petang, saya tidak berbicara tentang movie best, tempat lepak yang happening, cerita artis, lagu lagu yang hip, gosip kawan lama, nak jadi bini nombor dua, cara cara merampas suami orang..

kira nya perbualan orang keliling saya hanya berkisar tentang bagaimana mahu menjadi isteri dan ibu mithali.

ps: huh! saya telah penuh ilmu di dada. untunglah siapa yang dapat saya ini.

Thursday, April 23, 2009

maka

maka apa lah daya
bila hati hancur luluh kerana nya

maka apalah daya
bilafikiran tak terarah, tidak tahu ke mana

maka apalah daya
bila rasa hati tak terurai rasanya

maka apalah daya
bila habis hati tiba tiba

maka apalah daya
bila semua nya serba tak mengena

runsing tiap tika
keluh walau lagaknya lena
lelah bila dah terjaga

sampai bila?
pohon tenang di dada, pohon lena semula ..

' ..tapi hati yang dapat merasa
yang kesedihan ini tak lain
hanyalah kerana mu..'

Monday, April 20, 2009

bila rasaku ini rasamu

have you ever imagined ..

become a hostage dalam flight atau terkena peluru sesat yang masa tuh kita dalam keadaan berseorangan..

macam mana? (owh..scary)

but, just imagine ..

as for me, kan daily routine naek lrt pagi petang, so penah jugak terfikir. macam mana eh kalau tetibe ada orang yg hijack lrt tuh. then, masa tuh that person pick me as his hostage. wah.. dengan tahap kegelupuran i yang memang maksima nih. sure that person menyesal pilih i.

dan, disebabkan tak tahan nak layan i, dia pun membuat tindakan nekad dengan melepaskan tembakan ke arah kaki i..(wah..bole pilih part mana nak..) hahhaha. but, then, bila petang..polis berjaya menyelesaikan kekalutan, dan that person pun dah kena tahan. left me yang berdarah dan tidak sedar kan diri..then..di hantar ke hospital.

my identiti mayb polis bole dapat dengan mudah, sebab ada kad pengenalan. tp camne polis nak tau i duk mana kat KL nih? wah..complicatednya. macam mana dia nak contact my waris..bare in mind my henphone contact list, all names ada lah menggunakan nama penuh orang itu. for example, my rumet number i tak save as 'rumet' or 'hosmet' but her real name. same goes to everybody. even my house number (umah kepala batas) pun i tak save as rumah..but i letak no rumah. kiranya kalau polis bukak list of my contact, susah nak detect who should they call. kan?

then, once u admitted..sure perlukan other dokumen like, my blood type, my birth cert(kait ke?) or my dental record..hahhaah. then, barang keperluan pun mesti la diperlukan macam baju, kain, seluar, tudung dll. sape nak bawak kan? erm..pernah tak terfikir mcm tuh?

therefore..untuk mengelakkan kekalutan dihari muka, i telah menyediakan payung sebelum hujan. which is, i dah pesan kat my hosmet..andai kata anything happen to me, i dah tunjuk barang yang perlu diorg amek dan mana tempat letaknya barang tuh. contoh my birth cert ada dlm file clear holder dalam lemari baju. in case i mati, nak detect record gigi, card dentist ada dalam sling bag kaler hitam so kat situ ada la contact number my dentist.my surat insurans also dlm clear holder dlm lemari baju..erm..geran tanah, sijil saham, sijil investment..takdek. (i tak punya harta) so, tak yah carik la. hahahhah..then, kalau nak list phone number sama macam dalam my henphone ada dlm buku nota kecik dalam drawer first. i dah salin semua number dalam hp ke situh. ape lagi ek? itu je kot. yang lain lain contact la my mak. maybe dia tahu..

kenapa berfikir sampai begini?

sebab. kalau jadi apa apa, surely polis akan cari orang yang paling dekat dengan kita kan? since kat sini i paling dekat dengan my hosmet, so.. kena la bersedia. senang kalau jadi apa apa nanti.

betul tak?

so, rasanya if you guys pun terfikir benda yang sama, or merantau berkelana bersendirian di kota besar ini, prepare la apa yang patut. important dokumen kena la simpan elok elok, make sure orang lain bole capai. at least pada orang yang kita bole percaya dan bergantung harap. bukan apa, benda nih akan menolong kita dan orang keliling nanti.

Monday, April 13, 2009

buhsan dalam heppening

ari nih bos tak dek..yeaaaaaa!!! (lompat bintang)
semua orang berfuye fuye
rasa kepala ringan jeeeeeee

buhsan sebenarnya walau pun gelak gelak dari tadi
tak sabar nak balik sharp 5 oclock

erm..
ini adalah gambar terbaharu
masa celebrate besdey rumet.

Thursday, April 09, 2009

'..because we were born to be like that.'

ye..pagi tadi saya telah belajar satu ilmu baru. terima kasih kepada encik W, yang secara tiba tiba memberi ilmu tersebut. amat bermanfaat.

hatta demikian, saya dengan sukacita ingin berkongsi ilmu tersebut dengan anda semua. bukan apa, kurang kurang dapat juga encik W pahala kerana menyebarkan ilmu..baiklah kawan kawan, sila terima dengan hati terbuka, pasti akan berguna nanti terutama kepada kamu kamu yang segolongan dengan saya ;)

encik W : oooo..u belum kawin, single lagi..
me : aaa begitulah kehendakNYA
encik W : kenapa tak mencari?
me : (duh...malas la nak jawab) aaaa bukan apa, lelaki ni bukan boleh percaya sangat. itu yang masalahnya tuh..(hahahha puas hati aku..)
encik W : eh..bukan nak kata la. memang macam tuh adat dunia. lelaki memang tak bole percaya. sebab u tak percaya lelaki la yang u single sampai sekarang. kitorang memang dilahirkan macam tuh..sebagai seorang yang tak boleh di percayai..
me : owh really? patut la susah sangat ni haaa..
encik W : u tak tau ke..org perempuan memang sepanjang hidup diorang kena amek risiko. kena berani la nak amek risiko besar ke kecik
me : wohooooooooooooooo ...kena amek risiko.. (siyut!)

ye kawan kawan, adik adik. sebagai seorang perempuan rupa rupanya kita memang berhadapan dengan pel bagai risiko. risiko kena period pain, risiko kena marah dan tindas dengan bos, risiko kena maki ngan orang, risiko kena raba kat tempat public, risiko kena terajang dengan laki, risiko nak kena tipu ngan jantan..tu belum kira risiko sakit bersalin, risiko penat jaga anak n family, risiko breast cancer, risiko itu risiko ini...

lelaki? owh..diorg risiko tak banyak...sbb tuh diorg rileks je..lepak.
tp takpe dlm ilmu business.. high risk high gain!

ada beran?

ps: encik W adalah dealer bank saya. conversation nih sebelum kitorg deal pagi tadi. thru phone.

Friday, April 03, 2009

perhaps .. one day i'll quote the same

i came across these quotes from the star online..

memetik tun jeanne abdullah sebagai berkata:

'..he's a nice person to sit down and just talk to, be it on religion or politics. he's not one who use bombastic words, he's very patient at explaining things to you.'
i love talking. almost everything. be it on my ups and downs. talking relief me. hence, i prefer a person who can lend ears on me. and respond on my talking. it will be perfect if the person can respond continuosly..

'..he's very rare and very real. he is really a wonderful man. i have no regrets..'
yes, perhaps..i'll quote the same too

Tuesday, March 31, 2009

kenapa jarum kompas setia pada utara?

masa belajar kat melaka, i dan beberapa orang kawan menyewa sebuah rumah di taman dahlia. eh jap, rumah kat taman dahlia nih pun no 7 sama mcm rumah sekarang. erm..what a koinciden.

erm..satu rumah ada beberapa orang. iaitu me, meto, sarah, yati, yani, sheda, has and afie. biasa la, bila dah ramai, macam macam la sifat dan perangai orang. tapi kami okeh saja. satu kepala. suka buat benda yang lebih kurang je masing masing.

erm..selepas hampir 7 tahun terpisah (kami dah grad lama okehh)..sekarang most of us dah settle down. left me and afi yang belum. ada yg dah beranak 3, 2 dan 1. kalau orang lain ada macam macam komitmen, me, mcm ni lah hari hari pegi keje, balik keje, tgk tivi, fuye fuye. afie pulak sekarang tgh pursue PhD kat oxford. kitorg cuma dpt hupdet dari blog dia la..

dan semlm berym dgn meto tercerita pasal afie. (hik! tak..bukan kutuk, kagum sebenarnya) kata meto, hebatnya afie. buat macam macam sekarang nih. tgk bola, layan MU, tgk teater, mcm mcm lagi la. bare in mind, masa satu rumah dulu, kitorng tak pernah tgk afie macam nih. hikhikhik. kira kagum la. cik afie dah lain.

then..i pikir pikir balik..dan balik balik pikir..

my respon to meto' ..

'..rasa nya memang la. kalau hidup sehari hari kita tak terlalu banyak komitmen atau tanggungan yang perlu dipenuhi, mesti kita akan buat something yang lain dari biasa. like, takkan asyik asyik nak tengok wayang and shoping je. maybe ada orang yang bole macam tuh. but, ada sesetengah orang, bila ada peluang, better try something new. macam main futsal ke, photography ke, g clubbing ke. sebab bila less commitment (being single) kita tak payah nak fikir pasal benda lain. bila hati kata nak buat, kita akan terus buat. lagi pun masa tgh senang sorang sorang ni la kita kena rasa benda benda yang kita tak pernah buat. at least experienced it. so , kalau org bercerita atau tanya, kita dah ada that knowledge. but, kalau orang tuh dah ada komitmen, maybe susah sket. yelah takkan nak g clubbing bawak anak kan? atau tgk movie midnight bawak baby. tak seswai...'

lebey kurang la kan..sebab sebelum sebelum ni pun kalau bercerita buat itu buat ini, pegi sana sini ngan orang orang yang dah kawen kat ufis nih, mmg diorg pun macam teringin nak buat, tapi mesti tak bole nak buat sbb akan ada barrier nya. tetambah those yang kawen awal. yang tak sempat nak fuya fuya cucuk langit ngan member..kesian kan?

as for me, walau pun jenis yang suke memerap dekat rumah, tapi banyak jugak yang dah penah buat. antara nya, g clubbing (siang la tapi), main paintball, tgk teater, jadik model, vacation tetibe, lepak mamak sampai pagi..banyak lagi la..hiks!

erm..itulah, sape kata hidup single tak best?

nyesal tak kawen awal? hahahhahah

Tuesday, March 24, 2009

skrip cerita yang stereotype

lepas balik kepala batas, seperti sudah menjadi lumrah untuk men'jot' down apa yang i observed and experienced. dah jadi habit nampaknya.

1/ masa kat kompleks kailan, tunggu bas ke bagan, terserempak dengan seorang ayah in early 40s menghantar anak lelaki nya nak naik bas balik asrama. dari riak muka pakcik itu, nampak sangat tinggi harapan dia terhadap anak dia. yelah dengan baju yang biasa biasa, seluar yang comot2, selipar buruk dan naik moto buruk, mmg la lelaki itu amat berharap anak yang dihantar tu dapat jadi someone yang menjadi. yang bila dah besar nanti boleh diharapkan untuk jaga apa yang bakal ditinggalkan.
pakcik tuh tunggu sampai bas datang, bersalam dan bit farewell to his son. i bet, tak jauh mana sekolah anak nya. tapi harapan menggunung yang dia letakkan atas badan anak kecik dia tuh..tuhan saja yang tahu. dari cara pakcik itu, sedikit sebanyak kita pun boleh sedar semua parents mmg macam tuh. menharapkan yang paling baik untuk anak anak. dan semalam kak aza sedarkan i lagi bila dia kata.. '..parents akan berfikir pasal anak anak sampai mati. walau pun anak anak tuh dah belajar pandai, berkerjaya, dah ada family sendiri but, diorg tetap akan berfikir, bahagia kah anak anak itu. andai dia rasa anak anak tuh bahagia, dia pun akan tumpang bahagia. sampai mati zan, parents akan fikir dan ingat pasal anak anak..' oh god.. i'm not yet in that situation, i never think of that..never realized about that.

2/ i spend almost three hours di tepi pantai last sunday with net n cukin. we talk about almost everything. what we feel, what we think and what we exactly want. it is difficult to understand other people. and it is, also, difficult to understand ourself. nampaknya seperti angan angan untuk membina cottage di puncak cameron highland dan berkebun bunga ros dan strawberi di keliling cottage semakin hampir menjadi kenyataan. huh! kasihankan diri sendiri...

3/ sudah bertahun tahun tak main layang layang. rasanya menghabiskan masa petang dengan menaikkan layang layang di tepi pantai bersama sama orang lain who are perfectly strangers adalah bagus juga sebenarnya. mungkin akan dilakukan pada trip yang akan datang. melihat layang layang meliang liuk naik dan terbang mengikut hala angin sungguh dan amat mengasyikkan. leka jadi nya. bukan. tidak mahu menjadi layang layang. lebih rela menjadi sebagai sekarang, tiada yang mengarah, dan tiada yg di arah.

4/ setelah bertimbun timbun nasihat di gathered kan, i almost come to my conclusion. on what am i supposed to do, and what am should do, and on what am want to do. the conclusion? let it be like it be. (faham ke?) akan biarkan seperti biasa. sampai masa, truth will reveal. jgn risau. saya sudah biasa dengan keadaan sekarang. hati saya sudah kuat. hati dan otak saya sudah di setkan. maaf kepada yang kurang setuju. bukan apa, saya kurang setuju dalam membuang benda yang tak digemari. kadang kadang, saya suka menyimpan barang. mana tau, berguna nanti. erm..betul, jangan risau. saya yakin saya dapat mengawal keadaan dan perasaan.

5/ tak pernah mengucapkan terima kasih secara terbuka. and now i feel like i want to. thank you so much for everything, for advises, support, guide, opinion, suggestion, prayers and all. meant a lot to me and highly appreciated. thank you to ayin, meto, met, net, cukin, padil, kak aza, kak azu, linda and hanim. thank you for your ears. tak penah dapat telinga macam korang..

ok. sudah. semua dah jelas. saya hepi sekarang.

Wednesday, March 18, 2009

facts

1/ malam esok balik kepala batas. yea! (lompat sekali) dah nak 2 bulan tak balik. tak sabar nih. dah siap beli kekainan. dengar dengar ada orang nak buat celebration besdey anak nya. yeaa! makan free (lompat dua kali)

2/ pagi pagi naik bas ke ufis ada this one young chinese. she is soo sweet. suke tengok dia. cakap teratur je (walau pun dia cakap cine). kan best kalau boleh transform jadi macam dia. err..tapi lebih baik jadi diri sendiri eh?

3/ baju raya tahun nih kaler hijau serindit. ingat kaler tuh macam tak ramai lagi orang pakai. but, lately ramai pulak nampak orang pakai especially baju dari kain chiffon or organza. gamaknya kain jenis tuh mmg banyak datang dalam kaler macam tuh kot.

4/ mulai minggu nih i bring back my headphone to office. so, hari hari dengar lagu thru headphone. ermm..bukan ape. macam dah malas nak dengar sangat celoteh celoteh orang kat sini. ada yang bagus dan interesting. tapi ada jugak yang patutnya tak payah dengar. so, better i duduk dalam dunia i sendiri..

5/ dan dekat dalam ufis nih jugak dah ada yang pandai cakap cakap belakang. why? dun ask. i also dunno. kenapa entah ada orang yang tak puas hati. mayb diorg tgk my unit nih rileks je kot. atau dia tak puas hati i hari hari balik sharp pukul 5. hello. i organized okeh. lagi pun kalau i stayback pun bukan dapat payment lebih. lagi pulak kalau i sampai umah lambat ada orang lain nak kesah? tak koserrr..

6/ isu sains dan maths dalam english sebenarnya bole di perluaskan lagi ke subjek lain. sebabnya dalam my job scope pun kekdg masalah akan timbul bila kita nak buat paper berdepan dengan wording english.mmm bukan nak buat paper je, dealing hari hari dengan banker pun masalah jugak. nak translasi ke bahasa melayu sendiri sendiri takut nanti maksud tak sampai. penggulungan kematangan, kecairan kematangan, kongsi keuntungan.kalau yang biasa macam pertaruhan tetap, wang panggilan, penggulungan keseluruhan. erm...patut kadang kadang akan timbul isu miscommunication atau komunikasi terlepas? erk! menggunakan yang sedia ada (yang telah diterima oleh semua pihak di peringkat global) adalah lebih mudah.

7/ keadaan jalan di kuala lumpur nih sebenarnya tak berapa elok especially area datuk keramat. jalan sahaja nampak rata, tapi sebenarnya tidak. kalau menggunakan kenderaan, mungkin tak perasan. tapi cuba anda jadi pejalan kaki tegar. dan sila berani kan diri berjalan ketika hujan lebat mencurah curah dan dalam keaadaan gelap. nescaya kaki anda akan tenggelam pada setiap dua langkah. oleh itu, untuk menggelakkan kaki tenggelam sehingga ke buku lali, pejalan kaki perlu berjalan di tengah tengah jalan yang sedikit sebanyak akan memperjudikan nyawa sendiri. sebab jalan waktu subuh = jalan lengang = pemandu membawa laju seperti di lapangan lumba. erm..terasa seperti setiap kali berjalan keluar rumah, nyawa di hujung tanduk.

8/ agaknya seronok dan puas hati kan kalau dapat menjadi pengipas kuat bos?

Monday, March 16, 2009

quotes

those are quotes which i bump into. which give so much impact to me.

1/ 'ala..mula mula kawan kawan, pehtu kawen kawen la..'

2/ 'kindness will always brighten up someone's day'

3/ '..now i need to reverse the situation so that everything is back to normal. i don't wish to be 'there'. i am not meant to be 'there''

4/ '..sometimes you have to find out yourself. go out. perhaps with every hurt, wound and scars you got along that way it will change you. and perhaps it will change you to be a better person'

5/ '..yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinya dibalas, walau hanya dengan dakapan di angin lalu. yang memberi ingin sekali sekala jadi penerima, cukup dengan salam dan manis doa'

6/ '..a part of you has grown in me. and so you see. it is you and me togheter forever and never apart. maybe in distance, but never in heart'

more to come..

ps: dapat dari merata rata. by person, blogs, lagu, tv series and many more

Wednesday, March 11, 2009

usah dihitung bintang di langit

selepas kejadian minggu lalu, saya telah berazam.

1] saya mahu menjadi seorang yang lebih dewasa
2] saya mahu berlapang dada
3] saya mahu merubah diri menjadi yang lebih baik supaya orang akan rasa menyesal mengguna gunakan saya
4] saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih baik supaya akan ada orang rasa menyesal tidak menghargai saya
5] saya mahu orang menghargai saya, tahu dan mahu fight untuk saya selepas semua kebaikan dan kelembutan yang telah saya beri pada dia

period!

ps: tidak. saya tidak marah pada sesiapa. in fact, terima kasih atas semuanya, saya amat menghargai.

Thursday, March 05, 2009

kenapa

bila kita ikhlas akan sesuatu,
bila kita jujur akan sesuatu,
bila kita sentiasa benar,

bila tiada langsung berniat jahat,
bila tidak terfikir menyembunyikan apa apa,
bila tidak pernah berburuk sangka,
bila tidak pernah untuk berdendam walau telah banyak kali disakit hati,

tapi,
tiba tiba kita terkena jua,

kenapa?

Wednesday, March 04, 2009

berdiri? tak dek masalah beb!

malam tadi pangkal betis belah kanan ada sedikit bengkak
sekarang.. (jap nak check) erm..ada bengkak sket lagi

sebabnya semalam berdiri dalam train yang packed selama 2 jam
yea...hebat bukan? sila beri tepukan...

tak tau la apa masalah yang sebenarnya
tapi rasa nya sbb sistem lrt tuh ada problem la
sbb tuh dia stucked
the train stop kat rail yang atas antara maybank bangsar ke stesen bangsar
kira kalau terjatuh, mmg tak dek peluang untuk menikmati idup lagi la..

smlm sepanjang dalam train tuh..tak dek pun rasa nak marah
bukan apa..dah benda nak jadi
sebab hujan lebat kan
sekali sekala mmg la benda mcm nih jadi
dah sistem tuh manusia yang cipta
takkan perfect setiap masa

dan tujuan tulis hari nih pun bukan sbb nak marah
saja nak meraih simpati sbb kaki dah bengkak..
hahhahhaha

anywayssssssss
pasni sapa nak ajak g melaka dlm keadaan berdiri pun
gua tak dek hal beb!
bole saja!

hahahhaha(gila riak)

ps: apehal sekarang banyak sgt typo? rimas aku nak betul kan

Tuesday, March 03, 2009

kerja

agak agak korang suka tak dengan kerja korang sekarang?
penah tak rasa nak kerja lain
nak buat benda lain
contoh kalau sekarang seorang penyanyi, penah tak terasa nak jadik akauntan?
atau sekarang seorang arkitek tapi teringin nak jadik ustazah?
penah tak?
sure penah kan?

sejak habis belajar dah penah kerja macam macam
tapi basic kerja nya lebih kurang la

1] cikgu tution akaun
bila abis belajar je, terus dapat offer mengajar kelas tution kat satu sekolah agama rakyat kat rumah. yang bestnya sekolah nih sekolah lelaki.wahh..
masa mengajar nih tgh musim world cup. adoyai. ada satu hari tuh, kelas dah start tapi sorang pun takdek. sbb ptg tu ada game england lawan. dah 20 minit cam tuh baru la sorang sorang datang...tution nih tak lama sbb diorg nih semua macam tak berapa minat nak belajar. jadi nya tution tuh di stop kan.

erm..bukan la apa sangat. rasa nya masa waktu sekolah, cikgu akaun diorg ajar, diorg mmg tak paham. so bila ajar tution bagi macam macam latihan and diorg tak bole jawab, diorg malas nak buat..malas nak belajar. aku yg bagi soalan, aku yg jawab, aku yang buat, akhirnya, aku yg pandai..

2] guru sandaran tak terlatih
hahhahah. jadik gstt dekat sek ren keb st mark, butterworth. sekolah nih pun semua lelaki. sbb sekolah rendah, nakal nya up sket. adoyai. ganti seorg cikgu laki nih yg dah tukar sekolah. cikgu nih ajar english darjah 6 dan 5 dan pegang kelas darjah 6. huh mencabar betul ajar. tapi kira untung jugak sebab aku masuk lepas diorg UPSR, jadi lebih banyak monitor diorg punya aktiviti. time gelak best la, tapi time diorg bergaduh...tuhan sahaja la yang tahu.

student kat sekolah nih background macam macam. bilangan melayu, cina dan india sama banyak (penang kan..) pehtu ada yang anak tokei, anak org keje gomen, anak org keje kilang dan ada jugak budak keluarga termiskin. so, nak deal ngan diorg nih kena ada macam macam cara.

kat sini jugak ada kes, my hp kena curi. sekejap sangat. tak sampai 5 minit tinggal, lesap! takpe la tak dek rezeki..then penah jugak join diorg camping. tapi satu hari je, siap jadik juri lawan masak lagi. penah tak korg makan makanan budak india ngan cina masak. yg bahan bahan diorg prepare kat rumah? hahahahha. ya saya pernah (dengan bangga) dah nama pun juri masakan...kena la kan ..and last skali masa diorg punya hari penyampaian hadiah dan hari keluar result UPSR. banyak jugak belajar masa jadi gstt nih.

3] intern kat m*dec
intern kat sini tak lama. 6 bulan je. 3 bulan dekat finance department. handle payment. hari hari kena kejar dengan orang yang memerlukan wang. buhsan.

then, 3 bulan berikutnya kena transfer buat admin dekat MSC central i*ncubator. dia punya bussines adalah menyewakan bilik atau office untuk company msc status yang kecik kecik. so, my job adalah kutip duit sewa, bagi ikan dalam kolam makan, betulkan aircond rosak, betulkan lampu rosak dan mcm macam. pun busan jugak.

and kat m*dec nih pun mmg busan sket. sebab jauh kat cyberjaya. travel hari hari pun dah berjam jam. sebab masa nih stay kat kl, m*dec ada provide bas naik kat daya bumi..pegi bulan balik bulan. pehtu, environment kat sini pun tak berapa best, terlalu ramai wannabess..orang orang nya stylo sgt, kaya sgt dan mindset pun tak sama.

yang best nya keje sini masa pegi training kat cameron highland. nama ja training tapi penat ya robbi..aktiviti paling tak boleh lupa..waktu malam..jalan ramai ramai masuk hutan, nak balik kena jalan sorang sorang tanpa lampu, meng gagau jalan..tapi berjaya. kira berani dan kuat semangat jugak la aku nih..

4] kontrak dengan kerajaan malaysia
wah..di sini la paling mencabar hidup. menangis penah, gelak beso penah, lawak bodo penah, hati kering pun dah penah..

di tempat kan di bahagian kewangan, J*LKN, kementerian ptahanan malaysia. erm..kalau nak cerita in details..kena buat entry khas. maklum lah 3 tahun kat sini. dari zero sampai la jadi pandai menjawab.

paling tak bole lupa masa kena back stabbed dengan bos sendiri. hoh! ingat sampai mati. ha..ada lagi satu, penah menyorok, buat buat tido bawah meja sebab nak lari dari bos yg asyik nak mengelak je dari kena soal audit. dan penah jugak sebab terlalu tension pegi mengulau ke JJ wangsa maju separuh hari. pergghhh..

overall, boleh dikatakan sifat dan perangai aku sekarang nih banyak di develop masa kerja kat sini.

5] sambilan dengan kerajaan malaysia
lepas abes kontrak, patut nya ada offer buat akaun kat one of supplier kat j*lkn tuh. but, because of certain issues, offer itu terpaksa ditolak dengan sebaiknya.
then, di offer untuk post sambilan kat jabatan yang sama.

after consideration yang amat dalam (pakya punya consideration sebenarnya) bekerja la secara sambilan tapi dalam unit yang berbeza. kalau dulu buat finance, untuk post nih buat latihan pulak. sini la tempat paling aman sekali. rileks jeee..tak rasa terbeban pun nak pegi kerja. cuma nya gaji hari kan..so susah la kalau cuti, gaji kena potong, dah la gaji mmg sikit..

6] di angkasa raya ..
dan akhirnya sampai di sini. jauh tuh. angkasa. hahahh.

kat sini best jugak kadang kadang. bestnya kalau banker nak open table..hahahha. tak la. sebenarnya yang best kat sini sebab dapat apply akaun yang sebenarnya. dapat buat reconcile, dapat tengok statement. plus ada unsur2 finance sket kat sini.

cumanya environment dan background org kat sini yg agak berbeza sket dengan the way of my thinking. (eh ape aku ckp nehhh).. tapi takpe, setiap hari by 8-5 my mind set mcm lain. then during wiken dan selepas jam 5, mind set tukar balik.. hahahhahah
compliceted kan? alah..tak pe la. nak idup...ok ape..colours la sket my life...

overall..semua tempat keje ada yg best nya. walau pun rasa mcm kat j*lkn tuh paling banyak develop my mind, my personality dan lain lain, tapi rasa nya setiap tempat yg penah di singgah, ada sahaja yang menyumbang sesuatu. setiap masa ada yang bergunanya.

wahhhh! matured nya aku.. tak sangka

Friday, February 27, 2009

ipiinnn!!! ingat masa depan...

bismillah hirrohmanir rohim ..

allah humma solli 'alla saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim

ya allah ya rahman ya rohim
ya azeez ya hakeemm

ya allah
engkau maha pengasih lagi maha penyayang
engkau maha berkuasa lagi maha bijaksana
hanya engkau yang layak untuk mentadbir sekalian alam
dan hanya engkau yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui

ya allah
seandainya engkau catat ini yang terbaik untuk kami
bantulah kami dalam membuat keputusan ya allah
kurniakanlah petunjuk mu ya allah
tetapkan hati kami ya allah
agar kami tenang dengan pilihan ini ya allah

ya allah
seandainya engkau catat ini rezeki untuk kami
permudahkan urusan kami ya allah
kuatkan semangat kami ya allah
berkatilah kami ya allah
dan kurniakanlah kebahagiaan kepada kami
di dunia dan diakhirat nanti ya allah

tetapi ya allah
seandainya engkau catat ini bukan rezeki kami
jauhkan hati kami kepadanya ya allah
buangkannya dari ingatan kami
dan ganti kan ia dengan yang lain ya allah

ya allah
hanya engkau tempat aku mengadu
dan aku redho atas ketetapan mu ya allah

bismillah hi tawakkal tu allah
la hau la wala khu wa ta illa billah hil 'ali yul 'azhim
wasollallah hu 'ala saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim
walhamdulillah hirob bil 'aalameen.

ameen .

Tuesday, February 17, 2009

mengidam

lately nih ada sindrom teringin yang maha dahsyat. tapi itulah benda nya blom dapat lagi. susah betul nak jumpa

1] nak kuih pau inti kentang n daging. tapi nak pau yang kampung punya style. yang dia lapik dengan daun pisang tuh. yang pau dia gebu di dalam tapi keras di luar. rupanya buruk tapi rasanya sedappppp. nak nak kalau makan panas panas..mak aiiiii. dulu cik noriah selalu buat pau nih. silap silap satu pengukus tuh i sorang je yang makan...tapi sekarang nih cik noriah dah jarang aaa buat kuih. selalu beli je. beli sure tak sedap. tetambah kalau pau ahmad ke, pau nusantara ke (yang jual jual kat kedai la ni) tak sedap langsung. inti tah ape ape..

2] nak sukun goreng. ari tuh ada nampak akak kat pasar keramat tu jual. akak nih mmg gorengan dia marvellous. tapi disebabkan ari tuh nak cepat and ada unsur unsur nak diet..so, buat buat macam tak nampak je la. tapi now, bila dah tak bley tahan tekak ni nak makan, akak tuh dah tak goreng. mayb supply sukun dia tak dek kot. duh..kat kelana jaya nih ada. tapi tak sedap..tipis sangat, jadi minyak nye je banyak. gemuk la i..

3] aiskrim batang yang sarung dia pakai kertas tuh. dulu dulu masa kecik kecik harganya seketul sekupang je. cover dia ada gambo gambo buah. tapi perisa dia ada sarsi, oren and ape la tah. best tau sebab dia aiskrim bodo je. maklumlah harga sekupang je. tapi kalau macam tengah panas panas sekarang nih, dapat layan ais krim tuh bawah pokok sambil tunggu bas ke, perghhh...syahdu

4] makaroni n cheese yang cheese nya giler aa banyak. koman koman yang macam kenny rogers punya tuh. kaler cheese dia yang kuning tu je dah really tempting and salivating..owh. tp apa daya, i perlu menahan nafsu. takmo lagi makan lemak lemak nih. eh! bukan la takmau langsung, nak, tp tak bley la main redah je. kena kontrol la kan

erm...rasanya macam ada lagi yang teringin. tapi malu pulak nak buat list panjang panjang nih. kang ada pulak orang kata budak ni ingat makannnnn je..

huh!

Wednesday, February 11, 2009

bukan...bukan begitu

hai..

1] bukan..blogspot dan rangkaian blog yg lain tidak diblock oleh pihak sini. terima kasih :), sesungguhnya kemurnian hati anda amat saya hargai. cumanya lately nih sibuk sikit. bukan apa pun, banyak pulak nak cover. bila awal bulan sibuk prepare monthly report, tgh bulan catch up keje my staf yg dah berhenti tuh. owh, btw, my staf yg bermasalah tuh dah resign. betapa senang nya sekarang. dah dapat pengganti, tp biasa lah budak lelaki. banyak pulak kepoyoan nya. takpe takpe, dia nak main api..silakan...saya ada minyak yang banyak.. muhahahahahh. so, bila dah ralit catch up keje my staf, dah awal bulan balik. siap kan report bulan lepas pulak. then, hari nih baru lega sikit. lagi pun bos cuti hari nih. no, my bos bukannya yg jenis hambat atau suka kacau staf, tp sebab dia terlalu mesra, sampai dia tak suka duduk dalam bilik dia. dia suka lepak lepak kat meja satf dia..penat tau nak berlakon jadi pekerja berdedikasi nih..

2] penah tak rasa macam malas yang amat malas? kaki ni pagi pagi bagai di angkat angkat untuk pegi bekerja. aduhai..susah la macam ni. muda muda lagi dah ada sindrom paksa diri.tapi itulah, walau malas macam mana pun, setiap pagi mesti tak cukup tanah untuk di pijak. sejak sejak subuh masuk lambat nih, ribut ribut diri ni pagi pagi. bayangkan kalau 610 baru azan, sedangkan pukul 625 dah nak kena keluar rumah. huh! mencabar

3] penah tak dengar this quote? 'jangan halang orang bila mereka mahu membuat kebaikkan'. ini quote dari ustaz fahim (masa MMU dulu). contoh, kalau orang tuh dah niat nak belanja (sedekah), terima sebaiknya. kalau kita tolak, kita dah kecik kan hati dia dan dia tak berpeluang nak membuat pahala. teringat kata kata nih sebab bila dalam train ada sesetengah warga tua yang tak mahu menerima pelawaan seat dari anak muda. manis juga kalau pelawaan itu ditolak dengan baik, tapi ada sesetengah nya akan suka marah marah. entahlah, bukannya orang nak ajak menjahat, mungkin mereka sangka pada orang muda itu mereka amat lemah. owh! tolonglah jangan berburuk sangka. sedangkan itu tanda hormat orang pada dia. haih..life is so unfair(motif?)

4] memang betulla lirik lagu ungu '..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan..' sebab ada masa masa nya kita tak tahu macam mana nak terang, cerita hatta dan keluarkan cerita berkenaan satu satu cerita.

5] penah tak ada kawan yang dia nih nampak naif, macam blur dan blank. bila ditanya, banyak yang dia respon tak tahu...kadang kadang ada juga yang dia tahu tapi cara dia cakap tuh, macam tak meyakinkan je. tapi sebenarnya banyak benda yang dia tahu. sebab bila kita test test dia..banyak yang dia bole cerita.tak sangka...takut kan ngan orang macam nih. siapa? saya lah..hahhahahahh

dah pun sampai tengah bulan februari .. cepatnyaa..

Wednesday, January 14, 2009

walking backward

kata orang, kalau kita tak updet dengan benda benda sekeliling ayat yang sesuai ialah '..bagai katak di bawah tempurung..'

adalah dengan demikian, untuk menjadi selari dengan orang lain, kita perlu melengkap kan diri dengan pelbagai ilmu, baik yang ilmiah, intelek, perkara perkara biasa dan sehinggalah kepada lawak lawak bodoh yang kadang kadang penuh mesej disebaliknya.

ada pun begitu, selari dengan kecanggihan teknologi yang kian berkembang pesat, pelbagai medium dan mekanisma yang boleh kita gunakan dan jadikan sebagai medium perantara dalam menambah ilmu pengetahuan dan juga dalam meningkatkan pengetahuan.

okeh..cukup lah mengarut. sebenarnya cuma nak bagitau.

dengan menjelma nya tahun 2009, pihak yang memegang kuasa teknologi maklumat di organisasi ini telah berjaya membuat hidup sesetengah orang tidak keruan. ya, mereka telah berjaya menyekat pelbagai medium perantara yang telah membuatkan sesetengah orang hilang arah dan menjadi ketinggalan.

ya, tiada lagi facebook, friendster, yahoo massenger, Gtalk dan apa apa lagi benda suka dan bahagia. setakat ini, hanya laman laman blog sahaja yang belum di sekat. i'm praying hard(er)..tolong dan jangan lah di sekat...tolong ..(okeh..i'm begging..)

kesimpulan

'..hanizan bukan lagi katak di bawah tempurung tetapi dia sedang berada di bawah katak yang sedang berada di bawah tempurung. GREAT!..'

Friday, January 09, 2009

i learned that :

[1] setiap manusia, tak kira apa warna kulit, pegangan agama, kaya, miskin, atau apa jua.. mereka tetap punya hati dan perasaan. jadi selayaknya setiap manusia dihormati dan diberi layanan sewajarnya

[2] apa maksud, erti dan rasa kasih sayang yang sebenarnya

[3] apa maksud, erti dan rasa rindu yang sebenarnya

[4] apa maksud, erti dan rasa menghargai yang sebenarnya

kita hanya akan sedar akan satu satu perkara itu bila kita alami sendiri. semua benda yang jadi pada setiap orang akan wujud rasa yang berbeza bergantung dengan orang yang mengalami nya.

2008
bersyukurlah dengan apa yang ada, hargailah apa yang ada di depan mata.

2009
bersihkan hati, berbuat baik dan terima seadanya. moga yang baik baik sahaja.